UMNO Online - “PBS Yang Ditambah Baik Lebih Mesra Guru – Idris Jusoh” plus 9 more

UMNO Online - “PBS Yang Ditambah Baik Lebih Mesra Guru – Idris Jusoh” plus 9 more

Link to UMNO Online

PBS Yang Ditambah Baik Lebih Mesra Guru – Idris Jusoh

Posted: 04 Mar 2014 02:59 AM PST

CYBERJAYA, 4 Mac –  Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ditambah baik lebih mesra guru.

Katanya sistem baharu yang akan diumum pada 29 Mac ini tidak akan membebankan guru, sekali gus membolehkan mereka lebih fokus kepada pengajaran.

“Kita sedang mengambil input dan mengemas kini apa yang akan dilaksana kementerian,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Perkongsian Khas bersama bekas-bekas naib canselor universiti di negara ini, di sini Selasa.

Idris-Jusoh-Timbalan-Menteri-Pendidikan-Pelajaran-UMNO-BN

Katanya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan akan mengumumkan secara terperinci mengenai PBS yang ditambah baik itu.

Kementerian itu sebelum ini menerima pelbagai aduan daripada warga pendidik mengenai PBS menyebabkan kerajaan menangguhkan pelaksanaannya bagi menambah baik sistem tersebut.

Mengulas lanjut, Idris berkata banyak pihak tidak memahami PBS menyebabkan pelbagai perkara dibangkitkan.

“PBS adalah satu bentuk pentaksiran yang lebih menyeluruh yang bukan hanya mengambil kira peperiksaan, tapi juga mengambil kira psikometrik pelajar dan juga perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial pelajar.

“Komponen peperiksaan hanya ada satu sahaja dalam PBS. Tetapi ada juga psikometrik untuk kita mengukur potensi kanak-kanak,” katanya.

Mengulas perkara lain, Idris berkata terpulang kepada kebijaksanaan pengetua dan guru besar untuk mengambil tindakan sewajarnya jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras sangat tidak sihat iaitu melebihi 200.

“Kalau jerebu biasanya guru besar lebih mengetahui untuk mereka mengambil sebarang keputusan supaya tidak mengadakan aktiviti luar. Macam dulu, kita bagi kebijaksanaan guru besar untuk membuat keputusan,” katanya.

Tahun lepas, Ketua Pengarah Pendidikan ketika itu Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dilapor berkata kementerian bersetuju agar sekolah yang terlibat jerebu boleh ditutup jika bacaan IPU melebihi 250, namun perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada kementerian.

Abd Ghafar berkata sekiranya bacaan IPU melebihi 300, maka sekolah dalam kawasan berkenaan wajib ditutup tanpa perlu memohon kebenaran daripada kementerian.

Beberapa kawasan di Lembah Klang kini dilapor mencatat IPU tidak sihat susulan jerebu yang kembali melanda negara.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Mustapa Assures Federal Cooperation To Develop Kelantan

Posted: 04 Mar 2014 02:58 AM PST

KOTA BAHARU, March 4 – International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed today gave the assurance that the federal government would cooperate with the Kelantan government to develop the state.

He said the cooperation between the federal and state government would have to enhanced, in tandem with the call made by the Kelantan Sultan, Sultan Muhammad V.

“We want the people to live in peace and comfortably, to enjoy the benefits provided by the federal government,” he told reporters when met after the opening of the State Assembly sitting by the Kelantan Sultan here today.

The sultan, in his speech, called for cooperation between the Kelantan and federal governments for the state’s development and expressed disappointment with certain quarters for using the new media to slander others and instill hatred among the people.

Serang MB Kerana MoU Air : Agenda Politik Atau Ada Pihak Masih Tertidur?

Posted: 04 Mar 2014 02:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor telah selesai namun masih ada antara pemimpin pakatan pembangkang yang seakan tidak berpuas hati.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, Menteri Besar iaitu Tan Sri Abdul Kahalid Ibrahim adalah ketua eksekutif untuk pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai kuasa bagi membuat sebarang keputusan untuk kepentingan rakyat terbabit.

"Saya percaya, beliau melakukan sesuatu yang betul untuk masa hadapan keseluruhan masyarakat negeri tersebut tanpa melihat kepada keperluan, desakan atau agenda pihak tertentu," katanya.

Beliau yang juga Yang DiPertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Selangor berkata demikian dalam mengulas berkaitan tindakan negatif beberapa pemimpin pembangkang yang nyata tidak bersetuju dengan MoU yang dimeterai.

Antaranya ialah Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mengakui tidak mengetahui berkaitan MoU berkaitan biarpun menjawat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor, begitu juga dengan Pengerusi PKR Selangor iaitu Azmin Ali dan antara yang paling lantang mengkritik perjanjian konsesi tersebut ialah Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli merangkap Pengarah Strategik PKR.

rafizi-anak-didik-taksub-anwar-parlimen-pandan-pengarah-strategik-pkr

Dalam kritikan terbabit, Rafizi mendakwa MoU terbabit merupakan satu kerugian buat rakyat di negeri itu serta bersifat berat sebelah dan tidak memberi faedah kepada rakyat Negeri Selangor.

"Ada sesuatu yang tidak kena apabila kepimpinan pembangkang yang datang dari satu parti iaitu PKR dan dalam satu negeri di Selangor lebih senang menggunakan media untuk melahirkan rasa tidak tahu dan meminta penjelasan dari Menteri Besarnya.

"Ini menunjukkan bahawa tidak ada pakatan dalam parti terbabit, apatah lagi untuk dilihat sepakat dengan anggota parti sekutunya iaitu Pas dan DAP. Dalam PKR pun saling berahsia dan tidak tahu menahu walhal mereka menjawat tanggungjawab dan jawatan yang penting."

Katanya, tentunya para pemimpin yang cenderung menggunakan media sebagai perantara dalam menyelesaikan masalah sebagaimana Anwar, Azmin dan Rafizi mempunyai agenda tertentu.

"Barangkali mereka mahukan populariti kepada rakyat apatah lagi musim pemilihan untuk PKR sendiri tidak lama lagi dan inilah peluang bagi mereka menjadi hero atau seolah-olah benar-benar dilihat bertanggungjawab."

Lebih teruk lagi katanya, pakatan pembangkang gagal dalam pengurusan kepimpinan dan penyaluran maklumat kerana mereka tidak mempunyai saluran dan prosedur lengkap sebagaimana dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Terbukti prosedur dan langkah-langkah yang dibuat BN amat berkesan, mempunyai etika dalam penyampaian info semasa, mempunyai penilaian berkaitan sesuatu keputusan apatah lagi melibatkan kepimpinan tertinggi parti dan kepentingan rakyat," katanya.

Pada 26 Februari lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan pusat manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani MoU itu di Putarajaya dan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

MoU ini antara lain melibatkan penstrukturan semula industri air Selangor dengan lebih tertumpu pada usaha memastikan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dapat dilaksanakan, dan melibatkan perkara penting seperti tarikh mula kerja, pengambilan lebih 75 keping tanah dan pelantikan kontraktor. – MediaUMNO

Saman Fitnah RM2 Juta Satu Kifarah – Shahbudin

Posted: 04 Mar 2014 02:26 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Mac – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya melihat saman malu yang dihadapi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada bekas calon pilihan raya PKR, Mohd. Shamsul Mat Amin merupakan satu kifarah.

Menurut beliau apa jua alasan yang diberikan sekalipun, orang ramai akan tertanya-tanya bagaimanakah seorang Presiden malah apa yang lebih memalukan seorang tokoh yang disegani di dalam sebuah parti yang diwar-warkan sebagai parti Islam berdepan dengan saman berkenaan.

"Dilihat dari segi kifarah, berdasarkan pemahaman saya….apa yang dialami itu adalah kifarah dunia. Kifarah ini terbahagi kepada dua iaitu kifarah dunia dan kifarah akhirat.

hadi_pas_harakah_akhbar_berita_fitnah

"Dalam keghairahan mereka melontarkan pelbagai tohmahan terhadap kepimpinan UMNO serta kepimpinan BN yang lain seperti parti yang suka memfitnah dan sebagainya lagi alih-alih hari ini Haji Hadi sendiri berdepan saman fitnah.

"Malah apa yang mengejutkan, bukan dengan pihak lain tetapi daripada bekas calon pilihan raya PKR pula," ujar beliau kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Shahbudin yang sebelum ini Yang dipertua Majlis Agama Pulau Pinang seterusnya berharap agar kalangan pimpinan pembangkang yang suka memprojekkan fitnah agar bermuhasabah terhadap apa yang berlaku itu.

"Marilah kita sama-sama bermuhasabah mengenainya. Bukan hanya kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja dan bukan untuk kepimpinan Pas sahaja tetapi untuk seluruh pemimpin politik termasuklah diri saya sendiri.

"Perbanyakkan istighfar….muhasabah diri… Jujur dan ikhlas adalah lebih penting untuk kepentingan semua. Marilah kita sama-sama renung satu mafhum hadis Nabi…

"Aku bimbang di akhir zaman nanti tidak akan tinggal lagi kepada Islamnya itu melainkan namanya sahaja…tidak tinggal kepada al-Quran melainkan tulisannya sahaja…dan Rasulullah s.a.w ada menyebut pada ketika itu akan keluar fitnah-fitnah daripada orang-orang alim," ujarnya.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintah membayar ganti rugi RM2 juta kepada Ketua Angkatan Muda PKR Dungun Mohd Shamsul Mat Amin yang menjadi calon PKR DUN Bukit Besi pada pilihan raya umum lalu berhubung kes saman fitnah.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan pada 5 Disember lalu. -MediaUMNO

Anwar Sendiri Tak Mampu Beri Nasihat Kepimpinan Di Selangor Apatah Lagi Kajang

Posted: 04 Mar 2014 02:22 AM PST

TEMERLOH, 4 Mac – Sebelum penduduk Kajang mengundi pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri itu pada 23 Mac, mereka diminta bijak menilai apa yang dilakukan dan dijanjikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mereka, nasihat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Rakyat di Kajang tidak seharusnya tertipu dengan janji manis pemimpin parti pembangkang itu sedangkan beliau selama ini gagal melaksanakan tugasnya walaupun telah diberikan kepercayaan untuk menjadi penasihat (ekonomi) di negeri itu (sebelum ini).

anwar khalid azmin

“Beliau akan membebankan pengundi di Kajang jika pegang jawatan itu (Adun Kajang). Sebelum ini pun beliau tidak mampu untuk menasihati kepimpinan yang sedia ada di Selangor, apalagi untuk memegang satu lagi jawatan baharu di samping jawatan anggota Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya,” katanya.

Shafie berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Kempen Penorehan Peringkat Nasional di kawasan Tanaman Semula Berkelompok (TSB) Kampung Purun/Machang Manis di sini hari ini yang dihadiri lebih 5,000 pekebun getah dari seluruh negara.

Shafie berkata selama memerintah Selangor, pembangkang ternyata gagal  menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi rakyat seperti isu bekalan air yang menyebabkan rakyat menanggung kesulitan.

Wanita BN Perkasa Kempen Bersemuka Dan Media Sosial Balas Serangan – Shahrizat

Posted: 04 Mar 2014 01:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Wanita Barisan Nasional (BN) sudah sedia mengambil peranan melakukan serang balas terhadap setiap tohmahan yang dibuat parti lawan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bermula minggu depan.

Ketua Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pendekatan ofensif melibatkan penggunaan media sosial itu bertujuan mendedahkan maklumat sebenar bagi menghalang keberanian melampau pembangkang menyebarkan tohmahan dan fitnah untuk kepentingan politik.

“Mainan politik pembangkang amat dahsyat terutama dalam media sosial. Mereka bebas lempar tohmahan dan biarkan rakyat mencari kebenaran…kami tak boleh terima dan tidak akan hanya berdiam diri.

“Untuk itu, Wanita BN telah tubuh unit media sosial bagi menyelaras serangan balas berdasarkan fakta yang dikumpul setiap parti dalam komponen BN, dan unit ini akan terus memainkan peranan walaupun selepas PRK Kajang berakhir,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Wanita BN di sini hari ini.

Beliau berkata penubuhan unit yang akan dikoordinasi bekas Ketua Puteri UMNO Datuk Noraini Ahmad, yang juga Penolong Setiausaha Wanita BN, itu akan meluaskan lagi capaian maklumat rakyat terutama pengundi di Kajang yang majoritinya celik komputer tetapi mungkin terkeliru dengan tohmahan pembangkang melalui medium itu.

Ia juga selaras dengan pendekatan ofensif yang akan digunakan BN ketika berkempen seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, kata Shahrizat.

shahrizat-kempen-bn-ofensif-kajang-fitnah-media-siber-baru-pembangkang

Bagi memenangi hati 39,278 pengundi di DUN Kajang merangkumi 50.07 peratus wanita, beliau berkata Wanita BN akan meneruskan peranan yang sudah sinonim dengan mereka iaitu bergerak dari ‘pintu ke pintu’ untuk  bersemuka dengan pengundi bagi menerangkan mengapa calon BN perlu dipilih.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita UMNO, berkata selain menjelaskan kemelut yang melanda parti lawan yang boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri Selangor, jentera Wanita akan berperanan sebagai ejen penyatuan rakyat bagi merungkai tuduhan pembangkang kononnya BN tidak sensitif dengan kehendak penduduk apabila meletakkan wakil MCA sebagai calon.

“Sebagai tulang belakang BN, Wanita akan bergerak ke setiap rumah menjelaskan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin pakatan pembangkang serta kemudaratan yang mungkin berlaku sekiranya calon dari parti lawan menang dalam pilihan raya itu,” katanya.

PRK yang dijadual berlangsung 23 Mac itu menyaksikan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun bakal berdepan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Bebas, antaranya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Ia diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripadsa PKR pada 27 Jan lepas bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Politik Sembunyikan Buruk Sendiri Dengan Salahkan Orang Lain Taktik Lapuk

Posted: 04 Mar 2014 01:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menyelar pendekatan berterusan pembangkang yang cuba memperlihatkan orang lain lebih buruk  untuk menyembunyikan keburukan dirinya sendiri.

Sambil menyifatkan pendekatan politik  seperti itu merupakan satu perbuatan yang ketinggalan zaman beliau seterusnya berkata setiap pembohongan tidak akan berjaya sepanjang masa kerana lambat laun akan memerangkap diri sendiri.

Menurut beliau, pendekatan seperti itu seringkali digunakan oleh manusia yang  cuba memprotretkan diri mereka mulia dan suci di mata manusia dengan menghina dan memburuk-burukkan orang lain, bagi menutup kelemahan dan kepincangan yang ada dalam diri mereka.

"Inilah yang dipanggil sebagai defence mechanism dalam istilah psikologi yang diberi nama 'projection'. Golongan ini cuba memperlihatkan orang lain lebih buruk  untuk menyembunyikan keburukan dirinya sendiri.

"Sebagai contoh, jika seseorang pemimpin politik itu kaki menipu, maka dia cuba untuk menggambarkan ahli politik lain yang menjadi musuhnya itu juga sebagai kaki penipu, bagi memindahkan sifat buruk yang ada pada dirinya itu pada musuhnya.

semua-salah-umno-bn-pembangkang-betul-tuduh-fitnah-politik

"Untuk itu, pelbagai persepsi dan gambaran negatif akan dibina dan dilontarkan kepada agar rakyat terpengaruh dan seterusnya memandang buruk kepada seseorang pemimpin berdasarkan persepsi negatif yang digambarkan itu,dan dia pula akan dilihat sebagai seorang yang jujur dan baik," tegasnya kepada UMNO-Online.

Pendekatan seperti inilah menurut beliau yang dilakukan oleh pihak pembangkang dalam kaedah berpolitik sehingga menyebabkan ada segelintir rakyat di negara ini yang terpengaruh dan akhirnya menimbulkan rasa benci dan marah terhadap kepimpinan UMNO dan kerajaan yang sedia ada hari ini.

"Sedangkan hakikat sebenarnya, segala persepsi yang dicipta itu adalah lebih kepada fitnah, tohmahan dan dakyah semata-mata. Ianya amat jauh dari kebenaran sebenar. Dan tohmahan serta fitnah yang dilemparkan itu tidak akan bertahan lama kerana kebenaran akan diketahui juga akhirnya oleh rakyat," ujarnya.

Beliau seterus menasihati agar kepimpinan pembangkang berhenti menggunakan taktik memburukkan orang lain atau melaga-lagakan orang lain untuk memperlihatkan dirinya lebih baik dari orang yang dicemuh dan diburuk-burukan itu.

"Seperti yang saya kata tadi, itu taktik lama. Rakyat hari ini sudah cerdik. Mungkin di waktu awal-awal pembangkang menggunakan taktik seperti ini, ada rakyat yang terpengaruh tetapi hari ini saya yakin ramai yang sudah sedar dengan cara dan pendekatan pembangkang ini.

"Hari ini rakyat mahu lihat bukti. Jika anda kata mahu berkhidmat untuk rakyat, maka buktikan dengan perbuatan. Jangan hanya cakap-cakap saja sepertimana apa yang diperlihatkan oleh kepimpinan pembangkang hari ini. Berjanji itu dan ini, sampai masanya tidak laksanakan. Rakyat sudah muak dengan cakap-cakap politik kosong seperti itu," tegasnya. -MediaUMNO

projek-hina-agama-bangsa-negara-melayu-islam-umno-bn-pembangkang-pakatan-dap-rasis-ekstremis

Federal Court Allows Prosecution To Strike Out Anwar’s Appeal

Posted: 04 Mar 2014 12:56 AM PST

PUTRAJAYA, March 4 – The Federal Court today allowed an application by the prosecution to strike out an appeal by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to recall a retired police investigating officer to give additional evidence in his sodomy case.

This paves the way for the Court of Appeal to hear, as scheduled, on March 6 and 7 the prosecution’s appeal against the High Court acquittal of Anwar on a charge of sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, at a Desa Damansara condominium unit in Bukit Damansara between 3.10 pm and 4.30 pm on June 26, 2008.

The Court of Appeal had on Feb 12 dismissed Anwar’s application to recall Supt Judy Blacious Pereira in his sodomy case over the issue of his credibility.

The Federal Court’s five-man bench headed by Tan Sri Suriyadi Halim Omar, in a unanimous decision, said the decision of the Court of Appeal was correct and that Anwar’s second application was not an appealable application within the interpretation of Section 3 of the Courts of Judicature Act 1964.

Justice Suriyadi said the Apex Court agreed with the submission of the prosecution, led by Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, that the decision of the Court of Appeal did not dispose of the right of the respondent.

"The appeal is incompetent as the appellant is not completely shut out,” ruled Justice Suriyadi.

The four other panel members were Tan Sri Ahmad Maarof, Datuk Hasan Lah, Datuk Ramly Ali and Datuk Abu Samah Nordin.

Yesterday, Anwar failed at the Court of Appeal in his third attempt to disqualify Muhammad Shafee from leading the prosecution team on the grounds that the senior lawyer was not a fit and proper person to accept the appointment as he was found guilty and fined RM5,000 by the Advocates and Solicitors Disciplinary Board for violating the Legal Profession Act.

Anwar had first challenged the legality of Muhammad Shafee’s appointment under the Criminal Procedure Code but this was dismissed by the Court of Appeal on Sept 17 last year.

The Federal Court also rejected his appeal against the Court of Appeal’s decision on Nov 20 last year.

Anwar’s second application to disqualify Muhammad Shafee, based on a statutory declaration by former Kuala Lumpur Criminal Investigation Department chief Datuk Mat Zain Ibrahim, was also dismissed by the Court of Appeal, on Dec 20 last year.

His further appeal to the Federal Court was also dismissed, on Feb 11 this year.

Muhammad Shafee was appointed by the Attorney-General by fiat (authorisation) under Section 376 (3) of the Criminal Procedure Code (CPC) and Article 145 (3) of the Federal Constitution to conduct the appeal at the Court of Appeal.

Perjanjian Air Demi Kepentingan Rakyat, Tidak Perlu Dipersoal – Zahid

Posted: 04 Mar 2014 12:49 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Mac - Perjanjian persefahaman (MoU) kerajaan negeri Selangor dengan kerajaan pusat berkaitan penstrukturan semula industri air pada 26 Feb lepas, tidak harus dipersoal mana-mana pihak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebarang usaha yang dilakukan demi menjaga kepentingan rakyat juga tidak seharusnya dicampur adukkan dengan masalah dalaman parti politik.

“Saya fikir apa yang dilakukan (Menteri Besar) Tan Sri Khalid (Ibrahim)adalah sesuatu yang terbaik untuk rakyat negeri Selangor dan Lembah Klang.

“Kalau dia (Rafizi Ramli) tak setuju, itu soal Rafizi atau kepimpinan PKR kepada Khalid, tidak ada kena mengena dengan apa yang telah diputuskan oleh kerajaan pusat,” katanya selepas sambutan Hari Antidadah 2014 peringkat kebangsaan di Pejabat Pendidikan Hulu Langat, Kajang dekat sini, Selasa.

Beliau mengulas tindakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mempersoalkan kebijaksanaan Khalid menandatangani MoU itu dengan mengatakan perjanjian itu adalah berat sebelah dan lebih menyebelahi kerajaan persekutuan dalam beberapa aspek.

Pada Rabu, kerajaan Persekutuan dan Selangor akhirnya menemui titik permulaan untuk bekerjasama mengenai syarat-syarat yang akan memudahkan pelaksanaan projek loji rawatan air Langat 2 dan pengambilalihan aset air di negeri itu.

Dalam perjanjian itu, kerajaan Persekutuan bersetuju untuk pengambilalihan daripada empat syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) dengan pampasan RM9.65 bilion.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Zuraidah Mohamed dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial Tan Sri Robert Phang.

Pada sambutan yang bertemakan “AADK Prihatin, Rakyat Sejahtera” itu, Ahmad Zahid turut merasmikan logo baharu AADK dan melancarkan perkhidmatan terbaharu AADK iaitu Klinik Bergerak Cure & Care 1Malaysia.

Plus Explains One-Month Toll Exemption For Second Penang Bridge

Posted: 03 Mar 2014 08:34 PM PST

GEORGE TOWN, March 4 – The one-month toll exemption announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is only for vehicles using the Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Bridge (SecondPenangBridge) TollPlaza operated by Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Plus Malaysia Berhad (Plus) said today.

“Motorists heading for Batu Kawan (on the mainland) or the SecondPenangBridge via the BandarCassiaTollPlaza from the North-South Expressway have to pay toll,” it said in a statement. The BandarCassiaTollPlaza opened on March 2.

Motorists from the SecondPenangBridge or Batu Kawan entering the North-South Expressway would have to obtain a transit ticket or use the Touch ‘n Go card or SmartTAG at the entry lane at the BandarCassiaTollPlaza, it said.

The statement said the elevated interchange and the Bandar Cassia toll plaza at Km154 linking the North-South Expressway to the Second Penang Bridge was operated by Plus, and the toll was collected as usual and was subject to the rates set.

The statement said the public could contact PLUSLine at 1800-88-0000 for more information.

Najib opened the SecondPenangBridge on March 1 and announced that motorists using the bridge would not be charged toll for a month.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...