BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #MATSABU SEDIAKAN #PEREMPUAN KEPADA PERWAKILAN #PAS ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 04 Mar 2014 07:00 AM PST


tu diaaa,patut lah sebelum ni ditangkap kat hotel.ada lagi cerita terbaru rupa nya.kali ni mat sabu sediakan perempuan kepada perwakilan PAS.apa maksud nya ni ??? hanya video di bawah boleh terangkan segalanya.jom lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ADAKAH HUKUM #HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN DI MALAYSIA ???

Posted: 04 Mar 2014 04:00 AM PST


setiap kali pilihanraya pembangkang akan menimbulkan isu ini.apa pun saya ulang sekali lagi isu ini.Ramai yang berpendapat hukum hudud tidak boleh di laksanakan di Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah Masyarakat yang berbilang kaum dan agama.Ramai yang percaya hukum hudud hanya boleh di laksanakan setelah orang Islam mempunyai iman yang betul dan kuat.Walaubagaimanapun,ahli PAS mempunyai pendapat yang bertentangan.Mereka berpendapat hukum hudud hendaklah dilaksanakan di Malaysia sekarang,tanpa mengambil kira umat Islam di Malaysia mempunyai iman yang betul dan kuat atau tidak.

Bilakah agaknya semua umat islam di Malaysia mempunyai iman yang betul dan kuat ??? Adakah terdapat sebarang usaha atau kerja bagi orang Islam atau kerajaan Malaysia untuk memperbetulkan dan mengukuhkan keimanan untuk semua umat Islam di Malaysia ??? Adakah benar bahawa apabila umat Islam mempunyai iman yang lemah,kita tidak dapat melaksanakan hukum hudud di Malaysia ??? Bila akan tiba masanya untuk hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia ??? PAS berjanji kepada rakyat Malaysia semasa kempen pilihanraya bahawa mereka akan melaksanakan hukum hudud jika PAS di pilih untuk memerintah Malaysia.PAS berjanji apabila mereka di pilih untuk memerintah Malaysia,mereka akan menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam.Semenjak PAS menyertai DAP dan PKR,slogan Negara Islam dan hukum hudud telah menjadi lemah dan kini PAS menukar slogan kepada Negara Berkebajikan.PAS menukar slogan kerana mereka mahu memenangi undi dari orang bukan Islam.Selama bertahun- tahun,PAS telah cuba memenangi pilihan raya umum dengan menggunakan slogan Negara Islam dan Hukum Hudud tetapi mereka gagal dan hanya berjaya memerintah Negeri Kelantan. 

Ramai ahli PAS berpendapat bahawa mereka boleh menang pilihan raya umum dan memerintah Malaysia jika mereka menukar slogan tradisional mereka kepada Negara Berkebajikan.Dengan slogan yang baru, PAS bersedia untuk bekerja bersama DAP yang merupakan sebuah parti yang mana bermati- matian menentang konsep Negara Islam dan Hukum Hudud.Apabila Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia,beliau berpendapat bahawa Negara Islam yang di cadangkan oleh PAS adalah bukan konsep sebenar Negara Islam seperti yang di nyatakan dalam al- Quran tetapi ini hanya Negara Islam yang di anggap oleh ahli PAS.Negara Islam seperti yang dicadangkan oleh PAS hanya akan membuat Hukum Hudud hanya dikenakan kepada umat Islam dan tidak kepada bukan Islam. Menurut Tun Dr. Mahathir,Islam adalah agama yang menggalakkan keadilan dan kesejahteraan kepada umat manusia keseluruhannya dan jika hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS hanya terpakai kepada umat Islam, dan tidak kepada bukan Islam,maka hukuman tersebut adalah tidak adil kepada umat Islam.Sebagai contoh,dalam kes jenayah apabila melibatkan diantara orang Islam dan bukan Islam,menurut hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS,hanya orang Islam sahaja apabila terlibat dengan jenayah adalah dikenakan hukum hudud manakala bukan Islam akan di adili mengikut hukum sivil. 

Ini bermaksud,sekiranya seorang Islam ditangkap mencuri,mereka akan di potong tangan tetapi apabila bukan Islam di tangkap mencuri,mereka akan di hukum dengan pemenjaraan atau lain-lain bentuk hukuman.Tun Dr. Mahathir mengatakan,sekiranya Hukum Hudud seperti yang dicadangkan oleh PAS dilaksanakan di Malaysia,kita akan jumpa ramai orang melayu yang merupakan orang Islam akan mempunyai tangan yang dipotong dan sementara bukan Islam terlepas dari hukuman tersebut.Menurut Tun Dr. Mahathir,ini adalah tidak adil dan menurut beliau lagi,sebarang bentuk ketidakadilan adalah bukan Islam.Apa yang Tun Dr Mahathir ingin cuba untuk menerangkan bahawa beliau tidak menentang hukum hudud jika sekiranya dilaksanakan menurut ajaran Islam yang sebenar.Tun Dr. Mahathir mendakwa bahawa Islam terjemahan PAS adalah bukan Islam yang sebenar.Walaupun Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan Islam terjemahan PAS,namun hingga sekarang,Tun Dr Mahathir belum menerangkan terjemahan Islam yang dikatakan sebagai Islam sebenar.Ahli PAS begitu marah dengan Tun Dr. Mahathir dan beberapa ahli PAS menganggap Tun Mahathir telah menjadi kafir dan mereka memanggil beliau dengan nama samaran iaitu 'MahaFiraun'.PAS memerintah Negeri Kelantan selama 20 tahun dan selama 20 tahun pentadbiran,PAS telah gagal untuk memerintah Kelantan dengan perlaksanaan undang-undang Islam atau Hukum Hudud.Semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri,PAS menyalahkan Tun Mahathir kerana tidak membenarkan mereka melaksanakan Hukum Hudud.Tetapi sekarang,walau Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sejak 2003 tetapi sehingga sekarang,Kelantan masih tidak buat keputusan untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan.Walaupun pada zahirnya PAS tidak bersetuju dengan Tun Mahathir tetapi dengan melihat tindakan mereka ke atas Negeri Kelantan,seolah-olah sedikit sebanyak PAS bersetuju dengan pendapat dari Tun Mahathir. 

Antara negeri-negeri di Malaysia,Kelantan mempunyai peratus yang tinggi dari orang yang mati akibat jangkitan dan sexsual berkaitan dengan HIV dan Kelantan merupakan kadar tertinggi penceraian dan kadar tertinggi umat Islam yang ingin menukar ke agama lain.Apa dah jadi dengan Negeri Kelantan di bawah pemerintah PAS ??? PAS merupakan sebuah parti Islam dan Menteri Besar Kelantan sebelum ini adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz,seorang Ulama yang tahu agama di Malaysia.Semua ahli PAS menghormati beliau dan beberapa orang percaya bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak akan pernah membuat sebarang kesilapan dan beliau adalah kekasih Allah.Ramai ahli PAS percaya bahawa apa sahaja yang dikatakan oleh Tuan Guru mestilah benar dan perlu diikuti oleh semua ahli PAS.Walaupun diterajui oleh seorang yang bergelar sebagai ulama yang mewakili gelaran Parti Islam, tetapi terdapat lebih ramai orang Kelantan dijangkiti dengan penyakit dan kematian akibat HIV.Ramai orang Kelantan berseronok dengan perempuan yang telah dijangkiti AIDS di negara jiran iaitu Thailand.Thailand adalah jiran bagi Kelantan dan pelacuran adalah merupakan perniagaan secara terbuka yang beroperasi di Thailand.Tuan Guru Nik Aziz telah gagal dalam mengajar rakyat Kelantan tentang bagaimana hendak meningkatkan iman dan bagaimana hendak mengelakkan diri daripada terjatuh ke dalam perangkap Syaitan. 

Setiap minggu,Tuan Guru Nik Aziz mengajar agama Islam kepada orang Kelantan dan mungkin hanya segelintir daripada mereka yang mendapat faedah daripada pengajaran yang diberikan,manakala selebihnya tidak mendapat faedah dari beliau sepenuhnya.Sekiranya Hukum Hudud dilaksanakan kepada orang Islam di Kelantan,menurut Tun Mahathir,ramai akan direjam sehingga mati dan dipotong tangan.Saya fikir sama ada PAS atau Tun Mahathir tiada mengetahui bagaimana hendak melaksanakan Hukum Hudud.Kedua-dua parti berada dalam kegelapan tentang bagaimana hendak melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia.Kedua- duanya tidak menentang Hukum Hudud.Kedua-dua parti bersetuju bahawa Hukum Hudud datang dari Allah dan kita hendaklah melaksanakan undang-undang hudud tetapi menurut Tun Mahathir kita hendaklah melakasanakan dengan keadilan atau keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam.Biar saya memberitahu anda dan sesiapa yang membaca artikel ini bahawa semua perintah Allah datang dari Allah bermaksud hanya orang yang mempunyai iman yang kuat kepada Allah (beriman) dan bukan kepada mereka yang mempunyai iman yang tidak kuat kepada Allah. Ramai yang setelah mengucap Dua Kalimah Syahadah,belum lagi menjadi beriman atau muslim atau mukmin.Ramai yang telah mengucap Kalimah Mulia dan hanya mengucap Kalimah Mulia di mulut mereka dan Kalimah Mulia belum masuk lagi ke dalam hati. Hanya mereka yang telah mengucap Kalimah Mulia dari hati adalah dipanggil beriman atau muslim atau mukmin.Kebanyakan orang telah mengucap Kalimah Mulia dengan mulut dan bukan dengan hati dan mereka hanya boleh di panggil sebagai telah memasuki Islam atau masuk Islam atau orang Islam dan sebenarnya mereka bukan Muslim atau Beriman atau Mukmin. 

Hanya Muslim atau Mukmin sahaja bersedia mentaati segala perintah Allah di dalam Quran.Hanya Allah yang Maha Esa sahaja boleh memasukkan Kalimah Mulia kedalam hati kita dan Allah akan masukkan apabila Allah suka pada kita dan Allah hanya akan suka apabila kita mentaati segala perintah Allah bermula dengan perintah pertama dari Allah.Apakah perintah pertama dari Allah ??? Perintah pertama dari Allah adalah bahawa seseorang mestilah mengucap dan menunaikan hak dua kalimah syahadah. Apakah yang dimaksudkan dengan menunaikan hak dua kalimah syahadah ??? Mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran dan mungkar besar yang dilakukan oleh manusia adalah mereka tidak mahu menerima kebenaran bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan mengajak mereka kepada kebaikan dengan mengajak (dakwah) mereka untuk menerima dan mengucap dua Kalimah Syahadah.Sebaliknya mungkar besar yang dilakukan oleh yang telah mengucap dua kalimah syahadah adalah mereka tidak menunaikan hak dua kalimah syahadah dan mereka tidak mengerjakan solat yang wajib iaitu lima waktu.Mengajak kebaikan kepada mereka ini dengan mengajak mereka mengamalkan kerja dakwah dan melaksanakan solat setiap hari lima waktu.Secara umumnya ramai yang telah mengucapkan kalimah mulia di seluruh dunia tidak menunaikan hak kalimah mulia dan Allah murka dengan mereka dan walaupun mereka telah mengucap kalimah mulia sejak dari kecil, kini kalimah mulia masih tetap di mulut dan bukan di dalam hati mereka. Ramai yang telah mengucap dua kalimah syahadah adalah masih orang Islam dan bukan berstatus Muslim atau Mukmin.Orang Islam tidak akan bersedia menerima hukuman hudud dan jika mereka di beri pilihan,mereka akan memilih undang-undang sivil dan bukannya undang-undang hudud. 

Kita boleh melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia dengan memberi penjenayah pilihan untuk memilih samaada Hukum Hudud atau Hukum Sivil.Hukum Hudud adalah untuk orang beriman atau muslim yang memilih di dunia untuk dihukum di bawah Hukum Hudud supaya mereka tidak dihukum di Akhirat.Orang Islam dan bukan Islam sudah tentu akan memilih hukum sivil kerana mereka tidak takut pada Allah dan hukuman di akhirat.Di Malaysia kita perlu ada dua mahkamah yang menjalankan Hudud dan Sivil manakala penjenayah perlu di beri pilihan sama ada untuk di adili di Mahkmah Sivil atau Mahkamah Hudud. Dalam Islam tiada paksaan untuk mentaati perintah Allah.Kerajaan tidak seharusnya memaksa rakyat untuk menjadi Muslim atau mentaati perintah Allah. Kerajaan hanya menggalakkan rakyat untuk menjadi Muslim dan mentaati perintah Allah dan menyediakan sistem untuk menggalakkan rakyat memeluk Islam dan mentaati perintah Allah.Islam menggalakkan keadilan dan Allah tidak akan membebankan perintah-Nya untuk di taati sekiranya kita tidak mampu menanggungnya. Untuk membolehkan kita mentaati segala perintah Allah,Allah telah memberikan kita Perintah Pertama dari Allah dan jika sekiranya orang Islam taat pada Perintah Pertama dari Allah dan empat Rukun Islam yang lain (Rukun Islam),Allah akan memberikan mereka iman yang kuat dan akan membolehkan mereka menjadi Muslim atau Mukmin.Apabila seseorang telah menjadi Muslim atau Mukmin, mereka akan bersedia untuk di adili di Mahkamah yang menjalankan Hudud bukannya Mahkamah Sivil kerana takut pada Allah dan hukuman di akhirat.Satu persoalan yang menarik.Adakah Haji Hadi atau Tuan Guru Nik Aziz dan semua ahli PAS yang bersungguh-sungguh inginkan Undang-undang Hudud akan memilih Mahkamah yang melaksanakan Hukum Hudud jika sekiranya mereka terlibat dalam tuduhan jenayah ???

saya minta maaf sekiranya saya terkasar bahasa dalam artikel ini,saya hanya menjelaskan apa yang berlaku.terpulang pada anda untuk menilai semua ini.adakah piliharaya akan datang pembangkang terutamanya PAS menimbulkan isu ini sekali lagi ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! BERTANDING UNTUK TIMBALAN PRESIDEN !!! USAHA TERAKHIR #KHALIDIBRAHIM KEKAL KAN KUASA ???

Posted: 04 Mar 2014 12:30 AM PST


Kononnya ingin memberikan tumpuan terhadap pilihanraya kecil Kajang (PRK Kajang),Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali enggan mengulas isu berkaitan pemilihan PKR yang akan bermula pada 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. 

"Saya belum buat keputusan (bertanding dalam pemilihan parti),saya mahu fokus di Kajang.Tetapi saya ingin menegaskan fokus hari ini ialah memastikan Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar menang bergaya di Kajang," katanya kepada pemberita.

Jumaat lalu,Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengejutkan banyak pihak bila mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti itu,April ini.Khalid dikatakan mahu berhadapan dengan Azmin yang merupakan penyandang jawatan itu di peringkat parti serta menjadi pengerusi PKR negeri dan yakin akan mampu mengalahkan Azmin dalam perebutan jawatan tersebut. 

"Semua pendekar masuk gelanggang,kalau rasa tidak menang,tak masuk.Saya ada kelebihan dari segi track record dalam semua bidang,saya juga jujur dan sangat berdedikasi.Yang lebih penting ialah saya bekerja untuk agenda reformasi dan saya tidak ada agenda peribadi," katanya lagi kepada pemberita. 

Namun kenyataan Khalid itu dibidas oleh ahli parlimen PKR dari Kuala Langat,Abdullah Sani yang jelas tidak bersetuju dengan alasan yang diberikannya itu.Ujar Abdullah,seseorang pemimpin serta pentadbir yang baik tidak akan membelakangkan parti selain mengutamakan kepentingan rakyat. 

"Track record Azmin jauh lebih baik daripada apa yang dilakukan Khalid.Track record Azmin Ali sebagai pentadbir selama 15 tahun ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri,Menteri Pelajaran,Menteri Belia dan Sukan,Menteri Kewangan," katanya. 

Katanya rekod Khalid sebelum menunjukkan ADUN Perlabuhan Klang itu telah beberapa kali membelakangkan parti dan terbaru beliau bertindak menandatangai Perjanjian Persefahaman (MoU) berhubung isu air dengan Putrajaya, tanpa memaklumkan hal itu kepada parti."Persetujuan dengan Syabas (menjadikan) 37 peratus (tarif) air akan dinaikkan pada 2014.Macam mana dia kata dia 'good administrator'? "soalnya. 

Khalid sebelum ini dikritik pemimpin PKR bersabit tindakannya itu.Isu bertanding ini timbul,apabila Khalid dan Azmin dilihat saling 'tikam-menikam' antara satu sama lain dan pertikaian antara mereka dilihat semakin meruncing sejak lewat tahun lalu.Azmin menjadi timbalan presiden PKR sejak tahun 2010 dan tidak lama kemudian menjadi  Pengerusi PKR Selangor,menggantikan Khalid.Beliau sering menegur Khalid kerana tidak melaksanakan dasar-dasar parti dalam menguruskan kerajaan negeri.  Pertikaian berpanjangan itu dikatakan membawa kepada keputusan PKR untuk "memaksa" pilihan raya kecil Kajang diadakan sebagai keadah meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid.  

Menurut sumber,Khalid enggan meletak jawatan sebagai MB secara sukarela, malah mahu menguatkan kedudukannya di dalam PKR,justeru mengambil keputusan untuk melawan Azmin bagi jawatan No. 2 parti.  "Jika Khalid berundur atau dipaksa berundur sebagai MB, pemilihan PKR adalah  satu- satu opsyen yang tinggal kepada Khalid untuk memastikan beliau masih relevan kepada PKR," kata sumber itu lagi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! #KALIMAHALLAH !!! DR MUJAHID SEKALI LAGI MENGHINA ISLAM !!! APA CERITA NI ???

Posted: 03 Mar 2014 09:00 PM PST


Blog Ahli Parlimen PAS,Datuk Dr. Mujahid Rawa dengan gahnya memaparkan artikel bertajuk 'PAS Menangi Pujian Padri' dalam pos terbarunya.Artikel itu adalah berdasarkan kenyataan Mujahid di dalam sebuah gereja di Sungai Petani sejurus selepas solat Jumaat pada 28 Februari lalu.Kehadiran Mujahid di Gereja Christ the King di Sungai Petani itu merupakan kunjungan keduanya ke gereja untuk berdialog mengenai agama.Dalam kenyataannya,Mujahid menegaskan bahawa PAS tidak boleh berdiam diri apabila orang Kristian di Malaysia terus dicerca.Artikel di beberapa portal dan blog pembangkang turut membawa tajuk yang sama iaitu "PAS Will Not Keep Silent As Christians Bashed".Antara kandungan artikel-artikel tersebut adalah puji-pujian orang-orang Kristian terhadap Mujahid  atas mesejnya yang jelas membenarkan Kristian menggunakan nama 'Allah'.Nampaknya,pendirian PAS mengenai kalimah Allah masih belum jelas.   

Beberapa tahun lepas,PAS begitu beria-ia menempelak UMNO kerana menghalang penyebaran Injil berbahasa Melayu di semenanjung.Menurut PAS,UMNO gagal mengamalkan toleransi agama kerana menghalang orang-orang Kristian berdakwah.Untuk itu,PAS berdiri teguh di belakang dan kadangkala di hadapan DAP dan Padri-padri Kristian,mengutuk UMNO.Apabila isu ini kembali hangat di mahkamah,pendirian PAS mengenainya mula berubah-rubah dan berbeza-beza antara satu pemimpin dengan pemimpin lain.Isu Kalimah 'Allah' di dalam Injil kemudiannya semakin hangat ekoran pihak gereja mengambil sikap degil enggan akur dengan perintah mahkamah yang menghalang penggunaan nama Allah bagi menggantikan 'Tuhan' di dalam Injil berbahasa Melayu di semenanjung.Serbuan JAIS ke gereja yang terlibat menjadikan api yang sebelumnya bersifat setempat, mula merebak.Perlu diingatkan bahawa setahun yang lalu,iaitu pada 1 Mac 2013,Nik Aziz dilaporkan bersetuju Kristian menggunakan kalimah 'Allah' di dalam Injil.Pendirian Nik Aziz pada waktu itu mendapat pujian dari Bishop Dr. Paul Tan Chee dalam menyatakan kekesalan beliau terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengambil pendirian bertentangan.     

Bagaimanapun, pada 25 Januari tahun ini,kenyataan Nik Aziz mengenai isu ini berbeza pula.Kali ini,beliau tidak setuju Kristian menggunakan nama 'Allah' di dalam Injil berbahasa Melayu.Alhamdulillah,setakat ini,Nik Aziz belum lagi membuat sebarang pusingan U atau membelok ke mana-mana dalam memperkatakan isu ini.Justeru, bolehlah dianggap bahawa Nik Aziz turut bersetuju dengan UMNO dan mahkamah bahawa Kristian tidak boleh menggunakan kalimah 'Allah' di dalam Injil berbahasa Melayu.Malangnya,nampaknya kenyataan Nik Aziz sudah tidak laku lagi walaupun di kalangan pemimpin bawahan PAS sendiri.Jika tidak,mana mungkin Mujahid berani ke hulu ke hilir membela Kristian menggunakan nama 'Allah' di dalam Injil.Malah,untuk tujuan itu,Mujahid bukan saja 'rajin' ke gereja,malah beliau turut tampil menjadi barisan hadapan untuk membela dan mempertahankan Kristian bermati- matian.

Mujahid sungguh-sungguh tidak rela Kristian 'dicerca'.Pelik sekali kerana Mujahid tidak pula tampil membela Islam sedemikian rupa apabila Namewee mempermainkan azan, ataupun Alvivi menghina Ramadan.Mujahid juga tidak peduli jika pemimpin-pemimpin DAP menyalahgunakan ayat-ayat Al-Quran bagi mengaut keuntungan politik di kalangan orang-orang PAS.Mujahid juga tidak kisah jika tentera siber DAP menghina Rasulullah  SAW dan juga Allah SWT sesuka hati mereka.Mungkin bagi Mujahid, biar Islam dicerca,tetapi Kristian jangan sekali.saya enggan menulis panjang mengenai perkara ini. Cukuplah dengan memaparkan segala fakta ini untuk para pembaca memikirkannya sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! KRISIS AIR BUKTI #PEMBANGKANG GAGAL TADBIR #SELANGOR !!!

Posted: 03 Mar 2014 06:00 PM PST


Catuan air di kawasan-kawasan yang padat penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan negeri pimpinan PKR,Pas dan Dap.Ini kerana jika menteri besar Khalid Ibrahim dari dulu lagi mengambil sikap bekerjasama dengan kerajaan pusat berhubung isu projek air Langat 2,warga Selangor dan Kuala Lumpur tidak perlu menghadapi keadaan getir kehidupan tanpa bekalan air bersih.Oleh kerana kerajaan negeri PKR-Pas-Dap ingin bermain politik dan memperjudikan kebajikan rakyat,berjuta rakyat kini terpaksa menerina hakikat keadaan cuaca panas kering menyebabkan program catuan perlu dilaksanakan.Jika sejak 2010 kerajaan negeri Selangor bersetuju dengan perlaksanaan projek Langat 2 yang bertujuan untuk menambahbaik sistem penyimpanan,pembersihan pembekalan air bersih di Lembah Kelang,sekali lagi saya tegaskan,keadaan yang dihadapi sekarang sama sekali tidak akan wujud. 

Namun hakikatnya Khalid bersama barisan exconya memilih jalan konfrontasi dengan kerajaan pusat untuk menunjukkan kuasa mereka maka berlakulah krisis air yang sepatutnya boleh dielakkan.Kerajaan pusat sudahpun memulakan projek pembekalan dari dari Pahang ke Selangor sejak beberapa tahun yang lalu.Bagaimana apabila fasa projek telah sampai ke sempadan Selangor,kerajaan negeri mula main politik sempit mereka dengan memberi pelbagai helah untuk melambatkan projek tersebut.Mereka malah menentang projek Langat 2 dengan menggenakan syarat isu pengambilan aset air di negeri itu perlu diselesaikan terlebih dahulu.Khalid dan penasihat ekonominya,Anwar Ibrahim cuba menunjuk pandai kononnya strategi ini akan memberi tekanan kepada kerajaan pusat untuk tunduk kepada kemahuan mereka.Namun mereka gagal memahami bahawa tindakan mereka tersebut adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Selangor yang mengundi mereka bagi penggal kedua pada pilihan raya umum tahun lalu. Pakatan pembangkang memperjudikan nasib rakyat dan juga ekonomi negeri serta negara kerana hendak menunjukkan mereka berkuasa dan boleh buat apa yang mereka suka. Krisis air yang terpaksa ditanggung oleh jutaan rakyat yang dijadikan bahan politik pembangkang kini memakan diri mereka sendiri.Krisis ini merupakan tamparan paling hebat kepada keupayaan PKR,Pas dan Dap mentadbir negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia. 

Apa yang telah dilakukan oleh Khalid adalah satu bentuk sabotaj ekonomi dan pengkhianatan kepada rakyat yang tidak boleh dimaafkan.Negeri Selangor boleh menjadi miskin sekiranya ia terus ditadbir oleh sebuah kerajaan negeri yang tidak bertanggungjawab.Malah ekonomi negara boleh terjejas teruk kerana Selangor penyumbang terbesar kepada KDNK negara.Jika krisis air berterusan dan kerajaan negeri Selangor tidak mampu mengatasinya untuk jangka masa panjang,kemungkinan besar para pelabur asing tidak akan berminat untuk meletakkan pelaburan di negeri itu.Segala perancangan dan pembangunan yang telah berjaya dilakukan di bawah pentadbiran Barisan Nasional selama 50 tahun di negeri itu akan hilang begitu sahaja.Impak krisis air ini adalah amat besar bukan sahaja kepada kehidupan rakyat tetapi juga kepada perancangan ekonomi negara samada dalam jangka pendek mahupun panjang.Dengan pergelutan kuasa antara kem Khalid dan Azmin Ali, tidak mungkin kerajaan negeri akan mampu untuk mengendalikan isu krisis air dengan berkesan.Kem Azmin sudah tentunya akan menggunakan isu ini untuk membuktikan betapa perlunya Khalid diturunkan daripada jawatan menteri besar. Khalid pula akan bertindak untuk mempertahankan kedudukan dan kepentingannya dengan membuat keputusan yang akan menyelamatkan dirinya. 

Kini apabila krisis air sudah tercetus barulah Khalid bersetuju menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan pusat dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari rabu lalu.Mungkin ini akan menyemarakkan lagi kemarahan Azmin yang melihat Khalid sudah berbaik dengan kerajaan pusat.Apapun perkembangan isu krisis air pada minggu-minggu mendatang akan memperlihatkan samada Khalid akan tersingkir daripada kedudukan kuasanya atau Anwar ang berputih mata.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF DAN FAKTA !!! JAUHKAN POKOK INI DARI KELUARGA ANDA !!!

Posted: 03 Mar 2014 04:00 PM PST


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul.Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda,musnahkan pokok hiasan ini segera.Sekiranya anda menanam di kawasan rumah,meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta.Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya.Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit.Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit.Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini.Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta. 

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta,membawa padah.Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan.Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.


Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga.Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini.Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.Ia berasal dari Kenya,Rwanda dan Uganda.Senang tumbuh di iklim negara ini.Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.tolong Berhati-hati ok.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...