UMNO Online - “Kemenangan Besar BN Di Balingian Satu Pengiktirafan Kepada Kepimpinan PM, KM Sarawak” plus 5 more

UMNO Online - “Kemenangan Besar BN Di Balingian Satu Pengiktirafan Kepada Kepimpinan PM, KM Sarawak” plus 5 more

Link to UMNO Online

Kemenangan Besar BN Di Balingian Satu Pengiktirafan Kepada Kepimpinan PM, KM Sarawak

Posted: 29 Mar 2014 05:45 AM PDT

MUKAH, 29 Mac — Kemenangan besar Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Balingian merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

musa-adenan-yussibnosh-muhyiddin-bn-balingian-sarawak

Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan itu juga menunjukkan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian mahukan Barisan Nasional untuk terus membela nasib mereka.

"(Kemenangan) ini merupakan petanda cukup positif tentang pengharapan rakyat di Balingian dan tanda sokongan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional," katanya selepas pengumuman keputusan PRK Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini malam ini.

Dalam PRK itu, calon Barisan Nasional, Yussibnosh Balo, menewaskan calon PKR Abdul Jalil Bujang dengan majoriti 6,911 undi.

Yussibnosh, 48 memperoleh 8,194 undi sementara Abdul Jalil, 55, hanya mendapat 1,283 undi.

PRK Balingian : BN Menang, Majoriti Bertambah

Posted: 29 Mar 2014 05:41 AM PDT

MUKAH, 29 Mac — Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, dengan majoriti 6,911 undi.

Calonnya Yussibnosh Balo, 48, memperoleh 8,194 undi, berbanding calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, yang mendapat 1,283 undi.

musa-adenan-yussibnosh-muhyiddin-bn-balingian-sarawak

Pada 2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 6,210 undi untuk memenangi kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin 1,056 undi.

Keputusan hari ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Balingian Shafrie Saili di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Mukah, di sini.

Katanya 146 kertas undi diisytihar rosak.

Undi yang diperoleh Yussibnosh bertambah sebanyak 701 berbanding jumlah undi yang diperoleh Abdul Taib.

Pilihan raya kecil (PRK) DUN Balingian diadakan ekoran perletakan jawatan Abdul Taib sebagai Anggota Dewan Undangan negeri Balingian, dan beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

MH370: Anggota Keluarga Puas Hati Penjelasan Hishammuddin

Posted: 29 Mar 2014 04:35 AM PDT

PUTRAJAYA, 29 Mac — Kalangan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 berpuas hati dengan penjelasan diberikan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung kehilangan pesawat itu dalam sesi pertemuan di Hotel Everly di sini hari ini.

Sharil Shaari, 36, berkata semua persoalan dan ketidakpuasan hati yang terbuku di hati anggota keluarga rakyat tempatan dan China telah terjawab dalam pertemuan yang berlangsung satu jam setengah itu.

menteri-pengangkutan-hishammuddin-lawat-jelas-keluarga-waris-mh370-hotel-the-everly

"Sebelum ini, kami tidak begitu memahami dengan beberapa pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk pengakhiran pesawat itu di Lautan Hindi tetapi selepas pertemuan ini, semuanya telah selesai," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Sharil yang merupakan sepupu Mohd Razahan Zamani, 23, berkata Hishammuddin juga memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat akan tetap diteruskan selain usaha mencari kotak hitam menjadi keutamaan.

Beliau juga memuji Hishammuddin seorang yang berani menyatakan perkara sebenar, selain masih menaruh harapan selagi tiada sebarang bukti kukuh ditemui untuk dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu.

Selamat Omar, 60, bapa Mohd Khairul Amri, 29, berkata, beliau percaya kerajaan tidak menyembunyikan sebarang fakta seperti digembar-gemburkan oleh media sosial.

"Mengenai laporan berita ada satelit menjumpai objek, beliau (Hishammuddin) memberitahu perkara berkenaan perlu dianalisis dan kajian terlebih dahulu.

Respons mengenainya tidak boleh dibuat melulu atau segera," katanya.

Selamat turut melahirkan rasa terharu kerana Hishammuddin sudi bertemu dan mendengar luahan hati anggota keluarga dan itu membuktikan beliau sangat prihatin dan bertanggungjawab terhadap insiden kehilangan pesawat malang itu.

Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Rakyat China Diminta Tidak Keruhkan Hubungan 40 Tahun Malaysia-China

Posted: 29 Mar 2014 03:54 AM PDT

KOTA BAHARU, 29 Mac  – Rakyat China diminta menilai hasil hubungan diplomatik Malaysia dan negara itu yang terjalin sejak 40 tahun lalu dan tidak mengeruhkannya semata-mata kerana spekulasi yang tidak berasas berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.

 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini kerana banyak daripada perasaan tidak puashati oleh  rakyat di China terhadap Malaysia datang daripada teori dan spekulasi yang tidak berasas berhubung tragedi yang menimpa pesawat berkenaan.

 

“Kita berharap rakyat China melihat hubungan dengan kita (Malaysia) secara keseluruhan, bukan hanya melihat spekulasi yang tidak berasas (berkaitan tragedi yang menimpa pesawat berkenaan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Satelit Institut Sukan Negara Kelantan di Kompleks Belia dan Sukan Panji di sini, hari ini.

 

Khairy berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan rakyat China membatalkan banyak pakej pelancongan ke  Malaysia berikutan tragedi yang menimpa penerbangan MH370 itu.

 

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa  Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Isnin bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di  kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

 

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pada tahun ini genap 40 tahun terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China, dan Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf negara itu dengan mengadakan hubungan dua hala pada 1974.

 

“Bila timbul isu berkaitan Laut China Selatan yang banyak meredakan keadaan adalah Malaysia, kita tidak ambil sikap  konfrantasi terhadap China seperti negara lain, kita berdiplomasi dengan China, kita banyak menerima pelaburan dari negara ini dan  kita banyak melabur di China,” katanya sambil menyifatkan Malaysia sebagai sahabat rapat kepada China.

 

Beliau berkata tuduhan bahawa Malaysia menyembunyikan maklumat berkaitan tragedi pesawat tersebut adalah tidak  benar dan maklumat yang diberikan adalah setelah ia disahkan.

 

“Saya lihat kenyataan sesetengah keluarga itu mengatakan bahawa ada perkara yang disembunyikan oleh kerajaan  Malaysia, ada perkara yang tidak dimaklumkan oleh kerajaan Malaysia sampai digelar sebagai pembunuh.

 

“Saya hendak ingatkan kepada keluarga, bukan rakyat China sahaja berada dalam pesawat MH370, rakyat Malaysia juga ada, kenapa kita hendak sembunyikan fakta, maklumat daripada keluarga mangsa, tidak ada sebab kita hendak sembunyi maklumat, sejak hari pertama kita  beri maklumat tepat, kita hanya beri maklumat yang telah disahkan,” katanya.

 

Khairy berkata beliau difahamkan ribuan pakej pelancongan telah dibatalkan oleh pelancong negara China yang akan memberi kesan  yang serius kepada kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2014 kerana China adalah pasaran terbesar Malaysia di Asia dari segi pelancongan.

 

Beliau percaya kerajaan sedang melihat perkara itu secara serius dan mengambil langkah-langkah berkesan bagi  mengelakkan ia merebak ke sektor lain yang boleh memberi kesan kepada ekonomi negara ini.

 

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai kes pasangan rakyat Malaysia yang didapati bersalah memukul anak mereka dan dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden semalam, Khairy berkata semua  pihak perlu menghormati undang-undang negara itu.

 

“Mereka berada di Sweden dan dibicarakan di mahkmah maka kita kena terima keputusan mahkamah di negara  tersebut,” katanya.

 

Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Azizul Raheem Awaluddin, seorang pegawai Tourism Malaysia di Sweden, manakala isterinya Shalwati Norshal dihukum penjara 14 bulan selepas didapati bersalah memukul anak-anak mereka.

Kerajaan Peruntuk RM10Juta Bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera – Najib

Posted: 29 Mar 2014 03:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk membantu golongan muda Bumiputera memulakan perniagaan.

Beliau berkata, melalui program yang akan dikendalikan oleh SME Corp dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) itu, usahawan muda akan melalui tiga fasa sebelum diberikan geran permulaan perniagaan sebanyak RM15,000.

"Fasa pertama ialah ketahanan jati diri, (usahawan muda akan) melalui latihan berbentuk fizikal dan mental. Fasa kedua ialah bengkel perniagaan yang merangkumi asas perniagaan dan penyediaan pelan perniagaan.

"Fasa ketiga ialah pelaksaan perniagaan oleh peserta yang akan dapat bantuan sekiranya mereka melepasi fasa satu dan dua, di bawah fasa ketiga ini juga mereka akan dibimbing oleh kaunselor perniagaan, kaunselor kewangan dan panel penasihat pakar perniagaan dari pihak SME Corp di bawah 'sistem kawan' selama 12 bulan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Kongres Usahawan Muda Bumiputera di Menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib berkata 500 belia Bumiputera disasarkan menyertai program Tube.

Selain itu, beliau berkata banyak lagi usaha yang sedang dilakukan kerajaan bagi membantu usahawan Bumiputera mengembangkan perniagaan masing-masing ke peringkat lebih tinggi, termasuk program Superb.

Menerusi program Superb, kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi memberi peluang kepada syarikat permulaan Bumiputera menerima kemudahan geran sehingga RM500,000, katanya.

PRK Balingian Catat Sejarah 60 Peratus Keluar Mengundi Setakat 12 Tengahari

Posted: 28 Mar 2014 10:49 PM PDT

MUKAH, 29 Mac – Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan NegericBalingian dianggap mencatat sejarah pilihan raya di negara ini apabila jumlahcmereka yang keluar mengundi setakat tengah hari sudah mencecah 60 peratus iaituc8,014 daripada 13,233 pemilih berdaftar.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusofcberkata peratusan itu ialah yang tertinggi dan tidak pernah dicatat dalamcpilihan raya umum atau PRK sebelum ini.

"PRK Kajang sehingga 12 tengah hari hanya 40 peratus turun mengundi tetapicpada PRK Balingian pada pukul 11 pagi 53 peratus atau 7,085 pengundi sudah keluar mengundi, ini satu sejarah amat baik.

"Jika berterusan kita yakin apabila pusat-pusat pengundian ditutup pada sebelah petang ini akan mencapai sasaran 80 peratus yang telah ditetapkan oleh SPR," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga berkata proses pengundian pada sebelah pagi berjalan lancer tanpa sebarang insiden dan provokasi.

"Ada isu teknikal seperti pengundi yang memeluk agama Islam menggunakan nama lain tetapi dalam MyKad nama lain dan ada seorang pengundi kad pengenalan rosak tetapi ingat nombor kad pengenalan namun ini berjaya diselesaikan,"katanya.

Beliau berkata SPR juga sedang menyiasat dakwaan seorang pemilih yang datang untuk mengundi namun namanya tiada dalam senarai daftar pemilih walaupun pernah mengundi di kawasan sama sebanyak dua kali.

"Kita akan semak dengan teliti sama ada dakwaan itu benar atau bohong, biasanya jarang berlaku nama pengundi dipotong atau dipindahkan ke tempat lain," katanya lagi.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...