UMNO Online - “Govt To Continue With Green Initiatives To Conserve The Enviroment” plus 3 more

UMNO Online - “Govt To Continue With Green Initiatives To Conserve The Enviroment” plus 3 more

Link to UMNO Online

Govt To Continue With Green Initiatives To Conserve The Enviroment

Posted: 02 Mar 2014 01:32 AM PST

KOTA KINABALU, March 2 – The government will continue to implemen initiatives to expand eco-friendly and green technology practices to support the conservation of the environment for the wellbeing of the people.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Malaysia is on the right track in the planning and implementation of sustainable and green technology development.

“The biannual 2012 Environment Performance Index (EPI) Report by Yale University put Malaysia 25 out of 132 countries, up from 54 in the 2010 report,” he said when launching Green Foundation Malaysia (YaHijau) at Likas Sports Complex, here today.

Among those present were Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili and Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

The government would also focus on implementing the National Green Technology Policy holistically and continuously to ensure sustainable economic development.

Muhyiddin, who is also Education Minister said items in the policy include implementation of utility savings of five percent this year by ministries and agencies.

Industries, especially small and medium industries (SMI) were encouraged to  to improve the efficiency of green technology specified in the Small Medium Enterprise (SME) Master Plan 2012-2020.

The government had also introduced the Green Technology Financing Scheme  (GTFS) in 2010 to support industries in developing green technology  capabilities.

Up to Feb 2014, GTFS has benefited 124 green technology based projects developed by local SMEs via easy financing of RM1.66 billion from the RM3.5 billion provided by the government.

He said the initiative created 1,729 green jobs realised via the implementation of these projects adding the government has another RM1.84 billion for the purpose.

“I urge industries, especially, the SMEs to take advantage of this financial aid to improve efficiency based on eco-friendly standards.”

The government via Budget 2014 also gave incentive such as investment tax allowance on the purchase of green technology equipment and tax exemption on the use of green technology systems.

At the event, Muhyiddin also witnessed the exchange of documents of the Memorandum of Understanding (MoU) between YaHijau, the Education Ministry and Universiti Sains Malaysia (USM) to promote green living practices among students.-MediaUMNO

BN Tidak Pernah Memilih Dalam Membantu Rakyat – Chew

Posted: 02 Mar 2014 01:27 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Mac –  Dasar yang diamalkan Barisan Nasional (BN) dalam membantu rakyat adalah berpandukan kepada keperluan mereka, bukan kerana untuk menghadapi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

shahrizat-muhyiddin-chew-mei-fun-calon-bn-pengundi-kajang-kempen

Naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini berkata memberi bantuan kepada rakyat sudah menjadi satu norma bagi BN sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun, katanya sesetengah rakyat mendapat gambaran salah (mengenai bantuan yang diberi) dan menganggap BN hanya memberi peruntukan semasa pilihan raya dan ini tidak benar sama sekali.

“Tanpa mengira masa dan tempat, MCA sentiasa berusaha dengan sesungguh hati untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat,” kata Chew, yang juga bakal calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 23 Mac ini.

Dalam kenyataan di sini, Chew berkata wakil rakyat perlu mendengar pendapat rakyat dan menjaga keperluan mereka serta terus berusaha ke arah meningkatkan kemajuan ekonomi, budaya dan sosial di negara ini.-MediaUMNO

Penerima BR1M Digesa Buka Akaun Bank Permudah Penyaluran Bantuan

Posted: 02 Mar 2014 01:23 AM PST

PONTIAN, 2 Mac –  Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) digesa membuka akaun bank serta mengemas kini nombor akaun dengan pihak berkaitan bagi mempercepatkan penyaluran bantuan itu pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata daripada 7.9 juta pemohon BR1M di seluruh negara, sebanyak dua juta daripadanya tidak mempunyai akaun bank dan diberikan baucar bantuan.

“Saya tak faham kenapa tiada akaun bank ataupun mereka ini tidak mengemaskinikan borang BR1M mereka. Mereka boleh mengemas kini pada setiap masa di pejabat-pejabat daerah, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ketua-ketua kampung,” katanya selepas majlis penyerahan BR1M kepada penerima kawasan parlimen Pontian di sini hari ini.

Ahmad turut menjelaskan antara sebab mengapa ada permohonan lambat diproses adalah disebabkan penggunaan borang secara manual dan bukan melalui dalam talian.

Beliau turut meminta pejabat-pejabat daerah mempercepatkan pengagihan BR1M selewatnya sebelum April bagi mengurangkan kegusaran rakyat yang layak mendapat bantuan tersebut. -MediaUMNO

Pemuda UMNO Rancang Program Dekati Golongan Muda Di DUN Kajang

Posted: 02 Mar 2014 01:17 AM PST

GEORGE TOWN, 2 Mac – Pergerakan Pemuda Umno merancang pelbagai program untuk mendekati golongan muda sepanjang tempoh berkempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata setakat ini pergerakan telah mengenal pasti kira-kira 15,000 pengundi muda di kawasan berkenaan.

“Pelbagai aktiviti kita rancang sepanjang tempoh berkempen berkenaan antaranya program-program mendekati pengundi muda,” katanya kepada pemberita selepas pelancaraan  Wheel’s For All anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

khairy-pemuda-umno-bn-jentera-kempen-kajang-pilihanraya-kajang-prk-anwar

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pihaknya mempunyai  strategi tersendiri untuk mendekati golongan muda di kawasan DUN Kajang.

PRK DUN Kajang dijadual 23 Mac manakala penamaan calon 11 Mac. Bagi PRK DUN Kajang, BN bakal menurunkan calon MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang  merupakan Naib Presiden MCA dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat manakala pakatan pembangkang menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DUN Kajang mempunyai 39,378 pemilih berdaftar iaitu 48 peratus pengundi Melayu,  pengundi Cina (40 peratus), pengundi India (10 peratus) dan 2 peratus pengundi kaum-kaum  lain.-MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...