Kedah Ke KL - MctHeory |
- #HOT! Ustaz Azhar Idrus Makin Lama Makin Mengarut!
- INFO! Apa Sebenarnya Program #ApaKabarBro? @KhairyKJ @AzwanBro
- HOT! Kenyataan Rasmi Pemuda UMNO Kedah mengenai Rumah #PR1MA
- PANASS! Akhirnya Khalid MELAWAN Juga!!
#HOT! Ustaz Azhar Idrus Makin Lama Makin Mengarut! Posted: 02 Mar 2014 07:09 AM PST Azhar Idrus berceramah di Medan Ilmu, tapi bercakap tanpa ilmu.... Kenyataan Azhar Idrus yang terbaru mengenai BR1M menampakkan kecetekan ilmu pengetahuan dan kefahaman beliau mengenai fakta sesuatu perkara. Paling tidak sebelum membuat sebarang kenyataan, buatlah rujukan terlebih dahulu .. Kenyataan Azhar Idrus ada 3 komponen:- 1. BR1M tidak setimpal dan ia merupakan HAK RAKYAT 2. Kerajaan Malaysia ada harta, kekayaan ini perlu dapat SAMA RATA 3. Rakyat bayar cukai jalan, kereta, beribu-ribu tetapi dapat RM600 sahaja Apa punya mengarutlah kenyataan ustaz ini... Pertama, BR1M bukan hak rakyat. Kalau BR1M hak rakyat maka sudah tentulah di setiap negara lain di dunia pun ada BR1M dan sebelum-sebelum ni juga WAJIB adakan BR1M, jika tidak hukumnya berdosa. BR1M bukan hak rakyat, sebaliknya hasil daripada kebijaksanaan dan kemurahan hati kerajaan Barisan Nasional (BN) di dalam menguruskan ekonomi dan membantu kebajikan rakyat. Kedua, SAMA RATA. Azhar Idrus mungkin terlalu seronok untuk bercakap sampai tak sedar, nada bercakap tu dah macam sosialis dan DAP pula. Kembalilah kepada Islam ustaz, dalam Islam, Islam tidak menganjurkan hasil kekayaan ini dibahagikan secara SAMA RATA, sebaliknya secara adil. Siyasah dalam Islam adalah Siyasah al-Adilah, iaitu siasah yang berteraskan dan bermatlamatkan keadilan. Azhar Idrus juga perlu faham, bahawa cukai yang dikenakan bukan hak rakyat. Membayar cukai bukan seperti menimpan duit di dalam tabung atau di dalam bank. Duit yang disimpan dalam tabung adalah hak penabung, tetapi duit yang digunakan untuk membayar cukai bukan hak pembayar cukai dan mereka boleh mendapat `refund' sepenuh di akhir tahun. Sebaliknya cukai adalah SALAH SATU daripada sumber pendapatan kerajaan; dan di dalamnya terdapat hak pembayar cukai, hak rakyat termasuk yang tidak membayar cukai dan hak pemerintah, iaitu hak untuk menguruskan pendapatan negara berdasarkan polisi yang digariskan dan diluluskan. Ketiga, kenyataan "Rakyat bayar cukai beribu-ribu tetapi hanya dapat RM600 sahaja" adalah kenyataan yang mencerminkan kedangkalan dan kecetekan pemikiran Azhar Idrus dan berunsur FITNAH. Elok Azhar Idrus fahamkan carta Bajet 2014 ini baik-baik. Cukai yang rakyat bayar BUKAN UNTUK BR1M SEMATA-MATA2 Apa yang rakyat dapat lagi sebenarnya dalam Bajet 2014.... Dalam Sektor Pendidikan - Apa yang rakyat dapat? Apa lagi rakyat dapat? Inilah masalah bila golongan seperti Azhar Idrus ni bila malas membaca. Sedangkan Rasulullah saw pun diperintah Allah swt untuk membaca - `Iqra' - Azhar Idrus ni nampaknya macam tak nak ikut Rasulullah saw dan perintah Allah la pulak... Malangnya begitu ramai yang menganggapnya benar kerana kononnya ia datang daripada seorang yang mempunyai ketinggian ilmu luar biasa. Latar belakang Azhar Idrus . Tu laaa... jangan suka sangat panggil orang "bod..doooh" ..... tak baik.. dosa.. Sumber Tun Faisal |
INFO! Apa Sebenarnya Program #ApaKabarBro? @KhairyKJ @AzwanBro Posted: 01 Mar 2014 11:45 PM PST Apa sebenarnya Program 'Apa Khabar Bro' anjuran Biro Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) Pergerakan Pemuda Umno yang di ketuai oleh Pengerusinya iaitu YB Anuar Manap yang juga Ahli Parlimen Sekijang , Johor. Nama program pun unik, dah tentu ramai orang tertanya-tanya program apa tu? Sebenarnya program ni macam program kebajikan. Dalam program ni selain membantu menyelesaikan masalah penduduk, program itu turut mengenal pasti janji-janji sewaktu pilihan raya umum (PRU) lepas untuk dilaksanakan supaya rakyat terus yakin dengan Barisan Nasional (BN). Program ini di adakan di Batu 10 Cheras di mulai dengan minum pagi bersama penduduk sekita Batu 10 Program itu mendapat kerjasama agensi kerajaan dan kementerian termasuk dari segi sumbangan dana untuk membantu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan. Dalam program pertama ini Yb Anuar menyampaikan bantuan RM30,000 sumbangan GiatMara dan Yayasan Felda untuk membaik pulih enam rumah di kawasan itu, selain RM1,000 dari HELB sendiri untuk Rumah Anak Yatim Jalinan Kasih. Aku ucapkan tahniah pada Yb Anuar dan barisan Hal Ehwal Luar Bandar Pergerakkan Pemuda Umno Malaysia kerana membuat satu program yang ternyata menyentuh hati rakyat terutama golongan kurang berkemampuan. Titisan air mata dari warga emas kerana terharu ada pemimpin yang turun membantu dan mendengar masalah mereka !! TERUSKAN PROGRAM 'APA KABAR BRO' |
HOT! Kenyataan Rasmi Pemuda UMNO Kedah mengenai Rumah #PR1MA Posted: 01 Mar 2014 07:12 PM PST Kenyataan Pemuda UMNO Kedah mengenai pemilikan rumah PRIMA Negeri Kedah Pemuda UMNO Kedah menyambut baik dan menyanjung tinggi pembinaan 20,000 unit rumah PRIMA di negeri Kedah yg dilihat mampu menyelesaikan permasalahan pemilikan rumah dikalangan rakyat yg kurang berkemampuan. Namun begitu Pemuda UMNO Kedah melihat ada beberapa penambahbaikan yg perlu dilakukan demi memberi pulangan "leverage" politik kpd orang Melayu dan orang muda khasnya. Diantara cadangan2 yg ingin Pemuda UMNO ketengahkan adalah : 1) Pemuda UMNO Kedah ingin melahirkan kebimbangan thdp proses pinjaman dan pembiayaan utk pemilikan rumah PRIMA ini yg diuruskan oleh bank2 komersial yg dilihat akan mengenakan pelbagai sekatan dan prosedur kpd peminjam. Status pemohon kali pertama terutamanya orang2 muda yg ada rekod CCRIS dan CITOS akan menyukarkan proses kelulusan permohonan. Oleh yg demikian Pemuda UMNO ingin mencadangkan agar PRIMA sendiri mewujudkan sayap kewangannya sendiri bagi memudahkan proses kelulusan pinjaman khasnya utk pemohon orang muda. 2) Mewujudkan kuota kaum - Pemuda UMNO percaya PRIMA masih perlu mewujudkan kuota tetap bumiputera sebanyak 30% bagi mengimbangkan proses urbanisasi akibat pembinaan rumah PRIMA dikwsn tertentu. Pemuda UMNO bimbang sekiranya tiada kuota, akan berlakunya ketidakseimbangan geopolitik dibeberapa kwsn khasnya kawasan bandar dan pinggir bandar. 3) Mewujudkan kuota utk orang muda - Pemuda UMNO Kedah juga menggesa agar diwujudkan juga kuota 50% pemilikan utk orang muda, secara spesifiknya bagi pemohon dibawah 40 tahun. Ini adalah disebabkan ketidakupayaan orang muda memiliki rumah akibat kekangan kewangan diperingkat awal. Melalui kuota ini, Pemuda UMNO Kedah percaya ianya dapat menambah minat org muda utk memiliki rumah kali pertama dan pada masa yg sama menyelesaikan permasalahan pemilikan rumah dikalangan org muda. 4) Menambah bilangan rumah PRIMA dinegeri Kedah - Pemuda UMNO Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kpd kerajaan kerana meluluskan 20,000 rumah PRIMA dinegeri Kedah, namun akibat keperluan mendesak rakyat dan keperluan semasa, Pemuda memohon bilangan ini ditambah ke 30,000 unit dan ianya perlu dipercepatkan dgn kadar seberapa segera mungkin. Penambahan ini dilihat akan memberi manafaat segera kepada rakyat Kedah, khasnya orang muda yg akan menjadi pengundi pada PRU14 kelak. Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah |
PANASS! Akhirnya Khalid MELAWAN Juga!! Posted: 01 Mar 2014 05:45 PM PST Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti Mei ini. Bagaimanapun, beliau berkata persiapan untuk merebut jawatan itu hanya akan dibuat selepas berakhirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang bulan depan. "Saya akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan nanti. Tapi tiada persediaan lagi ke arah itu kerana buat masa ini dan sebagai pengarah jentera pilihan raya, saya akan fokus untuk (pilihan raya kecil) Kajang dulu, perkara ini (akan difikirkan) selepas itu," katanya ketika berucap di majlis makan malam bersama anggota cabang PKR di kediamannya malam ini. Abdul Khalid mengumumkan perkara itu bagi menjawab desas-desus beliau akan turut bertanding merebut jawatan nombor dua parti, yang kini disandang Mohamed Azmin Ali. Sebelum ini, hubungan mereka dilapor 'tidak begitu mesra' apabila Azmin sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri membabitkan beberapa isu tertentu. Terbaru, Azmin mengecam tindakan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun bulanan Menteri Besar serta anggota majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dianggap terlalu tinggi. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment