UMNO Online - “Akta Kanak-Kanak Dipinda Tambah Hukuman Terhadap Ibu Bapa Cuai” plus 9 more

UMNO Online - “Akta Kanak-Kanak Dipinda Tambah Hukuman Terhadap Ibu Bapa Cuai” plus 9 more

Link to UMNO Online

Akta Kanak-Kanak Dipinda Tambah Hukuman Terhadap Ibu Bapa Cuai

Posted: 03 Mar 2014 04:13 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Akta Kanak-kanak 2001 akan dipinda bagi menambahkan peruntukan hukuman khidmat masyarakat terhadap ibu bapa yang cuai menjaga anak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, kertas cadangan pindaan itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Apabila banyak kes (kecuaian) begini, kita rasa patut diwujudkan hukuman lain selain (hukuman) penjara terhadap mereka.

Rohani_Abdul_Karim_Menteri_Wanita_Keluarga_Masyarakat_UMNO_BN

“Mungkin mereka perlu menjalani hukuman (khidmat masyarakat) selama beberapa jam, sesi kaunseling serta kursus keibubapaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Aman di sini, Isnin.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Mengenai lawatannya ke Bukit Aman, Rohani berkata, kementerian akan mempertingkat kerjasama dengan polis dari semasa ke semasa dalam memantapkan penguatkuasaan undang-undang terutamanya membabitkan kanak-kanak yang dipaksa mengemis.

“Kita telah bincangkan mengenai gejala kanak-kanak yang mengemis di kedai-kedai makan dan akan bincangkan bentuk kerjasama bagi membanteras kegiatan ini,” katanya.

Menurutnya sejak 2010 hingga tahun lepas, seramai 240 kanak-kanak dapat diselamatkan oleh kementerian daripada menjadi pengemis dan 19 orang ibu dan bapa dikenakan bon kerana cuai menjaga anak mereka.

Rohani berkata, kementerian juga akan memperketat akta sedia ada termasuk Akta Kanak-kanak 2001, Akta Penyeludupan Orang dan Imigran 2007, Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Tepi Jalan 1947 dan Akta Orang-orang Papa 1977.

Sementara itu, Khalid berkata, PDRM mempunyai 11,571 orang anggota polis wanita atau kira-kira 10.4 peratus daripada 120,000 anggota polis di seluruh negara.

“Sasaran kita ialah untuk mencapai 30 peratus polis wanita di negara ini memandangkan kecenderungan nilai kekeluargaan yang ada pada mereka. Kitamerancang untuk mengambil anggota polis wanita setiap tahun sehingga dapat mencapai 30 peratus itu,” katanya.

Hasan Wants Opposition To Join Operation Against Price Hike

Posted: 03 Mar 2014 04:10 AM PST

PUTRAJAYA, March 3  - Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Hasan Malik wants the opposition to join the operation against price hike.

“The opposition has turned the price hike into a weapon to attack the government. Failure to control this perception, can undermine political stability and destroy this country.

menteri-kpdnkk-harga-barang-naik-hasan-malek-ahmad-bashah-raya-cina

“The ministry welcomes all parties to contribute to the country positively and give suggestions for improvement. I am ready to accept views,” he told reporters after inspecting price tags in Ops Tanda Harga, here today.

Political differences aside, he said the current focus is to deal with the cost of living and urged all parties to cooperate.

Hasan who led the operation in Precinct 9 was accompanied by his deputy, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, secretary-general Datuk Seri Alias ​​Ahmad and several enforcement officers.

Ops Tanda Harga aims to ensure that market traders comply with the law by putting price tags on the goods sold to curb price manipulation.

A total of 5,967 cases were recorded under Ops Tanda Harga from July 2013 to February 2014.

Commenting on profiteering by traders selling water containers, Hasan said the ministry would take action against the traders.

“It is important that consumers lodge reports providing accurate information  so that we know where the price hikes took place,” he added.

Prof UM : Saya Tidak Pernah Jilat Anwar Atau Mana-mana Lelaki

Posted: 03 Mar 2014 04:01 AM PST

Saya merujuk kepada kenyataan Profesor Redzuan Othman dari UMCEDEL dalam The Malaysian Insider beberapa hari lalu yang berkata saya pernah menjilat Anwar, sedangkan dia tidak.

Sebagai seorang Profesor yang sepatutnya tebal dengan integriti akademik dan profesionalisme, Profesor Redzuan tidak sepatutnya menunjukkan emosi dan kemarahan yang keterlaluan kepada saya semata-mata kerana tulisan saya. Malu nanti pelajar pelajar di Universiti Malaya.

Dalam bidang psikologi ada disebutkan tentang istilah defense mechanisme bernama "projection" iaitu kita meletakkan pada orang lain sifat yang ada pada kita bagi mengelak orang tahu kita ada sifat itu.

Saya hairan kenapa Profesor Redzuan terlalu obses dengan Anwar. Hampir semua kajian utama UMCEDEL akan difokus kepada Anwar seolah-olah politik Malaysia ini berkait dengan Anwar semata-mata.

Malaysiakini-Fitnah-Profesor-Redzuan-Othman-Jilat-Anwar-Ibrahim-UMCedel

Mengapa kajian UMCEDEL tidak focus sama kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi, Tun Mahathir Mohamad atau Lim Kit Siang?

Mari kita ambil contoh kajian UMCEDEL ini:

Kajian UMCEDEL dari 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati 44 peratus responden yang percaya Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding hanya 31 peratus responden yang percaya Najib lebih layak menjadi Perdana Menteri.

Kajian UMCEDEL dari 3 April 2013 hingga 20 April 2013 mendapati hanya 18 peratus responden yang percaya video seks lelaki mirip Anwar adalah tulen dan 62 peratus responden tidak terpengaruh dengan video seks lelaki mirip Anwar.

Kajian UMCEDEL dari 15 Ogos 2013 hingga 10 September 2013 mendapati hanya 28 peratus responden yang bersetuju Anwar melepaskan jawatan kerana PR gagal menerajui Putrajaya berbanding 55 peratus responden yang tidak bersetuju.

Tidakkah jelas perkaitan Anwar dan UMCEDEL dalam semua kajian ini? Sebelum PRU 13, kajian UMCEDEL cuba menggilap Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Bila Anwar kalah dalam PRU 13, kajian UMCEDEL cuba baik pulih imej Anwar yang telah berjanji letak jawatan jika kalah dengan kata pula rakyat tidak setuju Anwar letak jawatan.

Saya menulis dalam blog tentang kajian UMCEDEL sama ada orang Kajang boleh terima Anwar sebagai Menteri Besar atau tidak. Saya merasa pelik bagaimana satu kajian dibuat begitu cepat tentang perkara yang orang ramai tidak pun mengetahui semasa kajian itu dibuat.

Saya bayangkan kajian itu adalah memihak kepada Anwar dan bertujuan memberi justifikasi mengapa pilihan raya diperlukan, dan supaya orang terima Anwar sebagai Menteri Besar.

Profesor Redzuan berkata Anwar sendiri tidak tahu kajiannya mengenai Kajang; Anwar tahu tak tahu itu suatu yang tidak relevan.

Soalan yang relevan ialah apakah Profesor Redzuan tahu hasrat Anwar mahu jadi Menteri Besar sebelum kajian dibuat? Sudah tentu Profesor Redzuan tahu, kalau tidak mengapa soalan survey itu bertanya tentang penerimaan orang ramai mengenai pilihan raya kecil dan sambutan orang ramai kepada Anwar sebagai Menteri Besar?

Kalau Profesor Redzuan tahu hasrat Anwar, ini bererti Profesor orang dalam (inner circle) Anwar; kerana waktu itu orang ramai termasuk PAS tidak mengetahui rancangan untuk menukar Menteri Besar ini.

Saya mengemukakan pendapat saya berasaskan pengetahuan saya. Kalau kajian itu dibuat mengikut lunas dan metodologi yang biasa digunakan dalam survey lain maka saya akur dengan keputusan survey itu.

Tetapi bukan saya sahaja sangsi dengan keputusan survey; Tan Sri Khalid, Menteri Besar juga turut pertikai keputusan survey itu. Ramai yang anggap terlalu "coincidental" keputusan survey disiapkan sebaik sahaja Anwar umum untuk bertanding di Kajang.

Bagaimana Profesor Redzuan boleh kata Tan Sri Khalid tidak faham metodologi kajian UMCEDEL sedangkan Tan Sri Khalid pakar dalam aspek kuantitatif? Lagi pula, Profesor Redzuan sendiri pakarkah dalam aspek kuantitatif sebab PhD-nya guna metodologi kualitatif saja?

Profesor Redzuan bercakap tentang politik Malaysia berdegar-degar ini, beliau pakarkah tentang politik Malaysia sedangkan PhD-nya adalah tentang politik Timur Tengah yang tak ada orang tahu pun apa tajuknya dan tak ada orang jadikan rujukan pun?

Profesor Redzuan kata dia tidak bersama-sama Anwar dalam ABIM kerana pada tahun 1982 Anwar sudah masuk UMNO. Tuduhan saya ialah Profesor ini kawan rapat Anwar melalui perkaitan dalam ABIM. Tak usahlah Profesor Redzuan nafikan.

Bila Anwar ditahan ISA tahun 1998 dia sebagai Naib Presiden ABIM antara perancang utama gerakan membela Anwar, cuma hairannya dia tidak ditahan ISA seperti rakan-rakan ABIM-nya. Rumah Profesor Redzuan di Sungai Ramal Dalam, Kajang, lubuk bekas pemimpin ABIM.

Profesor Redzuan adalah Pengerusi SYURA, iaitu badan induk yang mengawasi, memandu dan menasihati aktiviti semua bekas pemimpin ABIM. Profesor Redzuan sering dijemput menjadi penasihat kepada aktiviti PKR. Dalam Rapat Temu Pemimpin PKR di Kajang 16 dan 17 Februari lalu pun Profesor Redzuan adalah salah seorang penceramah utamanya.

Tentang perkataan jilat yang digunakan oleh Profesor Redzuan, saya anggap itu adalah kesilapan besar.

Dalam konteks Anwar, perkataan jilat ini ada macam-macam konotasi. Saya tidak tahu maksud Profesor; sebagai seorang kenalan rapat Anwar konteks mana perkataan jilat ini dimaksudkan oleh Profesor ini perlu diperjelaskan. Kalau tidak, malulah pelajar-pelajar university terkenal bila Profesor mereka menggunakan perkatan jilat ini sewenang-wenangnya.

Malulah Profesor-Profesor lain di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dan di Universiti Malaya seluruhnya bila Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya guna perkataan bodoh begitu.

Saya memang masuk PKR dalam tahun 2009. Masa itu saya ingatkan khidmat saya diperlukan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat sebagai kuasa politik di negara ini.

Malangnya saya tidak kekal dalam parti itu setelah saya dapati PKR ini hanya indah khabar dari rupa. Kerana saya masuk PKR setahun, tidaklah kena tempatnya Profesor Redzuan menuduh saya jilat Anwar; kecuali Profesor kira saya ini seorang homoseksual yang mungkin suka kapada kegiatan demikian. Saya ingin jelaskan kepada Profesor bahawa saya bukan seorang homoseksual dan tidak pernah dalam hidup saya saya menjilat Anwar atau mana-mana lelaki lain.

Saya ingin sarankan kapada semua Professor dalam Negara kita; jaga lah nama baik academia; jangan keterlaluan sokongan mereka kapada orang politik kerana ini akan membuat mereka hilang objectivity. Mereka tidak akan dihormati jika mereka diperalatkan oleh politik partisan yang keterlaluan. Jaga nama baik pelajar dan istitusi pendidikan negara.

Zaid Ibrahim.

mymassa.blogspot.com

Anwar Fails In His Third Bid To Disqualify Muhammad Shafee

Posted: 03 Mar 2014 03:18 AM PST

PUTRAJAYA, March 3  - Datuk Seri Anwar Ibrahim today failed for the third time to disqualify Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah from leading the prosecution team in its appeal against the opposition leader’s acquittal on a sodomy charge.

In dismissing Anwar’s application, Appeal Court Judge Datuk Balia Yusof Wahi, who led a three-man bench in hearing Anwar’s application to disqualify Muhammad Shafee,  ruled that it was frivolous and vexatious which resulted in the delay of the prosecution’s appeal.

“We are of the opinion that the appeal is going very slowly through the maze of the corridors of the court, at a snail’s pace,” he said, adding that as submitted by Muhammad Shafee, this (prosecution’s) appeal had made no progress since July last year.

muhammad-shafee-abdullah-pendakwaraya-peguam-negara-kes-rayuan-anwar-liwat-saiful-mahkamah

Earlier, Muhammad Shafie had submitted that Anwar’s sodomy case had been postponed 69 times during the trial at that the Kuala Lumpur High Court.

Justice Balia, who heard the application with Justices Datuk Aziah Ali and Datuk Mohd Zawawi Salleh, said that the panel agreed with Muhammad Shafee’s argument that since his name had not been struck out from the lawyers rolls, he remains a fit and proper person to be appointed as Deputy Public Prosecutor.

He said Muhammad Shafee’s appointment was within the public prosecutor's prerogative and the court could not make findings based on decisions by   the Advocates and Solicitors Disciplinary Board.

The court also rejected Anwar’s application to stay the hearing on the prosecution’s appeal,  which has been fixed for this Thursday and Friday, after the court found that there was no special circumstances to warrant it.

With this ruling, the prosecution’s appeal would go on this Thursday with Muhammad Shafee leading the prosecution team.

Anwar filed his third application on Feb 25 citing grounds that the senior lawyer was not a fit and proper person to accept the appointment as he was found guilty and was fined RM5,000 by the Advocates and Solicitors Disciplinary Board for violating the Legal Profession Act.

The court made the ruling after hearing submissions from Anwar’s counsel Karpal Singh, and Muhammad Shafee.

Anwar had first challenged the legality of Muhammad Shafee’s appointment under the Criminal Procedure Code but this was dismissed by the Court of Appealon Sept 17 last year.

The Federal Court also rejected his appeal on the Appeal’s Court decision on Nov 20 last year.

His second application to disqualify Muhammad Shafee, based on a statutory declaration by former Kuala Lumpur Criminal Investigation Department chief Datuk Mat Zain Ibrahim, was also dismissed by the Court of Appeal, on Dec 20 last year.

His further appeal to the Federal Court was also dismissed, on Feb 11 this year.

Muhammad Shafee was appointed by the Attorney-General by fiat (authorisation) under Section 376 (3) of the Criminal Procedure Code (CPC) and Article 145 (3) of the Federal Constitution to conduct the appeal at the Court of Appeal.

On Jan 9, 2012, the High Court in Kuala Lumpur acquitted and discharged Anwar on a charge of sodomising his former aide Mohd Saiful, 26, at a Desa Damansara condominium unit in Bukit Damansara between 3.10 pm and 4.30 pm on June 26, 2008.

Elak Rakyat Terhakis Keyakinan Terhadap Penguatkuasaan Undang-undang – Syed Ali

Posted: 03 Mar 2014 03:11 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Mac -  Tindakan undang-undang perlu segera diambil terhadap mana-mana kumpulan ekstrim termasuk pertubuhan politik bagi mengelak hilangnya keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

“Tindakan  perlu tegas dan tidak terpilih, jangan ada double-standard sehingga terhakis keyakinan rakyat terhadap penguatkuasaan undang-undang di negara ini,” tegasnya.

Menurut beliau, undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan sepenuhnya terhadap kumpulan tersebut supaya menjadi pengajaran bahawa kerajaan tidak bertolak ansur dengan kumpulan pengacau dan pelampau.

syed-ali-alhabshee-umno-bn-cheras-wilayah-kl

“Tetapi, jika  pihak berkuasa masih lagi mengamalkan sikap berlembut dan bertolak ansur, kumpulan pelampau berkenaan akan berterusan melakukan provokasi dan hasutan bagi meningkatkan kebencian rakyat terhadap kerajaan khususnya Barisan Nasional (BN),” tegasnya dalam entri terbaru umnobahagiancheras.blogspot.

Jelas beliau, kumpulan ekstrim politik dan pelampau sosial khususnya yang ada hubungkait dengan parti politik rasis, DAP perlu dikenakan tindakan kerana selama ini jelas peranan  mereka amat berbahaya kepada perpaduan nasional.

“Saya sendiri kadangkala kecewa dan hairan kenapa tidak ada tindakan undang-undang yang diambil terhadap mana-mana aktivis atau kumpulan pelampau sedangkan jelas mereka melakukan pelbagai bentuk ancaman yang boleh memudharatkan kepentingan negara,” katanya.

Beliau mengulas rencana dalam ruangan Awang Selamat, akhbar Mingguan Malaysia semalam yang menegur pihak berkuasa kerana masih membiarkan DAP berterusan menyemarakkan eksremisme dan melakukan porvokasi yang keterlaluan.

Rencana berkenaan yang bertajuk ‘Pihak berkuasa kita ! antara lain melahirkan rasa anehnya kerana pihak berkuasa meletakkan kayu ukur berbeza terhadap DAP. Kalau pihak lain berbuat demikian maka pantas sahaja tindakan diambil sehingga ada kalanya dilihat terlebih pro-aktif.

Menurut rencana itu lagi, sampai hari ini misalnya, ramai yang tertanya-tanya apakah tindakan terhadap Red Bean Army (RBA) yang telah banyak melakukan fitnah, tohmohan dan provokasi yang dasyat terutama semasa musim pilihan raya umum lalu. Semua tahu  perbuatan mereka mengecam keselamatan negara tetapi mereka terlepas begitu sahaja.

Malah Awang Selamat dalam tulusannya tutut menyebut bahawa Isu Lim Guan Eng mahukan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam, klip video Teresa Kok, Jeff Oi gelar kakitangan MPPP sebagai kucing kurap ; cubaan campur tangan Lim Kit Siang ke atas khutbah Jumaat ; Tony Pua mempersoalkan larangan Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap sambutan Hari Kekasih, kenyataan Tony menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang majoritinya orang Melayu sebagai anjing dan banyak lagi -menampakkan DAP tidak gentar ujntuk terus menyemai kebencian.

Mengulas lanjut, Syed Ali berpendapat kekecewaan yang diluahkan oleh Awang Selamat mewakili keluhan rakyat negara ini mahukan kerajaan bertindak lebih tegas dan tidak double-standard dalam menangani sesuatu isu.

Menurut beliau, jika kerajaan mahu undang-undang dihormati rakyat maka penguatkuasaan undang-undang tersebut hendaklah dilakukan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan berkaitan.

“Dalam kes pemimpn  DAP, mereka sudah melakukan pelbagai  bentuk penghinaan, kecaman, provokasi berbau hasutan dan penyebaran berita fitnah tetapi sehingga kini tiada seorang pun yang dikenakan tindakan tegas.

“Dalam isu RBA, semasa PRU ke-13 pertubuhan ini paling ke depan menyerang kerajaan menerusi laman-laman sosial dan difahamkan beratus laporan polis dibuat, tetapi sehingga kini RBA masih lagi beroperasi, malah semakin aggresif,”ujarnya.

Syed Ali seterusnya mempersoalkan kenapa pihak berkuasa khuasanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) dilihat seperti teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap RBA.

Katanya, Tentera Kacang Merah (RBA) ini merupakan sebahagian daripada blogger-blogger hantu yang sudah dikenalpasti bertujuan untuk meruntuhkan kerajaan BN yang dipilih oleh rakyat menerusi proses demokrasi.

“Pihak berkuasa tahu RBA dan hubungan mereka dengan DAP, tetapi kenapa dibiarkan bergerak bebas meracuni pemikiran rakyat khususnya golongan muda.

“Kita tahu RBA adalah cabang organisasi DAP yang menggunakan laman-laman sosial untuk menanam doktrin politik kebencian terhadap kerajaan yang memerintah, tetapi kenapa sehingga sekarang tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa,” tegasnya lagi.

Syed Ali juga menarik perhatian mengenai penayangan rakaman video Teressa Kok yang seolah-olah hanya ‘panas’ sekejap dan lenyap begitu sahaja sedangkan pada awalnya mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Justeru itu katanya, pendedahan Awang Selamat di dalam  akhbar Mingguan Malaysia semalam merupakan suara kecewa rakyat yang mahukan satu penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan tidak bermusim.

Pihak berkuasa katanya, perlu melihat implikasi disebaliknya kelambatan atau tiada langsung tindakan undang-undang diambil terhadap kumpulan pelampau politikk seperti DAP dan RBA.

“Apabila pihak berkuasa tidak bertindak, rakyat akan menunding jari kepada kerajaan dan akhirnya mereka menyalahkan BN, ini pesepsi negatif yang tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.

Comango : Wisma Putra Studies Report From Human Rights, National Constitution Angles

Posted: 03 Mar 2014 02:53 AM PST

PUTRAJAYA, March 3 – Wisma Putra will study the report and protests submitted by the registered non-governmental organisations (NGOs) on the claims made by the Coalition of Malaysian NGOs (Comango) on various aspects of human rights and constitution before responding to them.

Deputy Foreign Minister Datuk Hamzah Zainudin, who received the 200-page report and petition signed by 700,000 Malaysians who rejected Comango, an initiative of the Malaysian Muslim Alliance (Isma), at his office here today, gave the assurance that he would study the report and respond to it immediately.

“What we will look at are the issues pertaining to human rights as well as the constitution,” he told reporters after receiving the report from Isma deputy president, Aminuddin Yahya.

In October last year, Comango was reported to have made several claims related to the freedom of sexual orientation, lesbianism, homosexuality, bisexuals and transgenders to the Universal Periodic Review (UPR) of the Human Rights Council of the United Nations in Geneva.

Besides the issue of human rights, the unregistered organisation was also demanding the right of apostasy for Muslims, equal rights in religion and also questioned the used of Allah and Syiah teachings.

Hamzah said Wisma Putra would study the report or complaint made by the registered NGOs or individuals who had valid identities so that action would be taken if there were elements of sedition in the report.

“It is also to enable the parties making the complaint to be responsible for whatever is being voiced out and anyone who is interested to make a complaint with the foreign ministry can send a letter,” he said.

In the meantime, Aminuddin said the government needed to make a serious and firm stand to defend the sovereignty of the country, the status of Islam as the national religion, the pride of the race and national interests.

“Through this report, we want to tell the government that they are not alone in upholding the constitution of the country,” he said.

BN Guna Pendekatan Ofensif Hadapi Lawan Di Kajang – Muhyiddin

Posted: 03 Mar 2014 02:43 AM PST

KAJANG, 3 Mac  - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan ofensif dalam berhadapan gelora yang bakal dibangkitkan parti lawan sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bermula Selasa minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekalipun dilihat sebagai ‘underdog’, suhu politik ketika ini tidak memungkinkan BN hanya perlu bertahan, sebaliknya kelemahan parti lawan juga perlu didedahkan untuk pengetahuan umum.

timbalan-pengerusi-bn-muhyiddin-umum-calon-prk-kajang-chew-mei-fun-pwtc

“Kalau kita hanya bersikap ‘defensive’ kita akan dilihat lemah, sedangkan kita juga ada banyak maklumat berkenaan parti lawan termasuk wakil Bebas yang dikatakan bakal bertanding.

“Kita faham dan tahu kemelut yang dihadapi PKR (Parti Keadilan Rakyat) serta dasar-dasar yang dibawa di mana jelas tidak memberi kebaikan kepada rakyat, termasuk penduduk di Kajang,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jentera BN di pejabat UMNO Hulu Langat, di sini.

Hadir sama Pengarah BN bagi PRK DUN Kajang Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN turut menarik perhatian bahawa gabungan itu tidak akan menyerang peribadi lawan sepanjang kempen, sebaliknya lebih mengutamakan penerangan berkenaan perkara yang berkaitan kepentingan rakyat.

Beliau berkata BN kini sudah bersedia sepenuhnya untuk berjuang habis-habisan, malah semua gerak kerja ke arah itu sudah dilaksanakan sepenuhnya.

Muhyiddin berkata mesyuarat yang diadakan hari ini lebih kepada menyelaras gerak kerja serta menetapkan tanggungjawab mengikut Pusat Daerah Mengundi masing-masing.

“Lebih utama, saya tekankan dalam pilihan raya rakyat adalah raja, sebab itu jentera kempen perlu memberi keutamaan pengundi dan penduduk di mana mereka ditugaskan,” katanya.

Pilihan raya kecil dijadual berlangsung 23 Mac ini menyaksikan Chew bakal berdepan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Bebas, antaranya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Jan lepas bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Bina Terowong Bawah Laut Hanya Untuk Agenda Politik Peribadi – Prof Hanafiah

Posted: 03 Mar 2014 02:18 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Hasrat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk meneruskan pembinaan terowong bawah tanah dilihat sebagai  bermotifkan kepentingan politik peribadi dan bukanlah semata-mata untuk kemudahan rakyat di negeri itu, demikian jelas seorang penganalisa politik, Prof Madya Dr. Hanafiah Harun.

Prof-Madya-Mohd-Hanafiah-Harun-UITM-Shah-Alam

Beliau yang merupakan pensyarah di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) berkata, Lim Guan Eng sepatutnya menjustifikasikan dengan jelas keperluan untuk membina terowong di bawah laut itu memandangkan jambatan kedua Pulau Pinang sudah pun siap untuk digunakan.

"Saya fikir, tidak ada keperluan yang mendesak untuk beliau meneruskan rancangan pembinaan terowong tersebut melainkan ianya mempunyai kepentingan politik di situ. Bagi saya, mungkin Guan Eng inginkan 'self glorification' dengan pembinaan terowong tersebut ketika di bawah pentadbirannya.

"Jika pembinaan tersebut diteruskan, maka saya yakin ia akan memberikan kesan terhadap ekologi laut dalam serta akan menjejaskan punca pendapatan nelayan dan mereka yang bergantung kepada laut sebagai sumber pendapatan," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Kenyataan Lim Guan Eng di dalam sebuah portal berita yang menganggap bantahan pembinaan terowong tersebut akan merosakkan sistem ekologi laut dan merupakan satu pembaziran sebagai bantahan rapuh, memperlihatkan sikap rakus beliau yang tidak mempedulikan pandangan rakyat.

"Mungkin Lim Guan Eng tidak pernah memikirkan tentang titik bengit masalah masyarakat khususnya golongan yang menjadikan laut sebagai sumber pendapat mereka di negeri tersebut. Sebab itu, beliau menganggap pandangan rakyat berhubung perkara itu sebagai bantahan rapuh yang tidak perlu dipedulikan," ujarnya.

Menurut beliau lagi, sebagai Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya mengambil kira daripada semua aspek sebelum meneruskan pembinaan terowong tersebut.

nelayan-rakyat-pulau-pinang-penang-tolak-terowong-bawah-tanah-laut-dap-01

"Kalau menurut kata jurutera pastinya semua boleh dibuat tetapi kita perlu ingat, sehebat-hebat kapal titanic yang dikatakan mustahil untuk tenggelam, akhirnya karam juga. Begitu juga dengan Highland Tower yang pastinya dikatakan selamat, namun akhirnya menyembah bumi.

"Begitu juga dengan isu terowong di bawah tanah ini. Sudah pasti mereka (jurutera) akan mengatakan bahawa ianya boleh dilakukan tetapi kita perlu lihat akan kesan yang akan menimpa kepada keadaan persekitaran yang sudah pastinya akan tercemar dan memberikan kesan kepada sistem ekologi lautan dan manusia yang berada di sekitarnya.

"Apatah lagi, ia ternyata satu pembaziran yang nyata apabila jambatan kedua Pulau Pinang yang begitu besar sudah pun siap terbina dan sudah boleh digunakan. Jika alasan untuk mengurangkan kesesakan trafik, maka dengan adanya jambatan kedua itu maka ia sudah memadai.

"Dalam isu ini, saya berpandangan bahawa ianya lebih kepada untuk nama dan kepentingan politik peribadinya saya kerana memandangkan kini tidak ada keperluan yang mendesak untuk membina sebuah terowong bawah laut di negeri tersebut," tegasnya. -MediaUMNO

Melaka To Consider Interest-Free Housing Loans For Civil Servants

Posted: 03 Mar 2014 02:10 AM PST

MELAKA, March 3  - Melaka will implement interest-free housing loans for civil servants in the state if its financial position permits, says Chief Minister Datuk Seri Idris Haron.

He said the state government was now studying in detail, its financial capability to implement the scheme so that Melaka’s financial position was balanced when the scheme was implemented.

“If we cannot afford to abolish all the interest, we may abolish two per cent…but we need to look at our financial position first,” he said.

Idris was speaking to reporters after attending the opening of the Second Term of the 13th State Legislative Assembly by the Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob at Seri Negeri, Ayer Keroh here today.

The scheme proposal was raised by Mohd Khalil in his opening speech as one of the ways to assist those who could not afford to own houses in the state.

On Feb 13, the Johor Government announced the implementation of interest-free housing loans for its civil servants, effective from March 1, when the existing four per cent interest rate was abolished.

Idris said in the implementing the scheme, Melaka could not be compared with Johor as Melaka had limited financial resources with its small physical area and lack of natural resources.

“However, if our revenue, especially from tourism and investment expands, we should have no problem of implementing the scheme, but as I said, our state’s finances must be balanced,” he added.

Meanwhile, commenting on another proposal by Mohd Khalil in his speech on increasing the number of 1Malaysia People’s Store (KR1M), especially in the outskirt of towns in the state, Idris said the proposal was being implemented by the state government.

“Currently, we have six (KR1M) in each of the six parliamentary constituencies in the state, and we are working to set up medium-sized KR1M in each of the 28 state constituencies,” he said.

He said the state government would study feedback from the people to relocate the KR1M at the Melaka International Trade Centre (MITC) to another place with greater population density.

BERNAMA, in its special report on Feb 5, raised the views of Melaka consumers to enable 1Malaysia products to be extended to small sundry shops in rural areas, and that KR1M at MITC be relocated to an area with higher density.

MoU Air Selangor Fokus Projek Langat 2 Tangani Bekalan Air – Muhyiddin

Posted: 03 Mar 2014 01:42 AM PST

KAJANG, 3 Feb -  Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air Selangor lebih tertumpu kepada usaha memastikan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dapat dilaksanakan, bukannya berkenaan kenaikan tarif air.

Timbalan Perdana Menteri berkata, MoU antara kerajaan persekutuan dan Selangor itu lebih menumpukan perkara penting seperti tarikh mula kerja, pengambilan lebih 75 keping tanah dan pelantikan kontraktor.

menteri-tenaga-air-hijau-maximus-ongkili-najib-muhyiddin-khalid-ibrahim-mou-krisis-air-selangor

“Itu saya tak tahu (kenaikan tarif air), setakat ini kita hanya bincang peringkat penting bagi memastikan masalah kekurangan air di Lembah Klang dapat diatasi segera.

“Pada saya ini perkara yang lebih utama, walaupun soal tarif air juga penting tetapi oleh kerana pengurusan air adalah di bawah kerajaan negeri, maka terlalu awal untuk saya katakan ada peningkatan atau sebaliknya ,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jentera pilihan raya kecil (PRK) Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di pejabat UMNO Hulu Langat di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli pada Isnin bahawa perjanjian itu berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya kenaikan tarif air.

Muhyiddin berkata, perkara penting yang perlu dilakukan sekarang adalah memastikan perjanjian ditandatangani dapat dilaksanakan segera supaya pelaksanaan bekalan air yang lebih baik dan mencukupi dapat dilakukan.

“Soal tarif air mungkin akan dibincang kemudian tetapi soal utama ketika ini ialah bagaimana untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air,” katanya.

Berhubung keadaan cuaca panas dan berjerebu melanda beberapa negeri ketika ini, Muhyiddin menasihatkan orang ramai supaya mematuhi nasihat dikeluarkan Kementerian Kesihatan bagi memastikan mereka kekal sihat.

Untuk mengatasi masalah kebakaran hutan, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara bersiap sedia untuk menggerakkan segala peralatan sekiranya keadaan memerlukan.

“Kita kena gerakkan segala peralatan, walau terpaksa mengeluarkan perbelanjaan…kita tetap perlu beri keutamaan dan ini adalah keutamaan yang kerajaan tekankan,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...