Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Walaupun Di Doakan Mati, Saya Maafkan dia!
- HOT! Kemalangan Pertama di Jambatan kedua Pulau Pinang!
- #HOT! Penghinaan Melampau Terhadap Pemimpin Negera Bukti Dap Parti Ekstrem dan #Rasis!
HOT! Walaupun Di Doakan Mati, Saya Maafkan dia! Posted: 03 Mar 2014 01:34 AM PST
Mc ada menarima mesej dari seorang Kawan yang mengatakan ianya dari Ds Rosmah. Baca kat bawah, Assalamualaikum wrb wth. dan Selamat Sejahtera. Saya ada mendengar bahawa Sdra Hew Kuan Yew ada mengharapkan agar saya diserang sakit jantung (sudden death) dan segera menemui ajal (journey to the "west"). Andainya benar beliau ada menuturkan kata-kata sedemikian, saya memaafkan tindakan beliau dan percaya ia dilakukan dibawah sedar. Bagi saya, saya akan sentiasa mendoakan Sdra Hew Kuan Yew dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kerahmatan & kebahagiaan agar beliau dapat terus menikmati kesejahteraan hidup aman dan damai di bumi bertuah Malaysia. Salam - Rosmah Mansor | ||||
HOT! Kemalangan Pertama di Jambatan kedua Pulau Pinang! Posted: 02 Mar 2014 08:45 PM PST Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah petang semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau. "Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer. "Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta," katanya. Jambatan Kedua Pulau Pinang, dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 1 Mac lalu, dengan disaksikan lebih 10,000 orang. Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata Najib. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan, bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama di zon perindustrian tanah besar di Batu Kawan. Jambatan itu turut mencatat sejarah sebagai jambatan terpanjang di Asia. Projek mega itu yang menelan kos RM4.5 bilion dikendalikan oleh kontraktor China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sebagai pemegang konsesi untuk 45 tahun. Selain dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar, jambatan tersebut mempunyai kelebihan kerana menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala Richter pada jarak 300 kilometer daripada punca gempa bumi. HDRB adalah produk daripada getah asli yang direka bentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di United Kingdom, iaitu makmal milik Lembaga Getah Negara dan dihasilkan sepenuhnya di dalam negara - AntaraPos McTheory: Dok berhenti ambik gambar kot.. tu yang eksiden! | ||||
#HOT! Penghinaan Melampau Terhadap Pemimpin Negera Bukti Dap Parti Ekstrem dan #Rasis! Posted: 02 Mar 2014 06:41 PM PST Mc ada terbaca artikel yang ditulis oleh kaum cina yang bukan pro Dap (alhamdulillah masih ada cina yang waras) mereka ini pada mulanya dulu menyokong Dap akhirnya menjadi jelik dengan apa yang Dap buat pada Datin Seri Rosmah dan Dato Seri Najib. Mereka yang boleh kita gelarkan sebagai RBA (Red bean army) bukan lagi wujud untuk mengkritik kerajaan, tetapi lebih kepada membunuh karektor dan bersifat peribadi. Contoh sebagai gambar diatas, bagaimana DS Rosmah dihina dan dicerca dengan pelbagai kata-kata. Kalau kita berfikiran waras, mana ada manusia yang bertamudun dan beradab boleh mengeluarkan kata-kata cercaan dan hinaan sebegitu. Hanya orang yang tak betul otaknya saja yang mampu mengeluarkan perkataan jijik seperti itu. Seperti contoh, gambar-gambar dibawah ni,
Siapa Hew Kuan Yau ni? Untuk pengetahuan pembaca, dia ni Ketua Publisiti dan Penerangan DAP Kebangsaan. Seorang pemimpin besar Dap, berkelakuan ekstrem dan anti Melayu Islam. Bukankah semua ini agak melampau dan menunjukan bahawa kaum cina pro Dap ni sememangnya ekstrem dan mempunyai niat jahat lain dari apa yang mereka perjuangkan. Kononnya mereka ini ANTI RASIS, tetapi dalam apa yang kita lihat dalam posting mereka. Mereka cina Dap lebih rasis dari melayu yang mereka panggil rasis! Mereka kononnya perjuangkan kesamarataan, namun dalam tindak-tanduk perbuatan sekarang, tak nampak pulak ada melayu yang wujud dan berjawatan besar dalam Dap. Hinggakan Tunku Aziz pun dah lari dari parti yang kononnya perjuangkan intigriti ni! Sepatutnya jika kaum cina waras dalam pemerhatian, cuba lihat gerakan Dap di Malaysia. Apa yang mereka perjuangkan, apa yang mereka nak. Bagaimana tindakan mereka terhadap pemimpin dan kerajaan. Apakah dengan menghina pemimpin seperti diatas, ianya satu perjuangan kearah Malaysia yang lebih baik? Apakah dengan mendoakan kematian isteri pemimpin negera, ia boleh membuatkan Malaysia menjadi lebih mulia? Apa agaknya PM Najib Razak terhadap puak-puak ni? Agakanya salah DS Rosmah, hingga dia dihina sedemikian rupa? Mc syukur bila ada cina Dap yang gila menghina pemimpin dengan perbuatan yang melampau. Masih ada lagi cina yang waras dan sayangkan bumi Malaysia menegur cina yang gila ni! Betul la kata orang, bukan semua cina sokong Dap, malah ada yang dipaksa atau diugut untuk sokong. Kalau tak sokong, anda akan dipulaukan! Untuk cerita lebih menarik mengenai kaum cina yang masih waras, boleh klik baca kat SINI McTheory: Kaum cina selalunya pandai.. soo jangan jadi bodoh! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment