Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Fakta Mengenai Tragedi Pesawat Terhempas yang Patut Kita Tahu!! #PrayforMH370

Posted: 08 Mar 2014 08:10 AM PST


Sesetengah orang pandai cakap saja. Cakap memang senang, bagi pendapat pun senang. Hakikatnya kita kena faham dulu, baru boleh buat andaian atau tuduh yang bukan-bukan.

Sedikit penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung isu penerbangan MH370, untuk difikirkan bersama:

1. Penumpang Pelbagai Negara

Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Mungkin sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan maklumat terkini. Fahamilah keadaan.

2. Hubungan Diplomatik

MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dan dalam konteks ini MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada kita. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3. Misi Melibatkan 5 Negara

Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Agensi Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan. Terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situasi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370.

Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantuan kapal penyelamat ke pengairan terbabit.

Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4. Tidak Semudah Yang Dijangka

Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. MAS dan pihak penyelamat sedang berusaha sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.

5. MAS Tetap Dihati

Kali terakhir MAS mengalami 'major incident' ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami 'major incident' dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas.

Bagaimanapun, secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihati.

Sumber: Nor Azizuddin Abdul Manan

INFO! Anda BLACKLIST Tapi Masih Boleh Beli Rumah? #PR1MA

Posted: 08 Mar 2014 05:34 AM PST


Sejak pelancaran rumah PR1MA dan rumah mampu milik di Kedah, ianya umpama bulan jatuh ke riba bagi rakyat dinegeri ini. Lebih-lebih lagi pada orang Kedah yang mempunyai masalah kewangan pada masa lampau, kini diberi peluang untuk membeli rumah dengan skim sewa beli.

Pada yang tiada masalah dengan bank, rasanya boleh mohon pinjaman perumahan seperti biasa. Namun bagi pembeli yang kewangannya tidak kukuh, kini diwujudkan skim sewa beli, ia tidak mengambil kira loan bank atau skim pinjaman perumahan yang sedia ada. Hanya skim sewa beli yang akan dijalankan.

Bermakna, jika anda blacklist dengan mana-mana bank sekali pun. Anda tetapi diberi peluang kedua untuk memiliki rumah.




Jika anda mempunyai pendapatan RM2500 kebawah, pilihan untuk anda ialah rumah mampu milik. Malah ia juga akan dibuka secara sewa beli untuk memudahkan pembeli yang berpendapatan rendah kelak.

Semuanya hasil permintaan Dato Seri Mukhriz, Menteri Besar Kedah yang kita sayangi..



Rasanya janji BN untuk bina rumah kos rendah di Kedah, sudah terlaksana. Dulu Pas pun pernah pecah tanah konon nak buat rumah kos rendah, tapi lepas 5 tahun, tanah tu masih jadi tanah.

Mc harap rakyat Kedah yang tak mempunyai rumah, rebutlah peluang untuk beli rumah. Rugi laaa.. tak beli, rajinkan diri sikit, jangan termenung saja, rezeki takkan datang bergolek.

Untuk keterangan rumah PR1MA, boleh klik SINI

McTheory:
Jangan lepaskan peluang..

TERKINI! Pesawat MH370 Dipercayai Terhempas di Laut China Selatan!

Posted: 07 Mar 2014 09:27 PM PST



Pesawat MAS yang hilang terhempas di Laut China Selatan!

KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu.-astroawani

TERKINI! Status Pesawat MH370 Masih Gagal di Kesan Setelah 6 Jam?

Posted: 07 Mar 2014 07:55 PM PST



 Ceo MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Putrajaya: MAS mengesahkan pesawatnya yang hilang tidak mendarat cemas di Nanming, China. Semua itu hanya khabar angin semata-mata.

Pesawat MH370 masih belum dapat dikesan sejak dilaporkan hilang pada jam 2.40 pagi tadi di kawasan perairan Laut China Selatan.

Hingga sekarang sudah 6 jam pesawat itu hilang. Dipercayai dikendalikan oleh juruterbang berpengalaman dengan ciri-ciri keselamatan.

Sekarang MAS dah lancar Code Red Emergency untuk search sekitar Laut China Selatan.

Untuk pengetahuan pembaca hanya 38 rakyat Malaysia dalam penerbangan tersebut, selebihnya rakyat luar.

McTheory:
Update kisah pesawat MH370 yang hilang!

kedahkekl.blogspot.com/2014/03/terkini-pesawat-mh370-dipercayai.html?m=0

HOT! Pesawat MAS Hilang, Keluarga Penumpang Pesawat di Hubungi!

Posted: 07 Mar 2014 06:23 PM PST


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines sedang berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Subang, awal hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata fokus pihaknya juga sekarang ialah bekerjasama dengan petugas kecemasan dan pihak berkuasa yang telah mengerahkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan.

"Kami mendoakan semua penumpang dan anak kapal serta ahli keluarga mereka," katanya dalam satu kenyataan media.

Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.

Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal yang terdiri daripada warganegara dari 13 buah negara.

Ahmad Jauhari menasihatkan ahli keluarga penumpang terlibat untuk terus ke Bangunan Sokongan Kemudahan yang terletak di Zon Sokongan Selatan KLIA bagi mendapatkan perkembangan terkini. - AstroAwani


P/s: Khabar angin bertiup kencang, pesawat dah selamat mendarat di Nan Ming, China. Apa pun, kita tunggu berita dari sidang media MAS sendiri.

HOT! Khalid Nasihatkan Anwar, Mohon Maaf Pada Rakyat! #Liwat2.0 #PRKKajang

Posted: 07 Mar 2014 05:19 PM PST


Rasanya selain dari penyokong Barisan Nasional, masih ada kumpulan Pakatan yang gembira bila Anwar bakal disumbat dalam penjara.

Sudah tentu, kumpulan penyokong Khalid Ibrahim.. malah Khalid Ibrahim sendiri menasihatkan Anwar supaya janganlah ulang perangai reformasi 1998 sebaliknya mohonlah maaf kepada rakyat. Khalid kini sudah keluar dari kepompong dan pemikiran jumud dalam PKR.

Khalid keluar menunjukkan dirinya seorang pemimpin negeri dan nasional yang semakin matang kepada Malaysia.

Nampaknya Abang Gagap sudah berubah.. he he he


McTheory:
Cayalah Khalid.. kasi taruk sama itu peliwat.. hahaha
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...