Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Takutkan Azmin, Punca Anwar Bertanding Presiden PKR!!

Posted: 31 Mar 2014 06:39 AM PDT


 Kisah laki bini bertanding Presiden PKR merupakan satu keajaiban baru dalam dunia. Orang kata, perkara ni tak ada berlaku di mana-mana negara lain di dunia, hanya ada di Malaysia.

Tapi sedarkah anda, disebalik permainan laki bini tu ada cerita lain yang cuba parti PKR sembunyikan?

Anwar Ibrahim, bukan nama asing dalam politik, bahkan kita tahu akal, idea dan kepala hotaknya amat bijak mengatur atau membaca 'permainan' dalam politik, baik dalam parti ataupun di luar parti.

Anwar takkan buat sesuatu perkara yang tidak ada untung pada diri atau keluarganya. Sudah tentu, Anwar mencabar isterinya sendiri sebagai Presiden parti, dilihat satu perkara yang bodoh. Tapi sebenarnya ia merupakan perkara bijak yang akan menyelamatkan kuasa dominan keluarganya dalam PKR.

Azmin Ali suatu kuasa besar dalam PKR yang meningkat naik. Sudah tentu dia banyak belajar dari 'sifu'nya Anwar. Kalau sesiapa tahu sejarah bagaimana Anwar naik dalam politik, sudah tentu anda tahu Azmin juga mampu mengunakan cara demikian.

Perang 'dingin' diantara Azmin dan Wan Azizah sudah lama, malah perang 'dingin' Azmin dengan Nurul Izzah pun menjadi rahsia dalaman parti PKR. Pelan untuk Azmin menjadi MB Selangor diganggu Anwar, malah selama Azmin bersama PKR, tiada satu pun jawatan tertinggi untuk beliau.

Sampai bila Azmin harus mengikut punggung Anwar?

Sampai bila Azmin harus menjadi 'orang suruhan' pada Anwar?

Angin bertiup kencang bahawa Azmin mahu mencabar kerusi Presiden PKR. Kalau nak dibandingkan antara Wan Azizah dan Azmin Ali, sudah tentu peranan Azmin lebih penting dari Wan Azizah yang sekadar menjadi boneka dalam PKR.

Kerana takutkan cabaran Azmin, Anwar sanggup malukan diri dengan masuk mencabar kerusi Presiden PKR bersama Isterinya, perbuatan tersebut sebenarnya sebagai insurans untuk menyelamatkan kerusi Presiden PKR dari jatuh ke tangan orang lain, selain dari keluarganya sendiri.

Percayalah, kalau Anwar tak berbuat demikian, pasti ada yang akan mencabar kerusi tersebut.

Pernahkah orang PKR terfikir?

Sampai bila nak biarkan kerusi Presiden PKR hanya diletak boneka yang mengikut telunjuk? Apakah tidak ada orang lain yang lebih layak selain dari Wan Azizah untuk duduk dikerusi berkenaan? Apakah Anwar tak percaya pada demokrasi dalam parti sendiri? Parti yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia?

Atau memang orang PKR sendiri tak boleh nak fikir?

PKR ni parti untuk rakyat atau untuk keluarga Anwar saja? fikirkanlahh..

Baru jadi parti, tapi dah bolot, tamak sana, sini. Kalau dah perintah negara, rasanya apa akan jadi?


McTheory:
Patutnya Azmin masuk bertanding Presiden 3 penjuru.. baru best!

HOT! PM @NajibRazak WAJIB Lantik Pak Kadir Jasin Jadi Pengerusi Media Prima!!

Posted: 30 Mar 2014 11:12 PM PDT

Apa lagi Kadir nak?

Mc rasa PM Najib perlu lantik Pak Kadir Jasin jadi  Pengerusi Media Prima, selagi tak lantik, beliau akan terus membuat bising, menyerang kerajaan dan PM Najib tanpa henti. Malah ianya bersambung-sambung dan bersiri-siri.

Kita tahu, sebenarnya dah lama Pak Kadir ni nak kan jawatan pengerusi tu, tetapi ianya dipandang sepi oleh PM Najib, mungkin ada sebab PM Najib tak beri jawatan tersebut pada Pak Kadir. Samaada beliau tidak layak atau beliau ni mungkin akan lawan tuan.

Disebabkan PM Najib tak tunaikan hajatnya yang mahu mengawal Media Prima, sejak daripada itu Pak Kadir terus-menerus menyerang pentadbiran Najib dengan pelbagai cara. Malah beliau pernah menafikan, serangan beliau terhadap Najib bukan kerana jawatan.

Kalau tak inginkan jawatan, kenapa perlu mengamuk kan?

Digunakan pula media sosial untuk menyerang, katanya konon Najib lemah, tak kuat. Kemudian, direkacerita pulak Najib gagal dalam mentadbir, baru-baru ni sekali lagi Pak Kadir bersuara kononnya Najib gagal dalam menghadapi krisis dan populariti Najib juga jatuh.

Kita sebagai manusia yang waras, pun tertanya-tanya, apa masalah Pak Kadir ni dengan PM Najib?

Serangan bertali-arus membuktikan bahawa Pak Kadir ni sememangnya mahukan sesuatu, takpun beliau ada merancang sesuatu yang kita taktahu. Kepinggin sangatkah jawatan pengerusi tu hingga Pak Kadir sanggup menjatuhkan air mukanya dengan menyerang seorang pemerintah negara?

Takkanlah orang lama macam Pak Kadir buat kerja tanpa apa-apa faedah kan??

Kalau Pak Kadir kata ia perjuangan untuk negara, apa untungnya rakyat jika pemimpin dijatuhkan secara tidak demokrasi? Kalau UMNO mahu menukar pemimpin, pemilihan yang lepas dah lama Najib di tukar. Tapi UMNO masih mahu Najib Razak menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN sekaligus Perdana Menteri Malaysia.

Malah tidak ada seorang pun yang berani melawan PM Najib ketika pemilihan yang lepas.

Takkan nak suruh ahli UMNO buat rusuhan dan tukar Presiden cara rampasan kuasa kot? Orang lama dan bijak seperti Pak Kadir tahu, tekanan yang beliau buat, bukan untuk turunkan Najib sebagai PM, tapi beliau sengaja berbuat demikian untuk perhatian dan mungkin atas kepentingan peribadi.

Kalau kepentingan peribadi, sudah tentu Pak Kadir mahukan jawatan pengerusi Media Prima atau beliau ada permintaan lain yang kita sendiri pun tak tahu.

Pada PM Najib Mc merayu, daripada biarkan si Pak Kadir ni terus 'bising' baik lakukan sesuatu dengan 'menunaikan' hajat peribadi beliau tu.



McTheory:
Hilang hormat, sebab perangai macam budak-budak..

HOT!! Karpal Singh Wajib Dedahkan Siapa Anwar Sebelum Bersara!!

Posted: 30 Mar 2014 06:12 PM PDT


Anda pernah tengok video diatas? Jika anda mengikuti politik tanah air sudah tentu anda masih ingat bahawa dulu Karpal Singh pernah menyuruh Anwar Ibrahim bertaubat. Malah kata-kata keramat Karpal itu masih diulang-ulang dan digunakan oleh penceramah politik pada masa kini.

Persoalannya, kenapa Karpal suruh Anwar bertaubat? Sudah tentu ada sesuatu yang Karpal tahu mengenai Anwar. Walaupun itu sebelum mereka 'bersama' namun selepas bersama Karpal terus mendiamkan diri, malah menjadi penasihat peguam pembela Anwar bila Anwar didakwa dengan pelbagai kes.

Kita tahu, Karpal Singh seorang peguam yang amat hebat, orang lama dalam bidang perundangan, sebut nama Karpal di mahkamah, silap-silap pendakwaraya boleh berpeluh dahi dengan Karpal ni, itu baru dengar nama, belum lagi dia bercakap.

Cuma prinsip sebagai seorang peguam, sudah tentu kena bukti dan kesahihan, barulah berani bersuara. Begitu juga pendapat Karpal mengenai Anwar, kalau Karpal takdak bukti mengenai Anwar, sudah tentu Karpal tak berani berkata demikian. Sebab beliau sorang peguam yang terkenal!

Cuma kita nak tanya, sebagai peguam, peguam bela dan kini penasihat peguam bela Anwar Ibrahim, sudah tentu banyak rahsia peribadi Anwar yang Karpal simpan.

Sekarang ni, Karpal telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan kerana menghasut atau mempersoalkan penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Perak pada Februari 2009.

Disebabkan itu, Karpal letak jawatan Pengerusi Dap dan membuat rayuan. Jika beliau tak salah, beliau akan kembali mengambil jawatan tersebut, kalau confirm disabitkan kesalahan, beliau akan melepaskan jawatan terus dan secara automatik jawatan ahli parlimen Gelugor pun akan dikosongkan.

Disebabkan itu dan faktor umur Karpal yang telah tua, penganalisis politik menjangkakan, Karpal tidak lagi bercadang untuk terus dalam bidang politik, kemungkinan beliau akan bersara.

Di atas sebab demikian, kita harap selepas Karpal bersara, beliau harus bertaubat dan menceritakan siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.


Ramesh Rao juga mendesak Karpal supaya ceritakan kejadian sebenar disebalik kata-kata 'Anwar Harus Bertaubat'.

Sudah lama Karpal merosakkan masyarakat di Malaysia dengan tindak-tanduknya sebagai pengerusi Dap. Pelbagai perkara jahat yang pernah beliau buat. Malah beliau membela seorang manusia yang sanggup mengadaikan Agama, Bangsa dan Tanah air, demi mencapai cita-cita politik, iaitu Anwar Ibrahim.

Sekali lagi kita ulang, Karpal Singh harus bertaubat, malah beliau harus membuka wajah sebenar Anwar Ibrahim pada rakyat Malaysia! Kita tahu, bahawa Karpal banyak simpan rahsia, demi negara, kita harap beliau dedahkan dan kembali ke pangkal jalan.

McTheory:
Anwar Ibrahim percayalahh.. sampai mati pun dia takkan bertaubattt!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...