House PK |
- #PRAYFORMH370 : DIKALA RAKYAT MALAYSIA BIMBANG TENTANG MH370, ANWAR PULAK NAK BERDEMO!?
- TASK FORCE KPDNKK BERJAYA BANTERAS PENYELUDUPAN DIESEL BERSUBSIDI!!!
- #PRAYFORMH370 : KENAPA CAPTAIN ZAHARIE BINA SIMULASI DI RUMAH?
- PANAS DAN TERKINI! DS ROSMAH MELAWAT KELUARGA MANGSA MH370
#PRAYFORMH370 : DIKALA RAKYAT MALAYSIA BIMBANG TENTANG MH370, ANWAR PULAK NAK BERDEMO!? Posted: 09 Mar 2014 05:00 PM PDT Ketika rakyat sedih dengan misteri kehilangan kapalterbang MAS MH370, Anwar hanya sibuk dengan politik untuk mengumumkan Wan Azizah dan ajak rakyat turun berdemo. Kononnya kata Azmin dia dizalimi. Abis tu, Saiful tidak ke dizalimi apabila Anwar menggunakan kuasa besar dan pengaruh ke atas Hakim Zahidin untuk menafikan keadilan buat Saiful. Mana hak Anwar dizalimi? Anwar sendiri tidak mahu bela dirinya untuk jadi saksi. Dia melengah-lengahkan kes dengan minta tunda 60 kali. Dia tidak ada isu dan hujah tapi hanya mahu perlekehkan pendakwaraya Tan Sri Shafee abdullah secara peribadi. Dituduh Shafee peguam upahan UMNO sedangkan dia juga peguam upahan PAS dan PKR serta tidak pernah jadi ahli mana-mana parti politik. Berbanding dengan Anwar, semua peguamnya adalah ahli ahli PKR, PAS dan DAP serta NGO penyokong PR. Sehingga hari ini, Anwar masih tidak dapat jawab dan sangkal fakta bahawa air mani kepunyaannya dijumpai di dubur Saiful di tempat 4 cm di dalam. Kini Anwar mahu zalimi rakyat dengan politik demonstrasi jalanan yang sudah membosankan. Mahkamah dah dijalani dengan adil tetapi Anwar hanya perbesarkan isu-isu remeh temah tapi isu besar dia tidak boleh sangkal.
Mana anwar ketika rakyat sdang sedih? Dia hanya sibuk berdemo dan membuat fitnah yang tidak menunjukkan simpati terhadap keluarga mangsa yang hilang tidak diketahui. Ahli politik Pakatan hanya mengapi-apikan rakyat dan bukan untuk menunjukkan siimpati pada keluarga mangsa. Baca seterusnya di The Unspinners.. HOUSE PK: Tu mamat DAP gila tu datang ke dataran sorang-sorang nak sokong peliwat yang sudah dijatuhkan hukuman dikala rakyat Malaysia sedang bimbang tentang kehilangan pesawat MH370. Ada jugak anjing gila yang sanggup turun untuk Anwar kan? Tapi itu l cuma sekor je spesis khinzir yang turun. Aku dalam keadaan sekarang ni tak berapa minat nak cerita pasal politik ni sebab aku sendiri pun gusar dan tak tau apa yang telah berlaku kepada pesawat MH370. Aku percaya semua rakyat Malaysia pun macam tu jugak, semua nak tahu apa sebenarnya terjadi kepada MH370. Namun aku lihat bilamana media sosial ni, ada spesis beruk dikalangan penyokong Pakatan yang sanggup buat statement-statement tanpa mengira perasaan kaum keluarga yang masih menanti dengan penuh sabar akan nasib saudara mereka. Sudah-sudah la tu, jangan la politikkan isu MH370 ni, marilah kita sama-sama berdoa agar semua penumpang didalam pesawat itu selamat dan mereka dapat kembali ke pangkuan keluarga mereka. Sebelum korang nak hina dan caci tu ada baiknya korang letakkan diri korang kalau keluarga korang yang terlibat dalam insiden ni. Tuhan bagi akal tolong la guna dan jangan politikkan semua benda ok! | ||
TASK FORCE KPDNKK BERJAYA BANTERAS PENYELUDUPAN DIESEL BERSUBSIDI!!! Posted: 09 Mar 2014 01:39 PM PDT Ini nak cerita pasal bagaimana subsidi minyak dirampok oleh perompak bangsat yang merugikan negara. Mujurlah masih ada pegawai dari Task Force yang berintegriti dan membanteras akan perbuatan ini: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 645,570 liter diesel dan petrol bernilai RM1.62 juta dalam Operasi Diesel 1 Selatan (OD1S) di tiga buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sejak Rabu. Timbalan Pengarah (Pembangunan) KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pihaknya juga merampas sebuah kapal pengangkut minyak, lima lori tangki, enam lori satu tan dan 25 tangki penyimpanan yang digunakan dalam aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi itu. Kesemua aset yang dirampas termasuk bahan api bernilai hampir RM3 juta dan Melaka mencatat nilai rampasan tertinggi iaitu RM2 juta sementara Selangor RM500,000 dan Negeri Sembilan RM250,000, katanya kepada pemberita dalam sidang media di Taman Perindustrian Cheng di Melaka, Khamis. Iskandar Halim berkata operasi khas itu dijalankan selepas unit risik KPDNKK bersama Pasukan Petugas Khas, Jabatan Peguam Negara mendapat aduan awam dan mengintip selama empat bulan sejak Oktober lepas berhubung aktiviti penyelewengan dan penjualan diesel bersubsidi kepada pihak industri. Beliau berkata modus operandi sindiket itu ialah dengan membeli diesel secara sedikit di stesen minyak di tiga buah negeri itu dan mengumpulkannya di satu tempat pengumpulan di Taman Perindustrian Cheng, sebelum dihantar ke tempat-tempat atau kawasan perindustrian yang memerlukan diesel. Beliau berkata diesel berkenaan disyaki dijual dengan harga RM2.50 seliter berbanding harga RM2.77 tanpa subsidi dan bahan api itu juga dijual ke negara-negara jiran. Katanya, sebanyak 173 akaun individu dan syarikat dibekukan melibatkan RM12 juta bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. "Operasi ini dibantu sembilan jabatan/agensi kerajaan lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Imigresen," jelas beliau. HOUSE PK: Ini aku petik dari Bernama. Korang tengok la manusia tak bertanggungjawab ni bagaimana mereka menjual Diesel bersubsidi. Ini hak kita, nasib baik la pegawai-pegawai unit risik KPDNKK ni cekap dan dapat cekup mereka ni. Aku harap lebiih banyak lagi operasi seperti ini dijalankan dan sekaligus ianya akan membendung pembaziran subsidi yang sepatutnya hanya untuk rakyat marhaen. Teruskan KPDNKK. Aku akan support korang dalam hal ini. | ||
#PRAYFORMH370 : KENAPA CAPTAIN ZAHARIE BINA SIMULASI DI RUMAH? Posted: 09 Mar 2014 01:13 PM PDT Aku agak pelik dengan apa yang disiarkan tentang Zaharie yang menjadi pilot MH370 yang hilang hingga kini. Apa kata korang baca dulu petikan ini: Gambar (diatas) dari akaun Facebook Zaharie Shah menunjukkan set simulasi Boeing 777 yang dibina sendiri di kediamannya:- SHAH ALAM – Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut 'diterbangkan' di rumahnya. Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau. Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar. Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar. Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya. Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube. Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981. Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan. Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online mendapati satu akaun Facebook atas nama "Kapten Zaharie Ahmad Shah" telah diwujudkan hari ini dan telah meraih perhatian 1,772 pengguna internet sehingga jam 11 malam tadi. Sumber: Klik Sini Semoga Allah selamatkan kesemua mereka didalam MH370 dan apa pandangan korang tentang pendedahan ini? | ||
PANAS DAN TERKINI! DS ROSMAH MELAWAT KELUARGA MANGSA MH370 Posted: 09 Mar 2014 09:37 AM PDT Pagi tadi, Datin Seri Rosmah Mansor bukan turun sebagai isteri PM tetapi sebagai seorang insan yang mengambil berat tentang kesusahan dan kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga flight MH370 yang masih hilang hingga ke saat ini. Aku tak nak tulis banyak-banyak, sebab nanti ada yang kata aku ni mengampu. tapi inilah hakikat sebenarnya jiwa seorang insan yang bernama Rosmah, korang nilaikan sendiri. Yang penting dia tak berlakon semacam Ratu Air Mata yang bakal bertanding di DUN Kajang..... Walau orang kutuk dan hina dia, tapi Rosmah tetap steady dan membuat apa yang lain tak terbuat. Dimana pemimpin Pakatan? Wayang je lebih kan? Sebab inilah aku hormat dan tabik DS Rosmah. |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment