House PK

House PK


SIAPA YANG KAFIR SEBENARNYA? MAHATHIR ATAU ANWAR?

Posted: 28 Feb 2014 04:30 PM PST

Aku nak share dengan korang artikel yang ditulis oleh Zul Nordin mengenai Tun Mahathir yang difitnah sebagai Anti Hadis, kalau korang betul Islam la kan, kena baca artikel ini:
 
Saya cukup hairan dengan gelagat para parasit yang seperti cacing kepanasan berkompang sakan mengkafirkan Tun Dr. Mahathir hanya kerana Yayasan Perdana menganjurkan dan merasmikan satu Dialog Bersama Kassim Ahmad pada 15 dan 16 Feb lepas.
Kassim Ahmad sememangnya sudah dilabel dengan gelaran 'anti-hadis' setelah beliau mengemukakan pandangan didalam buku 'Hadis: Suatu Penilaian Semula' dan diikuti oleh buku 'Dilema Umat Islam -  Antara Hadis & Quran'.
Saya sendiri pernah bertemu dengan Pak Kassim dan mendengar penjelasan beliau mengenai pendirian beliau ini. Saya juga berkesempatan berbincang dengan beliau berkenaan dengan survival Melayu dalam negara ini.
Memang ada beberapa perkara yang saya tidak bersetuju dengan Pak Kassim. Walaupun Pak Kassim mendakwa beliau bukan menolak semua hadis, sebaliknya hanya hadis-hadis yang bercanggah atau tidak selaras dengan Al-Quran; tetapi ada antara hujah atau tafsiran beliau sendiri bercanggah dengan Al-Quran.
Contohnya dakwaan Pak Kassim kita mendewa-dewakan Nabi Muhammad saw., contohnya dalam lafaz syahadah. Sedangkan dakwa Pak Kassim Allah berfirman dalam surah Ali-Imran: 18 menyatakan 'Allah menyatakan tidak ada tuhan selain Dia'. Lalu dakwa Pak Kassim, bila kita menyambung syahadah dengan lafaz 'Sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah', seolah-olah kita menyengutukan Allah, dan menafikan Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi lain.
Saya menyatakan lafaz syahadah itu langsung tidak menyengutukan Allah dengan Nabi Muhammad saw kerana ia dengan jelas menyebut Nabi Muhammad saw adalah Pesuruh Allah. Jadi dimana yang katanya kita menyengutukan Allah? Malah didalam Al-Quran begitu banyak ayat Allah menegaskan Nabi Muhammad adalah seorang manusia biasa yang diangkat menjadi Nabi dan Pesuruh Allah!
Apapun, saya menyarankan kepada para ilmuan dan sarjana Islam yang ada supaya mengadakan dialog tertutup dengan Pak Kassim. Tidak ada guna kita memaki hamun dan melabel Pak Kassim dengan pelbagai gelaran. Lebih baik kita memberanikan diri bersemuka dengan beliau. Dan saya cadangkan secara tertutup kerana tujuan kita bukan mahu mencari kesalahan atau mengaibkan Pak Kassim, tetapi untuk mencari kebenaran, insyaAllah.
Kalau dengan kristian yang nak cemar kalimah Allah pun kamu sanggup berdialog, malah sampai terhegeh-hegeh keluar masuk gereja konon nak berdialog dengan kristian sampai sanggup memberitahu kristian didalam gereja yang mereka boleh terus salahguna kalimah Allah, kenapa dengan Pak Kassim, seorang Muslim yang masih mengangkat syahadah, kamu tidak mahu berdialog, malah terus memaki hamun dan mengkafirkan beliau?
Bagaimanapun, tujuan saya menulis ini sebenarnya untuk menilai gelagat para pasrasit yang begitu ghairah memaki hamun Tun Dr. Mahathir dan menyamakan beliau sebagai golongan anti-hadis; malah sampai ada yang mengkafirkan Tun M!
Saya sendiri pernah suatu ketika dahulu apabila terpedaya dengan politik pembohongan dan putar-belit pembangkang melabel Tun Dr. Mahathir dengan pelbagai gelaran. Alhamdulillah Allah menyedarkan saya tentang politik pembohongan dan putar-belit pembangkang yang terlalu jijik dan kotor. Setelah menyedarinya, saya telah secara terbuka didalam Dewan Rakyat memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir.
Dan alhamdulillah saya berpeluang berceramah dengan Tun Dr. Mahathir di Pasir Mas, Kelantan dan secara terbuka sekali lagi memohon maaf kepada Tun, dan alhamdulillah Tun telah secara terbuka memaafkan saya.
Nasihat saya kepada para parasit dan yang sewaktu dengannya, jangan lakukan kesilapan yang pernah saya lakukan. Politik cara ini adalah jijik, kotor dan langsung tidak bertamadun; dan langsung tidak Islamik!
Saya ingin bertanya kepada kamu para parasit semua, adakah kamu ikhlas mempertahankan Islam bila kamu memaki hamun Tun dan melabel beliau dengan pelbagai label, sehingga ada yang mengkafirkan Tun hanya kerana menganjurkan dan merasmikan Dialog Bersama Kassim Ahmad?
Kalau kamu benar-benar ikhlas, saya mahu tanya satu soalan, mengapa kamu menjadi syaitan bisu didalam kes Anwar Ibrahim? Bukan sahaja kamu menjadi syaitan bisu, malah kamu sanggup melacurkan politik dan pendirian kamu dengan menyokong Anwar; malah mengangkat beliau sebagai calon Perdana Menteri kamu! Kini kamu bersorak sakan menyokong Anwar sebagai calon untuk PRK Kajang, dengan nafsu beliau mahu menjadi Menteri Besar Selangor!
Sedangkan Anwar Ibrahim terang-terang mengambil pendirian kristian boleh menggunapakai kalimah Allah; satu pendirian yang bercanggah sama sekali dengan ketetapan Majlis Syura' PAS yang dibuat pada 13.01.2013 yang melarang kristian daripada menggunakan kalimah Allah kerana ini persoalan aqidah bukan soal politik!
Malahan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr. Haron Din menegaskan bahawa adalah syirik bagi mana-mana umat Islam yang bersetuju atau membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah.
Jadi mengapa kamu semua senyap sepi sepert syaitan bisu apabila Anwar secara terang-terangan menolak ketetapan Majlis Syura' PAS ini? Malah Anwar dengan biadap memberitahu penganut kristian didalam kempen di Kajang di gereja Holy Family Kajang pada 16.02.2014 bahawa kristian boleh menggunapakai kalimah Allah.
Saya boleh bayangkan sikap kamu jika yang bercakap itu ialah Tun Mahathir, ataupun Dato' Sri Najib. Cuba bayang kalau Tun M atau Najib yang bercakap didalam gereja dihadapan penganut kristian bahawa kristian boleh menggunapakai kalimah Allah. Saya rasa tak cukup kertas kamu punya maki hamun, malah mungkin mengkafirkan Tun atau Najib.
Tetapi bila Anwar yang berbuat sedemikian, kamu terus menjadi syaitan bisu. Malah kamu turut menjadi penyokong kuat beliau dengan memberikan Anwar ruang berceramah dalam masjid surau kamu, kamu tampal poster Anwar, kamu meraih dan memujuk pengundi supaya mengundi Anwar supaya menang dalam PRK Kajang dan menjadi MB!
Mengapa kamu boleh menjadi bangsat seperti ini? Kerana agama? Kerana Islam? Kerana Allah?
Hipokrit besar kamu kalau kamu kata ianya kerana Islam, kerana Allah. Sebenarnya kerana nafsu politik kamu! Sebenarnya akibat kebencian meluap-luap kamu kepada sesama Islam! Sebenarnya kerana nafsu amarah kamu sendiri! Sebenarnya kerana kepentingan politik dan diri kamu sendiri. Langsung tidak ada kena mengena dengan Allah, langsung tiada kaitan dengan Islam!
Addeenul nasihah!
Agama itu nasihat. Sebab itu nasihat saya kepada kamu supaya menghentikan segala tuduhan liar dan melampau kamu. Beristighfar lah banyak-banyak kepada Allah, dan pohonlah kemaafan kepada Tun Dr. Mahathir atas keterlanjuran kamu.
Manusia yang hebat ialah manusia yang bersedia mengaku kesilapannya, memohon kemaafan atas kesilapan itu, dan tidak akan mengulanginya lagi!
Semoga Allah memberikan kamu kekuatan dan hidayah untuk melakukan sesuatu lillah hita'ala, bukan kerana nafsu kamu, bukan kerana taklid kepada manusia!
Janganlah kamu pertuhankan manusia, janganlah kamu pertuhankan kerusi, janganlah kamu pertuhankan demokrasi - tetapi kembali lah kamu mempertuhankan dan bertaqwa kepada Allah, dengan mematuhi perintahNya, dan menjauhi laranganNya!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.

PANAS BERAPI! KHALID IBRAHIM UMUM TANDING TIMBALAN PRESIDEN PKR!

Posted: 28 Feb 2014 02:00 PM PST

MENURUT AGENDA DAILY, Khalid IBrahim baru saja umum di kediaman rasmi dia bahawa beliau akan bertanding sebagai TIMBALAN Presiden PKR! Bila ditanya kenapa dia buat pengumuman sebegitu maka Kahlid kata supaya penyokong-penyokong dia dah boleh mula kempen untuk diri dia.

So Azmin! Apa kata anda? Khalid dah umum nak jadi Timbalan Presiden ni. Ini sudah boleh menimbulkan kemarahan Anwar ni. Habis la punguoq siapa la jadi mangsa malam ni? Muahahahaha

Memang sah PKR banyak masalah ni, pengumuman Khalid ini adalah satu signal kuat kepada team Azmin. Jangan main-main brader. Dalam gagap-gagap dia pun dia masih berkeyakinan. Walau Anwar dah dapat semua tandatangan dari Adun Pakatan kat Selangor ni untuk Anwar jadi MB, Khalid tetap nak tanding Timbalan Presiden.

Oh ya, mungkin ramai yang tak tau cerita ni ya? Anwar dah dapat persetujuan bertulis dari semua adun Pakatan di Selangor untuk menjadikan Anwar MB tau. Hanya golongan EXCO saja yang masih menyokong Khalid. Dasyat game Anwar ni. Tapi Khalid pun tak kurang hebatnya.

Maka kita akan saksikan parti yang kununnya berjuang untuk rakyat akan membazir duit rakyat dengan pelbagai helah. Contoh macam kat Kajang tu, saja buat PRK sebab nak jadikan Anwar MB kan? Kalau Khalid buat gila dia bubar DUN Selangor macamana pulak?

Kome ad afikir ke pasal ni wahai pencacai Pakatan? Dan paling malang sekali rakyat Selangor, korang tak rasa rugi ke pilih kerajaan jenis macam ni? Sebab nak puaskan hati mereka sanggup buat apa saja untuk puaskan hati mereka? Apa ini pun nak salahkan UMNO jugak ke?

Ce cite, ce cite?

WAH HAMPIR 20 JUTA DAN HIGHEST IMPACT???

Posted: 28 Feb 2014 05:57 AM PST

Fuyoh blog aku dah hampir nak cecah 20 juta ni! Ini dah kira HIGHEST IMPACT ka???? Ini macam kalau aku mau jadi pemikir la mana-mana punya agensi la, boleh ka? Aku janji akan pusing satu Malaysia pakai motor besar ka, kereta mewah ka pastu post gambar kat Instagram ala-ala Wak Doyok ka?

Boleh ka? Takdak ka mana-mana agensi nak tawar aku sebab kan aku ni HIGHEST IMPACT??? Ala, boleh la, boleh la ya? Boleh ke?

Gaji mau besar la....Muahahahahahahahaha
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...