BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF DAN FAKTA !!! #NIKAZIZ MENGAKU DIRINYA BUKAN #MAKSUM !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 31 Mar 2014 08:00 AM PDT


Sesuatu yang amat jarang dilihat di kalangan pemimpin Melayu ialah 'meminta maaf'.Hampir dalam semua keadaan para pemimpin politik Melayu cukup sukar melafazkan maaf biarpun kesalahan tersebut begitu jelas dan sudah pun diketahui umum.Sekiranya kesalahan mereka terdedah lalu kalah bertanding atau dikenakan tindakan,Kebanyakan mereka mengambil sikap memberontak serta berdendam ke atas pihak yang mendedahkannya atau yang telah mengalahkan mereka.Sama sekali mereka tidak merasa bersalah, jauh sekali mengaku salah dan selamanya tidak akan mengalah.Sebolehnya,mereka akan menafikan kesalahan biarpun ia bermakna menghancurkan segala-galanya.Antara pemimpin Melayu yang biasa kita dengar mengaku salah ialah Tun Mahathir yang pernah meminta maaf kerana gagal mengubah pemikiran orang-orang Melayu dan pada hujung minggu lalu,seorang lagi pemimpin Melayu iaitu Mursyidul Am PAS,Datuk Nik Aziz Nik Mat,telah meminta maaf kepada rakyat atas segala kesalahan atau kegagalannya selama menjadi Menteri Besar Kelantan.   

Nik Aziz telah menitiskan air mata ketika memohon maaf dalam kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka bersebelahan rumahnya.Dalam permohonan maafnya,beliau mengandaikan segala penyakit yang ditanggungnya kini adalah kifaarat dosa selama memerintah Kelantan.saya pasti,rakyat Kelantan yang selamanya mengagungkan Nik Aziz sedia memaafkan segala kesalahan pemimpin mereka itu.Namun,dalam masa yang sama,tidak mustahil mereka juga merasa musykil akan apakah kesalahan Nik Aziz terhadap mereka.Ini kerana,selama ini Nik Aziz dianggap mereka sebagai maksum,bertaraf wali keramat dan tidak boleh dikritik.Bagi Nik Aziz untuk menitiskan air mata meminta maaf,menunjukkan betapa beliau benar-benar insaf dan sedar akan kesalahannya.Nik Aziz pasti tahu fatwa apa yang pernah dikeluarkannya bertentangan dari ajaran Islam.Nik Aziz juga tahu apa yang telah dilakukannya sehingga menyebabkan tanah negeri Kelantan tergadai kepada pemimpin DAP.Nik Aziz juga tahu apa yang telah tidak dilakukannya sehinggakan rakyat Kelantan tidak mampu mendapat bekalan air yang efisien dan bersih biarpun beliau telah memerintah sehingga lebih dua dekad.   


Begitu juga maksiat dan keruntuhan moral di kalangan rakyat Kelantan yang mencatatkan statistik tertinggi tetapi di masa yang sama sering menyalahkan kerajaan BN atas masalah sosial dalam negara.Selain itu,Kelantan juga mencatatkan kemiskinan tertinggi serta tidak mampu menjana kewangan sendiri sehingga memerlukan bantuan dari kerajaan pusat saban tahun, tetapi di masa yang sama pemimpin negeri itu terus menghentam dan mencela kerajaan pusat sebagai zalim.Dalam keadaan kufur, pemimpin Kelantan tega merujuk kepada negeri itu sebagai Serambi Mekah, sekali gus memburukkan nama Islam dan tanah suci umat Islam itu.Selama itu juga, fitnah dan hamun terhadap BN serta riak dan takbur atas 'keIslaman' sendiri menjadi cara hidup pengikut-pengikut Nik Aziz.    Akibatnya, perpecahan ummah semakin hari semakin kronik.Nik Aziz bukan sahaja berdegil enggan menyambut salam perpaduan UMNO,malah menolaknya pula dengan fitnah kononnya UMNO tidak ikhlas dan UMNO tidak Islam.Walaubagaimanapun, segala apa yang berlaku ini kini dengan sendirinya terhapus dek air mata keinsafan Nik Aziz.   

Maka pada hari ini,penyokong-penyokong Nik Aziz dan juga penganut PAS wajib menerima hakikat bahawa Tok Guru yang mereka puja selama ini,bukan maksum.Bukalah mata dan terimalah hakikat bahawa pemerintahan PAS atau pemerintahan Tok Guru itu bukan sahaja tidak lekang dari melakukkan kesilapan, malah jauh lebih buruk dan teruk lagi dari pemerintahan mereka yang tidak bergelar Ulama.Sedarlah bahawa agama bukan untuk dipolitikkan untuk merebut kuasa memerintah negeri tetapi untuk diamalkan di dalam hati sanubari.Agama bukan untuk dipertontonkan atau dipamerkan di pakaian dan slogan tetapi sebagai pakaian akhlak bagi 'mencantikkan' diri sendiri.Negeri atau negara perlu ditadbir dengan pengetahuan yang luas,bukan sekadar pengetahuan hukum hakam nikah kahwin semata-mata.AlQuran itu adalah panduan hidup,bukan untuk dipetik dan dilagukan bagi memenuhi pendapat kita.AlQuran menyuruh manusia menimba ilmu melalui alam semesta bukan dengan duduk dan membacanya siang malam.AlQuran mewajibkan manusia menggunakan akal iaitu anugerah tertinggi terhadap makhlukNya dan bukannya mengikut cakap Tok Guru secara membabi-buta.    

Jika Nik Aziz pernah meletakkan dirinya ke tahap Ulama politik yang menjadi Bapa Perpecahan Ummah,namun permohonan maafnya secara terbuka ini telah dengan sendirinya melonjakkan kedudukan beliau ke kedudukan Ulama tersohor yang sebelum ini tidak layak diterimanya.Akhirnya,di usia senja di saat di mana tubuhnya telah tidak lagi berdaya, Nik Aziz telah mengajar penyokongnya ilmu yang paling hebat, iaitu 'merendah diri'.Sesungguhnya,merendah diri dan memohon maaf adalah terlalu amat sukar kecuali bagi orang-orang yang kuat.Kita doakan Nik Aziz panjang umur dan sihat sejahtera agar dapat membawa penyokongnya kembali berpijak di bumi nyata,bersatu padu tanpa mengira fahaman politik,demi agama,bangsa dan negara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #MELAYU DI #PULAUPINANG #DITINDAS !!! SALAH #UMNO JUGAK KERR ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 31 Mar 2014 05:00 AM PDT


Satu demi satu kawasan perniagaan orang Melayu di robohkan di Pulau Pinang.Apakah ini yang dikatakan sebagai kebaikkan kerajaan Pulau Pinang kepada rakyat.Nampaknya usaha DAP untuk menjadikan orang Melayu sebagai rakyat kelas kedua semakin lama semakin berjaya.Cuba anda bayangkan,warga asing pun boleh berniaga di Pulau Pinang,tetapi tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti paling rasis dalam sejarah Malaysia,namun orang Melayu juga dijadikan sasaran oleh mereka.Dengan menggunakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang,tindakan zalim dan tidak berperi kemanusiaan ini dilaksanakan dengan bersahaja tanpa rasa bersalah oleh pihak penguatkuasa.Jika dahulu semasa pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang,kaedah budi bicara sering digunapakai oleh kerajaan negeri.Namun apabila DAP mengambil alih negeri tersebut nampaknya mereka lebih selesa dengan menggunakan kaedah ala Zionist dalam melayan penduduk Melayu di negeri tersebut. 

Bayangkan betapa luluhnya hati apabila mata pencarian mereka dimusnahkan dengan jentolak milik kerajaan negeri.Setiap kepingan zink dan batu yang dipecahkan seolah-olah menjadi tanda gelapnya masadepan mereka dibawah pemerintahan Lim Guan Eng.Ini tidak termasuk barangan perniagaan yang rosak teruk akibat kekejaman kerajaan negeri yang tidak pernah senang melihat bangsa Bumiputera kaya dan mahsyur di negeri yang diperintah oleh mereka.Di dalam setiap ceramah yang dianjurkan oleh DAP, mereka kononya melaungkan slogan Malaysian Malaysia seolah-olah ingin mengatakan kerajaan persekutuan mengamalkan konsep rasisma didalam pentadbiran negara. Namun begitu kaedah "affirmative action" yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak pernah menidakkan hak mana-mana bangsa untuk mencari rezeki di Malaysia.Tidak seperti DAP yang sering menganggu perniagaan orang Melayu Islam di mana sahaja mereka berkuasa.Di Selangor pula,kita akan dapat melihat sekiranya di kawasan bandar, para peniaga Melayu juga bakal mendapat nasib yang sama.saya sendiri pernah melihat bagaimana restoran Melayu diperas ugut dan disita kerana kesalahan yang direka-reka.Premis perniagaan Melayu tidak dibenarkan untuk memasang meja di luar restoran, malah gerai burger anak-anak Melayu juga sering disaman dengan alasan menganggu lalu lintas.Ini juga berlaku kepada perniagaan orang India di Selangor.


Walhal jika kedai orang Cina ataupun restoran milik orang Cina,letak seberapa banyak meja di luar kedai pun tidak apa.Terus dikatakan ini adalah hak mereka dan tiada penguatkuasaan pun dijalankan keatas mereka. Melayu sudah pun merempat di sebahagian tempat di negeri Selangor dan juga keseluruhan di Pulau Pinang.Adakah gerakan ini akan berterusan sehingga orang Melayu tidak lagi mempunyai tempat di seluruh negara ??? Apakah orang Melayu akan merempat di tanah air sendiri tidak lama lagi ??? Sebagai insan yang mempunyai hati dan akal, kita seharusnya patut menilai tentang perkara yang terjadi disekeliling kita.Bayangkan,di negeri yang mereka tidak mempunyai kuasa besar seperti Selangor pun mereka mampu untuk menindas orang Melayu.Mana perginya tok-tok lebai PAS dan para pejuang reformis PKR yang katanya akan membela nasib rakyat sekiranya ditindas.Tidak pernah lekang dibibir mereka tentang kezaliman Barisan Nasional kononya menggunakan rakyat untuk kesenangan pemimpin, namun para pemimpin PAS & PKR lagi jahat dan zalim kerana menggunakan kuasa politik yang sedia ada hanya untuk kepentingan mereka.Masalah rakyat satu pun tidak diatasi dengan baik. Mungkin ada diantara pak Lebai PAS yang keliru dengan perjuangan DAP dan mungkin juga ada reformis PKR yang lupa dengan sejarah lampau.Namun begitu,apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang ini wajar dijadikan pedoman buat kita semua.PR hanyalah haiwan politik yang gilakan kuasa, harta dan pangkat.Tiada seorang pun dari mereka yang sudi untuk berkhidmat melaikan kepada bangsa chauvinist yang tidak faham erti keharmonian di dalam negara majmuk yang mereka diami.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #SELANGOR LUBUK PENYAKIT #VEKTOR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 31 Mar 2014 02:23 AM PDT


Jika anda tinggal di mana-mana bandar besar di Selangor,masalah pengangkutan sampah dan pengurusan kebersihan merupakan masalah utama yang menjadi barah di dalam masyarakat di sini.Walaupun telah ditegur banyak kali namun tiada tindakan yang telah diambil dari pihak berwajib.Terutamanya dari pihak berkuasa tempatan (PBT).Contoh utama yang dapat dilihat adalah di Bandaraya Shah Alam,Selangor.Walaupun merupakan ibu negeri bagi Selangor,Shah Alam berhadapan dengan masalah serius yang boleh mengundang kepada kematian. Shah Alam adalah "lubuk" kepada penyakit Denggi.Mengikut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah kendalian Jabatan Penyakit Vektor,pada tahun 2012 hingga 2013,Shah Alam mencatatkan jumlah pesakit Denggi antara yang tertinggi di Malaysia. 

Malah,boleh dikatakan majoriti kawasan di Shah Alam adalah kawasan hitam (black area) bagi penyakit Denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.Pada tahun 2013 Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang terpaksa menampung ratusan pesakit Denggi dan Denggi berdarah.Ini melangkau kemampuan hospital tersebut sehinggakan para pesakit terpaksa dipindahkan pula ke Hospital Sungai Buluh,Selangor.Itu belum lagi dikira dengan penyakit vektor lain seperti kencing tikus dan lain-lain.Negeri Selangor tetap menjadi juara di dalam statistik pesakit dan tiada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk membasmi secara langsung penyakit tersebut.Apa yang terjadi bukan kerana ketidakcekapan tetapi ianya terjadi apabila pemantauan tidak dilakukan oleh para pemimpin.Mungkin juga pihak berkuasa tempatan generasi PR lebih menitik beratkan dengan aspek menyaman rakyat yang melakukan kesilapan daripada membantu rakyat untuk terus hidup selesa di negeri ini.Memang benar,apa yang terjadi di sini sebahagiannya adalah disebabkan tindakan penduduk sendiri yang tidak mempunyai kesedaran dalam menjaga alam sekitar di sekeliling mereka.

Namun begitu,apa yang pasti kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan fasiliti dan kempen yang mencukupi perlulah ditangani dengan segera.Bukankah telah dilantik Ahli Majlis di setiap kawasan untuk mewakili penduduk yang sedia ada,tidakkah ahli majlis yang kesemuanya adalah ahli parti yang memerintah negeri terlalu lalai untuk membangkitkan perkara ini kepada PBT ??? Ataupun,pihak berkuasa tempatan yang asyik sibuk menyaman dan menaikkan denda sehingga gagal memahami tugas asal mereka untuk memastikan keadaan alam sekitar di kawasan jajahan mereka bersih dan sihat untuk didiami.Untuk makluman bagi mereka yang bukan penduduk di Negeri Selangor, selepas kejatuhan Barisan Nasional pada tahun 2008,seluruh kuasa dan bidang tugas telah diambil oleh para ahli politik PR. 

Tiga tahun selepas kemenangan mereka di Selangor mereka tetap menyalahkan kerajaan Barisan Nasional diatas setiap masalah yang diajukan oleh rakyat.Kini sudah hampir 6 tahun Negeri Selangor Darul Ehsan telah ditadbir oleh mereka,apakah masih lagi salah Barisan Nasional sekiranya PR gagal dalam mentadbir negeri ini ??? Ataupun rakyat negeri Selangor telah selesa dengan pemerintahan PR yang lebih suka menternak nyamuk daripada menjalankan tugas sebagai pemimpin ??? Apa pun jawapannya,kini negeri Selangor telah menjadi juara kepada penyakit vektor dan masalah alam sekitar yang amat kronik.Tahniah diucapkan oleh kerajaan PR kerana berjaya merosakkan alam sekitar dan menambah lagi statistik kematian rakyat Selangor selama mana mereka telah memerintah negeri ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ADAKAH #ANWARIBRAHIM MELIWAT #SAIFULBUKHARI ATAU SEBALIKNYA ???

Posted: 31 Mar 2014 02:18 AM PDT


tolong aju semua soalan di atas.ini lahh bukti yang anwar ibrahim bersalah dalam kes liwat.kenapa nak sembunyi-sembunyi kata semua salah UMNO ??? Keputusan mahkamah pun salah UMNO juga kerrr ??? 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...