BADUT RAKYAT |
- BERAKING NEWS !!! PEMBANGKANG RANCANG ANJUR PERHIMPUNAN HARAM !!!
- KURANG AJAR !!! #KHALIDSAMAD PERLEKEH TRAGEDI PESAWAT #MH370 HILANG !!! VIDEO INSIDE !!!
- KANTOI !!! #TERESAKOK MAKAN GAJI BUTA DALAM #PARLIMEN !!! APA CERITA NI ???
- EKSKLUSIF !!! PESAWAT #MH370 !!! SIKAP RAKYAT MALAYSIA VS 'BANGSA MALAYSIA' DIDEDAHKAN !!!
- KANTOI !!! #MAJLIS #PEGUAM SAHKAN #ANWARIBRAHIM #MELIWAT @SAIFULBUKHARI ???
- PESAWAT #MH730 !!! HENTIKAN SPEKULASI !!! DOAKAN YANG TERBAIK !!!
BERAKING NEWS !!! PEMBANGKANG RANCANG ANJUR PERHIMPUNAN HARAM !!! Posted: 11 Mar 2014 08:00 AM PDT Di saat rakyat Malaysia sedang di kesedihan ekoran kehilangan pesawat MAS #MH370,pembangkang nampaknya tetap dengan agenda politik sempit dan tidak matang.Menurut sumber,satu perhimpunan akan diadakan pada 1 April 2014 ini untuk mendesak kerajaan memansuhkan hukuman terhadap semua pimpinan parti politik khususnya Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim. "Mereka akan adakan satu perhimpunan besar-besaran dengan mengajak rakyat turun ke jalanan bagi menghidupkan kembali semangat 'Reformasi'.Saya juga dimaklumkan,perhimpunan tersebut akan digerakkan oleh pimpinan pembangkang dengan dibantu oleh kumpulan-kumpulan NGO sebelum ini.Semua pimpinan akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan ditempatkan di beberapa check-point.Kumpulan tersebut kemudiannya akan berarak ke Dataran Merdeka" katanya. Walaupun secara dasarnya,perhimpunan ini adalah merupakan perkara biasa bagi pembangkang,namun tindakan seperti ini yang jelas membuktikan mereka sebenarnya langsung tidak mempedulikan nasib rakyat.Paling mengecewakan apabila,pimpinan pembangkang seolah-olah langsung tidak bersimpati dengan peristiwa yang menimpa ini.Mereka asyik dengan agenda politik peribadi untuk membela Anwar.Menurut sumber itu lagi,pimpinan pembangkang agak kecewa dengan sambutan yang diterima sebelum ini. Mahkamah rayuan sebelum ini memutuskan Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan. "Kalau dulu, puluhan ribu rakyat akan berkumpul bagi memberikan sokongan dan membantah apa jua hukuman yang dikenakan terhadap Anwar.Namun demonstrasi yang diadakan di Dataran Merdeka baru-baru hanya berjaya mengumpulkan sekitar 40 orang sahaja," jelasnya lagi. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KURANG AJAR !!! #KHALIDSAMAD PERLEKEH TRAGEDI PESAWAT #MH370 HILANG !!! VIDEO INSIDE !!! Posted: 11 Mar 2014 05:00 AM PDT 1 lagi tindakan kurang ajar telah dikesan,Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Samad memperlekehkan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 yang terputus hubungan dengan menara kawalan pada Sabtu lalu.saya tak nak ulas panjang-panjang apa yang dia kata. LIHAT VIDEO DI BAWAH APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! #TERESAKOK MAKAN GAJI BUTA DALAM #PARLIMEN !!! APA CERITA NI ??? Posted: 11 Mar 2014 01:42 AM PDT tu dia !!! kan dah kantoi main facebook dalam parlimen.patutnya teresa kok patut nya cerita kan masalah rakyat,bukan main facebook.gambar ini dinaikkan oleh tian chua sendiri dan azharassgar melihat dan terus komen.macam ni kerr ahli parlimen ??? patut nya dengar Titah Yang Di-Pertuan Agung,bukan main Facebook.dah lahh.malas nak ulas panjang-panjang,kang pedas saya bagi kang.lepas ni buat lagi yekk ??? nanti rakyat akan tengok lagi APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! PESAWAT #MH370 !!! SIKAP RAKYAT MALAYSIA VS 'BANGSA MALAYSIA' DIDEDAHKAN !!! Posted: 10 Mar 2014 10:00 PM PDT Kehilangan pesawat MH370 terus menjadi perbualan hangat bukan sahaja di Malaysia,tetapi hampir di seluruh dunia.'Kapal terbang' pada dasarnya,adalah antara kenderaan yang paling selamat dan amat jarang merekodkan kemalangan.Pesawat Boeing 777 juga diiktiraf sebagai pesawat paling selamat dan dilengkapi dengan peralatan paling canggih untuk menangani kecemasan termasuk menghantar isyarat secara automatik jika terjatuh ke dalam laut.Malaysia Airlines (MAS) pula terkenal sebagai antara syarikat penerbangan yang paling cekap.Rekod keselamatan MAS telah mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu hampir tiada sebarang kes yang melibatkan kecuaian mahupun kerosakan.Satu- satunya insiden besar yang melibatkan MAS di mana pesawat terhempas di Tanjung Kupang pada tahun 1977 juga bukanlah melibatkan kecuaian atau kerosakan,tetapi rampasan.Justeru,kehilangan MH370 tanpa sebarang panggilan kecemasan atau atau tanda- tanda amaran atau isyarat dari kokpit amatlah menghairankan,walaupun bagi para penyiasat dan pakar-pakar penerbangan antarabangsa. Ia bukanlah satu kes biasa tetapi dikategorikan sebagai pelik apatah lagi dengan tiada sebarang penemuan atau petunjuk langsung walaupun telah mencecah hari ketiga.Dalam keadaan di mana pakar-pakar juga mengakui kesukarannya,ada pula di kalangan warga Malaysia yang jauh terlebih bijak dari pakar.Mereka bukan sahaja bersikap seolah-olah mereka pakar penerbangan, tetapi juga pakar kapal selam, pakar penyelamat dan juga pakar mengukur iman dan dosa pahala yang terlibat, dari kerajaan sehinggalah ke juruterbang dan penumpang.Mereka ini membuat berbagai-bagai spekulasi dan gurauan yang tidak kena tempat untuk menunjuk pandai.Lebih buruk,mereka mengaitkannya dengan politik dan juga keputusan kes liwat Anwar Ibrahim.Pada waktu semua negara yang terlibat dan tidak terlibat turut bersatu dalam merasai cemas,bimbang dan sedih,mereka ini terus mengajak kepada perpecahan. Kita tidak tahu kenapa bumi bertuah ini dihuni oleh begitu ramai manusia yang tidak tahu bersyukur dan hanya tahu merungut. Tetapi apa yang kita tahu ialah kebanyakan mereka ini merupakan penyokong pembangkang dan majoriti dari mereka amat membenci UMNO dan kerajaan yang dianggap mereka sebagai rasis.Mereka ini terdiri dari kumpulan yang mengaku sebagai bukan Melayu,bukan Cina dan bukan India,tetapi kononnya 'bangsa Malaysia'.Malangnya 'bangsa Malaysia' ini tidak punya perasaan sayangkan negara mahupun prihatin dengan apa yang berlaku pada rakyat Malaysia.'Bangsa Malaysia' ini saban hari mengutuk dan menghamun Malaysia sahaja kerjanya dan 'Bangsa Malaysia' ini tidak bersama-sama dengan rakyat Malaysia dan negara lain meratapi dan mendoakan MH370.Sebaliknya,mereka sibuk menghamun kerajaan sambil membela Anwar Ibrahim.Apa yang berlaku membuktikan bahawa ahli-ahli politik pembangkang telah benar- benar merosakkan minda dan sikap penyokong mereka. Ini terbukti apabila pemimpin pembangkang berjenaka tentang 'segitiga Bermuda' di Vietnam dan mengemukakan soalan sindiran mengenai penggunaan 'kapal selam' ketika memperkatakan tentang MH370. Jelas,mereka bukan sahaja tidak prihatin tetapi teramat bodoh sekali dan pengikut mereka semuanya sudah terpengaruh dengan sikap mereka.Walaupun dalam keadaan kita bersedih dan cemas,rakyat Malaysia wajar melihat sikap pemimpin dan penyokong pembangkang sebagai satu peringatan dan pengajaran.Apakah kita sanggup membenarkan negara ini diperintah oleh manusia-manusia yang pentingkan diri,tidak sensitif,tidak bertanggungjawab dan bodoh seperti pembangkang itu ??? Ingatlah,pada waktu ini,seluruh dunia memerhatikan kita.Seluruh dunia bersama kita mendoakan yang terbaik ke atas penumpang pesawat milik negara kita.seharusnya kita bersatu tanpa mengira fahaman politik kerana ini bukan soal main-main tetapi nyawa manusia seramai 239 orang.Sebagai rakyat Malaysia berbilang bangsa yang lebih rasional,kita tidak perlu melayan karenah 'bangsa Malaysia' itu,walaupun kata-kata mereka benar-benar mengguris perasaan kita.Biarkan mereka menyalak semahu-mahunya.Sebaliknya,di samping kita mendoakan MH370,kita doakanlah juga agar hati 'bangsa Malaysia' ini terbuka dan belajar melihat dunia dari sudut berbeza. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! #MAJLIS #PEGUAM SAHKAN #ANWARIBRAHIM #MELIWAT @SAIFULBUKHARI ??? Posted: 10 Mar 2014 07:00 PM PDT Puak pembangkang nampaknya cukup tidak puas hati apabila berita kehilangan pesawat MH370 mengalihkan perhatian dari Ketua Pembangkang yang telah didapati bersalah Jumaat lepas.Rata-rata komen mereka di media sosial tidak segan silu memperlekeh tragedi kehilangan ini sambil mengutuk kerajaan.Berbagai-bagai teori dikemukakan bagi mengaitkan tragedi tersebut dengan kes Anwar Ibrahim.Mereka juga merungut kononnya kerajaan lambat bertindak,lambat mengumumkan perkembangan terkini, sengaja menyembunyikan fakta dan berbagai- bagai lagi.Mereka mempersoal langkah mencari dan menyelamat dan aset yang digunakan. Malah mereka mencemuh keprihatinan para pemimpin kerajaan,terutama Datin Seri Rosmah sebagai lakonan.Kesimpulannya,mereka hanya ingin mengutuk kerajaan dan langsung tidak prihatin terhadap mangsa MH370.Mungkin dengan memaki hamun kerajaan setiap hari memberikan mereka satu kepuasan jiwa yang tidak terhingga.Oleh itu,segala kemarahan atas keputusan mahkamah yang mendapati Anwar bersalah dihamburkan sepenuhnya dalam memperkatakan tragedi MH370.Anwar sendiri,di dalam blognya langsung tidak prihatin dengan apa yang terjadi terhadap MH370.Anwar terlalu sibuk cuba membela diri dan mencari publisiti.Anwar benar-benar kecewa apabila demonstrasi yang dirancang semalam tidak menjadi mungkin kerana rakyat terlalu sibuk risaukan MH370.Penafian Anwar yang beliau tidak pernah meliwat telah ditenggelamkan berita tragedy tersebut. Lebih malang bagi Anwar apabila dalam usaha Anwar untuk menafikan yang beliau bersalah,Majlis Peguam pula tiba-tiba mengesahkan bahawa beliau seorang peliwat.Petikan kenyataan rasmi Majlis Peguam adalah seperti berikut : "Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan,atas apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa." Majlis Peguam berhujah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar paksaan.Sedangkan, Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.Jelas,Majlis Peguam cuba memutar-belit undang-undang negara dan cuba menghalalkan liwat.Anwar selama ini begitu bersungguh-sungguh menafikan beliau meliwat, dan kononnya tuduhan liwat hanyalah konspirasi dan fitnah UMNO tetapi kenyataan akhbar Majlis Peguam tersebut secara langsung menolak semua penafian Anwar sekali gus, diri Anwar sendiri ke dalam gaung. Sehingga kini,Anwar mahupun peguambelanya masih belum memberi sebarang komen mengenai kenyataan akhbar Majlis Peguam.Nampaknya,walaupun kehilangan MH370 dianggap oleh penyokong PR sebagai 'mengganggu' strategi Anwar untuk membuat kecoh sempena keputusan rayuan kesnya,tetapi ia telah memberi sedikit kelebihan kepada Anwar apabila rakyat terlepas pandang akan kenyataan akhbar Majlis Peguam. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
PESAWAT #MH730 !!! HENTIKAN SPEKULASI !!! DOAKAN YANG TERBAIK !!! Posted: 10 Mar 2014 05:00 PM PDT Umum mengetahui isu kehilangan pesawat MAS #MH370 yang menjadi misteri,telah menarik perhatian dunia.Selain memberikan ucapan simpati dan takziah,ramai yang semakin tertanya-tanya apakah nasib sebenar yang menimpa semua para penumpang dan anak-anak kapal itu.Namun di sebalik kisah misteri pesawat #MH370 itu, wujud pelbagai berita dan maklumat kononnya pesawat tersebut telah pun mendarat di China,namun kerajaan sengaja merahsiakan mengenainya.Malah ada juga yang memberikan pandangan yang tidak masuk akal seperti meminta kerajaan mengupah pengamal 'paranormal' dan sebagainya. Paling menarik,ada seorang kenalan memberitahu,pada ketika ini ramai yang cuba menjadi wartawan dengan melaporkan berita-berita yang tiada asasnya.Ada yang mengatakan,mereka menerima maklumat dari saudara,kenalan dan mereka yang rapat dengan mangsa semata-mata untuk meyakinkan masyarakat dengan 'khabar angin yang dibawanya itu.Tetapi dalam banyak-banyak komen,pendapat,andaian,teori dan sebagainyaada segelintir di kalangan penyokong pembangkang yang cuba mempolitikkan isu ini.Mereka mendakwa kononnya kehilangan pesawat MH#370 adalah merupakan sebahagian dari konspirasi kerajaan.Kononnya ia bertujuan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap keputusan mahkamah di dalam ke liwat II yang melibatkan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim. Tanpa mempedulikan hati dan perasaan kaum keluarga dan waris semua mangsa yang terlibat, mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang jelas tiada asasnya.Sedangkan pada ketika ini,sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita seharusnya saling mendoakan yang terbaik buat semua yang terlibat.Ia secara tidak langsung dapat memberikan sokongan moral kepada semua kaum keluarga penumpang dan anak kapal yang pada ketika ini sedang bersedih dan risau.Apa yang penting pada ketika ini mengharapkan agar misi mencari pesawat #MH370 dapat diselesaikan dengan segera. Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi,kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. Buat mereka yang terlibat hentikan spekulasi !!!!!!!!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment