UMNO Online - “Sayonara Tan Sri Khalid” plus 9 more

UMNO Online - “Sayonara Tan Sri Khalid” plus 9 more

Link to UMNO Online

Sayonara Tan Sri Khalid

Posted: 17 Feb 2014 03:11 AM PST

Salam 2 all, dan salam khas untuk Tan Sri Khalid Ibrahim, bakal mantan MB Selangor!

Saya telah pun menulis pada 01 Feb 2014 lepas dalam tajuk ‘Konspirasi Luar Tabie’ mendedahkan bagaimana agenda sebenarnya pembubaran DUN Kajang adalah untuk memancung Tan Sri Kahlid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Ternyata apa yang saya dedahkan semakin hari semakin nampak kebenarannya!

Nasihat pertama saya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, janganlah terpedaya dengan mainan politik kotor yang sedang dirancang untuk mentongsampahkan Tan Sri!

Pepatah Melayu ada menyebut, habis madu sepah dibuang.

khalid-ibrahim-lena-tidur-gagal-menteri-besar-selangor-pkr-pakatan-tv3

Setelah Tan Sri berkorban begitu banyak untuk mereka; setelah Tan Sri memberikan mereka 2/3 majoriti kemenangan didalam PRU-13; setelah Tan Sri memberikan mereka kembali Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; setelah Tan Sri berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat Cina untuk menyokong mereka; kini mereka dalam proses meliwat Tan Sri!

Ya, mereka sedang melakukan peliwatan politik abad ini terhadap Tan Sri! Tan Sri akan ditongsampahkan tidak lama lagi! Tan Sri akan menjadi bahan maki hamun dan caci nista mereka tidak lama lagi! Selepas 23 Mac 2014, Tan Sri hanyalah seekor kucing kurap bagi para peliwat democrazy ini!

Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Surat itu akan bertarikh 24 Mac 2014, iaitu sehari selepas Anwar menang kerusi N.25 Kajang.

Nasihat kedua saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali menandatangani surat perletakkan jawatan sebagai MB Selangor itu.

Ini kerana sebaik sahaja Tan Sri hilang jawatan pada 24 Mac, dan mereka menguasai Kerajaan Selangor, mereka akan mula menekan Tan Sri supaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang. Ini kerana mereka mahu pastikan Tan Sri langsung tidak ada ruang untuk kembali semula ke Selangor.

Nasihat ketiga saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Kerana sebaik sahaja Tan Sri mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri akan hilang nilai politik. Dan apabila itu terjadi, Tan Sri akan diletakkan oleh mereka dibawah pancungan politik. Mereka akan telanjangkan Tan Sri sehingga Tan Sri berasa tempat paling selamat ialah duduk didalam jamban meratap seorang diri!

Sejarah sudah membuktikan. Cukup sekadar saya mengingatkan Tan Sri kepada kisah Allahyarham Pak Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan Fairus Khairudin (bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap ADUN (PKR-Penanti).

Lihat apa jadi kepada mereka! Dan belajarlah daripada kesilapan mereka.

Tan Sri sepatutnya sudah nampak bahawa mereka sedang menyediakan perangkap untuk membunuh karier politik Tan Sri sebagai Menteri Besar Selangor. Tan Sri adalah penghalang kepada nafsu serakah mereka. Tan Sri sekarang adalah satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan mereka didalam PKR!

Mereka tiada pilihan – Tan Sri wajib dibunuh sekarang; sebelum cacing menjadi naga, sebelum kucing menjadi harimau, sebelum cicak menjadi dinasour!

Pertama, mereka sudah check-mate penyokong kuat Tan Sri. Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah dan anaknya Naib Presiden PKR Nurul Izzah sudah dikancing mulut. Saya cukup yakin pendedahan kes permohonan cerai Nurul Izzah dengan segala cerita sensasinya dibuat oleh dalang-dalang yang mahu memastikan Wan Azizah dan Nurul Izzah dibisukan terus! Dan ternyata perangkap itu berjaya!

Kedua, mereka menimbulkan keraguan kepada DAP dan PAS terhadap kepimpinan Tan Sri. Isu Bible versi bahasa Melayu dan kalimah Allah menjadi senjata ampuh mereka. Kepada DAP, mereka menyatakan bahawa pendirian Tan Sri mempertahankan titah Tuanku melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian membuktikan Tan Sri tidak boleh dipercayai. Kepada PAS mereka menyatakan pendirian Tan Sri mengarahkan bible Melayu yang dirampas JAIS dikembalikan kepada kristian membuktikan Tan Sri telah menghina Islam.

Ketiga, mereka menimbulkan kebencian dikalangan kakitangan awam terhadap Tan Sri. Isu PKNS telah dieksploit sepenuhnya, sedangkan Tan Sri tahu jika tindakan drastik tidak diambil PKNS akan jadi lubuk politiking mereka, dan agenda Melayu akan hancur. PKNS akan menjadi Bukit Tunggal untuk mereka memfaraidkan pusaka Melayu – satu untuk engkau, sepuluh untuk aku.

Isu PKNS digambarkan sebagai kemuncak kezaliman Tan Sri. Pemecatan dan penukaran pegawai kontrak PKNS menjadi bahan bukti Tan Sri tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan. Mereka membekalkan maklumat kepada media arus perdana terutama versi Melayu untuk memainkan sentimen ini. Dan sekarang kebencian kapada Tan Sri dikalangan penjawat awam Selangor sangat tinggi. Dan kisah Datuk Khusrin dihina sebagai Datuk SUK disegarkan kembali;

Keempat, diwaktu yang sama, mereka memainkan gendang damai dengan UMNO. Adakah Tan Sri tahu beberapa balaci mereka sudah mengadakan pertemuan dengan beberapa pimpinan UMNO, termasuk beberapa veteran UMNO. Tujuannya untuk memastikan UMNO tidak ‘masuk campur’ urusan penyembelihan Tan Sri. Itulah pelan damai mereka.

Tidak lama lagi Tan Sri akan dengar usaha untuk membawa beberapa bekas pimpinan UMNO masuk kedalam Kerajaan baru nanti; dan ini adalah sebahagian daripada pelan damai nasional ini?

Kelima, Tan Sri sendiri tahu sebenarnya jawatan MB akhirnya nanti akan diserahkan kepada orang yang Tan Sri pun tahu siapa. Sebab itu Tan Sri tengok beberapa ekor anjing salakan mereka bukan main menyalak menghentam Tan Sri sekarang ni. Dan tidakkah Tan Sri merasa pelik mereka ini mendapat tempat dalam media arus perdana? Nampak gaya Tan Sri dah kena kancing berdiri!

Jadi, dalam keadaan ini semua, apakah yang patut Tan Sri lakukan?

Pertama, Tan Sri boleh menyerah kalah dan letak aje jawatan. Lepas tu mungkin pergi umrah, dan balik nanti duduklah bertasbih tahmid didalam surau.

Kedua, Tan Sri boleh buat keras kepala tidak mahu letak jawatan. Tetapi Tan Sri kena ingat, mereka ada dua pertiga majoriti dalam DUN. Mereka boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri dengan perbahasan yang akan memalukan dan mengaibkan Tan Sri. Jangan Tan Sri buat kesilapan mempercayai ada kekawan dalam DAP atau PAS akan sokong Tan Sri. Mereka ini semua sudah hubbud dunya wakaroo hiyatul maut. Mereka sudah seronok dan selesa dengan kedudukan dan jawatan mereka. Tidak ada sebab untuk mereka meletak tengkok untuk menyelamatkan Tan Sri!

Ketiga, Tan Sri boleh memilih untuk melawan. Bukan untuk diri Tan Sri, tetapi untuk Tuanku, rakyat Selangor dan umat Melayu-Islam. Takkan Tan Sri nak biarkan sahaja mereka mengkhianati Tan Sri sesuka hati mereka?

Nasihat keempat saya kepada Tan Sri, pergilah mengadap Tuanku Sultan Selangor. Mohon perkenan Tuanku untuk Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan!

Hanya Tan Sri seorang sahaja, dan tidak ada orang lain didunia ini, yang boleh melakukannya. Sebagai Menteri Besar Selangor, hanya Tan Sri berkuasa mutlak dibawah undang-undang tubuh Perlembagaan Negeri Selangor untuk menasihatkan dan memohon titah perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dan Tan Sri mesti mengadap Tuanku untu membubarkan DUN Selangor sebelum 11 Mac 2014, iaitu hari penamaan calon N.25 – Kajang! Baru kita boleh tengok siapa yang terkangkang, siapa yang kena terajang!

Bak kata Allahyarham Sarjan Ibrahim Pendek dalam filem Ali-Baba & 40 Penyamun, mari kita tengok siapa yang kena!

Inilah perkara terbaik yang boleh Tan Sri lakukan. Ini bermakna Tan Sri menghayati makna sebenar hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, dengan memberikan semula mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan mereka mahu siapa menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan!

Dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat! Jangan Tan Sri biarkan rakyat diliwat oleh para peliwat democrazy ini Tan Sri!

Nasihat kelima saya, apa pun, seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Lakukanlah istikharah, mohon bantuan dan petunjuk Allah. Lakukanlah sesuatu untuk memastikan kemungkaran besar tidak melanda Selangor khasnya, dan Malaysia amnya.

Jadikan ia sebagai jihad dan pengorbanan Tan Sri untuk agama, bangsa dan negara.

Addeenul nasihah – Islam itu nasihat.

Sekian sahaja nasihat dan pandangan saya untuk Tan Sri.

You know your days as MB are numbered. It’s either you go as defeatist, or you fight and triumph as a hero. It’s your choice Tan Sri.

Sayonara Tan Sri Khalid Ibrahim! Selamat bersara dan good luck!

Wallahua’lam dan wassalam.

Adios Tan Sri, grasias!

Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com)

Burukkan BN & UMNO, Ibarat Tepuk Air Dalam Dulang

Posted: 17 Feb 2014 03:07 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb. – Tindakan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dengan macam-macam tuduhan termasuklah dalam soal pembangunan dan kemajuan untuk rakyat dilihat sebagai menidakkan kewibawaannya sendiri.

Penganalisis politik tempatan, Dr. Jeniri Amir melihat, apabila Anwar memburuk-burukkan kerajaan dengan pelbagai kata-kata negatif maka secara tidak langsung dia menafikan apa yang telah dilakukannya dalam kepimpinan BN dan UMNO sebelum ini.

anwar-kempen-prk-dun-kajang-mb-selangor-gereja-kristian-salib

"Beliau cenderung menggunakan strategi komunikasi politik untuk hakiskan kewibawaan BN dan hagemoni kerajaan dengan matlamat untuk penuhkan agenda politiknya sendiri sedangkan secara sedar atau tidak tindakannya itu adalah memburuk-burukkan dirinya sendiri," katanya kepada UMNO-Online.

Terang beliau, dengan penglibatan Anwar dalam kabinet Malaysia yang diterajui oleh BN selama hampir dua dekad maka tentunya banyak dasar dan keputusan dalam kerajaan turut membabitkan dirinya sendiri.

"Gelagat Anwar sekarang ini ibarat menepuk air dalam dulang tapi terpercik di muka sendiri kerana kerajaan yang diburukkan hari ini adalah kerajaan sama yang dianggotainya sebagai menteri kabinet sehingga menjawat Timbalan Perdana Menteri Malaysia suatu ketika lalu.

"Kerajaan BN tersebut masih kekal sebagai pentadbir dan menerajui kepimpinan dengan membawa banyak kemajuan dan transformasi kepada keseluruhan rakyat namun Anwar yang telah berubah menjadi ketua pembangkang bersikap sebaliknya dan menentang apa yang pernah dilakukannya."

Ujar beliau yang juga pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), tentunya Anwar sendiri menyedari bahawa sememangnya jasa-jasa BN terlalu banyak, bawa pembangunan, bawa kemajuan, bawa rakyat keluar dari kemiskinan, bawa perubahan dan macam-macam lagi namun kerana kuasa dalam politik maka hal-hal tersebut dinafikan.

"Kerana keghairahannya untuk berkuasa maka Anwar sanggup menggunakan apa-apa sahaja cara kerana matlamatnya sekarang menghalalkan apa saja cara termasuklah memburuk-burukkan kerajaan yang sebelum ini beliau sendiri terlibat dalam membuat keputusan."

"Apa yang dilakukan oleh Anwar hari ini adalah bertentangan dengan nilai dan etika sebagai pemimpin malah dianggap hipokrit kerana memburuk-burukkan pihak yang pernah dianggotainya, memburuk-burukkan dasar yang pernah dia sendiri terlibat dan kemudiannya menganggap semua yang dilakukan oleh BN tidak betul," katanya.

Antara perkara yang diketengahkan oleh Anwar dalam beberapa siri ceramahnya ialah membabitkan pengguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang mana turut dibidas oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyatakan Anwar turut memainkan peranan penting menjayakan Op Lalang pada 1987 selain 'projek IC' di Sabah dan hal-hal lain.

"Rakyat tahu apa yang berlaku kerana BN bukanlah kerajaan yang baru sebaliknya kepimpinannya sentiasa memikirkan keperluan rakyat malah Perdana Menteri hari ini pun berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat berada dalam keadaan selesa," katanya.

Dalam hal ini beliau turut mengulas berkaitan tindakan Anwar yang mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

"Semua orang dah tahu permainan politik Anwar dan tentunya para pengundi di Kajang juga akan dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata, apatah lagi rakyat di situ bukanlah bodoh untuk membezakan penilaian politik sebenar," tegasnya lagi.

Anwar bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO pada tahun 1982 sebelum dilantik menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya menerajui ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Pada tahun 1983, Anwar dilantik sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan, kemudian beralih ke portfolio Kementerian Pertanian dan pada tahun 1987 dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991 yang diikuti menjawat Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. - MediaUMNO

Kerajaan BN Subsidi RM30,000, Di P.Pinang Pembeli Kena Tipu Lebih RM100 Ribu

Posted: 17 Feb 2014 02:00 AM PST

KUALA LUMPUR 17 Feb – Di sebalik gegak gempita pembangkang kononnya membela kebajikan rakyat selain pelbagai cemuhan terhadap kerajaan, sedar atau tidak pelbagai pelaksanaan serta perancangan dilakukan oleh kerajaan hari ini dalam usaha memastikan kepentingan rakyat terbela.

najib-majlis-perumahan-negara-rahman-dahlan-halimah-sadique-kpkt

Terbaru Program MyHome yang akan dilancarkan kerajaan pada 1 April ini yang akan memberikan subsidi maksimum sehingga RM30,000 kepada mereka yang layak untuk membeli rumah menjelaskan segala-galanya jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang khususnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu,  Datin Sabrina Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenainya berkata itulah bezanya antara kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) dengan parti pembangkang.

Katanya MyHome memberikan subsidi kepada mereka yang layak dan memerlukan tetapi apa yang berlaku di Pulau Pinang sepertimana isu masalah pembeli rumah kos sederhana rendah di Jalan Permai, Bukit Gambir yang naik sekali ganda menimbulkan persoalan.

"Kerajaan yang diterajui BN sama sekali tidak beretorik sebaliknya melaksanakan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab dan sama sekali tidak menjaja dengan kata-kata manis.

"Itulah bezanya kita dengan pembangkang…Walaupun dicemuh dan ditohmah dengan macam-macam, namun kita tidak toleh ke belakang sebaliknya melakukan segala yang terbaik untuk rakyat. Program MyHome adalah contoh terdekat.

"Dengan kata lainnya BN bercakap dan kemudiannya disusuli dengan bentuk tindakan serta jalan penyelesaian. Itulah yang sepatutnya. Tidak perlu melaung-laungkannya, tetapi kita perlu tengok apakah hasilnya," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Lim-Kit-Siang-and-Lim-Guan-Eng-Rasis-Cauvinis-Kaum-Cina

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah segala yang ditohmah oleh pembangkang adalah cubaan mereka untuk memburukkan kerajaan dengan niat memanipulasi isu untuk main emosi rakyat membenci kerajaan.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng diminta campur tangan bagi menyelesaikan masalah pembeli rumah kos sederhana rendah di Jalan Permai, Bukit Gambir di sini.

Ini kerana dakwa pembeli, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo gagal membantu mereka biarpun beberapa pertemuan dibuat.

Malah kata mereka, tindakan pemaju menaikkan harga rumah tanpa persetujuan pembeli daripada harga asal iaitu RM72,500 tidak logik dan sesuatu perlu dilakukan.

Bagi wakil pembeli, Norlida Masturo, 44, dia berharap kerajaan negeri pimpinan Guan Eng dapat bertindak menangani isu ini dan tidak tunduk kepada tindakan rakus pemaju yang mengenakan pelbagai caj lain tanpa persetujuan mereka sebagai pembeli.

Menurutnya, kos ubah suai pada rumah itu selain tapak letak kereta yang harus dibayar oleh pembeli menjadikan harga rumah mereka melambung hampir sekali ganda sehingga mencecah RM180,000. -MediaUMNO

1,000 Syarikat Pertahanan Tempatan, Antarabangsa Sertai DSA 2014

Posted: 17 Feb 2014 12:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb  - Sebanyak 1,000 syarikat industry pertahanan tempatan dan antarabangsa dari 45 negara akan menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) 2014 ke-14 di sini, April ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata 27,000 pelawat perdagangan dari 50 negara dijangka menyertai pameran itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini dari 14 hingga 17 April.

DSA-2014-PWTC-Defence-Asia-April-Malaysia

“Sebanyak 27 Kumpulan Pavilion Negara termasuk Malaysia dijangka menyertai pameran ini dan Pavilion luar negara yang terbesar adalah Turki dengan penyertaan anggaran 50 syarikat,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Pameran kali ini melibatkan statik peralatan dan teknologi pertahanan, sistem persenjataan dan penyelesaiaan keselamatan generik terkini untuk memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pasukan keselamatan negara-negara Asia Pasifik.

“Ia merupakan platform untuk meningkatkan hubungan dua hala dan menggalakkan komitmen yang lebih tinggi ke arah pertahanan global,” katanya.

Pameran yang dibuka dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang itu hanya untuk pelawat perdagangan, anggota tentera, pasukan keselamatan, pasukan kadet beruniform, penganalisis serta pemerhati pertahanan dari dalam dan luar negara.

Antara acara yang akan diadakan semasa pameran itu adalah Persidangan Meja Bulat Panglima Tentera Darat, Keselamatan Siber, Forum Putrajaya, Asean Hall dan ‘Battlefield Healthcare’.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zain dalam sidang media sama, berkata kerajaan mempertimbangkan untuk memperluaskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ke Sarawak bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan itu terjamin.

“Kami tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku di masa depan seperti pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tahun lepas dan kami menimbangkan faktor keselamatan ini dengan teliti untuk memastikan sejarah tidak berulang,” katanya.

IGP Tells 250,000 Traffic Offenders To Pay Up Or Face Stern Action

Posted: 17 Feb 2014 12:39 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 17  - Police have warned the remaining 250,000 of the 1.7 million traffic offenders issued with summonses in Ops Warta to pay up or face stern action.

Inspector General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar said the police had arrested more than 5,000 individuals who had been issued with warrants of arrest.

He was speaking to reporters at a ceremony to present commendation letters to courteous road users and best contingent or district during Op Selamat  4/2014 (Chinese New Year) at KL Sentral, here today.

Some 14,836 road accident cases were recorded from Jan 24 to Feb 7 compared to 16,287 cases during the same festival last year, a drop of 8.9 percent or 1,451 cases.

Khalid said there were 152 cases of fatal road accidents compared to 177 cases during Ops Selamat last year, a drop of 14.1 per cent or 25 cases.

The drop in the number of road accidents and fatalities were due to the  success of ‘total enforcement’ and the drivers attitude who were more careful when driving.

“Previously, we gave advice but there was little enforcement. This year, we increased enforcement by 30 percent leading to a drop in the number of road accidents and fatalities involving cars and motorcycle pillion riders,” he added.

Malaysia And Indonesia Will Stick To Peaceful Resolution – Jusuf Kalla

Posted: 17 Feb 2014 12:36 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 17 – Former Indonesian vice-president M. Jusuf Kalla is optimistic and confident that Malaysia and Indonesia will stick to peaceful and diplomatic channels for conflict resolution.

Indonesia and Malaysia would not go into war or choose anything unpeaceful, he said.

Jusuf said this when delivering the first public lecture at the Mahathir Global Peace School (MGPS) 2014 programme themed ‘Global Peace and Conflict Resolution’ at the Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) here today.

He said programmes like MGPS which involved the participation of young Indonesian and Malaysian leaders would have a positive impact on Kuala Lumpur- Jakarta ties.

“Such a programme is good for the future and for both of us (Malaysia and Indonesia),” Jusuf said.

He added that inter-state friction or wars happened because of fear or ideology, economic and emotional conflicts.

“Diplomacy and economic relationship between two countries can reduce those tension,” Jusuf said.

Central Board of Muhammadiyah chairman, Prof Dr M Din Syamsudin who delivered the second public lecture agreed with Jusuf that programmes like MGPS promoted harmonious relations between Malaysia and Indonesia.

During the question-and-answer session, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said Malaysia and Indonesia had been able to settle conflicts without killing each other.

One good example of Malaysia-Indonesia peaceful resolution was the Ligitan and Sipadan islands overlapping claim which was settled at the International Court of Justice, he said.

“It is not worth to go to war and kill each other because it will not resolve anything,” Dr Mahathir added.

Earlier, he launched MGPS, a two-week programme involving 40 participants from Malaysia, Indonesia, Pakistan, Azerbaijan, Laos, Cambodia, Gambia and Kyrgyzstan.

MGPS is an initiative comprising public lectures, classroom seminars as well as excursions designed to study the issue of peace and conflict resolution.

The current session is organised by Perdana Global Peace Foundation, Universitas Muhammadiyah Yogyakarta and IDFR.

Sandiwara PRK Kajang Bakal Tampilkan Anwar Beraksi Dalam Dua Pentas

Posted: 17 Feb 2014 12:18 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Jentera Barisan Nasional di DUN Kajang sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, 23 Mac ini namun dalam masa yang sama, menantikan keputusan pucuk pimpinan BN samaada untuk bertanding ataupun tidak.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan menegaskan, secara peribadi beliau menggesa agar BN membuat keputusan untuk bertanding dan tidak memberikan kemenangan percuma kepada Anwar Ibrahim yang dikatakan akan mewakili PKR untuk bertanding di Kajang.

"Jelas apa yang berlaku sehingga terjadinya pilihanraya kecil ini adalah untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka. Masalah dalaman dalam kepimpinan Menteri Besar dan satu lagi lagi masalah peribadi Anwar Ibrahim.

ahmad-maslan-prk-kajang-anwar-ibrahim-perisai-kes-mahkamah-dalaman-pkr-jawatan-mb-selangor

“Di Kajang ini akan ada dua pentas, pentas di khalayak, Anwar akan memberitahu itu adalah langkah strategik untuk tawan Putrajaya tetapi pentas sebenar ialah PRK ini dijadikan perisai dalam kes peribadinya (Anwar Ibrahim) untuk menjadikan dirinya seakan kebal kalau dia jadi Menteri Besar misalnya," ujarnya yang juga Ketua Biro Penerangan dan Publisiti Barisan Nasional.

Tambahnya, dalam masa yang sama, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan menyerahkan jawatannya sebagai Menteri Besar dengan mudah.

"Apa dosa dia (Khalid Ibrahim) sehingga dia kena letak jawatan dan dalam masa yang sama, parti Pas sendiri mempunyai wakil yang lebih banyak daripada PKR. Pas dan DAP masing-masing ada 15 orang wakil manakala PKR hanya ada 14 wakil mereka manakala BN ada 12 wakil dalam DUN Selangor.

“Jadi, mengapa selepas PKR, perlu PKR lagi. Pas pun nak merasa untuk menjadi Menteri Besar. Ini juga menjadi satu isu dalam kumpulan mereka. Banyak yang tidak selesai namun kita nampak pembangkang ini ada kehebatan untuk menutup kelemahan-kelemahan, padahal mereka tidak sesempurna mana," tambahnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan pada 23 Mac, dan penamaan calon 11 Mac.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Jan. -MeidaUMNO

Govt To Impose New Condition To Curb Property Speculation

Posted: 16 Feb 2014 11:15 PM PST

KUALA LUMPUR, Feb 17 – The Ministry of Urban Wellbeing, Housing and Local Government plans to enforce a new condition to curb property speculation, said its Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan.

He said property developers who intended to make bulk sales of more than four units must obtain prior approval from the Controller of Housing.

The ministry is talking to Real Estate and Housing Developers’ Association of Malaysia (Rehda) and expected to announce the measure in a month’s time, Abdul Rahman said.

The new enforcement would be prescribed as a mandatory requirement in every advertisement and sale permit for housing development, he told reporters at the launch of Sime Darby Property’s housing income index study here today.

“The government will continue its various measures to help the people own houses, and weed out unhealthy speculative activities in the housing sector,” he said.

The ministry, however, didn’t plan to undertake extreme measures to curb property speculation because the market had to work on its own mechanism, he said.

“It’s a free market. Prices should be determined by supply and demand,” he said.

The minister also said the government might raise the budget for MyHome scheme this year.

“If the project is well received, we could pump in more money,” Abdul Rahman said.

The government recently announced an allocation of RM300 million for the private affordable ownership housing programme, to be launched on April 1.

Under the scheme, the government will subsidise first-time buyers, who earn less than RM3,000 a month, up to RM30,000 to purchase low-cost houses.

Qualified applicants can apply online when more details are announced closer to the launch date, the minister said.

Malaysia Catat Pelaburan RM38.7 Bilion Tertinggi Dalam Sejarah

Posted: 16 Feb 2014 11:11 PM PST

KEMAMAN, 17 Feb -  Malaysia menerima pelaburan tertinggi dalam sejarah negara apabila mencatat RM38.7 bilion sepanjang tahun lepas.

tok-pa-mustapha-menteri-perdagangan-miti-malaysia

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pelaburan itu bukan sahaja daripada pelabur asing, tetapi juga pelabur tempatan.

“Kita tidak bergantung kepada pelabur luar semata-mata, tetapi dari pelabur dalam negara sendiri.

“Sebab itu kerajaan memberi penekanan yang sama agar pelabur asing dan tempatan melabur di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika mengunjungi Kompleks Petronas di sini malam tadi. Turut hadir Pengurus Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hawsnan Abdullah.

Mustapa berkata, pelabur asing membawa teknologi tinggi yang lebih canggih dan lengkap di mana kadang kala tidak ada di negara ini, kebanyakannya dalam bidang perkhidmatan dan teknologi tinggi.

Manakala pelabur tempatan pula menceburi bidang hartanah, pembinaan, perladangan, pelancongan dan sebagainya.

“Jadi di sini, ia ada pengasingan antara pelabur asing dan tempatan yang kedua-duanya sangat penting. Tetapi pelabur asing lebih penting sedikit dari segi teknologi canggih dengan mewujudkan peluang pekerjaan tenaga mahir seperti di bidang teknologi maklumat (IT),” katanya.

Mustapa berharap negara mampu mengekalkan momentum pertumbuhan tahun lepas dan dengan keadaan ekonomi yang masih kukuh, pelaburan dapat dipertingkatkan lagi berbanding tahun lepas.

Beliau mahu kerjasama lebih rapat dijalinkan antara Petronas, Mida dan Miti untuk mengembangkan lagi industri petrokimia di negara ini.

“Kita bangga sejak Petronas mula beroperasi di Terengganu pada 1984, ia berjaya mewujudkan banyak peluang pekerjaan di samping memberi sumbangan besar di bidang pendidikan,” katanya.

Menurutnya, syarikat kebanggaan negara itu bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga di luar negara.

“Semua rakyat Malaysia berhutang budi dan bergantung kepada Petronas, bukan sahaja dari segi hasil, tetapi juga peluang pekerjaan yang diwujudkan di negara ini dan juga di luar negara.

“Kita akan teruskan kerjasama yang erat ini untuk membangunkan lagi sektor petrokimia di negara ini,” katanya. -

Beaufort Perlukan 300 PPR – Azizah Mohd Dun

Posted: 16 Feb 2014 08:47 PM PST

BEAUFORT, 17 Feb – Beaufort memerlukan sekurang-kurangnya 300 Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi menangani isu setinggan dan kawasan yang sering dilanda banjir, kata Anggota Parlimennya Datuk Azizah Mohd Dun.

Sehubungan itu beliau meminta kerajaan pusat menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bekerjasama dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah bagi menyelesaikan perkara itu.

azizah_dun_turun_padang_kawasan_pengundi

“Seperti setinggan Kampung Melati ini, sekarang baru 67 buah dibina di situ,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat penempatan mangsa banjir di Sekolah Menengah Beaufort 3, di sini hari ini.

Terdahulu, Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengiringi Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat penempatan itu dan Dewan Baharu Beaufort.

Mengulas isu lain, Azizah meminta pembinaan empangan Ulu Padas dipercepat bagi menangani masalah banjir yang kerap berlaku di daerah ini.

Ini kali ketiga banjir melanda daerah ini sejak akhir tahun lepas, katanya menambah akan menghantar surat kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi tujuan itu.

Mengenai banjir, Azizah berpuas hati dengan penglibatan dan komitmen pelbagai pihak serta agensi kerajaan dalam membantu mangsa.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...