BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#PRKKAJANG !!! APA UNTUNG NYA #ANWARIBRAHIM MASUK #GEREJA ??? SEBAB NAK JADI MB KERRR ???

Posted: 17 Feb 2014 07:30 AM PST


Politik Malaysia hari ini menyaksikan perpecahan yang kronik di kalangan majoriti Melayu.Keadaan ini menjadikan kaum bukan Melayu sebagai penentu undi dalam pilihanraya.Oleh yang demikian,pemimpin politik dilihat berlumba-lumba untuk mengambil hati bukan Melayu melalui berbagai cara.Akibatnya politik Malaysia kini sudah sampai di tahap paling hina apabila parti-parti politik sanggup berbuat apa saja untuk menang.Sensitiviti kaum dan agama dimainkan tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab.Soal isu sensitif mampu membawa kepada huru-hara dan pertumpahan darah sudah tidak dipedulikan lagi.Parti pembangkang pastinya lebih bebas untuk memainkan isu sensitif kerana mereka tidak perlu bertanggungjawab ke atas kelamatan negara dan juga rakyat.Malah mereka lebih suka sekiranya berlaku ketegangan kerana ia akan memudahkan mereka menyalahkan kerajaan.Bersandarkan strategi ini,parti DAP terutamanya,dilihat begitu giat mengerahkan jentera sibernya dan juga rangkaian penyamarannya dalam bentuk NGO dan juga wakil agama untuk melakukan provokasi terhadap orang-orang Melayu-Islam.   

Pemimpin mereka juga dilihat sengaja 'menjolok' orang-orang Melayu dengan dengan berbagai isu,termasuk Kalimah Allah,isu Injil berbahasa Melayu dan juga penghinaan rambang terhadap agama Islam dan juga Raja-raja.Setiap kali orang Melayu bangkit membela agama dan Raja-raja yang dihina,mereka akan dituduh oleh DAP sebagai orang-orang UMNO yang rasis.Matlamat pembangkang adalah untuk meraih 100% sokongan bukan Melayu di samping meniupkan prasangka terhadap kerajaan Melayu.DAP begitu yakin orang-orang Melayu yang menolak UMNO akan terus bersama PR biarpun parti itu menggadaikan maruah Melayu dan Islam.Ternyata perkiraan mereka tidak meleset apabila pada 16 Februari lepas A.K.A semalam,kepada yang pergi kempen dan melihat Anwar Ibrahim terhegeh-hegeh masuk ke Gereja Holy Family,Kajang untuk berkempen meraih undi bukan Islam dalam menghadapi PRK Kajang.Tujuan Anwar adalah tidak lain tidak bukan untuk 'menyenangkan hati' masyarakat Kristian yang kini giat menuntut penggunaan kalimah 'Allah' dalam Injil berbahasa Melayu.  Dalam ceramah tersebut, Anwar menonjolkan sifat terbuka mengenai isu itu dan juga terbuka terhadap semua agama.  


Apa yang hadirin di Gereja Holy Family tidak tahu ialah,dalam ceramah Anwar di Kompleks Penghulu Batu 10 Jalan Cheras,Kajang pada 12 Februari sebelum itu,di hadapan orang-orang Melayu,Anwar meyakinkan orang-orang Melayu yang kalimah Allah hanya milik Islam dan beliau sebagai pemimpin PR tidak akan membiarkan penganut lain menggunakannya sewenang-wenangnya.Tindakan Anwar berkempen di gereja berjaya menggembirakan bukan Islam.Kononnya,tindakan Anwar adalah lambang 'kesederhanaan' yang sebenar.Blog dan portal milik pembangkang menjadikan Anwar sebagai 'harapan' ke arah perpaduan rakyat Malaysia.Persoalannya,apakah pemimpin Islam perlu masuk ke gereja merendahkan diri di hadapan bukan Islam maka barulah 'perpaduan' sebenar dapat dicapai ??? Apakah dengan menonjolkan pendirian berbeza di pentas yang berlainan merupakan contoh 'kesederhanaan' mengikut penilaian pembangkang ???    Hakikatnya,sejak dari mula lagi,Anwar sentiasa terbuka dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.Malah,PAS juga pada satu ketika, turut menyebelahi Kristian sehinggakan kerajaan pimpinan UMNO dikecam hebat kerana menghalang pengedaran 35,100 Injil berbahasa Melayu yang masuk melalui pelabuhan Klang.Justeru,ceramah Anwar di hadapan orang-orang Melayu kononnya beliau akan mempertahankan kalimah 'Allah' merupakan satu penipuan semata-mata - sebagaimana beliau telah menipu mengenai tidak akan bertanding di Kajang mahupun sebagaimana beliau menipu akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September suatu ketika dahulu, atau mengenai tidak pernah meliwat sesiapa. 

Dengan berceramah di gereja,kini pihak Kristian,orang-orang bukan Islam,kumpulan ekstremis Cina dan golongan liberal semakin yakin yang Anwar merupakan seorang calon yang paling tepat untuk dinobatkan sebagai pemimpin boneka mereka.Sudah tentu pengiktirafan itu tidak akan diberikan jika Anwar dilihat tidak mampu menunaikan segala permintaan mereka.  Sudah tentu mereka tidak akan memuji Anwar sebagai 'harapan perpaduan' jika Anwar komited untuk menjaga kedaulatan agama dan bangsa sebagaimana pemimpin UMNO.Sudah tentu mereka tidak akan mengiktiraf Anwar sebagai 'sederhana' jika Anwar juga setegas pemimpin UMNO mempertahankan kalimah 'Allah' Berdasarkan hakikat ini,fikirkanlah apakah untungnya kepada umat Islam jika Anwar dilantik sebagai wakil Kajang,Menteri Besar Selangor mahupun Perdana Menteri Malaysia ???? Apakah hasilnya ceramah Anwar di gereja kepada orang-orang Melayu dan Islam ??? Apakah benar Anwar mampu mengukuhkan perpaduan melalui ceramah tersebut ??? Atau hanya memperkukuhkan kedudukan penentang Islam, di samping melemahkan lagi kedudukan Islam ???  


Anwar boleh saja menyeru kepada perpaduan tanpa perlu ke gereja jika benar beliau tidak terdesak untuk membuktikan kepada DAP yang beliau sentiasa bersama mereka.Apa yang berlaku menunjukkan yang Anwar kini sudah lebih dari terdesak dan berada betul-betul di bawah tapak kaki DAP dalam perjuangannya  untuk merebut kuasa. Untuk umat Melayu-Islam,ingatlah,DAP tidak akan sekali-kali memuji Anwar,jauh sekali mengangkat beliau sebagai Ketua sekiranya mereka tidak mampu menguasainya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH BUKTI #TERESAKOK PUTAR BELIT FAKTA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 17 Feb 2014 04:00 AM PST


video di bawah akan memberitahu segalanya bukti video yang diterbitkan oleh teresa kok sempena tahun baru cina sebenarnya telah memutar belitkan fakta sebenar.jom kita lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! CERAMAH DI #GEREJA !!! #ANWARIBRAHIM SANGGUP LAKUKAN APA SAJA DEMI #UNDI !!!

Posted: 17 Feb 2014 12:30 AM PST


semalam,bertempat di gereja holy family,kajang,anwar ibrahim telah mengadakan ceramah politik.tu diaaa !!! Sultan Selangor dah bertitah jangan buat ceramah politik di masjid.anwar ibrahim pulak masuk gereja untuk meneruskan kempen.bila ditanya,ini bukan kempen.kalau bukan kempen apa dia ??? Inilah dikatakan Gila kuasa.warga Dun Kajang harus menolak ANWAR sebagai ketua Pemimpinan PR ini yang sanggup lakukan apa saja.Sebelum ini mana ada ANWAR nak mendamping rakyat di kajang,betul tak pembaca Badut Rakyat di kajang ??? ANWAR IBRAHIM hanya nak undi.itu jerrr pandailah dia main wayang.




APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #KALIMAHALLAH !!! VIDEO PENUH #MUZAKARAH DS @NOHOMAR VS @KHALIDSAMAD DIDEDAHKAN !!! WAJIB TONTON !!!

Posted: 16 Feb 2014 09:00 PM PST


di bawah adalah video penuh Muzakarah Datuk Seri Noh Omar dan Khalid Samad.kepada yang belum lihat lagi video,jom lihat sama-sama video ini.dengar cerita khalid samad terkebil-kebil menjawab persoalan,last-last Datuk Seri Noh Omar juga kena bantai oleh penyokong pembangkang.biasa lahh,nak tegakkan benang yang basah.muahahahaha


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKKAJANG !!! PEMUDA PAS TOLAK #ANWARIBRAHIM !!!

Posted: 16 Feb 2014 06:00 PM PST


sebelum saya teruskan cerita ni,saya nak anda lihat gambar diatas.ada orang kata gambar ini photoshop.adakah benar gambar ini photoshop ??? sebelum ini Sultan Selangor dah kata jangan buat ceramah politik dalam Masjid,bagi anwar ibrahim,kalau masjid tak boleh,gereja pun boleh lah.nak lagi tak gambar anwar ibrahim ni ??? saya akan bagi penuh.lihat gambar di bawah 


dah nampak ??? ini ker yang dikatakan bukan kempen ??? tiap-tiap hari turun kata bukan kempen.kenapa sebelum ni tak nak turun kajang ??? apa pun saya sambung balik cerita.Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP),sekali lagi mengulangi gesaan kepada Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim agar membatalkan hasratnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya berjaya mengekalkan kemenangan parti itu di Dun Kajang. Menurut Setiausaha DPP,Mohd Nasaei Ismail sekiranya Anwar menang sebagai Adun Kajang,dia masih boleh membantu kerajaan negeri Selangor tanpa perlu meminta Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan. 

"Kalaulah berlaku kemenangan kepada Anwar di DUN Kajang,tak jadi menteri besar sekali pun dia cukup kuat untuk memberi bantuan kepada kerajaan negeri Selangor.Jadi dia duduk dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebagai wakil rakyat, itu pun sebenarnya boleh memberi kredit yang besar kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat", katanya. 

Anwar sebelum ini membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.Ketika diwawancara oleh Australia's Newsline,ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model sebelum melangkah ke Putrajaya. Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali lagi membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama. 

"Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan" katanya. 

Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pemimpin Pas tampil membuat kenyataan bagi membantah 'pengambilalihan kuasa' itu antaranya kepimpinan sayap DPP yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazir wang rakyat.Anwar juga dikatakan sudah mendapat sokongan DAP.Namun Pas dilihat masih bertegas mahukan Khalid untuk terus kekal dalam jawatan itu.Paling menarik,sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai Pas sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi membolehkan Anwar bertanding di situ pada pilihan raya kecil  23 Mac,langkah pertama ke arah beliau menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...