tun faisal dot com

tun faisal dot com


#PRKKajang Tun M - Masa untuk Pas jadi MB Selangor #Kajang #KajangMove

Posted: 12 Feb 2014 04:00 PM PST



"Dalam Selangor bukan PKR punya kuasa terbesar, jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya" - Tun Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat sudah masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas.

Beliau berkata, PKR bukan menguasai keseluruhan PR seperti Umno dalam BN.

"Pas berhak untuk kerusi itu (menteri besar). Tidak bolelah dikuasai satu parti sahaja bukan macam BN, jumlah terbesar Umno sebab itu pemimpin Umno diangkat jadi perdana menteri.




Siapa PKR dalam Selangor? Undi - menumpang ehsan pengundi DAP, Jentera - menumpang ehsan jentera Pas, jawatan MB - menumpang ehsan Pas dan DAP.


"Tetapi dalam Selangor bukan PKR punya kuasa terbesar, jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai menteri Besar Selangor yang baru.

Menurut Mahathir dalam perkiraan sama juga Anwar juga bukan calon yang paling berhak untuk jadi perdana menteri.

"Anwar tiada hak untuk meletakkan syarat itu kepada parti dibawah PR," katanya.

Ditanya mengenai siapakah calon BN yang layak menyaingi Anwar dalam pilihan raya kecil ( PRK ) Dun Kajang.

Mahathir berkata, siapa calonnya tidak penting, tetapi parti yang mampu memberi khidmat terbaik itu perlu dipilih rakyat.

"Saya berpendapat kerajaan PR tidak mungkin mampu beri khidmat yang baik pada rakyat.

" Oleh itu rakyat perlu utamakan nasib mereka sendiri, kalau mereka salah pilih, dengan hanya kerana marah dan percaya dengan tuduhan palsu terhadap kerajaan dan pilih parti lawan saya rasa ini rugi," katanya.

Tambah beliau, dalam demokrasi rakyat perlu berpegang pada bilangan kerusi terbesar jangan hanya terpengaruh dengan dakwaan dan menggadai nasib mereka.

Mengulas mengenai kegagalan Anwar menyingkir peguam kanan kerajaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam kes rayuan Liwat II itu.

Mahathir berkata, Ketua Pembangkang itu menggunakan segala cara bagi melewatkan perjalanan kes beliau.

"Anwar mahu lewatkan selama mungkin sebab itu dia bawa usul untuk singkir Shafee, kerana dia takut dibicara sebab dia buat salah.

"Tetapi saya juga percaya dia takut pada Shafee, sebab Shafee menang banyak kes yang rumit. Sebab itu Anwar gentar jugalah," katanya.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia dan anugerah Buku Negara 2014 turut mengajak orang ramai menzahirkan catatan harian dan pengalaman melalui tulisan.

Menurut beliau, tulisan itu bukan hanya dengan melalui penghasilkan buku sahaja tetapi dengan adanya kemudahan Internet, oranga ramai boleh menulis di ruang-ruang siber.

Bagaimanapun katanya, informasi di internet tidak kekal, jadi penting untuk dibukukan hasil tulisan itu agar maklumat yang ingin dikongsikan kekal menjadi panduan di masa hadapan. - Sinar


107 dari 115 hotspot! Denggi, Sampah, Banjir dan PR Selangor yang GAGAL saling berkaitan!

Posted: 11 Feb 2014 10:34 PM PST




Tahun 2012, Selangor penumbang tertinggi kes demam Denggi. Punca - Pengurusan sampah. Jangan lupa bahawa bukan setakat ia menjadi punca demam denggi, ia juga boleh jadi punca peningkatan banjir, selain akibat pengurusan sungai dan saliran yang lemah. Macam mana PR mentadbir negeri ni?



Baca juga kenyataan Timbalan Menteri, Datuk Seri dr Hilmi Yahaya yang dibuat pada awal Januari mengenai kes Denggi sepanjang Tahun 2013


Denggi: Selangor catat kes tertinggi seluruh negara sepanjang 2013

SHAH ALAM 5 Jan. - Sebanyak 43,346 kes denggi dilaporkan sepanjang tahun lalu iaitu peningkatan 98 peratus atau 21,446 kes berbanding 21,900 kes pada 2012.

Selangor mencatat jumlah tertinggi sebanyak 23,852 kes diikuti Johor 4,828 kes.

Kedua-dua negeri berkenaan juga mencatat jumlah kematian akibat demam denggi tertinggi iaitu masing-masing 24 orang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, Selangor menyumbang sebanyak 55 peratus kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara.

Menurutnya, tiga daerah di negeri itu yang mencatat kes tertinggi ialah Petaling, Hulu Langat dan Gombak.



TERKINI, kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam pada 5 Februari 2014

Daripada Januari sehingga 1 Februari, terdapat 115 lokaliti hotspot di mana wabak telah berlarutan melebihi satu (1) bulan. Lokaliti hotspot dilaporkan berlaku di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan WP Kuala Lumpur & Putrajaya melibatkan tujuh (7) daerah iaitu di Daerah Petaling (57 lokaliti), Hulu Langat (43 lokaliti), Seremban (6 lokaliti), Gombak (5 lokaliti), Titiwangsa (2 lokaliti) dan masing-masing satu (1) lokaliti di Hulu Selangor dan Klang (1).




Daripada 115 Hotspot - 107 dari Negeri Selangor, bukti kerajaan PR Selangor memang tidak boleh diharap dalam menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat!



Malangnya semalam, tak berubah-ubah. Kerajaan PR Selangor memang tidak boleh diharap..... 



Sampah di kawasan gugusan Tanjung, Kota Damansara.



LAGI MASALAH SAMPAH DALAM NEGERI SELANGOR @khalidibrahim
http://sangkakalajari9.blogspot.com/2014/02/lagi-masalah-sampah-dalam-negeri.html

Sejak diambil alih oleh kerajaan Pakatan,  nampaknya masalah penduduk di negeri Selangor tidak akan berubah.

Mana nak berubahnya kalau dah permasaalahan yang sama akan sentiasa menjadi rungutan penduduk.

Hari ni seorang rakan FB memuat naik permasaalahan sampah di kawasan gugusan Tanjung, Kota Damansara.





Permasaalahan ini telah lama diajukan oleh penduduk namun ianya seperti mencurah air ke daun keladi yang tidak menibggalkan kesan.

Hairan juga dengan pendekatan kerajaan negeri Selangor, cukai pintu semakin tinggi dan jika terlewat membuat pembayaran mulalah akan datang segala bagai surat termasuk surat untuk sita kediaman.

Tapi bila dalam bab sampah ini, ianya seolah olah tidak memberi apa apa kesan kepada PBT.

Yang menjadi pengerusi jawatankuasa atau EXCO kerajaan yang menjaga PBT pulak buat apa, tidur sama macam Khalid juga ke?

Ini le akibat daripada kepimpinan kerajaan yang tidak pandai menjalankan tugas mereka dengan sempurna.

Permasaalahan rakyay dibiat dan diletakkan ketepi seperti suara suara rakyat yang mengeluh dan merintih tidak ada ertinya buat mereka.

Tapi kalau dalam pengundian masa pilihanraya pandai pulak mereka ni mengatakan bahawa adanya suara rakyat,  tapi bilabdah menang suara rakyat hilang entah kemana.

Nasiblah wahai penduduk Selangor, sendiri buat pilihan, sendiri jugalah yang kena tanggung.

Syarikat syarikat yang diberikan projek mengangkut sampah ni pula terdiri daripada kroni kroni mereka (pemimpin kerajaan negeri) maka segala masalah yang diadu oleh rakyat tentang kegagalan mereka ini tidak akan diambil kira.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...