BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#PRKKAJANG !!! BERKEMPEN AWAL !!! #ANWARIBRAHIM BUAT KECOH DI KAJANG ???

Posted: 12 Feb 2014 07:30 AM PST


Biarpun PRK Kajang masih belum sampai ke peringkat penamaan calon,jauh sekali ditetapkan tarikhnya,PKR telah lama berkempen.Boleh dikatakan parti itu telah mula berkempen sejurus selepas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.PKR nampaknya begitu teruja dengan PRK ini memandangkan pemimpin nombor satunya akan bertanding di situ. Siang malam parti PKR berkempen lengkap dengan jadual ceramah di sekitar Kajang walaupun ia melanggar undang-undang pilihanraya.Memandangkan,tempoh rasmi berkempen bagi PRK Kajang hanya bermula bulan hadapan,maka semua aktiviti kempen yang diadakan PRK pada masa ini adalah salah dari segi undang-undang.Mengikut Akta Perhimpunan 2012 bagi kesalahan perhimpunan awam,mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau RM20,000 sekiranya membabitkan kanak-kanak.  

Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya pula,sesiapa yang disabitkan oleh mahkamah seksyen dan didenda RM5,000 akan kehilangan kelayakan bertanding.Malang bagi PKR kerana mempunyai pemimpin nombor satu yang tidak tahu undang- undang.Malah,keputusan PKR untuk mengadakan PRK Kajang dengan perletakan jawatan Lee Chin Cheh juga dibuat atas dasar tidak menghormati undang-undang.Pendek kata,keseluruhan proses PRK Kajang adalah bertentangan dengan nilai dan peraturan moral mahupun sistem yang digunapakai oleh manusia bertamadun.PRK ini dibuat semata-mata untuk memuaskan nafsu Anwar Ibrahim yang mana adalah agak mustahil untuk dilakukan kerana nafsu Anwar tidak pernah puas.Hari ini,sebagai Ketua Pembangkang,Anwar sudah melanggar dan mempermainkan undang-undang serta mengenepikan soal moral sesuka hatinya.Bayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri, tentulah beliau akan meletakkan dirinya mengatasi undang- undang dan tidak langsung terikat dengan apa-apa jua nilai moral lagi.Tindakan Anwar kali ini mungkin agak terlalu 'gila' untuk diterima oleh sekutu dan rangkaian PR yang lain.  

Melainkan DAP yang memberi sepenuh sokongan kepada Anwar di Kajang,PAS nampaknya agak 'segan' untuk menyokong tindakan Anwar kali ini.Bagaimanapun,saya percaya,marah PAS tidak lama dan parti itu akan tetap akur kepada Anwar dan DAP akhirnya,sepertimana biasa.Tidak seperti PAS,Majlis Peguam dan BERSIH pula nampaknya agak tegas dalam menyatakan pendapat mereka mengenai PRK Kajang.BERSIH mempersoalkan perletakan jawatan ADUN Kajang sesuka hati sebagai mengkhianati sistem dan kepercayaan rakyat.Majlis Peguam pula mempersoalkan kempen PKR yang telah berjalan sebelum tempoh berkempen.Menurut Presidennya,Christopher Leong, "semua pihak perlu mematuhi undang-undang pilihanraya yang memperuntukkan tempoh tertentu untuk berkempen". 

Jelas, kenyataan itu ditujukan kepada Anwar dan PKR.Nampaknya,Anwar telah sedikit 'keterlaluan' kali ini sehingga gagal mendapat sokongan Majlis Peguam dan BERSIH yang selama ini setia menjadi alat kepadanya.Mungkin keputusan Anwar untuk bertanding di Kajang dibuat dalam keadaan panik yang amat sangat kerana terpaksa menghadapi Tan Sri Shafee Abdullah dalam rayuan kes liwatnya.Namun,mungkin juga Anwar mempunyai strategi lain.Apapun,segalanya mungkin bila bercakap tentang Anwar.Oleh itu,jangan sekali-kali kita terkejut jika bukan Anwar yang bertanding di Kajang nanti kerana itulah berita yang didapati dari sumber dalaman PKR buat masa ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENIPUAN #MALAYSIANINSIDER DIDEDAHKAN !!!

Posted: 12 Feb 2014 04:00 AM PST


Umum mengetahui portal Malaysian Insider sering memberikan laporan berat sebelah terutama yang melibatkan kerajaan dan parti Barisan Umno (BN).Walaupun sering mendakwa sebagai media portal yang bebas tanpa menyokong mana-mana pihak,namun apabila diteliti setiap laporan yang dikeluarkan pasti ramai yang dapat menilai sikap dan pendirian yang mereka.Dahulu portal tersebut hanya dilihat sebagai media yang pro-pembangkang,namun mutakhir ini laporan yang mereka keluarkan bukan setakat 'berat sebelah' tetapi sering kali dilihat menipu dengan mutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan BN. 

Terbaru,mereka cuba mengelirukan masyarakat khususnya rakyat Sarawak dengan memutarbelitkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Namun apabila disemak,ternyata Taib Mahmud TIDAK pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti itu.Portal pro-pembangkang itu sebelum ini melaporkan kononnya Taib Mahmud ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) Sarawak telah menasihati sesiapa pun yang bakal menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Hajah Nancy Syukri ketika dihubungi menafikan sekeras-kerasnya laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut. Beliau yang turut hadir di dalam perjumpaan tersebut berkata,Ketua Menteri langsung tidak pernah berkata seperti yang laporan tersebut. 

"Mana ada CM (Ketua Menteri) berkata macam itu.Beliau tidak pernah bercakap sedemikian malah amat menghargai hubungan dan kerjasama baik yang terjalin antara persekutuan dan kerajaan negeri",katanya. Menurutnya lagi,artikel yang dikeluarkan itu jelas mempunyai niat jahat yang sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif di kalangan rakyat.Mungkin atas alasan tersebut,Jabatan Penerangan Sarawak telah mengeluarkan makluman kepada semua pihak media agar tidak membuat liputan terhadap mana-mana program yang melibatkan Ketua Menteri.Ia mungkin bertujuan bagi mengelakkan sebarang percubaan pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin mengambil kesempatan dengan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan masyarakat. "Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini diarah oleh Pejabat Ketua Menteri untuk memohon kerjasama supaya tidak menghantar wartawan,jurufoto dan jurukamera pada sebarang masa untuk membuat liputan ke atas ketua menteri tanpa sebarang makluman," katanya menerusi kenyataan kepada semua media.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! STRATEGI TERBARU #ANWARIBRAHIM SELEPAS #PRKKAJANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 12 Feb 2014 01:12 AM PST


Sebelum PRU-13,Anwar ada membuat kenyataan bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya tidak berjaya merampas Putrajaya.Kononnya beliau telah ditawarkan jawatan Pensyarah di Perancis walaupun kelayakannya hanyalah Ijazah Pengajian Melayu tahap cukup makan.Kenyataan tersebut sedikit sebanyak memperlihatkan perwatakan pemimpin yang matang yang tahu bila masanya untuk berhenti.Namun,rakyat Malaysia lebih mengenali siapa Anwar iaitu beliau adalah seorang penipu tersohor.Hampir tiada satu kenyataan pun yang keluar dari mulutnya yang boleh dipercayai.Justeru saya tidak hairan apabila Anwar kalah dalam PRU-13,beliau tidak mengotakan kata-katanya untuk bersara,sebaliknya cuba merampas kuasa melalui jalanraya kerana terlalu kempunan untuk menjadi Perdana Menteri.  

Beberapa siri demonstrasi diadakan termasuk mengerahkan penyokongnya berguling di dalam jerebu untuk tujuan itu.Kesudahannya Anwar terpaksa juga mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang dan bukannya Perdana Menteri.Hari ini,Anwar tidak lagi bercakap tentang persaraan tetapi beliau ingin menjadi Menteri Besar pula.Katanya,beliau ingin membuktikan kepimpinannya melalui Selangor yang merupakan negeri paling kaya di Malaysia.Kononnya,dengan cara inilah maka beliau dapat mempertontonkan kepada rakyat 'cara pemerintahannya' yang jauh lebih baik dan lebih telus dari BN.Bagi mencapai matlamat ini,Anwar telah membazirkan jutaan wang rakyat untuk mengadakan Pilihanraya Kecil di Kajang.Anwar juga perlu menyingkirkan Khalid Ibrahim.Sebelum itu,23 kakitangan PKNS yang tidak bersalah telah terlebih dahulu menjadi mangsa penyingkiran dalam kemelut politik PKR ini,apabila  mereka dibuang kerja tanpa sebab bagi membolehkan pemimpin atasan parti menjalankan agenda masing-masing.Pun begitu,pada mulanya,apabila ditanya mengenai jawatan MB, Anwar tetap memilih untuk berbohong kononnya beliau tidak menginginkannya.Bagaimanapun,dalam wawancara yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge yang disiarkan media rasmi kerajaan negeri Selangorkini pada 31 Januari lalu,Khalid berkata 

"Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah peringkat Persekutuan dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan." Anwar kemudiannya mengaku mempunyai perancangan untuk menjadi MB dalam wawancara dengan Australia Network Newsline baru-baru ini.Kemudiannya,dalam wawancara dengan sebuah portal,Ant Daily,yang dipetik oleh Antarapos,Anwar menyatakan bahawa beliau sedang menimbang untuk 'bertanding' jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu tak lama lagi.Alasan Anwar,Wan Azizah sudah lama ingin bersara dan bahawa jawatan Ketua Umum yang disandangnya hanya 'dicipta' untuk beliau,yang pada ketika dipenjara.Dalam kata lain,Wan Azizah sejak dari awal lagi hanya dilantik menjadi Presiden atas dasar 'sementara' iaitu sehingga Anwar dibebaskan dan layak mengambil-alih jawatan itu darinya.Nampaknya,Anwar bukan sahaja tidak jadi bersara,tetapi ingin menjadi MB,kemudian Presiden parti dan pastinya matlamat utamanya tetap jawatan Perdana Menteri.  

Benarlah kata sahabat Anwar,Jusuf Kalla dari Indonesia,iaitu 'Anwar sudah gila',akibat terlalu tergila-gilakan kuasa.Anwar mungkin mengambil sikap 'membujur lalu melintang patah' kerana 'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'.Apa yang pasti ialah Anwar telah menghabiskan hampir keseluruhan hidup dewasanya untuk merebut jawatan Perdana Menteri dan beliau jelas enggan mengalah kepada takdir.Anwar bermimpi menjadi Perdana Menteri Biseksual pertama di sebuah negara Islam dan Anwar berazam untuk membalas dendam kepada mereka yang telah menggagalkan usahanya selama ini.Anwar tidak sanggup mati tanpa merasai empuk kerusi Perdana Menteri dan membiarkan musuhnya menang.Untuk itu,semua orang perlu memberi jalan kepadanya – Lee Chin Cheh,kini bekas ADUN Kajang,Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor sekarang dan isterinya sendiri yang juga Presiden PKR iaitu Wan Azizah terpaksa meletak jawatan.Tidak mustahil,sekiranya laluan yang dibuka mereka ini masih belum dapat melonjakkan Anwar terus ke kerusi Perdana Menteri,maka Anwar akan meminta penyokongnya mengadakan demonstrasi dengan berkorban nasib,keringat,darah,nyawa dan juga maruah mereka,bagi membina jambatan untuknya ke Putrajaya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! MERAJUK PUNYA PASAL #AZMINALI BUAT DRAMA LAGI !!! APA CERITA NI ???

Posted: 12 Feb 2014 01:04 AM PST


Ramai yang seakan sinis apabila ada yang mengatakan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali merajuk kerana semakin dipinggirkan.Malah tidak kurang juga ada yang mengatakan ia hanyalah 'game' untuk menagih semula 'kasih' Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim.Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini,sejak bermulanya krisis pergolakan dalaman dan perebutan kuasa di Selangor,Anwar dilihat lebih memihak kepada Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar berbanding Azmin.Malah perlantikan Khalid sebagai Pengarah pilihan raya DUN Kajang juga seperti ingin meminggirkan Azmin,walaupun dia merupakan Pengerusi,PKR Selangor.Lebih menghairankan apabila kelibat Azmin juga hampir tidak kelihatan di sepanjang 'kempen awal' yang dilakukan Anwar. 

Walaupun ada di kalangan penyokong PKR mengatakan ia hanyalah 'persepsi' yang sengaja dimainkan untuk memecahbelahkan parti itu.Namun berdasarkan bukti dan fakta yang ada di tambah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan PKR sebelum ini,ternyata bukan sekadar persepsi namun merupakan realiti.Terbaru,ahli parlimen Gombak itu turut memuatnaik tulisan Yusof Harun yang bertajuk 'Putus Sudah Kasih Azmin' di dalam blognya.Artikel tersebut antara lainnya mengupas peranan dan 'bakti' yang pernah dicurahkan oleh Azmin kepada Anwar selama ini.Namun demi kepentingan politik, semua jasa bakti tersebut seakan-akan diketepikan oleh Anwar demi memenuhi nafsu politiknya. 

"Oleh itu,umum kian faham betapa Anwar sanggup mengetepikan Azmin demi kepentingannya sendiri.Apakah sudah putus kasih sayang mereka berdua? Atau ia hanya wujud semata-mata sebagai kasih sayang politik?". 

Untuk makluman Yusof Harun adalah merupakan seorang penulis tamu di dalam akhbar Sinar Harian yang sering menghentam dan mengkritik Anwar.Persoalannya ialah,apa motif Azmin memaparkan artikel yang dikarang oleh penulis yang sering menghentam Anwar di dikongsi pula dengan semua pengunjung blog rasminya itu ??? Apakah ia membawa maksud Azmin bersetuju dengan setiap bait-bait perkataan yang dinukilkan oleh Yusof Harun itu ??? Apakah ini bermakna Azmin turut menyedari dan merasai,'layanan' bosnya itu sudah tidak lagi sama atau dalam bahasa lirik,Anwar yang dulu,bukanlah sekarang,Dulu sayang Azmin,sekarang dia di tendang,Dulu,dulu waktu dipenjara,Azminlah segala-galanya. 

Kesimpulannya, ia bukanlah perkara baru buat Anwar.Rata-rata mereka yang pernah menjadi pengikut setianya dahulu,telah lari meninggalkannya.Ini kerana mereka akhirnya sedar dan dapat menilai watak sebenar Anwar.Persoalannya,apakah Azmin masih tetap setia mengharapkan 'kasih' Anwar yang sering berubah mengikut 'nafsu politiknya' atau bakal mengambil pendekatan untuk lari meninggalkannya ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENIPUAN #PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 11 Feb 2014 06:00 PM PST


Jom hapuskan PTPTN termasuk hutang peminjam sedia ada sebanyak RM 43 Billion dan berikan pendidikan PERCUMA kepada semua !!!

Seronok mendengar janji manis dari PR A.K.A PEMBANGKANG.Janji memang seronok.Memang best berjanji.lagi best kalau orang terperdaya dengan janji kita.Ikut jerrr telunjuk kita sebab kemaruk dengan janji kita.Sebelum nak beri pendidikan percuma dari tadika sampai IPTA.kenapa tak mula dengan tadika dan IPT yg ditadbir oleh Pembangkang ??? Mula kan dengan PASTI (Tadika PAS) kemudian UNISEL.bagi jerr "FREE" tak payah yuran FOC.tak nak buat dan tak mampu bukan ??? 

TERBUKTI.PR BOHONG,TIPU DAN PUTAR BELIT Janji mereka.percayalah kalaupun mereka menguasai Putrajaya dan memerintah Malaysia.HARAM janji ini mustahil untuk ditepati... 

Tadika KEMAS baru RM10 sebulan,uniform percuma dan makan minum pun percuma.KEMAS pun ajar juga bab agama,doa dan sembahyang.Ini membuktikan bahawa kerajaan amat menitikberat akan hal agama.anda lihat di atas mana yang lebih mahal ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! #ANWARIBRAHIM MULA KEMPEN DAN HARAP UNDI MELAYU !!! INI SEMUA DRAMA !!!

Posted: 11 Feb 2014 04:00 PM PST


Anwar Ibrahim telah menggerakkan langkah awal di kawasan-kawasan peti undi Melayu walaupun tempoh kempen yang sah belum lagi bermula.Seperti biasa wayang 'plain-folks' akan ditayangkan bagi mempertontonkan kezuhudan peribadi.Nawaitu tersirat adalah kebimbangan Anwar terhadap pengundi Melayu yang mungkin akan menjejaskan jumlah majoriti,sekaligus menempelak kredibilitinya selaku pemimpin nomero uno dalam PR.Anwar sedar jumlah peratusan keluar mengundi dalam PRK akan berkurangan berbanding jumlah pengundi PRU13 lalu,namun persepsi tetap dilihat kepada jumlah majoriti bukan peratusan majoriti.Kerana itulah Anwar terpaksa turun dan 'bersandiwara' habis-habisan di sekitar kawasan Melayu di DUN Kajang bagi memastikan jumlah undi dan majoriti yang akan dimenanginya lebih banyak dari jumlah majoriti calon PKR dalam PRU13 lalu.BN tidak perlu mensasarkan kemenangan di PRK Kajang kerajaan negeri tidak akan berubah meskipun berjaya merampas DUN Kajang.Cukuplah BN memasuki gelanggang dengan harapan untuk mengurangkan majoriti yang dimenangi oleh PKR pada PRU13 lalu...

ITU SUDAH CUKUP UNTUK DIISYTIHARKAN SEBAGAI SEBUAH KEMENANGAN !!!

APA KATA ANWAR IBRAHIM KEPADA SPR ???

Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menegur tindakannya memulakan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang lebih awal sebelum tempoh yang dibenarkan.Malah Ketua Pembangkang itu seperti biasa mendakwa suruhanjaya berkenaan sebagai ejen Umno ekoran daripada teguran berkenaan. 

"SPR ejen Umno.Mereka hanya tonton TV3. Mereka tak tonton TV1, TV2," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa,Jiro Hanyu yang datang ke Malaysia untuk memohon maaf diatas insiden beliau dihalang memasuki Jepun pada 19 Februari lalu.Anwar turut mengelak untuk mengulas lanjut beberapa dakwaan beliau berkempen sebelum hari penamaan calon yang ditetapkan pada 11 Mac depan.

"Saya tak nak layan dakwaan-dakwaan ini.Saya ingat lepas ini lebih ramai 'tokoh-tokoh' baru muncul," katanya.

Pada Isnin,Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mana-mana pihak yang memulakan kempen sebelum hari penamaan calon boleh dikenakan tindakan oleh pihak polis dan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. "Kempen bermula selepas penamaan calon dan berakhir pada 22 Mac jam 12 tengah malam. Kempen pilihan raya sebelum tarikh itu adalah tidak dibenarkan," katanya. 

Anwar yang juga Ketua Umum PKR didakwa mengadakan beberapa siri ceramah sejurus diumumkan sebagai calon PRK DUN Kajang,baru-baru ini.Kerusi DUN tersebut kosong berikutan peletakan jawatan mengejut wakil rakyat PKR,Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.Walaupun Anwar sering menuding jari terhadap SPR kerana didakwa tidak telus,Penasihat Ekonomi Selangor itu memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mei tahun lalu.

SIKIT-SIKIT SALAH SPR DAN UMNO !!!

ITU JERRR ANWAR IBRAHIM MAMPU JAWAB ???

KALAU SPR TAK TELUS KEPADA JADI AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH ???

KENAPA PR DAPAT 3 NEGERI !!!

INI SEMUA DRAMA !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...