Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Bila Guan Eng Akan di SAMAN di Mahkamah!

Posted: 24 Feb 2014 05:12 AM PST



Laman sosial Twitter menjadi panas malam tadi apabila kesabaran Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sampai ke kemuncaknya.



Tuduhan dan putarbelit Lim Guan Eng terhadap rencana Datuk Rahman Dahlan mengenai perpaduan nasional, dengan mengulangi dakwaan Datuk Rahman Dahlan kononnya menyokong pembakaran kitab yang mengandungi kalimah Allah menaikkan kemarahan beliau sehingga Datuk Rahman Dahlan menulis,

"I see you in court". 

Baca apa yang beliau tulis dibawah,


Jika dulu Guan Eng selalu menutup mulut lawannya dengan ugutan ke mahkamah. Kali ini giliran beliau pulak apabila permainan bodoh Guan Eng bakal memakan diri sendiri.

Kita tengok sejauh mana benda ni bakal berlaku.

Mc sokong tindakan Dato Abdul Rahman, hanya cara ini saja yang dapat menutup mulut puak Dap yang biadap tu.


McTheory:
Cuma tolonglah cari peguam yang ada telur dan betul-betul berani.. jangan sampai setengah jalan dah cabut.. 

HOT! Hina Wanita Zuraida Mak Lampir Kutuk Diri Sendiri!

Posted: 24 Feb 2014 01:12 AM PST


KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun membidas kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin yang menyifatkan beliau sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil itu.

Chew berkata Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang bukan sahaja menghina kaum wanita tetapi diri sendiri kerana Zuraida juga daripada kaum hawa.

"Parti (MCA) berusaha yang terbaik untuk memilih calon yang sesuai dan bagi saya ini adalah satu pengiktirafan kepada wanita.

"Zuraida memandang rendah kepada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya dengan mudah mengeluarkan kenyataan menghina kaum sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis ulang tahun ke-65 dan mesyuarat agung luar biasa MCA di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Zuraida baru-baru ini yang berkata BN menghantar Chew sebagai calon parti itu supaya Chew boleh dipersalahkan sekiranya BN kalah dalam PRK pada 23 Mac ini.

Chew berkata biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan, beliau tetap bersemangat dan akan bekerja kuat untuk memenangi PRK itu.

Beliau sekali lagi memohon agar pengundi di Kajang memberi sokongan kepadanya bagi membolehkan BN mengukuhkan peranannya di Selangor.

Chew dijangka dicabar Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas presiden KITA Datuk Seri Zaid Ibrahim.

BERNAMA

HOT! Kes PIL KUDA, Hadi Awang diarah bayar RM2 juta!

Posted: 23 Feb 2014 10:12 PM PST


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.

"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

"Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu," kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.

Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.

McTheory:
PKR pun saman Hadi Awang 2 juta. Kita UMNO siap maafkan Tian Chua.. he he he..

INFO! Kuasa Membeli Umat Melayu Islam Sumber Utama #JihadEkonomi

Posted: 23 Feb 2014 09:34 PM PST




Jika sebelum ini kita membicarakan bagaimana untuk membantu ekonomi umat Melayu Islam. Nak baca boleh klik SINI.

Namun sebenarnya?

"ORANG Melayu masih lemah dari sudut ekonomi. Orang Melayu masih jauh ketinggalan." Ini adalah ungkapan yang sering kita dengar. Barangkali ungkapan ini sudah sampai ke tahap menjemukan.
Kita tidak boleh menafikan bahawa masalah penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu yang lemah adalah kerana mereka lebih cenderung makan gaji daripada berniaga. Tidak ada lain untuk menguasai ekonomi selain membabitkan diri dalam keusahawanan. Walaupun sebahagian besar orang Melayu menguasai Kabinet dalam kerajaan dan jawatan dalam sektor awam, ia bukan dikira penguasaan dalam ekonomi.

Mungkin kerana persekitaran budaya dan sosial orang Melayu, keusahawanan masih dilihat sebagai sesuatu yang asing. Masyarakat Cina sangat memandang tinggi mereka yang berniaga. Orang berniaga dianggap lebih matang daripada yang makan gaji. Kerja makan gaji dianggap sebagai sesuatu yang dilakukan untuk mendapat pengalaman sementara menunggu masa sesuai memulakan perniagaan.



Berlainan dengan situasi masyarakat Melayu menganggap berniaga sebagai sesuatu yang dilakukan untuk menyara hidup sementara mendapat kerja makan gaji. Sudah pastilah matlamat terakhir adalah untuk bekerja dengan kerajaan. Oleh itu, kita biasa melihat jika ada mahasiswa menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan selepas tamat pengajian, orang akan kata 'Tak apa, berniagalah dulu sementara belum dapat kerja.'

Pernahkah kita tertanya bagaimana orang Cina yang sebahagian besarnya datang ke Tanah Melayu sebelum Merdeka boleh berjaya menjadi usahawan kaya raya dan menguasai dunia perniagaan di negara ini sedangkan mereka datang sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang harta?

Apakah ada keajaiban membuatkan mereka berjaya? Mereka juga ada dua kaki dan dua tangan seperti kita. Pada hal, al-Quran mengajar kita bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah nasib mereka sendiri. Kita tidak boleh menafikan bahawa mereka berjaya kerana mereka bekerja keras dan sanggup mengambil risiko membabitkan diri dalam dunia perniagaan.

Senarai peniaga-peniaga Melayu Islam dan produk keluaran mereka boleh diperolehi melalui laman Facebook - Kuasa Pembeli Pengguna Melayu Islam

INFO! Apa Itu #JihadEkonomi Untuk Bantu Ekonomi Islam?

Posted: 23 Feb 2014 09:04 PM PST



Isu-isu Melayu Islam antara perkara yang hangat dibahaskan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013. Jika diperhatikan kuasa ekonomi orang Islam di negara kita jauh ketinggalan berbanding golongan bukan Islam.

Walaupun kerajaan memperkenalkan agenda untuk memperkasakan ekonomi kaum bumiputera, ia tidak mampu direalisasikan tanpa kesedaran dalam diri kaum Melayu Islam itu sendiri.

Selain itu kebimbangan kaum Melayu Islam terhadap status halal produk-produk keluaran bukan islam kebelakangan memperlihatkan betapa pentingnya kaum Melayu Islam diberi kesedaran mengenai kuasa mereka selaku pembeli dan pengguna.

Kesedaran dalam diri masyarakat Melayu Islam perlu dipupuk mulai sekarang dan ia dilihat penting bagi memastikan kuasa ekonomi Melayu Islam dipertingkatkan, kaedah mendahulukan produk keluaran peniaga Melayu Islam perlu ada dalam diri kita umat Islam.

Ia sekaligus membantu meletakkan ekonomi orang Melayu Islam duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan ekonomi kaum bukan Melayu.



Justeru, sebagai pembeli dan pengguna kita perlu melakukan jihad ekonomi dengan mendahulukan produk keluaran peniaga Melayu Islam setiap kali mencari barang-barang keperluan harian.

Senarai peniaga-peniaga Melayu Islam dan produk keluaran mereka boleh diperolehi melalui laman Facebook - Kuasa Pembeli Pengguna Melayu Islam



Bersama kita membantu dan memberi sokongan dengan 'Buy Muslim Products First' bagi membantu ekonomi peniaga Melayu Islam. - YY

INFO! Kassim Ahmad Ni Tak Sesat...

Posted: 23 Feb 2014 06:44 PM PST


Orang tua yang muka macam syaitan penyesat alam

... tapi dah serupa keluar dari Islam!!!

Tullisan Unspinners lepas di SINI menarik juga komentar yang simpati pada Kassim Ahmad.

Buku Kassim Ahmad penilaian semula memang ada dalam simpanan Unspinners. Memang secara rambang buku itu hanya mahu kita menilai kembali ajaran Islam yang ada. Kononnya dia mahu kita nilai semula hadith.

Namun jika diketahui pendirian dan latarbelakang sosialis Kassim Ahmad, ia mungkin agak renggang dan liberal pemhaman Islamnya.

Dia pun seorang yang agak sensasionalis dalam meluahkan pandangannya di masa lepas. Ia membantu melakukan buku-buku tulisannya. Suatu masa Kassim AHmad yang dari Pulau Pinang kuat ngampu editor akhbar dan publisher untk dapat tulis buku dan jual sebagai cari makan.

Walaupun Tun Dr Mahathir pun menyatakan bukunya dulu itu bukan anti hadis namun nawaitu disebalik bbuku itu adalah mahu semua nilai dan bincang supaya dia boleh banyakkan lagi pengikutnya.

Dengn ada Internet, blog dan media sosial banyak kumpulan anti hadith atau menggelar diri mereka Quranic sudah muncul. Maka lagi beranilah mereka kini bersuara.

Pandangan Tun M hanya berdasarkan buku dan dia merasmikan ppada hari pertama. Kassim Ahmad memberi pandangan sesatnya esok harinya. Nurul Izzah pun takut nak ada di situ sebagai panel kerana menjangka namanya akan lagi butuk dari terpalit dengan kontroversi baru bakal dilakukan Kassim Ahmad.

Apa ucapan Kassim Ahmad? Bigdogdotcom ada menyiarkan sepenuhnya ucapannya SINI

Dia menghina ulamak dengan menyamakan ulamak dengan sistem paderi:

(1) Umat Islam pada hari ini tidak mengikut ajaran-ajaran nabi Muhammad dalam Quran. Inilah kesilapan yang besar yang telah mereka lakukan. Mereka ikut satu kasta paderi yang dipanggil ulama, seperti penganut-penganut agama Hindu dan Kristian dulu. Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat khalifah rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri mereka sendiri sebagai pentafsir ugama kepada umat Islam.

Mahu komunis seperti dia pun berhak interpretasi ISlam walaupun  bukan ilmunya:

(a) Mereka mendewa-dewakan pemimpin ugama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka – apa yang dikatakan 'penutupan pintu ijtihad'. Dalam puak ahli sunnah wal jamaah, empat pemimpin besar boleh dikenal pasti, iatu : Imam Shafi'e (767-820), Imam Hanafi (699-767), Imam Hanbali (780-855) dan Imam Maliki (711-795). Dalam mazhab Syiah, mereka ada imam-imam mereka pula. Imam-imam ini telah mereka dewa-dewakan berlawanan dengan perintah Tuhan melarang pendewaan seseorang pemimpin atau sarjana, dan, malah, berlawanan dengan ajaran imam-imam besar itu sendiri.

Menghina perbuatan syahadah dan selawat:

(b) Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. [8] Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan 'Allah' dan 'Muhammad' ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa 'sa'al-Lallahu 'alaihi wasallam' (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut 'alihissalam'. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran. [9] Juga perkataan 'salla/yusalli' bermakna 'restu', 'bantu' dan 'sokong', bukan selawat, seperti yang dibuat sekarang.

Kassim menyatakan dengan jelas untuk bersyahadah tak perlu menyebut Muhammad itu pesuruh Allah. Sahlah Kassim Ahmad berpandangan orientalis dari belajar dari School of Orientalist sudies bbegitu jelas.

Mengunakan akal semata-mata tanpa kepercayaan. Kalau nak saintifik betul, atheis lah akhirnya!!! 

Anihnya sebagai seorang yang kononnya akademik atau ilmuwan dia  mempertikaikan usaha baik untuk mengumpul hadith dan kata-kata Nabbi Muhammad:


Siapakah yang mewajibkan hadis sebagai satu sumber undang-undang sama seperti Quran dalam masyarakat Islam? Jawabnya, Imam Shafi'e (767-820). Beliaulah yang bertanggungjawab membuat doktrin baru menyatakan hadis satu sumber hukum sama seperti Quran. [11] Sebelum beliau, apa yang dikatakan hadis sudah muncul, tetapi bilangannya sedikit sekali dan tidak diwajibkan diikut oleh umat Islam. Sejarah mencatat khalifah-khalifah Abu Bakr, Omar Ibni Khattab, Uthman Ibni Affan dan Ali Abi Thalib memiliki buku-buku nota yang mereka tulis perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan Nabi. Catitan-catitan ini tidak banyak dan hanya menjadi ikutan, jika sesuai, tetapi tidak diwajibkan.

Setelah doktrin baru oleh Imam Shafi'e ini diterima oleh masyarakat Islam, timbullah pengumpul-pengumpul hadis seperti Imam Bukhari (m. 870), Imam Muslim (m. 875) dan lain-lain. Imam Bukhari dilaporkan telah mengumpul 600,000 hadis dan beliau menapis hadis-hadis ini sehingga akhirnya tinggal 7,275 hadis yang beliau isytiharkan sebagai hadis sahih. [12]

Ada pihak perlekehkan seolah-olah nabi mengeluarkan hadith setiap hari. Nyata orang ini tidak ada langsung ilmu berkenaan ilmu hadis. Ada banyak hadis yang diriwayat berbeza-beza sedikit dari seorang ke seorang yang lain tapi mesej yang sama dna tak bercanggah dengan Quran.

Proses authetication pun dijalankan oleh orang yang alim, berilmu dan pengamalkan Islam dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan hadith itu tidak bercanggah.

Ada hadith yang tidak dapat difahami maka terpulang pada pembangunan ilmu semasa untuk lebih memahami.

Satu saja Unspinners kata Kassim Ahmad dah menyerupa orang yang sudah tak percaya pada Islam dan ilmu ugama yang terbina beribu tahun.

Pandangan Kassim ahmad hanya pandangan seorang iilmuwan sosiologis atau ilmu kemasyarakatan dan bukan ilmu ugama.

Boleh murtad akhirnya sesiapa yang ikut Kassim Ahmad.
 
Sumber dari blog TheUnspinners
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...