Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Calon BN Terus di Serang Puak Dangkal Pakatan Haram! #PrkKajang

Posted: 22 Feb 2014 05:12 AM PST


Sebaik saja nama calon BN untuk PRK Kajang di umumkan,haprak pakatan sudah mula memainkan sentimen perkauman kononnya Umno mempergunakan kaum cina untuk menjatuhkan calon melayu.

Dah terkena batang hidung.. nah sekarang di Kajang pasti akan wujud kempen rasis oleh haprak pakatan kepada pengundi melayu. Print Screen Mc ambil dari blog Pisau.net


Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Naib Presiden MCA, Datuk Chew Mei Fun bagi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 23 Mac ini.

Pemilihan Mei Fun, 50, yang juga bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar mengenai PRK berkenaan di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Mei Fun merupakan calon paling sesuai untuk menggalas cabaran BN di kerusi itu berdasarkan kewibawaan dan pengalamannya termasuk pernah berkhidmat dalam kerajaan.

Beliau berkata, BN yakin Mei Fun yang juga bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dapat memberi sepenuh tumpuan dan masa untuk membela nasib pengundi di DUN Kajang jika diberi kepercayaan menjadi wakil rakyat di situ.

"Tradisi BN adalah membela rakyat dan memberi perkhidmatan sepanjang masa. Kita yakin calon yang dipilih ini adalah paling sesuai untuk bertanding di DUN Kajang," katanya.

Yang turut hadir, pemimpin parti komponen BN termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel; Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas serta Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Parti rakan BN seperti Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding mewakili parti itu turut hadir.

McTheory:
Sejak bila puak Pas dan Pkr ni RASIS cina pulak, hiporkrit sungguh?

HOT! Salahkah Bila Ada Melayu yang Kaya?

Posted: 22 Feb 2014 01:23 AM PST



Artikel yang baik Mc ambil dari House Pk,


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Mokhzani kerana telah berjaya menyertai senarai 10 individu terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business. Seperti biasa, beberapa orang Melayu dari parti pembangkang menyerang kejayaan beliau sebab Datuk merupakan anak kepada Tun Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia. Jika orang bukan Melayu menyerang Datuk saya tidak berapa marah, tetapi kes sekarang ini Melayu sendiri menyerang saudara seagama dan sebangsa kerana beliau telah berjaya, dan yang lebih menyedihkan adalah beberapa fakta yang dilontarkan oleh Melayu pembangkang ini SALAH. Saya akan huraikan satu demi satu.

Sebelum itu sedikit sejarah berkenaan SapuraKencana. Datuk Mokhzani mendapat ijazah Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan, sudah jelas beliau mahir dalam bidang petroleum. Beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah. Subsidiarinya syarikat Kencana Petroleum bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar negara.

Pertama sekali beberapa Melayu pembangkang melontar hujahan bahawa Datuk Mokhzani menjadi kaya kerana ayahnya bekas Perdana Menteri. Tetapi beliau bermula kerja sebagai 'wellsite operations engineer' di Sarawak Shell Berhad. Saya tidak pasti jika Tun mempunyai pengaruh yang kuat sehingga boleh manipulasi sebuah syarikat petroleum mlik Britain dan Belanda untuk melantik anaknya, kalau benar hujahan tersebut maka memang hebat Tun. Sehubung dengan itu 'wellsite operation engineer' adalah kerja yang sukar kerana beliau terpaksa bekerja di tengah-tengah lautan, saya pasti kalau benar hujahan pihak pembangkang, Tun akan terus lantik anaknya ke dalam kerja pejabat yang lebih selesa.

Kedua, Melayu pembangkang menyatakan bahawa perniagaan Datuk Mokhzani mencuri minyak negara. Ini tidak benar, kerana syarikat SapuraKencana bukan sebuah syarikat minyak, tetapi ia adalah sebuah syarikat kejuruteraan petroleum yang membantu syarikat minyak dalam segala urusan daripada menggali minyak hingga ke pemasangan paip minyak :

" providing end-to-end solutions and services to the upstream petroleum industry, and covers activities such as installation of offshore pipelines and structures, fabrication of offshore structures, accommodation and support vessels, drilling vessels, hook-up and commissioning, topside maintenance services, underwater services, offshore geotechnical and geophysical services, project management, diving services, offshore support services, infrastructure and specialised steel fabrication works." (official website)

Tiada penjelasan berkenaan penjualan minyak,jadi setitik petroleum negara pun Datuk Mokhzani tidak ambil.

Ketiga, pihak pembangkang menyatakan bahawa Datuk Mokhzani tidak boleh berjaya tanpa pertolongan Tun dan kerajaan Malaysia. Ini juga tidak benar kerana di website syarikat SapuraKencana, ia berkata bahawa syarikat itu bergerak aktif di negara China,Australia,Timur Tengah,America dan Brazil. Mustahil kerajaan dapat manipulasi keputusan syarikat-syarikat petroleum di negara luar untuk memberi kontrak kepada SapuraKencana,melainkan semua negara ini dikawal oleh DS Najib dan Tun.

Dengan penjelasan ini, saya berharap pihak pembangkang tidak mempertikaikan kekayaan Datuk Mokhzani. Lebih-lebih lagi kejayaan syarikat beliau akan mengharumkan nama negara dan juga menambah pendapatan negara, syarikat beliau membayar cukai RM165juta kepada kerajaan Malaysia pada 2013 yang disalurkan kepada pembinaan infrastruktur awam demi rakyat. Berapa cukai yang Anwar bayar kepada kerajaan setiap tahun? Jadi apabila syarikat beliau menambah keuntungan, ia akan memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia melalui cukai dan juga kepada umat Islam melalui zakat. Saya berbangga seorang bumiputera boleh menubuhkan sebuah syarikat yang berjaya bukan sahaja di Malaysia,malah di negara asing. Semoga Datuk terus mendapat kejayaan dalam masa akan datang. -AR-


Komen:
Salah ka bila ada melayu yang kaya? Dalam 40 orang terkaya di Malaysia. Melayu number berapa? Ada berapa orang? Cina kaya puak Pakatan tak kata apa pun, tapi bila melayu kaya, depa bising serupa dunia dah nak kiamat!

McTheory:
Jenis pencacai Pakatan cakap tak pakai otak!

INFO! Kenali Calon BN di PRK #Kajang!

Posted: 21 Feb 2014 08:12 PM PST

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman itu pada sidang media di Menara Daton Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Difahamkan Chew telah mendapat persetujuan daripada MCA dan parti komponen BN yang lain sebagai calon di kerusi tersebut.

Chew membuat kemunculan semula selepas berehat selama tiga tahun apabila memenangi salah satu daripada empat kerusi Naib Presiden pada pemilihan parti itu 21 Disember tahun lalu.

Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu. 

HOT! Langkawi BERGEGAR Bila Pas Kedah Buat Flashmob!! #HanyaDiKedah

Posted: 21 Feb 2014 05:12 PM PST



Semalam ada kumpulan beruk-beruk hijau yang diketuai oleh bekas rajalawak yang memang suka buat lawak tapi tak lawak. Dia angkut bawak geng dia mai Langkawi, buat flashmob kat Pekan Kuah.

Tapi macam biasa la, kalau dia bawak 30 orang, yang tinggal hanya 25, sebab lagi 5 lari takut kemaluan terserlah. he he he..

Layan gambar kat bawah ni,





Kira pi kira mai, tak lebih tak kurang, hanya ada 25 orang. Impak yang beruk hijau ni dapat ialah, dapat claim tiket feri lebih rm10. Kepala depa dapat tidor hotel package makan pagi dan tengahari sekali. Silap-silap, yang datang buat flashmob ni, akan diberi package berkaraoke sekali kot. he he he..

Tapi Pas macam biasa la, sebelum flashmob atau memulakan apa jua acara. Depa akan tidor dihotel, makan yang sedap-sedap dulu, kemudian turun tepi jalan maki kerajaan. he he he..

Lupa pulak nak laporkan, disebabkan flashmob Pas yang tersangat berjaya, maka terjadilah kesesakan jalanraya paling hebat dalam sejarah Langkawi!

25 orang kaki buat flashmob yang diimport dari luar ni, telah berjaya sesakan jalanraya Langkawi, sejauh 340KM.

Sekian, Terima Kasih.

McTheory:
Sebenarnya, orang Langkawi pun pelik, apa budak-budak ni buat terloncat-loncat tepi jalan.. ingatkan buat show sarkas! hmm.. hehe
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...