Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Video Menarik Sehari Bersama MB Kedah DS @MukhrizMahathir #MBmesraRakyat #HanyaDiKedah

Posted: 20 Feb 2014 05:12 AM PST


Video Menarik MB Kedah sehari bersama rakyat Kota Kuala Muda di Program Mesra Rakyat!


McTheory:
Jangan lupa #MBmesraRakyat

HOT! SPRM Nafikan Guan Eng Bebas Tuduhan!!

Posted: 20 Feb 2014 03:40 AM PST


Betul ke Guan Eng dah bebas dari siasatan SPRM?

KENYATAAN MEDIA: SPRM SEDIA BERI PENERANGAN KEPADA ADUN PULAU PINANG

MERUJUK kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng semalam bahawa beliau keliru antara proses mengumpul maklumat dan siasatan formal, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa SPRM sebelum memutuskan sama ada satu siasatan formal boleh dibuka atau sebaliknya, SPRM akan mengadakan proses mengumpul maklumat apabila menerima maklumat.

SPRM akan mengumpulkan maklumat untuk dinilai oleh Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM), yang akan memutuskan merit sama ada kertas siasatan perlu dibuka atau sebaliknya selaras dengan kehendak undang-undang.

SPRM juga ingin memaklumkan bahawa wujud perbezaan yang jelas antara proses mengumpul maklumat dan siasatan formal.

Memandangkan Ketua Menteri berkata beliau keliru dengan tatacara kerja yang diamalkan oleh SPRM, SPRM bersedia untuk memberi penerangan kepada Ketua Menteri, barisan Exco dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berhubung tatacara kerja siasatan bagi memastikan masyarakat faham atas sistem dan prosedur yang digunakan oleh SPRM.

Berkenaan dengan isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang turut dibangkitkan oleh YAB Lim, SPRM ingin menyarankan bahawa sekiranya mereka masih belum memahami isu tentang siasatan berkaitan laporan audit walaupun telah berkali-kali dijelaskan, perkara berkenaan boleh dibawa ke perhatian Jawatankuasa Aduan Mengenai Rasuah (JKMR), yang turut dianggotai oleh Ahli Parlimen DAP, YB Dr Tan Seng Giau. YB Dr Tan merupakan ahli JKMR, salah satu badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Untuk makluman, SPRM akan menyiasat jika ada kes berunsur rasuah ditimbulkan dalam LKAN. Berdasarkan rekod tindakan yang diambil ke atas LKAN, terdapat kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah, disabitkan kesalahan setelah perbicaraan atau tertuduh mengaku salah. Bagi kes-kes yang tidak mencukupi keterangan, SPRM akan mengesyorkan tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai kerajaan terbabit dan dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan melanggar peraturan dan prosedur jabatan.

Selain siasatan, SPRM juga menjalankan pemeriksaan terhadap amalan, sistem dan prosedur yang membuka ruang dan peluang kepada perlakuan Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2007, sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka manakala LKAN 2008 membawa kepada 15 kertas siasatan dibuka, LKAN 2009 (17), LKAN 2010 (11), LKAN 2011 (26) dan LKAN 2012 pula 18 kertas siasatan.

Antara 2006 dan 2011, seramai 23 individu telah dituduh di mahkamah hasil siasatan yang dijalankan oleh SPRM dari LKAN. Sementara itu, 19 individu pula telah diambil tindakan tatatertib. Susulan LKAN 2012 yang dibentangkan pada Oktober dan awal Disember lalu, sebanyak 18 kertas siasatan telah dibuka. Kesemua kes telah pun selesai disiasat. Kes-kes berkenaan telah pun dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dan tindakan susulan.

Sebagai langkah jangka panjang, SPRM bukan sahaja memfokus kepada tindakan punitif melalui penyiasatan, tetapi juga melihat aspek penambahbaikan terhadap amalan, sistem dan prosedur melalui khidmat pemeriksaan dan perundingan. Ini bagi memastikan kelemahan-kelemahan yang boleh membuka ruang dan peluang perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa diperbaiki.

PESURUHJAYA DATUK MUSTAFAR ALI
PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
20 Februari 2014


HOT! Akhirnya Pusat Tahfiz Amal di Arahkan TUTUP!

Posted: 19 Feb 2014 10:05 PM PST

notis penutupan

Alhamdulillah, akhirnya Pusat Tahfiz Amal di KM 17, Jalan Yan, Kuala Kedah, Kedah, yang selama ini menganiaya kanak-kanak di bawah jagaannya untuk menjadi peminta sedekah dan mengutip derma. Tambah menyakitkan hati, apabila beberapa laman web termasuk Facebook mendedahkan beberapa keping gambar individu yang didakwa sebagai pengetuanya yang dikenali sebagai Azhar Wahab, sedang berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan para pelajar.

Notis penutupan seperti di atas telah ditandatangani Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah (JAIK), Datuk Noh Dahya yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988. Notis berkuatkuasa serta-merta itu dikeluarkan JAIK sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Januari 2007, selepas JAIK mendapati pusat berkenaan masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini mengesahkan pusat tahfiz tersebut bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat. - Blog CTS

Nak kenal dengan pengetua Tahfiz tu? Boleh tengok kat bawah ni,



Kanak-kanak tahfiz dijadikan peminta sedekah, jual barang dari pagi sampai ke malam. Tapi pengetua tahfiz rumah besar, kereta besar, bini muda ada 3 orang. Siap buat album sendiri, walaupun jual tak laku. Macam ni contoh pengetua Tahfiz ke?

McTheory:
Alhamdullilah..akhirnya tutup juga pusat tahfiz tu..

HOT! Kat Mana Teresa Kok Beli Cat dan Ayam ya? #DapRasis

Posted: 19 Feb 2014 06:08 PM PST


Sekali tengok pun Mc dah tau benda ni sendiri bikin la. Mana ada orang melayu ugut orang guna cat warna merah? Pernah tengok ka? Orang yang selalu pakai cat merah ni ialah AHLONG. Sebab tu, AHLONG selalu simbah rumah atau kereta orang yang berhutang dengan cat warna merah!

AHLONG ni selalunya gengster cina. Jarang la ada gengster melayu, kalau ada pun kuli batak yang dok cari makan tepi jalan saja.

Sebab tu bila Teresa kata pejabat dia kena simbah dengan cat merah, kononnya dia nak kena ugut atau amaran. Mc kata benda ni mengarut!

Daripada bukti dan keterangan dari Teresa kononnya benda ni satu perbuatan khianat? Betul ka khianat?

Kalau khianat, Teresa tolong jawab, persoalan dibawah ni,

1. Cat merah tersebut kelihatan seperti dituang kerana besi penghalang (pintu grill) sedikit pun tidak diterjejas.

2. Jika ia disimbah. Pasti ada kesan terpercik di dinding dan grill, bukan?

3. Kejadian ini belaku dikala beliau sendiri tahu ramai yang sedang marah pada beliau, adakah ini dalam proses mengambil peluang?

Nampak sangat waktu kejadian ini pintu (grill) tersebut terbuka lalu suspek "menuang" cat tersebut lalu pulang.

Ataupun suspek menuang cat itu dari dalam office sendiri. Betul tak?


P/s: Agak-agak, ahsooh ni beli ayam dan cat tu kat mana ya?



McTheory:
Ahsooh.. budak TADIKA pun susah mau percaya woo..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...