Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Gerakan Nallakarupan Untuk #Kajang Lagi laju Pada Barisan Nasional!! #PrkKajang

Posted: 12 Feb 2014 05:12 AM PST



Kita tahu sebelum ini Nallakarupan sahabat baik Anwar, malah merupakan salah seorang funder terbesar Anwar didalam dunia politik dia dulu. Kini segalanya sudah berubah, malah Nalla merupakan musuh paling ketat Anwar, disebabkan banyak rahsia HITAM yang pernah Anwar lakukan selama ini.

Beliau yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) berkata, hasratnya untuk menjadi calon di kawasan DUN tersebut kerana segala rahsia Ketua Umum PKR itu masih lagi berada dalam simpanannya.

"Saya adalah calon paling sesuai untuk lawan Anwar Ibrahim sebab semua rahsia hitam peribadi dia ada dalam poket saya.

"Saya ingin berkogsi cerita dengan pengundi Kajang mengenai perihal dan kelakuan Anwar Ibrahim yang sebenarnya dalam PRK nanti." katanya pada sidang media tempohari.

Malah Nalla juga sudah bersedia untuk meletakan jawatan sebagai senator, semata-mata untuk bertanding di Kajang.

"Saya bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Dun Kajang satu lawan satu dengan Anwar Ibrahim.

"Saya juga mencabar beliau untuk meletakkan jawatannya.

 Disebabkan itu, tersebar di alam maya poster-poster yang menyokong Nalla, dalam bentuk grafik yang agak menarik.


Bila baca apa yang ditulis.. rasa macam kelakar pun ada.. he he he




Anwar pun ada jaga jugak.. tapi dia jaga dalam bilik tarak kasi orang tengok punya.. ha ha ha..

Rasa-rasa, kalau benarlah Nalla masuk bertanding, apakah beliau akan menang. Atau beliau saja nak gertak Anwar supaya tak rasa senang nak menang.

Nalla dah ready nak cabar Anwar. BN pulak macam mana? Masih memikirkan nak bertanding atau tidak, atau masih tak dapat calon untuk dibawa kedepan?

McTheory:
Kenapa la BN selalu terkebelakang dalam segala pergerakan politik?

HOT! Mak Lampir Zuraida SABOTAJ Anwar Di #Kajang? #PrkKajang

Posted: 11 Feb 2014 11:12 PM PST


Mak Lampir Zuraida overconfiden! Inilah orang panggil sokong yang membawa rebah!

KALAU saya merupakan pengundi Kajang, saya akan merosakan kertas undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ini sebagai tindak balas terhadap kenyataan Zuraida Kamaruddin dari sayap wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya mahu membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh lebih 10,000 undi majoriti.

Lee Chin Cheh yang bertanding sebagai muka baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah memperoleh 19,571 undi dalam pertarungan enam penjuru, mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Lee Ban Seng dengan majoriti 6,824 undi.

Zuraida bagaimanapun berkata Anwar ialah pemimpin nombor satu dan menetapkan sasaran supaya undi majoritinya mencecah 10, 000.

Pandangannya adalah silap. Jangan lupa PRK Kajang adalah sesuatu yang disengajakan, ia menyusahkan rakyat demi menyelesaikan masalah parti.

Kajang merupakan kawasan campuran dengan hampir 40,000 pengundi di mana 48.5 peratus ialah Melayu, Cina (40.44 peratus), India (10.15 peratus) dan lain-lain (0.91 peratus).

Angin pembangkang bertiup kencang pada tahun lalu, kejayaan PKR mengekalkan kerusi ini bukan sesuatu di luar jangkaan.

Namun dalam PRK Kajang, walaupun Anwar nampak berada dalam kedudukan baik, tetapi beliau mungkin mengalami penurunan undi majoriti.

Andaikan Anwar mendapat sokongan Cina tetapi Melayu tidak menyokong, beliau tetap akan kecundang.

Walaupun PKR menang, tetapi tetap 'tiada muka' jika undi majoriti menurun. PRK Kajang turut menjejaskan hubungannya dengan rakan pakatan.

Jika Sultan Selangor tidak berkenan Anwar menjadi Menteri Besar, maka segala yang dilakukan menjadi sia-sia.

Dalam PRU-13, sebanyak 88.4 peratus pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab manakala undi rosak ialah 541 keping. Lazimnya, peratus keluar mengundi akan menurun semasa pilihan raya kecil.

Jika saya ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tetapi tidak dapat membuat pilihan antara Anwar dan MCA, maka saya akan membuang undi rosak. Jumlah undi rosak yang tinggi mungkin memberi amaran kepada calon.

Gabungan Bersih sendiri telah mempertikaikan PRK Kajang dan berpendapat Anwar harus memberi penjelasan kepada rakyat.

Kem Anwar tidak boleh terlalu angkuh dan keluarkan kenyataan untuk menang lebih 10,000 undi majoriti. Jentera mereka dari awal lagi sudah silap tafsir terhadap keadaan semasa.

Jika Zuraida tidak jelas dengan apa yang sedang berlaku, sila melayari laman web dan membaca pesanan yang ditinggalkan penyokong pembangkang.

Pesanan kepada calon bebas pula, tolonglah jangan datang mengacau. Empat calon bebas di Kajang telah kehilangan deposit dalam PRU-13, keadaan sama akan berlaku dalam pilihan raya kecil ~ MalaysiaGazette

10 ribu majoriti? Insyallah kami akan pastikan Anwar tewas dalam PRK Kajang. Andaikata Anwar menang sekalipun, kami akan pastikan Anwar akan menghadapi tentangan paling sengit, malah masa kiraan undi tu, Anwar akan gelisah umpama tak meliwat setahun!


McTheory:
Mak lampir ni riak.. orang riak dan takbur selalu KENA!

#HOT! Tawaran RM1500 Untuk Tampar Zahid Hamidi?

Posted: 11 Feb 2014 08:12 PM PST


Ganjaran sebanyak RM1,500 ditawarkan kepada individu yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan biadap itu tercetus apabila segelintir golongan tidak berpuashati dengan kenyataan Ahmad Zahid berhubung ancaman tampar kepada Ahli Parlimen Seputeh,Teresa Kok bukanlah suatu ancaman dan tiada keperluan untuk menjalankan siasatan polis mengenainya.


Perbualan itu bertambah rancak apabila laman 'We Fully Support PKR 's telah memuatnaik poster yang menawarkan ganjaran sebanyak RM1,500 kepada sesiapa yang dapat menampar Ahmad Zahid.

Salah satu komen yang ditulis di gambar tersebut ialah "why dont offer lontar tahi???".

Tawaran yang dilakukan terhadap Ahmad Zahid tercetus apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa tawaran untuk menampar Teresa bukan suatu ancaman dan tiada keperluan untuk menjalankan siasatan polis mengenainya.

"Mengapa kita perlu menyiasat? Jika dia telah ditampar, barulah kita boleh ambil tindakan," kata Ahmad Zahid.

"Menampar bukan satu ancaman. Jika mereka kata 'membunuhnya', maka ia akan menjadi satu ancaman. Isu tampar adalah antara beliau dan mereka (NGO yang menawarkan ganjaran itu)," katanya.

Sebelum ini, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Teresa dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.

Sementara itu, menerusi laman sosial twitter, tawaran menampar Ahmad Zahid memenuhi laman tersebut sehingga ada yang menawarkan seikat kangkung bagi tujuan sama.- Media Haria

HOT! Betui Ka Pas Tak Fitnah UMNO? #HanyaDiKedah

Posted: 11 Feb 2014 06:12 PM PST




Nama saja parti Islam tapi hidup dengan memfitnah orang..Itulah Pas mereka fitnah tapi tak mengaku bila dah kantoi..

Hari ini Ketua Pembangkang Amiruddin Hamzah nafi Pas memfitnah kerajaan BN Kedah dalam penganjuran Mahabattur Rasul Kedah Berselawat.

Katanya Pas tidak terlibat sabotaj program anjuran Yayasan Islam Kedah berkenaan..Tapi adakah Amiruddin tak ingat kenyataan media Adun Alor Mengkudu yang gila publisiti  mendakwa program berkenaan bermotifkan politik?


Cuba baca kenyataan Ahmad Yahaya dibawah

Adakah ini bukan fitnah? 

Sebelum Majlis berlangsung Pas menyebar gambar gambar majlis yang telah diedit semata mata untuk memfitnah DS Mukhriz.



Dan selepas majlis itu selesai, mereka sebar pula cerita Majlis berkenaan di ditaja syarikat judi..Sedangkan kakitangan YIK sendiri nafi syarikat judi terlibat..

Jadi kepada Pas, berani fitnah berani tanggung la.jangan nak nafi pulak

Diambil dari Medan Tempur
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...