House PK |
CILI KASI TARUK! KENAPA PAKATAN SUKA SANGAT NAK MENGKAFIRKAN TUN M? Posted: 27 Feb 2014 04:00 PM PST Kalau kita perhatikan di dalam Facebook, tuduhan bahawa Tun Dr. Mahathir sebagai seorang anti-hadis dan menyokong kuat Kassim Ahmad, memang sedang viral sekarang. Cakaplah apa pun dengan golongan yang memberikan gelaran tersebut, bentangkanlah hujah ilmu, mereka tetap kata Mahathir menolak hadis. Mahathir kafir. Mahathir taghut. Mahathir murtad dan sebagainya. Sampaikan Anwar Ibrahim yang sekarang ini giat berkempen di Kajang pun, dalam satu tazkirahnya di sebuah surau, dengan segera membelit fakta memandangkan kebanyakan yang melangut di hadapannya, kurang mengetahui sejarah Kassim Ahmad masuk UMNO dan latar belakang Kassim Ahmad sebagai bekas anggota Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim sampai ke mati pun, dalam keadaan sekarang, tidak akan mengaku bahawa yang terlibat membawa masuk Kassim Ahmad ke UMNO adalah DIA SENDIRI! Anwar juga tidak akan mengaku sampai tinggal tulang cenonggeng dalam lahad bahawa Kassim Ahmad menjadi sumber rujukan utamanya ketika dia menyerang PAS sewaktu masih lagi seorang pemimpin UMNO. Bahkan hujah-hujah Kassim Ahmad seringkali dipakai sehinggakan dia pernah menggelar Nik Aziz dan Hadi Awang sebagai ULAMA TEROMPAH. Mungkin para pengikut PAS boleh menyedapkan hati sendiri bahawa itu adalah Anwar ketika berada dalam UMNO. Anwar sekarang sudah berubah. Anwar sekarang sudah insaf dan Anwar sekarang sudah tahu tentang kebenaran. Hakikatnya, apabila tiga malam sudah, apabila Anwar cuba menafikan bahawa dia mengkagumi kemoderatan pemikiran Kassim Ahmad membabitkan Al-Hadis - walaupun Kassim Ahmad tidak menolak hadis-hadis sahih - Anwar bukan sahaja telah menunjukkan bahawa dia seorang pembohong, malahan kecenderungannya untuk berbohong juga sangat ketara. Berbeza pula dengan Tun Mahathir yang dikatakan seorang anti hadis. Tun Mahathir dalam tulisan terbarunya mengingatkan tentang kecelaruan dan ketidakmaksuman manusia. Malah secara tersirat, Tun Mahathir turut mengingatkan bahawa ada golongan yang dengan sengaja merekacipta hadis yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. bagi membolehkan mereka menjadi penghukum atau pemberi fatwa yang tidak boleh dipertikaikan. Tun Dr. Mahathir juga mengingatkan bahawa sesetengah orang tercari-cari hadis sehinggakan terpaksa menggunakan hadis daif dan maudhu' semata-mata untuk membuktikan yang mereka adalah benar, betul dan dapat menyokong hujah yang tidak boleh dipertikaikan. Pengajian hadis sebenarnya amat panjang. Sememangnya terdapat hadis-hadis yang melarang penulisan dan pembukuan hadis, tetapi memang ada hadis yang membenarkannya. Ia bertembung dan para ulama, bahkan para Sahabat r.a berselisih dalam hal ini. Para ulama merumuskan bahawa larangan penulisan hadis adalah kerana tiga perkara berikut: (1) Larangan terjadi pada awal pengembangan Islam kerana dikhuatirkan terjadi percampuran dan penggabungan antara hadis Nabi s.a.w dan ayat-ayat al Quran. Ketika keadaan sudah aman dan kondusif dan banyak pula para penghafal al Quran, Rasulullah s.a.w mengizinakn untuk menulis hadis dan larangan sebelumnya menjadi mansuh. (2) Larangan hanya khusus kepada penulis hadis bersamaan dengan al Quran dalam satu lembar atau shahifah kerana khuatir terjadi kemiripan atau persamaan. (3) Larangan hanya bagi orang yang diyakini mampu menghafalnya kerana dikhuatirkan akan bergantung kepada tulisan, sedangkan diperbolehkan penulisan hanya bagi orang yang diyakini tidak mampu dalam menghafalnya. Dan kalau kita perhatikan terutama trend sesetengah orang yang gemar menyalin dan kemudian menyebarkan maksud hadis masakini, walaupun atas niat yang baik, tetapi gagal melihat status hadis terbabit, apa yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir sebenarnya adalah tepat. Para Sahabat r.a seperti Syaidina Abu Bakar r.a merupakan orang yang paling berhati-hati dalam menerima hadis sepertimana yang ditunjukkan olehnya dalam kes pembahagian harta warisan. Manakala Syaidina Umar Al-Khattab r.a beristikharah selama sebulan bagi mendapatkan kepastian untuk pembukuan hadis Rasulullah s.a.w yang kemudiannya diputuskan agar ditahan terlebih dahulu kerana dibimbangi bercampur aduk dengan al Quran dan umat Islam melebihkan As-Sunnah berbanding al Quran. Kemudian ketika berlaku zaman fitnah pada era kekhalifahan Syaidina Ali r.a dan Syaidina Muawiyyah r.a sehingga menerbitkan seribu satu macam hadis, cucu Syaidina Umar Al-Khattab r.a iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz telah menulis surat kepada Abu Bakar Muhammad bin Amru bin Hazm, gabenor Makkah agar menulis hadis-hadis dari Amrah binti Abdulrahman dan al Qosim bin Muhammad bin Abu Bakar ekoran kekhuatiran akan hilangnya hadis kerana ingatan kuat yang menjadi kelebihan kaum Arab semakin melemah, malah tiada sebarang larangan pembukuan manakala al Quran telah pun dihafal oleh ribuan orang dan telah dikumpulkan dan dibukukan pada masa Khalifah Uthman Affan r.a sehingga dapat dibezakan dengan jelas antara al Quran dan hadis, serta kemunculan hadis-hadis palsu akibat perselisihan politik dan mazhab. Sikap berhati-hati dan kembali kepada al Quran sepertimana yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir sebenarnya merupakan sikap umat Islam yang cintakan ILMU. Kalau label anti-hadis boleh diberikan pada zaman salafus-soleh, adakah sebahagian besar daripada mereka merupakan anti-hadis kerana bermula dari zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a lagi, pembahasan tentang hadis sudah pun bermula? Bahkan sehingga Imam As-Syafie rahimahullah yang muncul 200 tahun sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w, perbahasan tentang hadis tetap giat sehinggakan Al-Muwatta susunan Imam Malik rahimahullah masih juga disaring, ditapis oleh ulama-ulama muktabar sehingga ilmu hadis berkembang dengan juzuk-juzuk yang lebih komplikated terhasil sehingga ke hari ini. Yang sebenarnya, sebahagian daripada kita kerana taksub dan bertaqlid membuta tuli dan apabila ada sekelumit takbur dan ujub pada diri serta pemimpin sendiri, seringkali menggagalkan kita daripada mencari kebenaran. Seharusnya nasihat dan penjelasan panjang lebar daripada Tun Dr. Mahathir membuka sedikit akal dan ilmu, bukannya terus menzulmatkan sanubari kita hanya semata-mata untuk kita mempertahankan ego serta berasa kita lebih pandai daripada orang lain. Cuma seperkara yang menarik, bagaimana seseorang yang menjalankan Rukun Islam dan Rukun Iman boleh dilabelkan sebagai anti-hadis sedangkan penjelasan dan perincian rukun-rukun tersebut hanya terdapat di dalam hadis? Melainkan kalau seseorang itu enggan bersolat dan kemudian menolak hadis bagi membenarkan keengkarannya bersolat.... BACA PENJELASAN TUN DR. MAHATHIR DI SINI House PK: Ini aku ceduk dari Flying Kick, Tun M dah jelaskan. Apa korang masih tak puashati? | ||
WOW! TAHNIAH ZAHID HAMIDI KERANA MENGANUGERAHKAN MALAYSIAKINI SEBAGAI BEST ONLINE MEDIA! Posted: 27 Feb 2014 02:03 PM PST
Malah kalau dilihat Malaysiakini ada cytro sendiri untuk membuat komen disetiap artikel yang mereka siarkan, samada artikel sendiri mahupun artikel yang diceduk dari Bernama. Hebat! Hebat Zahid Hamidi ni, tak kurang hebatnya juga adalah Jabatan Penerangan yang bertanggungjawab untuk menentukan kemenangan. Maaf ya bukan Shabery Chik tapi Jabatan Penerangan. Portal yang paling banyak burukkan Najib dan isteri ini juga menjadi pilhan pembaca kononnya. Kah kah kah. Jangan buat lawak la Pak Menteri oi. Hangpa buat survey kat mana? Kat tempat himpunann Pakatan ke? Atau saja suka-suka? Bukan nak tuduh cuma bertanya. Zahid juga pernah mengecam Malaysiakini sampai puak pembangkang serang dia macam-macam. Tapi itu dulu masa nak dipilih kan? Sudah menang senyap terus dan kasi Malaysiakini ANUGERAH lagi, mesti ANUGERAH TUHAN suka kan? Atau adakah itu semua satu sandiwara untuk menampakkan Zahid hero? Apakah Tipah Tertipu? Kepada pejuang cyber pro kerajaan. Korang nilaikan sendiri. Aku dah tak tau nak kata apa dah. Kadang-kadang aku rasa macam orang bodoh pun ada. Pak Menteri buat sesuka hati kan? Sekejap garang dan kata bukan amaran, sekejap lagi bagi anugerah! OMG Apa pun tahniah la Zahid Hamidi dan Jabatan PENERANGAN yang diketuai oleh Dato Ibrahim kerana membuatkan kita rasa macam orang bodoh je. Yang paling best sekali Menteri boleh iktiraf portal kuat fitnah ini sebagai portal terbaik! Ya Alllah selamatkan negara kita ni dari orang semacam ini... |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment