BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! #AZMINALI AKAN SAMAN #SUARAKEADILAN #SK BERNILAI RM2 JUTA ??? FUYOOOO !!!
- KANTOI !!! PENIPUAN #PORTAL #PEMBANGKANG SERTA PERLEKEH KAUM INDIA DIDEDAHKAN !!!
- BONGKAR !!! #MKPN GAGAL MENJALANKAN TUGAS YANG DIBERIKAN !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!
- #PRKKAJANG !!! ADAKAH PEMBERIAN #BR1M ITU HARAM ??? WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! SAMAN #RM2JUTA #HADIAWANG !!! PERMAINAN POLITIK #ANWARIBRAHIM DIDEDAHKAN !!!
- KANTOI !!! #SYABAS DI KAMBINGHITAMKAN OLEH #PEMBANGKANG ???
HOT NEWS !!! #AZMINALI AKAN SAMAN #SUARAKEADILAN #SK BERNILAI RM2 JUTA ??? FUYOOOO !!! Posted: 27 Feb 2014 07:00 AM PST Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan editorial akhbar Suara Keadilan menerbitkan artikel yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja ingin menjatuhkan maruahnya,Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang. Menurut sebuah portal pro-pembangkang,Azmin dikatakan menyaman akhbar yang merupakan lidah rasmi parti PKR itu sebanyak RM 2 juta,kerana menerbitkan artikel yang memalukannya.Namun usaha untuk mendapatkan pengesahan Azmin berhubung isu tersebut gagal,apabila dia tidak dapat dihubungi.Menurut sumber terdekat,ahli parlimen Gombak itu sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.Terdahulu,akhbar tersebut telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160,bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22.Pada tarikh yang sama,artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk 'Khalid dan Azmin' itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP. "Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin.Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri.Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan 'lanun Melayu' ke dalam badan politik PKR", dakwanya. Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan,disebabkan Azmin membawa DNA barah,dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar. "Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga.Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa begitu gian hendak jadi MB? Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana.Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat 'sabotaj'. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation" dakwa Hishamudin lagi. Di dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution Ismail berkata,jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya,Dr Muhammad Nur Manuty telah ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut. "Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini.Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya. Jelas Saiduddin,PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu. "Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat. Buat masa ini belum terima.Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan) hanya diberitahu melalui SMS," katanya lagi. Kesimpulannya sekiranya isu ini benar,tindakan Azmin ini mungkin sebagai reaksi terhadap cubaan beberapa individu di dalam parti yang cuba membunuh karier politiknya menjelang pemilihan parti itu yang bermula bermula 25 April ini. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! PENIPUAN #PORTAL #PEMBANGKANG SERTA PERLEKEH KAUM INDIA DIDEDAHKAN !!! Posted: 27 Feb 2014 04:00 AM PST Tindakan sebuah portal berita menyiarkan satu artikel berkenaan kisah sebuah keluarga kononnya warganegara Malaysia yang kesempitan hidup dilihat sebagai satu laporan palsu.Malah,artikel bertajuk 'Br1MLess' yang disiarkan di portal berita Rakyat Times pada 24 Februari ini dilihat sebagai satu percubaan untuk memperlekehkan masyarakat India di Malaysia.Menerusi tinjauan di lokasi kejadian,ianya terbukti bahawa keluarga ini bukan merupakan warganegara Malaysia akan tetapi menetap di Sri Lanka.Laporan portal pro pembangkang ini juga mendakwa terdapat sebuah keluarga yang tinggal di kawasan setinggan sekitar Jalan Air Panas dekat Setapak terpinggir dari menikmati kemudahan itu berikutan tiada kad pengenalan diri yang sah DAN UNTUK SELANJUTNYA LIHAT VIDEO DI BAWAH APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! #MKPN GAGAL MENJALANKAN TUGAS YANG DIBERIKAN !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 27 Feb 2014 12:30 AM PST Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (MKPN) yang dipertanggungjawabkan untuk mencari pendekatan terbaik bagi menyatupadukan rakyat Malaysia nampaknya telah menjadi platform untuk menyebarkan fahaman liberal di negara ini.Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap dan pandangan MKPN seringkali berat sebelah dalam menangani isu-isu berbangkit yang melibatkan kaum dan agama.Pendirian songsang MKPN paling jelas terbukti dalam Dialog Perpaduan,yang diadakan pada 22 Februari 2014,di DBP Kuala Lumpur yang mana YB Tan Sri Joseph Kurup,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan agar kategori 'bangsa' dihapuskan dalam borang-borang rasmi.Antara yang dibangkitkan oleh para peserta yang rata-ratanya dari ASLI,COMANGO,KRYSS,KOMAS,Jemaat Ahmadiyah Sabah,QADIANI yang mana sebahagiannya turut menganggotai COMANGO,ialah berkenaan penerimaan terhadap golongan songsang,menolak hak mana-mana kaum untuk mengaku sebagai penduduk asal, hak untuk murtad dan juga saranan untuk mengiktiraf ajaran Syiah. Secara dasarnya,saranan-saranan yang dikemukakan membawa kepada mesej : "UMNO membawa politik perkauman" dan "PERKASA adalah rasis dan ekstremis." Pelik sekali,kerana kedua pihak inilah yang sering menyeru perpaduan melalui sistem satu sekolah untuk semua manakala pihak penentang merekalah yang sering mendesak ke arah perpecahan total melalui sistem pendidikan.Tahap pemikiran MKPN sebenarnya tiada beza dengan dengan ustaz dan pak lebai PAS yang jumud.Jika pak lebai PAS gemar memperlekeh orang yang tidak sependapat dengan mereka sebagai kafir,sesat dan jahil,maka MKPN pula gemar menuduh orang yang tidak sependapat dengan mereka sebagai kolot, bodoh dan rasis.Sikap MKPN yang bongkak dengan pemikiran yang sempit dan sehala serta suka menghukum, mengherdik dan menghina orang yang bertentangan pendapat dengan mereka,tidak langsung membantu kerajaan untuk menyatupadukan rakyat.Sikap berat sebelah MKPN pula memperlihatkan unsur-unsur 'anti-Melayu-Islam' serta mengesahkan pendirian liberalis para penerajunya. Amatlah malang jika kerajaan melihat suara MKPN sebagai suara rakyat Malaysia kerana majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai pandangan dan pendirian yang sama dengan MKPN.MKPN hanya mewakili segelintir kecil kumpulan yang sempit pandangan serta tidak mampu menghargai atau memahami intipati budaya dan agama satu-satu bangsa.Tanpa kesedaran intelek mengenai budaya dan agama, maka MKPN sebenarnya tidak layak ditugaskan untuk menyatupadukan rakyat.Perlu diingatkan bahawa perpaduan rakyat perlu berlandaskan identiti atau jati-diri yang kuat supaya masyarakat mampu berjalan di atas landasan yang sama, untuk menuju ke destinasi yang sama. Rancangan Rekonsiliasi Nasional yang diumumkan Perdana Menteri semalam, menjauhkan lagi MKPN dari imej, impian mahupun realiti Malaysia dan rakyatnya.Dalam pengumumannya mengenai rancangan ini,Perdana Menteri menyeru rakyat agar kembali kepada sikap hormat-menghormati dan tolak-ansur.Memetik kata-kata beliau, "Datuk nenek kita memahami semua ini dan mengamalkan budaya ini selama berdekad- dekad,namun kita pula nampaknya semakin melupakannya hari ini". Justeru,saya ingin bertanya MKPN,apakah pihak MKPN mampu mengambil pendekatan tolak ansur melalui hak bumiputera ditukar dengan hak untuk sekolah vernakular ??? Mampukah pihak MKPN menyeru semua pihak menghormati agama dan budaya orang-orang Melayu ??? Mahukah MKPN membawa semangat datuk nenek moyang kita yang berpegang kuat kepada formula yang digarap dalam Kontrak Sosial ??? Mahukah MKPN menerima hakikat dan fakta mengenai penduduk asal serta proses asimilasi pendatang di sesebuah negara ??? Kenapakah Malaysia tidak boleh membentuk identiti sendiri tanpa meniru dan menciplak acuan dan cara hidup barat ??? Dan,mampukah MKPN berfikir secara mendalam mengenai perkara yang 'berat' dan ilmiah serta melepasi sempadan fizikal dan material iaitu budaya,sejarah,agama dan proses pembentukan jati diri dalam pembinaan bangsa dan negara ??? saay pasti,MKPN tidak mampu berfikir sejauh itu kerana bagi para peneraju MKPN,'barat' adalah tempat yang paling jauh dan paling tinggi serta paling hebat yang wujud dalam dunia ini. Oleh itu,segala ilmu adalah terhenti di barat,iaitu titik maksima bagi akal mereka. Justeru,inilah ditegaskan bahawa MKPN telah gagal dalam memahami tugas, jauh sekali menjalankan tugasnya untuk menyatupadukan rakyat.Malah terbukti kini,MKPN bertindak sebagai sebahagian dari agen yang mengasak rakyat untuk bersikap biadap dan prejudis sesama sendiri.MKPN tidak akan mampu membawa rakyat ke mana-mana dengan asyik memaksa dan cuba 'menyeret' rakyat agar mengikut gaya dan cara hidup dan pemikiran segelintir liberalis.Sebagai penyokong demokrasi tegar, MKPN seharusnya tahu bahawa majoriti yang menentukan hala tuju sesebuah negara demokrasi, bukan minoriti, dan tentu sekali bukan segelintir manusia dari kaum Luth A.S.Jika MKPN ingin terus membawa sikap dan pendekatan yang sama,maka adalah lebih baik ia dibubarkan saja.Biarkan para penerajunya bergerak atas platform NGO pejuang liberalis dan penentang Islam/Melayu secara nyata. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#PRKKAJANG !!! ADAKAH PEMBERIAN #BR1M ITU HARAM ??? WAJIB BACA !!! Posted: 26 Feb 2014 09:00 PM PST Kempen awal yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim di Kajang menunjukkan pembangkang menjangkakan pertembungan sengit dengan Barisan Nasional.Kerusi Dewan Negeri Undangan Kajang sudah berada dalan genggaman pembangkang masuk penggal kedua tetapi mereka masih khuatir akan kekuatan di kawasan itu.Sepatutnya Anwar dan pembangkang merasa selesa kerana negeri sudah mereka tawan bagi penggal kedua pula dan sokongan terhadap beliau juga nampaknya tidak menjadi masalah terutama di kalangan pengundi Cina.Tetapi mengapa Anwar masih mengalabah lalu cepat-cepat turun ke padang untuk menemui pengundi dan penyokong sejurus beliau mengumumkan dirinya menjadi calon di Kajang.Satu kemungkinan boleh disebabkan kemampuan kerajaan pusat mengurus ekonomi dan pembangunan negara baik. Ini menyukarkan Anwar dan jentera pilihan raya pembangkang untuk meyakinkan rakyat terhadap apa yang telah disumbangkan oleh PKR,Pas dan Dap di Selangor.Sepanjang dua penggal ketiga-tiga parti itu memerintah Selangor,ekonomi negeri itu tidak menyerlah sepertimana berlaku di bawah pentadbiran BN satu masa dahulu. Tidak ada pengumuman program ekonomi besar yang diumumkan malah tidak ada berita mengenai pelaburan asing yang besar di Selangor.Semuanya berjalan atas kejayaan yang dicetus dan dibawa oleh BN selama lebih 50 tahun. Contoh terbaik yang menunjukkan kegagalan kerajaan negeri PKR-Pas-Dap ialah sikap anti kerajaan pusat sehingga membawa kepada kesengsaraan rakyat dalam isu air.dari 2009 kerajaan pusat sudah memberi amaran bahawa negeri itu akan mengalami krisis air yang kronik jika kerajaan negeri tidak memberi kelulusan berhubung projek Air Selangor 2.Malangnya pembangkang melihat isu air sebagai satu isu baik untuk dipolitikkan.Untuk menunjukkan kuasa mereka menteri besar Khalid Ibrahim bersikap angkuh menolak kerjasama dengan kerajaan pusat dan akhirnya jutaan rakyat negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terpaksa menanggung sengsara kekurangan bekalan air.Keadaan musim panas dan kering telah menyebabkan paras air di beberapa empangan di Selangor sudah mencapai tahap kritikal dan kemungkinan besar catusan air akan dikenakan. Jika kerajaan negeri lebih bersikap terbuka dan pro-rakyat sebagaimana yang mereka laungan sudah tentu krisis ini boleh dielakkan dengan persediaan awal.Satu lagi faktor yang ditakutkan oleh Anwar ialah kejayaan perdana menteri datuk Seri Najib Tun Razak meringankan beban hidup rakyat. Lebih tujuh juta rakyat berpendapatan rendah kini dalam proses menerima pemberian wang tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemberian BR1M selama ini diterima baik oleh rakyat yang mana Malaysia satu-satu negara di dunia yang mewujudkan program ini untuk rakyatnya.Negara kaya seperti Amerika Syarikat,Cina dan Eropah tidak mampu untuk menyaingi apa yang dilakukan oleh negara ini.Tambah pula agihan dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tertinggi dalam sejarah sebanyak 6.35 peratus membuktikan ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul dan mantap. Ia berlaku selepas PRU13 dan ini satu lagi bukti bahawa kerajaan tidak bermain politik memperjudikan nasib dan kebajikan rakyat.BR1M dan kadar dividen KWSP paling tinggi membuktikan dasar fiskal kerajaan untuk adalah antara terbaik di dalam dunia. Ketika kuasa ekonomi gergasi AS dan Eropah bergelut menyelamatkan ekonomo masing-masing, Malaysia terlindung daripada mala petaka krisis ekonomi dunia disebabkan kepimpinan negara yang cekap dan professional.Sekiranya perdana menteri dan anggota kabinet tidak mampu mengemudi bahtera ekonomi negara dalam keadaan lautan ekonomi dunia yang bergelombang,nescaya ia akan tenggelam dan hanyut ditelan badai dan taufan.Tetapi semua ini tidak berlaku menunjukkan negara berada dalam tangan yang cekap dan diyakini.yang malangnya,ada juga yang tertipu dengan dakyah pembangkang mengatakan BR1M itu haram macam dedak ayam dan sebagai nya.kenapa pulak BR1M haram dan tak boleh diambil ??? kalau macam tu apa kata pergi ke stesyen minyak dan minta harga minyak tu tambah 68 sen,bukan RM2.10.anda juga kata kerajaan rasuah dan macam-macam lagi kan wahai puak pembangkang.ada berani buat macam tu ??? buat juga perkara yang sama kepada semua barangan keperluan yang ada subsidi tu dan minta harga penuh !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! SAMAN #RM2JUTA #HADIAWANG !!! PERMAINAN POLITIK #ANWARIBRAHIM DIDEDAHKAN !!! Posted: 26 Feb 2014 06:00 PM PST Ramai di kalangan penyokong dan ahli Pas,jelas terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Presiden Pas,Abdul Hadi Awang agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh bekas calon PKR,Dun Bukit Besi,Mohd Shamsul Mat Amin.Namun apa yang paling memeranjatkan apabila,Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim langsung tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut.Mungkin kerana takut kehilangan sokongan khususnya dari kalangan ahli dan pengundi Pas,Anwar cuba mengambil pendekatan lepas tangan.Persoalannya apakah ini yang dinamakan sebagai permuafakatan di dalam pakatan rakyat (PR) ??? Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang,Alor Limbat di Marang,Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang,kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.Dia dipetik berkata,parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.Ekoran kenyataan tersebut Shamsul yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman terhadap Hadi yang di dakwa telah memfitnahnya.Dia yang masih merupakan ahli PKR mendakwa tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya yang sebelum ini dikaitkan dengan penjualan pil kuda. Apa yang menghairankan ialah,Anwar selaku Ketua Umum,PKR merangkap Ketua Pembangkang yang mewakili semua parti gabungan di dalam PR,langsung tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.Memandangkan dia akan bertanding di kerusi Dun Kajang,Anwar mungkin cuba bermain 'politik selamat' untuk tidak campur tangan di dalam kemelut yang sedang melanda itu bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan ahli dan penyokong Pas.Ini kerana sekiranya dia mengambil pendekatan menyokong Hadi,sudah pasti ia akan mendatangkan kemarahan di kalangan penyokong dan ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Presiden Pas itu.Tambahan pula sokongan Anwar (sekiranya ada),secara tidak langsung akan dilihat sebagai mengiakan semua tuduhan Hadi itu.Dari sudut Pas pula,keengganan Anwar menyokong Hadi jelas membuktikan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu yang hanya mementingkan diri sendiri. Jadi benarlah tanggapan yang mengatakan Hadi dan Pas hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan demi memastikan kelangsungan politik peribadi Anwar. Kesimpulannya,ahli dan penyokong Pas seharusnya sedar dan jujur membuat penilaian sendiri.Apakah perjuangan Pas di dalam pakatan rakyat untuk kepentingan rakyat atau perjuangan untuk Anwar ??? Sokongan berterusan yang diberikan kepada Anwar di Kajang,hanya akan membuktikan bahawa Pas sememangnya parti picisan yang hanya dijadikan alat untuk kepentingan Anwar dan DAP.Walaupun Hadi dan parti itu dihina dan di perlekehkan,Pas TETAP menyokong PKR,DAP dan makhluk anugerah tuhan bernama Anwar Ibrahim. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! #SYABAS DI KAMBINGHITAMKAN OLEH #PEMBANGKANG ??? Posted: 26 Feb 2014 04:00 PM PST Masalah air di Selangor telah pun dijangka seawal sekurang-kurangnya 4 tahun dahulu.Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar telah pun memberi amaran bahawa masalah air akan meruncing menjelang 2014 sekiranya tiada langkah awal dilakukan untuk menanganinya.Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab,kerajaan pusat telah pun merangka projek bagi menyalurkan air dari Pahang ke Selangor melalui Projek Loji Langat 2 yang kemudiannya ditentang hebat oleh kerajaan PR Selangor.Kerajaan PR menafikan yang Selangor bakal menghadapi masalah air dan turut mendabik dada kononnya mampu membawa masuk teknologi yang jauh lebih baik untuk merawat air berbanding cara konvensional oleh Loji Langat 2.Di sebalik penafian PR, masalah air terus berlaku sejak beberapa tahun lepas dan semakin kronik pada tahun ini selaras dengan jangkaan pakar.Apa yang dikesalkan ialah kerajaan Selangor enggan bertanggungjawab dan mengakui kesalahan. Mereka sebaliknya menuding jari ke serata arah bagi mengelak kebodohan mereka dikesan oleh rakyat.Justeru,setiap kali krisis air berlaku,akan adalah pihak yang menuduhnya sebagai sabotaj oleh UMNO.Selain UMNO,PR juga menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai tidak cekap menjalankan tugas.Mereka juga turut menuduh Syabas sebagai kroni UMNO bagi menjustifikasi tuduhan sabotaj tadi.saya dapat mengesan bahawa strategi menyalahkan UMNO dan Syabas ini telah dimulakan seawal tahun lepas iaitu kemungkinan besar apabila kerajaan negeri mula menyedari yang kedegilan mereka telah memakan diri.Kenyataan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor,Ronnie Liu Tian Khiew pada 8 Januari 2013 ketika melawat ke kawasan terjejas memperlihatkan bagaimana liciknya kerajaan negeri cuba menyalahkan Syabas. Menurut Ronnie Liu,"Bekalan air di Selangor dijangka mencukupi sehingga 2016 sekiranya rumah pam tidak mengalami masalah kerosakan sekiranya 23 loji atau rumah pam yang ada di seluruh negara dalam berkeadaan baik." Ronnie Liu kemudiannya menyalahkan Syabas kerana gagal menyelenggara loji dengan baik. Kenyataan Ronnie Liu sebenarnya membuktikan yang kerajaan negeri telah gagal membuat persediaan ke atas kemungkinan yang tidak dijangka, tetapi menyalahkan pihak Syabas yang telah berkali-kali mengingatkan tentang keadaan loji yang lama dan perlu menampung penambahan drastik pengguna setiap tahun. Hari ini, strategi meletakkan kesalahan ke atas bahu Syabas ini giat dijalankan oleh Malaysiakini dan beberapa media pro-PR.Pihak PR sedaya upaya cuba menggambarkan bahawa Syabas telah gagal mengemukakan perancangan kecemasan dan gagal bertindak dengan cekap dalam menguruskan pengedaran bekalan air.Pendek kata,semuanya salah Syabas.Komen-komen para pembaca setia Malaysiakini pula menuduh Syabas sebagai kroni UMNO dan sengaja mengsabotaj penghantaran air kepada rakyat sepertimana 'skrip' asal tadi.Namun,majoriti rakyat tidaklah sebodoh penyokong PR. Dari kesungguhan Meloyakini memainkan isu menyalahkan Syabas secara konsisten,ramai yang mampu melihat bahawa kerajaan PR Selangor kini berada dalam keadaan buntu dan mungkin juga panik.Mereka jelas telah ketandusan alasan untuk membela diri apabila krisis air benar-benar berlaku.Apatah lagi dalam keadaan di mana PRK Kajang pula akan diadakan dalam masa terdekat, tentulah lebih sukar lagi bagi PR untuk berhadapan dengan rakyat.Justeru,strategi yang tinggal hanyalah untuk menuding jari kepada orang lain secara agresif.adalah difahamkan bahawa Syabas langsung tidak dijemput oleh kerajaan negeri ke mesyuarat berkenaan masalah air di Selangor. Tetapi, sebaik sahaja selesai mesyuarat, PR membuat kenyataan media dengan menyalahkan Syabas sepenuhnya.Jika ini benar,maka ia merupakan satu taktik kotor dan amat tidak bertanggungjawab oleh pihak kerajaan negeri.Setakat ini,Syabas telah membuat kenyataan media bagi membela diri dari terus difitnah oleh kerajaan negeri. Kenyataan Syabas pada 25 Februari 2014 adalah seperti berikut : "Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin merujuk kepada kenyataan Pengarah Strategi PKR dan Ahli Parlimen Pandan Y.B Rafizi Ramli baru-baru ini berkaitan dengan penutupan loji rawatan air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi semenjak 28 Januari 2014 akibat pencemaran ammonia di sumber air mentah Sungai Langat. Pihak SYABAS ingin menegaskan bahawa kenyataan Y.B. Rafizi Ramli adalah tidak tepat dan tidak berasas.Tugas memastikan tiada pencemaran pada sungai dan empangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.Justeru itu,pihak SYABAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Y.B. Rafizi Ramli kerana telah menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang tidak benar sama sekali". Dari kenyataan media Syabas,tidak hairanlah kenapa krisis air begitu meruncing.Rupa-rupanya kerajaan negeri langsung tidak tahu bidang tanggungjawab mereka dalam urusan bekalan air.Inilah akibatnya jika bersikap bodoh-sombong tetapi teringin menjadi kerajaan.Malang sekali bagi rakyat Selangor kerana memilih parti yang tidak tahu bidang tugas kerajaan negeri,enggan memikul apa-apa tanggungjawab dan penipu pula.Mungkinkah krisis ini akan membuat rakyat Selangor merasa serik dengan PR ??? Atau apakah mereka lebih rela berhadapan dengan masalah air yang kronik asalkan tidak 'mengkayakan kroni UMNO' - kononnya ??? INI SEMUA SALAH UMNO !!! STATEMENT PALING BODOH DI DUNIA !!! ITU YANG BOLEH SAYA SIMPULKAN !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment