BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#PRKKAJANG !!! #ANWARIBRAHIM TERDESAK NAK SANGAT UNDI CINA !!!

Posted: 23 Feb 2014 07:00 AM PST


apa makna perkataan diatas ??? anda nampak tak terdesak nya anwar ibrahim kononnya tak nak lawan MCA ??? nampak sangat terdesak nak undi cina untuk pilih anwar sebagai ADUN Kajang kalau anwar menang.anda tak pelik kerrr ??? dari permatang pauh lepas tu gi kajang !!! takk kerr jauh.dah tak ada lagi kerr orang kajang yang diharapkan sebagai calon ??? saya sambung balik cerita di atas.Anwar dalam ceramahnya di Kajang mengatakan bahawa anwar tidak berlawan dengan MCA tetapi berlawan dengan UMNO kononnya pemimpin UMNO memiskinkan rakyat.Agaknya Anwar lupa atau sengaja buat buat lupa yang dia dulu pun pernah menjadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Barisan Nasional dulu. 

Kenyataannya disini ialah,Anwar akan menggunakan segala kaedah untuk memenangi hati pengundi cina dan oleh itu,pelbagai tohmahan dikeluarkan.Seperti semalam dan hari ini,seluruh rakyat Malaysia heboh memperkatakan tentang pemberian BR1M yang dimasukkan kedalam akaun penerima.cuba anda lihat di laman sosial seperti facebook.anda akan nampak semuanya

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #HISHAMUDDINRAIS MEMBELASAH #AZMINALI KAW-KAW !!!

Posted: 23 Feb 2014 04:00 AM PST


Ramai yang agak sinikal dengan dakwaan berhubung kemelut dalaman antara Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim.Para penyokong parti itu sebelum ini menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'perang saraf' UMNO yang sengaja dilakukan.Namun bagi penyokong Azmin dan Khalid,perkara itu bukan lagi isu rahsia,kerana ada di kalangan mereka sendiri yang turut memainkan peranan untuk menyerang dan londeh-melondeh antara satu sama lain.Terdahulu,akhbar Suara Keadilan yang merupakan lidah rasmi kepada parti itu telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka.Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160,bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22.Pada tarikh yang sama,artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.jangan ingat saya tak nampak semua ini wahai puak pembangkang.walaupun pembangkang mengatakan semua ini strategi dan perang saraf UMNO untuk menjatuhkan khalid ibrahim,tapi sebaliknya ini yang berlaku.saya sambung balik pasal hishamudin.Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk 'Khalid dan Azmin' itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.

"Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin.Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri.Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA United Malays National Organisation.Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan 'lanun Melayu' ke dalam badan politik PKR", dakwanya. 

Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan,disebabkan Azmin membawa DNA barah,dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar.   

"Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga.Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia,mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa begitu gian hendak jadi MB? Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13,Si Azmin Ali ini baling sepana.Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat 'sabotaj'.Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation" dakwa Hishamudin lagi.   

Disebabkan artikel tersebut disiarkan dalam akbar terbitan Suara Keadilan,para penyokong PKR khusus 'orang-orang' Azmin mula bising dan mempertikaikan tindakan tersebut.Sehinggakan ada yang mendakwa ia adalah merupakan permainan politik murahan dan kotor serta sebahagian dari usaha Anwar dan Wan Azizah untuk 'membunuh' karier politik Azmin.Mungkin bagi mengelakkan serangan balas dari kumpulan Azmin yang mungkin akan melakukan sabotaj terhadap Anwar di pilihan raya kecil Kajang,Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil segera membuat kenyataan bagi menafikan dakwaan tersebut.Menurutnya PKR tidak terlibat dalam penyiaran artikel tersebut dan keputusan untuk menyiarkannya di dalam akhbar rasmi parti adalah merupakan keputusan pihak editorial Suara Keadilan.Namun,Fahmi mengakui isu tersebut ada dibincangkan kerana wujudnya bantahan daripada beberapa pemimpin yang dikaitkan nama dalam artikel tersebut.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! KANTOI !!! SAM KETOT SAHKAN #ANWARIBRAHIM JADI MENTERI BESAR KALAU MENANG !!!

Posted: 23 Feb 2014 12:30 AM PST


tu dia !!! sam ketot sah kan anwar ibrahim jadi menteri besar selangor kalau menang PRK Kajang.sebelum ini anwar ibrahim tak mengaku,sekarang sam ketot pulak buka pekong anwar ibrahim.malas nak ulas panjang-panjang.bukti video pun dah ada.jom lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKKAJANG !!! ISU AIR !!! KONSPIRASI JATUHKAN #KHALIDIBRAHIM DIDEDAHKAN !!!

Posted: 22 Feb 2014 09:00 PM PST


Isu air di Selangor semakin meruncing sepertimana amaran pakar beberapa tahun sebelum ini.Ia berpunca dari kedegilan kerajaan PR Selangor untuk menerima penyelesaian melalui Loji Rawatan Langat 2 mengikut tempoh perancangan asal kerajaan pusat.Projek yang melibatkan negeri Selangor-Pahang itu dilaporkan selesai lebih 80%,namun,kerja-kerja di Langat 2 yang sepatutnya siap pada 2014 belum pun bermula lagi disebabkan permainan politik PR.Setakat Januari 2014,kedua-dua syarikat,Puncak Niaga dan Kumpulan Peransang telah bersetuju secara dasarnya untuk menerima tawaran KDEB untuk mengambil alih aset air mereka.Manakala,Gamuda Bhd, yang merupakan pemegang konsesi lain yang terlibat dalam isu ini tidak dapat membuat keputusan terhadap tawaran sebelumnya oleh KDEB sementara menunggu beberapa isu yang telah dibangkitkan pada 4 Disember lalu.   

Tawaran pengambilalihan bernilai RM9.65 bilion itu dibentangkan oleh kerajaan negeri kepada syarikat konsesi pada 21 November 2013 adalah hampir sama dengan yang telah ditolak sebelum ini.  Sekali gus memperlihatkan bahawa segala penangguhan dalam isu ini adalah sia-sia belaka.Dalam keadaan di mana rakyat begitu tertekan dengan masalah ketiadaan air, pemimpin PR di negeri ini masih terus berpolitik.Malah,terdengar cakap-cakap di kedai kopi bahawa krisis air ini turut dijadikan 'modal' politik dalam perebutan jawatan Menteri Besar di antara pemimpin PR.Dalam hal ini,maka Khalid Ibrahim pastinya menjadi sasaran paling tepat untuk dipersalahkan.Apatah lagi dengan kenyataan-kenyataan Khalid mengenai isu air sebelum ini telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang perlu bertanggungjawab 100%.Antaranya ialah laporan oleh Malaysia Chronicle pada  11 September 2013 di mana beliau berjanji bahawa, "penyusunan industri air di negeri ini yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun akan diselesaikan sebelum 31 Disember ini."   

Malaysian Insider pada 10 Disember 2013 juga melaporkan seperti berikut : "Walaupun syarikat konsesi air di Selangor menolak tawaran RM9.65 billion daripada kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan ia diambil alih,Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim tetap optimis untuk melaksanakannya. Khalid berkata, beliau yakin penstrukturan semula industri air di Selangor akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat". 

Namun,apa yang berlaku ialah ia masih lagi belum selesai dan rakyat semakin tertekan sedangkan pemimpin-pemimpin PR negeri terus bertelagah sesama sendiri.  Lebih malang lagi apabila seluruh tumpuan pemimpin Selangor kini diarahkan kepada PRK Kajang dan tiada siapa pun nampaknya yang prihatin dengan nasib rakyat Selangor dalam menghadapi krisis air.Dalam pertelagahan ini,yang menjadi taruhan tentulah jawatan Khalid Ibrahim.Seperti yang kita tahu,Anwar Ibrahim adalah antara salah seorang pemimpin PR yang sedang 'bersedia' untuk mengambil alih jawatan MB dari Khalid Ibrahim.Justeru,adalah tidak mustahil bahawa di sebalik masalah 'teknikal' berikutan kedegilan kerajaan PR.Selangor mengenai isu air,terdapat juga masalah 'politikal' yang menambahkan lagi kekusutan.Desas-desus kedengaran bahawa terdapat sabotaj di kalangan PR sendiri untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim melalui isu air iaitu dengan cara membuat agihan bantuan bekalan secara terpilih sekadar untuk menaikkan kemarahan rakyat.    

Semakin rakyat tertekan dengan masalah air,semakin beranglah mereka terhadap kerajaan negeri dan semakin mudahlah kerja pihak yang ingin menjatuhkan Menteri Besar.Dalam satu sessi dialog dengan Exco Selangor,YB Dr. Yaakob Sapari di kediaman MB Selangor pada 6 Ogos 2012, Anwar dengan yakin sekali menyatakan bahawa 'isu air boleh selesai' dan satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan meletakkan PR di Putrajaya dan 'keyakinan' Anwar itulah yang menghairankan kita.Krisis air adalah masalah kerajaan negeri dengan syarikat konsesi yang berpunca dari kedegilan pihak kerajaan negeri.Justeru,seorang Menteri Besar sahaja sepatutnya mampu menyelesaikannya tanpa perlu menjadi Perdana Menteri.Anwar pasti tahu perkara ini tetapi mungkin sengaja membiarkan krisis berlarutan kerana yang akan dipersalahkan bukan dirinya,tetapi Khalid Ibrahim.Jika teori ini benar,maka ini bermakna bahawa PRK Kajang bukan sahaja membazir tetapi merupakan pilihanraya yang benar-benar menganiaya rakyat demi keuntungan politik seorang individu iaitu Anwar Ibrahim.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...