BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC !!! TOLONG AMBIL TINDAKAN PAGE #FACEBOOK HINA ALLAH DAN ISLAM !!!

Posted: 21 Feb 2014 07:00 AM PST


kurang ajar !!! 1 lagi page Facebook telah dikenalpasti menghina Allah dan Agama Islam.kepada pihak yang berwajib seperti SKMM tolong ambil tindakan kepada page ini.saya malas nak sebut page ni.saya rasa berdosa sekiranya saya sebut nama page ni.lihat komen-komen di bawah.




APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #SATIRA #TERESAKOK BERJAYA RAIH SIMPATI RAKYAT MALAYSIA MELALUI #AYAM !!!

Posted: 21 Feb 2014 04:00 AM PST


Jawatan sebagai pemimpin atau wakil rakyat bukanlah untuk manusia yang tidak tahu adab dan  adat.Seorang  pemimpin atau wakil  rakyat  seharusnya mempunyai karisma  dan  pengetahuan  yang cukup serta pandai menyesuaikan diri mengikut tempat dan keadaan.Malangnya,hari ini kita melihat begitu ramai 'apek jual ikan' dan 'nyonya jual sayur' memegang jawatan sebagai wakil rakyat mahupun pemimpin negeri.Justeru,tidak hairanlah Malaysia kini menjadi berserabut dan riuh-rendah seperti pasar.Pada  Tahun  Baru  Cina  yang  lepas,tidak  cukup  dengan  kita  terpaksa  menahan  sabar  dengan  kebisingan  bunyi mercun  di  sana-sini,kita  juga  turut  diganggu  dengan  keriuhan  video 'satira'  nyonya  Teresa  Kok  yang  begitu  gembira  sekali  meraikan  Tahun  Baru  Cina  dengan  mengejek  orang. 

Sebagai respon kepada 'satira' Teresa Kok,ia disambut dengan 'satira penampar RM1,200 dan  menyembelih ayam' oleh orang-orang Melayu.Malangnya,Teresa  Kok  tidak  faham  'satira  demonstrasi bantahan' tersebut dan  menganggapnya sebagai ugutan 13 Mei.Dalam usaha membela diri,Teresa Kok menyatakan bahawa orang-orang Melayu telah tersalah  faham  maksudnya  kerana  orang-orang  Melayu  tidak  faham  bahasa  Mandarin.Nampaknya,Teresa  Kok  juga  tersalah  faham  satira  balas  orang-orang  Melayu  kerana  beliau  tidak  fasih  Bahasa  Melayu.Buktinya  adalah  surat  rasmi  dari  pejabat  Teresa  yang  pernah  memenuhi  internet  pada  tahun  2010  dahulu  akibat  Bahasa  Melayu  yang  lintang  pukang  seperti  bukan  rakyat Malaysia.  Walaupun  semuanya  hanya  'satira',namun  Teresa  Kok  ingin  memastikan  isu  ini  diperpanjangkan.Harapan  Teresa  Kok  ialah  keriuhan  isu  satira  ini  akan  membantu  menutup  pendedahan mengenai  penglibatannya  dalam  projek  RM1  billion  oleh Goldsino Investment  di  atas tanah Yayasan Selangor.Lagipun,Teresa  suka  dengan  publisiti  yang diperolehi di  mana beliau kini seolah-olah  menjadi 'hero' hanya kerana pandai mengejek orang Melayu.Bagi  memastikan  watak  'hero'nya  menjadi  lebih  dramatik,maka  Teresa  perlu  memasukkan  unsur-unsur samseng di dalam penceritaan.Dengan akal tahap nyonya jual sayur,Teresa tidak  mampu mencari idea lain untuk menjadikan dirinya lebih 'hero' melainkan mengikut skrip biasa  DAP, iaitu 'menerima ugutan'.  

Di  dalam  Malaysia  ini, parti  DAP lah  yang  paling  sering  menerima  ugutan.Apabila  saja  pemimpin  mereka  terdesak  dan  terperangkap  dalam  sesuatu  isu,maka  bersedialah  untuk  mendengar  berita  yang mereka menerima  ugutan.Selama  hayat  DAP,entah  berapa  kali  kita  mendengar  si  Karpal  Singh menerima  peluru.Hannah  Yeoh  juga  kononnya  pernah menerima  ugutan hanya kerana kes tidak sensitif terhadap ibu mengandung.Begitu juga dengan Teo Nie  Chin, walhal namanya pun hampir tidak dikenali di kalangan rakyat marhaen.Nampaknya,walaupun Anwar Ibrahim sering mewar-warkan yang nyawa beliau dalam bahaya  tetapi  Anwar  juga  tidak  menerima  ugutan  sepertimana  DAP.Hanya  DAP  sahaja  yang  sering  menjadi sasaran tukang ugut.  Di dalam Malaysia ini juga, parti yang sering dikaitkan dengan sikap suka mengugut atau lebih  tepat  'mengilas  tangan',ialah  DAP.Beberapa  pemimpin  dan  ahli  DAP  yang  bertindak  keluar  parti juga mengakui perkara ini.Pendek  kata,skrip  drama  ugut-mengugut  ini  adalah  skrip  asal  DAP.  Sikap  DAP  yang  gemar  membela  penjenayah  juga  membuktikan  yang  parti  itu  telah  biasa  dengan  taktik  ugut- mengugut.Apatah  lagi  dengan 'adegan'  simbah  cat  di  pejabat  Teresa  Kok.  Seperti  yang  kita  tahu,  menyimbah  cat  adalah  sinonim  dengan  taktik  para  'Along'  yang  mana  turut  dikaitkan  sebagai  rangkaian  DAP,berdasarkan  percambahan  aktiviti  gelap  sejak  PR  memerintah  Selangor.  

Justeru,apabila Teresa Kok atau Karpal Singh atau Teo Nie Ching atau Hannah Yeoh menjerit  kononnya menerima ugutan,rakyat melihatnya sebagai satu 'satira' sahaja.Nasihat saya kepada DAP,kalau pun terdesak sangat ingin mengulangi 13 Mei tetapi takut untuk  memulakannya,tak  perlulah  menggunakan  skrip  sitcom  ugut-mengugut  yang  sama  kerana  ia  tidak  kelakar  lagi. Sendiri  ugut,sendiri  takut,sendiri  buat,sendiri  tanggunglah.Tak  perlulah  bising-bising,menyalak macam anjing !!! 

Bagaimanapun,sekiranya benar pemimpin DAP itu semua telah diugut,maka mungkin mereka  perlu melihat kembali rangkaian penjenayah yang  telah dibela oleh peguam-peguam DAP dan  PKR selama ini.Mana tahu,kalau-kalau ada yang 'tersinggung' dengan mereka.Selain  itu,tidak  semestinya  ugutan  itu  bermotif  politik.Mana  tahu  kalau-kalau  projek  RM1  billion  Teresa  mempunyai  masalah  sehingga  menaikkan  kemarahan  orang-orang  tertentu.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SENARAI AHLI MAJLIS #MPSJ DIDEDAHKAN !!! PATUT LAH BANYAK #RUMAHURUT !!!

Posted: 21 Feb 2014 01:00 AM PST


terkantoi sudah,rupanya semua ahli majlis perbandaran subang jaya orang DAP dan PKR.mereka kata ada orang UMNO.betul kerr ??? kalau betul,mana orang UMNO tu ??? dedahkan lah !!! patutlah rumah urut berlambak di selangor.dulu zaman UMNO memerintah pun rumah urut tak sampai 300,itu pun kerajaan negeri ketika itu banyak memberanteras semua gejala rumah urut.selepas tahun 2008 sehingga kini ada 571 rumah urut di selangor.itu bukti nya rumah urut kian bertambah di selangor.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! FAKTA !!! DEPAN PENGANUT #KRISTIAN #ANWARIBRAHIM JADI SESUMPAH POLITIK !!!

Posted: 20 Feb 2014 11:42 PM PST


Anwar Ibrahim cuba menggambarkan diri beliau sebagai pemimpin yang diterima oleh pelbagai kaum dan agama di negara ini tetapi realiti adalah sebaliknya.Di hadapan hadirian beragama Kristian yang memenuhi dewan sebuah sebuah gereja di Kajang baru- baru ini,Anwar bernada lain ketika berdepan dengan pengundi Melayu.Di depan penganut Kristian,Anwar memetik beberapa ayat Al Qur'an mempertahankan dasar pakatan pembangkang yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katholik.Beliau juga menghafal beberapa ayat lagi untuk menunjukkan betapa Islam boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan agama-agama lain di negara lain.Dalam erta kata lain Anwar memainkan sentimen pluralisme untuk menarik golongan bukan Islam menyokongnya.Pelik juga di hadapan penganut Kristian beliau boleh menjual ayat-ayat Al Qur'an demi mendapat undi pada pilihan raya kecil Kajang kelak tetapi apabila Lim Kit Siang mempertikaikan ayat Al Qur'an yang di gunakan oleh Jakim untuk pengisian khutbah baru-baru,Anwar sedikit pun tidak membangkang atau membantah.

Mungkin bagi Anwar halal menjadikan ayat-ayat suci sebagai alat politik tetapi apabila pemimpin bukan Islam menghina Islam,dihalalkan juga supaya tidak mempertahan kan kesucian agama.Begitulah politik agama yang dimainkan oleh Anwar dan pembangkang. Pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang terutamanya Pas dan Anwar tidak segan silu keluar masuk gereja dan pusat-pusat agama lain kerana hendak mengambil hati demi peti undi.Mereka sanggup mengenepikan fatwa para ulama yang melarang perbuatan tersebut kecuali jika keadaan mendesak.Bagi Anwar dan pemimpin Pas cukup bagi 'ulama' mereka mengeluarkan fatwa menghalalkan segala tindakan mereka selagi ia boleh membawa undi. Itulah yang dilakukan oleh Anwar di gereja di Kajang tersebut.Beliau boleh mengutuk dan menghina bangsa sendiri di hadapan orang kafir kerana menganggap undi orang kafir tersebut lebih tinggi nikainya daripada perpaduan dengan saudara sebangsa dan seagama.Begitu juga yang beliau lakukan sebelum ini di hadapan khalayak penyokong pembangkang Cina dengan memperlecehkan kredibiliti pemimpin-pemimpin dari UMNO.Seolah-olah beliaulah manusia paling maksum dan suci daripada sebarang dosa.Mungkin mereka yang terpegun dengan retorik Anwar terlupa siapa beliau semasa berkuasa di dalam satu ketika dahulu.Anwarlah antara menteri kabinet paling korup dengan mengumpul dan mengalihkan harta dan wang tunai perpuluh bilion ringgit ke luar negara.

Kini di depan penganut Kristian beliau cuba menonjolkan imej kesengsaraan seperti mana yang pernah dilalui oleh Jesus.Ini semua adalah permainan politik sesumpah yang memang menjadi darah daging Anwar.Apa sahaja akan dikorbankan oleh Anwar untuk kepentingan politiknya - agama,bangsa malah negara sekali pun.Kajang adalah korban percintaan Anwar kerana memenuhi nafsu serakahnya untuk menduduki kerusi menteri besar setelah gagal menjadi perdana menteri.Setakat yang diketahui tidak ada perdana menteri atau menteri besar yang menjawat mana-mana jawatan tersebut pada usia lanjut 67 tahun.Tetapi berlainan bagi Anwar kerana beliau penuh dengan sikap keakuaan yang menjadi belenggu dirinya.Hanya kepentingan diri dan agenda politiknya sahaja yang diutamakan.yang lain seperti sahabat handai dalam perjuangan politik yang jatuh bangun bersamanya adalah 'expendable' atau boleh dikorbankan bila-bila masa sekira keadaan memerlukan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SIAPA #KASSIMAHMAD DIDEDAHKAN !!!

Posted: 20 Feb 2014 06:00 PM PST


Kassim Ahmad adalah antara personaliti yang paling kontroversi di Malaysia kerana pemikirannya yang berbeza dengan majoriti umat Islam di negara ini.Beliau dituduh sebagai jahil,sesat malah ada yang menganggap beliau kafir.Buku beliau iaitu 'Hadith : Satu Penilaian Semula' telah diharamkan oleh Majlis Fatwa pada tahun 1986.Nama Kassim Ahmad kembali diperkatakan sejurus selepas seminar 'Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Halatuju Negara Tiga Puluh Tahun Akan Datang' di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 16 Februari lalu.Kehadiran beliau di atas pentas yang begitu sinonim dengan Tun Mahathir,memberi impak yang begitu besar bagi masyarakat Melayu-Islam-Malaysia.Keterbukaan Tun Mahathir terhadap Kassim Ahmad dijadikan isu bagi menuduh beliau sebagai turut sesat.Dengan publisiti yang dibawa oleh nama Tun Mahathir dan Kassim Ahmad,maka berlumba-lumbalah orang ramai cuba membuktikan mereka yang lebih 'alim' dengan mengecam dan menghukum Kassim Ahmad.Pihak yang mewakili agama Islam juga pantas mengingatkan kita semua tentang bahaya Kassim Ahmad serta 'hukuman' yang datang bersamanya.Niat mereka tentulah murni sekali,iaitu untuk memastikan umat Islam tidak dipesongkan oleh Kassim Ahmad.  

Hakikat bahawa Tun Mahathir membuka peluang kepada Kassim Ahmad untuk berkongsi pemikirannya dengan orang ramai dan juga peluang kepada para ulama untuk mengecam beliau,menunjukkan yang Negarawan tersebut telah melihat kematangan di kalangan umat Islam.Tun Mahathir tidak mungkin akan bersetuju dengan program sebegini sekiranya beliau tidak percaya yang umat Islam di negara ini telah bersedia untuk berhadapan dengan asakan dari pihak yang berbeza pendapat dengan mereka.Bagi yang mengenali Tun Mahathir,kita cukup arif yang beliau amat tegas dalam perihal yang berkaitan akidah Islam.Beliau difahamkan pernah menghulurkan bantuan dalam bentuk misi khas sulit kepada warga Malaysia semata-mata untuk menyelamatkan akidah anak-anak individu yang terbabit.Kepercayaan Tun Mahathir bahawa umat Islam di Malaysia telah cukup matang untuk berhadapan dengan Kassim Ahmad,ternyata tidak meleset.Berikutan dari program tersebut,kita melihat begitu ramai anak muda yang cuba memahami dan mengupas hujah-hujah Kassim Ahmad dan juga 'hukuman' terhadapnya oleh para Ulama.  

Secara dasarnya,anak-anak muda yang mengikuti program itu menjadi lebih terbuka dan berani berfikir dengan lebih kritis tanpa dipengaruhi emosi.Oleh itu,saya melihat bahawa program sebegini mampu memecah kejumudan dan membina umat Islam yang lebih bijak dan relevan dalam arus kemodenan dunia.saya juga punya pendapat sendiri mengenai pemikiran Kassim Ahmad,tetapi pendapat saya tidak penting di sini kerana ia tidak semestinya benar,seperti juga yang diakui oleh Kassim Ahmad iaitu yang benar itu hanyalah Allah SWT.Justeru,selagi Kassim Ahmad menyembah Allah Yang Esa dan menerima Muhammad SAW sebagai Rasulullah walaupun enggan mengiktiraf ketinggian darjat Baginda dalam konsep iman,maka saya tiada hak untuk menilai keIslaman Kassim Ahmad,apatah lagi menghukum beliau.Apa yang pelik di sini ialah dalam umat Islam begitu takut dengan pandangan Kassim Ahmad yang menolak hadith,mereka tidak pula takut dengan pandangan ulama-ulama yang memesongkan ayat-ayat Al-Quran.Walhal,ayat yang ditolak masih boleh saja diambil semula dalam keadaan yang elok tetapi ayat yang telah dimanipulasi,dibelit dan diambil separuh-separuh akan merosakkan keseluruhan pemahaman.Perlu diingatkan bahawa Kassim Ahmad tidak pernah meletakkan diri beliau sebagai ulama dan oleh itu,segala apa kenyataan beliau kalau pun benar sesat,tidak akan membawa kerosakan kepada masyarakat kerana beliau bukan sumber rujukan.  Kassim Ahmad juga tidak pernah menghukum orang lain sebagai kafir serta menerima baik sebarang pendapat berlainan.  Justeru, walaupun beliau menolak hadith,beliau tidak menyebabkan perpecahan. 

Berbeza dengan para Ulama yang gemar memperalatkan ayat-ayat AlQuran dan hadith demi keuntungan politik.Mereka ini amat gemar menilai dan menghukum orang lain sepertimana yang dilakukan mereka terhadap Kassim Ahmad.sebagai individu yang bergelar ulama, maka setiap kata-kata mereka menjadi rujukan dan diterima sebagai benar.Akibatnya,pada satu masa,tindakan Ulama-ulama ini memanipulasi ayat-ayat AlQuran telah menyebabkan pertumpahan darah sepertimana yang berlaku dalam peristiwa Memali dan Sauk.saya bukan membela Kassim Ahmad mahupun mengkritik Ulama tetapi sekadar menyatakan kejelekan yang berlaku di negara ini.Hari ini,kita menghukum orang yang menolak hadith tetapi menerima orang yang memanipulasi ayat Al-Quran.Kita takut akan kesesatan yang dibawa dengan menolak hadith tetapi kita tidak takut dengan kesesatan yang dibawa melalui manipulasi ayat Al-Quran sedangkan kedua- duanya mampu membawa akibat buruk dari segi akidah mahupun perpaduan ummah.Kita memejamkan mata terhadap kesesatan yang dibawa oleh orang yang bergelar ulama sedangkan ajaran beliau terbukti telah membawa kepada pertumpahan darah.  Di masa yang sama, kita mengecam dan menghukum orang yang bukan pun seorang Ulama dan belum terbukti pernah menyebabkan apa-apa kerosakan di kalangan ummah,seolah-olah beliau adalah lambang segala kejahatan dan tidak dapat dimaafkan lagi.  

persoalannya,kenapa kita perlu bersikap dwistandard ??? Kenapa perlu memilih kesesatan mana yang boleh dimaafkan dan mana yang tidak ??? Apakah hanya kerana kesesatan itu dibawa oleh orang yang berjubah dan bergelar ulama maka ia perlu diberi pertimbangan dan mereka yang berimej 'sekular' sahaja yang perlu dikecam ??? tolong jawab soalan saya !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

AMARAN KERAS !!! TOLONG JANGAN CAMPUR POLITIK #SARAWAK !!! ADA FAHAM KAAA ???

Posted: 20 Feb 2014 04:00 PM PST


Ketua Pergerakan Pemuda Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB),Datuk Fadillah Yusof mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman sesawang sebagai wadah untuk melemparkan fitnah dan memburuk-buruk pucuk pimpinan negeri Sarawak.Beliau melalui kenyataan akhbar berkata,tindakan mengumpul petisyen untuk dihantar kepada Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,bagi membantah cadangan perlantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud,sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bertentangan dengan kehendak dan suara majoriti rakyat Sarawak.Menurut beliau,cadangan perlantikan tersebut dilakukan kerana majoriti rakyat Sarawak mahu memberikan tanda penghormatan kepada beliau yang banyak berjasa kepada rakyat bumi kenyalang itu. 

Fadilah turut menjelaskan,Taib Mahmud mempunyai rekod cemerlang sepanjang tempoh menerajui Sarawak selama 33 tahun dan berjaya melonjakkan ekonomi Sarawak dengan menyaksikan jumlah pelaburan sebanyak RM28 bilion.Jumlah tersebut dikatakan mampu meletakkan Sarawak sebagai negeri terkaya di Malaysia."Pemuda PBB menganggap tindakan pihak berkenaan yang membuat pelbagai andaian berbaur fitnah terhadap Pehin Sri Haji Abdul Taib,sebagai keterlaluan dan harus dikecam.Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap pucuk kepimpinan negeri Sarawak yang juga Presiden PBB itu tidak berasas sama sekali dan lebih bermotifkan berkepentingan politik" katanya. 

Menurut Fadilah,Pemuda PBB yakin majoriti rakyat Sarawak tidak mahu pihak luar yang menentukan,siapa yang seharusnya dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan siapa yang patut menjadi Ketua Menteri.Beberapa kumpulan NGO pembangkang yang sebilangan besarnya dari semenanjung sebelum ini,menyatakan bantahan terhadap cadangan tersebut.Kumpulan tersebut antara lainnya merayu sokongan masyarakat agar menyokong petisyen bantahan terhadap Taib Mahmud.Malah Pemuda Pas Pusat turut sama menyatakan sokongan terhadap bantahan tersebut dengan memberikan gambaran buruk terhadap Ketua Menteri itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...