BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#PRKKAJANG !!! #PEMBANGKANG MAIN KOTOR !!! WARGA #MYANMAR JADI MANGSA TERBARU !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 20 Feb 2014 07:30 AM PST


Nampaknya setiap kali tibanya musim pilihan raya baik umum (PRU),negeri (PRN) mahupun kecil (PRK) pembangkang seolah-olah telah kehabisan modal apabila sering membangkitkan isu pengundi hantu.Jika sebelum ini,Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim cuba membakar sentimen kemarahan rakyat dengan membangkitkan isu 40,000 pengundi hantu,kini anak saudaranya,Badrul Hisham Shaharin turut dilihat cuba menggunakan isu yang sama.Mungkin kerana khuatir Anwar ditolak oleh majoriti pengundi di Kajang,Badrul mendakwa ribuan warga asing dari Myanmar di kesan berada di Kajang.   

"Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA" ujar anak saudara kepada Anwar itu.Anwar sebelum ini ibarat 'cacing kepanasan' apabila GAGAL membuktikan fitnah yang dilemparkan kononnya seramai 40,000 warga Bangladesh telah mengundi Barisan Nasional (BN) dalam PRU yang lalu.Antara hujah yang digunakan ialah,kononnya ada di kalangan 'pengundi bangla' yang ditangkap itu tidak tahu menyanyikan lagu negaraku dan sebagainya.Namun apa yang lebih memalukan, ada di kalangan 'pengundi bangla' yang ditangkap itu adalah merupakan ahli parti itu sendiri.Dia juga berulang kali memainkan isu '40,000 pengundi Bangla' di sepanjang kempen 'Black 505' bagi meminta rakyat menyokong desakan untuk menolak keputusan PRU-13. Namun apabila himpunan tersebut GAGAL menarik sokongan seperti yang diharapkan.Tidak tahan dengan asakan yang mencabarnya untuk membuktikan fitnah yang dilemparkan itu,Anwar akhirnya terpaksa membuat 'pusingan u-turn' dengan menafikan dia pernah membangkitkan isu tersebut.  


"Tuduhan tersebut sengaja diadakan dan cuba diputarbelitkan oleh penulis blog Umno," katanya dalam satu sidang media di Parlimen sebelum ini.Perdana Menteri ketika mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan,beliau memiliki bukti Ketua Pembangkang itu pernah membuat dakwaan sedemikian menerusi teks ceramah dan juga daripada media-media pro pembangkang. "'Saya dengar ucapan dia,saya banyak sumber yang dengar ucapan dia,(tetapi sekarang ini) dia nak nafikan pula.Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh itu,ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita,yang sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina,Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul,tidak ada bukti,Perdana Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin,dia (Anwar) pusing kata bahawa dia tidak kata begitu", katanya sebelum ini ketika mengulas kenyataan 'u-turn' Anwar.   

Kesimpulannya isu warga asing ini sengaja diwujudkan agar dapat dijadikan modal untuk menimbulkan persepsi di kalangan rakyat.Sekiranya sebelum ini rakyat Bangladesh dijadikan mangsa,kini tiba giliran warga Myanmar pula dijadikan sebagai korban.Mungkin kerana takut ditertawakan oleh rakyat,sekiranya dia membangkitkan semula isu pengundi hantu ini,maka jalan terbaik adalah menggunakan 'anak saudaranya' sebagai kambing hitam dan persediaan sekiranya GAGAL mempertahankan kerusi Dun Kajang.Dengan cara ini,mungkin Anwar boleh menutup malu dengan mengatakan '40,000 ribu pengundi Myanmar' adalah punca kekalahannya di Dun Kajang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #CATMERAH DAN #AYAM !!! PENIPUAN #TERESAKOK DIDEDAHKAN !!!

Posted: 20 Feb 2014 04:08 AM PST


1 lagi penipuan telah dikesan.betul kerr ini perbuatan dari luar ??? kalau betul perbuatan ini dari luar.saya nak bertanya pada teresa kok.setiap malam pintu grill akan di kunci betul tak ??? sekiranya kita baling cat mesti ada tompokan dari simbahan cat di pintu grill tu betul tak ??? mana ada office selalunya pintu grill di buka waktu malam.kalau ada pun staff itu sendiri yang buka.itu yang pertama,yang kedua ialah macam mana ayam tu boleh masuk ikut pintu grill sedangkan ayam itu besar.lubang pun tak mampu muat kan ayam tu.penduduk yang lalu di kawasan sekitar tu takkan tak nampak apa yang berlaku ??? apa cerita ni ??? kalau nak menipu pun agak-agak laahh !!! bukan kerr kawasan tu sibuk dengan restoran dan macam-macam lagi.


ini semua nak simpati dari rakyat betul tak teresa kok ??? yang terakhir,kenapa CCTV ditutup ??? selalu nya CCTV akan beroperasi 24 jam.Jawapannya mudah,orang tak dapat melihat siapa punya angkara dalam video tu.mana lah tau orang dalam sendiri yang buat.kan malu,muahahah.jawapan paling tepat adalah orang dalam yang buat perkara ini.mana lah tau.ini hanya ramalan saya,kalau tak betul,saya tau nak cakap apa sebab bukti yang paling ketara ialah grill tu.tak ada kesan cat pun.cuba anda baling cat rumah anda melalui grill.anda pasti dapat jawapannya.lubang grill pun muat nak masukkan tong cat tu

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! APA MASALAH #PEMBANGKANG NI ??? ROMBAKAN #KABINET PERKARA BIASA LAHHH !!!

Posted: 20 Feb 2014 12:30 AM PST


Perletakan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri disambut baik oleh rakyat.Perlantikan beliau sejak dari awal menimbulkan kontroversi dan ketidakpuasan hati banyak pihak.Kegagalan beliau menjalankan tugas dan lebih banyak memberi masalah kepada kepimpinan membuktikan bahawa perlantikannya adalah satu kesilapan sepertimana yang khuatiri rakyat.Sesungguhnya,Malaysia bersyukur kerana beliau telah meletakkan jawatan dan tidak lagi 'menyumbang' kepada pembaziran negara.Dengan perkembangan terbaru ini,rombakan kecil kabinet pastinya perlu dilakukan. 

Untuk itu,kepimpinan juga dijangka menunggu keputusan Mesyuarat Luar Biasa MCA yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini,berkenaan jawatan kabinet yang telah ditolak oleh parti itu berikutan prestasi buruk dalam PRU-13.Sekiranya MCA membuat keputusan untuk menerima semula jawatan kabinet,maka Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat sebagai personaliti paling layak untuk jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishamuddin.Liow Tiong Lai telah memenangi PRU-13 dengan 'bergaya' di kala hampir keseluruhan jentera partinya 'kaku'.  

Jawatan Waythamoorty pula dijangka akan dibuka kepada personaliti dari MIC demi kesinambungan perjuangan membela kaum India.Selain dua jawatan ini,tidak ada sebarang perubahan besar serta tiada sebarang penambahan jumlah anggota kabinet dijangka berlaku.Rombakan kabinet adalah perkara biasa apabila berlaku perubahan dalam pentadbiran.Justeru,tiada apa-apa yang pelik mahupun petanda buruk mengenai rombakan ini,seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak seperti pembangkang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #LANGKAHKAJANG !!! GERAKAN TERBARU UNTUK MEMBUNUH POLITIK #AZMINALI DIDEDAHKAN !!!

Posted: 19 Feb 2014 09:01 PM PST


Ramai yang tidak terkejut dengan kenyataan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim baru- baru ini yang menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden parti itu Mei depan.Dalam wawancaranya dengan The Ant Daily,Anwar dilaporkan berkata,sejak setahun lalu isterinya (Wan Azizah) telah menyatakan hasratnya yang ingin bersara bagi menumpukan perhatian bersama Anwar dan cucunya.Perkara itu juga turut dinyatakan oleh Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan Anwar akan bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini.Menurut pemerhati politik,selain mengukuhkan kuasanya tindakan tersebut sebenarnya bertujuan untuk mengekang pengaruh politik Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali yang semakin melebar.Malah desas-desus mengenainya semakin hebat diperkatakan melalui kenyataan dan tindakan Azmin yang dilihat begitu agresif menyerang semua 'orang-orang' dari kem Azizah sehingga memeningkan Anwar.Ahli parlimen Gombak itu sebelum ini dilihat cuba merebut kuasa pentadbiran negeri Selangor dengan keputusan yang dibuat oleh MPP Pusat yang mahu agar Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dilucutkan jawatan dan digantikan dengan calon lain (Azmin) yang dikatakan lebih layak dan berkemampuan.   

Namun semua usaha itu tergendala di tengah jalan,apabila Adun Kajang dari PKR mengambil keputusan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding bagi membolehkannya menggantikan Khalid sekali gus memusnahkan impian Azmin.Namun usaha Azmin itu tidak berhenti setakat itu sahaja apabila para pengikutnya mula menyusun langkah dan strategi untuk membolehkannya dipilih sebagai Presiden.Menurut sumber dalaman parti itu, kumpulan yang menyokong Azmin dikatakan telah memulakan beberapa siri kempen sebelum ini dengan mengadakan beberapa perjumpaan melalui program 'Bertemu Pemimpin Di Akar Umbi'.Azmin juga dikatakan turut giat mengatur langkah dengan mengadakan beberapa program wacana 'Laksana Satu Nyawa' sebagai satu usaha untuk mendekati golongan muda dalam parti itu khususnya di Lembah Klang.Tidak cukup dengan itu,Azmin juga dikatakan giat mengatur 'orang-orangnya' untuk bertanding jawatan-jawatan penting parti di peringkat cabang,negeri dan pusat.Khuatir dengan perkembangan tersebut,Anwar mungkin merasakan dia perlu melakukan sesuatu bagi menghalang pengaruh 'anak emasnya' itu. 

Maka jalan terbaik adalah dengan memaklumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden atas alasan ia adalah merupakan permintaan Azizah.Dengan cara itu,sudah pasti Azmin terpaksa mempertimbangkan semula hasratnya untuk merampas kepimpinan parti. Ini kerana sebagai anak didik Anwar,sudah pasti tindakan untuk mencabar Ketua Pembangkang itu akan dilihat sebagai satu penderhakaan.Maka jalan terbaik untuk Azmin hanyalah dengan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti yang disandangnya sebelum ini.Namun,ada khabar mengatakan,Nurul Izzah turut berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden atas alasan ingin memantapkan lagi perjuangan PKR agar lebih efektif.Dalam erti kata lain,Azmin bakal berdepan dengan anak kesayangan Anwar bagi merebut jawatan tersebut dan sekiranya Anwar mengambil keputusan untuk membantu jentera kempen Nurul, sudah pasti Azmin bakal berdepan dengan laluan yang sukar.  

Kesimpulannya #LangkahKajang bukanlah untuk memperjuangkan isu rakyat seperti yang didakwa,ia hanyalah merupakan langkah permulaan Anwar untuk mengukuhkan penguasaannya dan anaknya di dalam PKR.Di masa yang sama ia adalah merupakan medan yang terbaik untuk membunuh pencabar politiknya yang juga merupakan 'anak emasnya' suatu ketika dahulu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #DAP CUBA CETUSKAN RUSUHAN DI #PULAUPINANG ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 19 Feb 2014 09:00 PM PST


Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum untuk melalui sejarah tersebut berkali kali.Sejarah 13 Mei 1969 telah mengajar kita mengenai pentingnya toleransi dan hormat- menghormati dalam hubungan antara kaum.Ia juga mengajar kita bahawa toleransi dan  hormat-menghormati pula bukan bermakna yang kita harus bersikap 'tidak-apa' terhadap  setiap provokasi yang ditujukan kepada kita.13 Mei memperlihatkan kepada kita bagaimana sikap 'tidak apa' satu pihak telah diambil mudah oleh pihak lain untuk memijak dan menindas mereka.13 Mei bukan berlaku secara  spontan,tetapi dirancang rapi oleh pihak yang menyokong parti Gerakan-DAP menjelang PRU  1969 yang ingin merampas kuasa politik Melayu.Ia dibuktikan melalui penemuan stok-stok  makanan dan senjata yang disembunyikan di beberapa kawasan strategik,pastinya sebagai  bekalan untuk melalui keadaan darurat yang dirancang mereka.Untuk merealisasikan huru-hara yang dirancang tersebut,pemimpin-pemimpin kaum Cina terlebih dahulu menyalakan api melalui ceramah-ceramah berbaur hasutan terhadap  kerajaan. 

Mereka menanam prasangka dan kebencian yang meluap-luap terhadap orang-orang  Melayu sementara di masa yang sama,meniupkan rasa angkuh dan bongkak ke dalam diri  mereka sendiri kerana berjaya menguasai ekonomi negara ini.Kempen PRU yang panjang iaitu 21 hari pada ketika itu digunakan sepenuhnya oleh parti yang mewakili kaum Cina untuk menyemarakkan permusuhan.Sementara itu,orang-orang Melayu  masih lagi alpa, masih bersangka baik dan tidak percaya yang pendatang yang mereka terima  sebagai tetamu, jiran dan sahabat rupa-rupanya langsung tidak menghargai keikhlasan dan  pengorbanan mereka.Kini,sejarah ini telah berlalu,namun,beberapa orang yang terlibat dalam peristiwa itu masih lagi hidup.Malah,antara yang ditangkap sebagai penghasut,iaitu Lim Kit Siang mendapat  tempat pula dalam politik negara sebagai pemimpin pembangkang.Anaknya juga kini berjaya  menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.   

Seperti yang kita sedia maklum,Lim Kit Siang tidak pernah merasa kesal atau bersalah kerana  mencetuskan 13 Mei malah cuba menafikan yang beliau terlibat.Apa yang jelas kelihatan hari  ini ialah, sikap bongkak, angkuh dan juga rasa benci Lim Kit Siang anak-beranak dan juga parti  DAP terhadap orang Melayu masih belum pudar malah semakin hebat.Lebih buruk lagi,Kit Siang cuba menyalahkan UMNO dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk menukar sejarah 13 Mei bagi memperlihatkan ia dimulakan oleh UMNO dan bukan  pihaknya.Hari ini,dengan kuasa di beberapa negeri telah dimiliki oleh DAP sama ada secara langsung  atau melalui proksi,maka Kit Siang melihat peluang untuk mengukuhkan ceritanya bahawa  kononnya UMNO lah yang memulakan 13 Mei.Untuk itu,Kit Siang memerlukan agar 13 Mei  berulang tetapi perlu memastikan yang dirinya tidak dipersalahkan.Sekiranya benar,bagi menjayakan matlamat ini,Kit Siang perlu menaikkan kemarahan  orang Melayu sehingga mereka yang memulakan amukan.   

Dari apa yang dapat dilihat kini, nampaknya itulah yang Kit Siang sedang lakukan.    Kebencian terhadap orang Melayu yang disemai oleh DAP di sekolah-sekolah vernakular, di  dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga di laman-laman sosial kini telah membuahkan  hasil.  Api kebencian antara kaum semakin membesar.DAP pastinya tahu,bahawa jika mereka  ingin mengulangi 13 Mei,maka inilah masanya.Maka tidak hairanlah,sejurus selepas berkuasa penuh di Pulau Pinang,DAP mula menunjuk  bongkak.Parti itu secara terang-terangan menindas Melayu dengan cara merampas tanah dan premis perniagaan tanpa belas kasihan.Sikap berat sebelah dipertontonkan tanpa  tapisan.DAP seolah-oleh berkata 'aku berkuasa,apa yang kamu boleh buat ???' DAP memberi tekanan kepada pembeli rumah dan juga peniaga berbangsa Melayu dengan  berbagai cara.Di masa yang sama,DAP mengerahkan jentera siber dan menggalakkan  penyokongnya mencabar dan menghina Melayu semahu-mahunya.    

Pemimpin DAP sendiri secara aktif menggunakan media sosial mereka untuk menunjuk  kebencian, melabel, mengejek dan merujuk kepada pemimpin Melayu-UMNO dengan  panggilan-panggilan yang buruk bagi mengundang  kemarahan dan tindak balas orang-orang  Melayu.Tidak cukup dengan itu,DAP menyentuh soal agama dan cuba melaga-lagakan Kristian dengan  Islam.Semua ini dilakukan oleh secara jelas dan sengaja serta 'bersiri'.Apabila saja terdapat tindak balas dari orang-orang Melayu,maka DAP akan menuduh orang- orang Melayu sebagai ekstrem,radikal serta rasis.Akhir-akhir ini,Lim Kit Siang dilihat  lebih 'agresif' lagi apabila hampir setiap hari beliau menulis mengenai 'kemungkinan berlakunya 13 Mei yang dimulakan oleh golongan ekstrem'.Hakikatnya,yang ekstrem di sini adalah Kit Siang dan DAP.Kit Siang adalah ekstremis Cina  yang berlindung di sebalik nama 'rakyat yang berjiwa Malaysia',walhal seluruh perjuangannya  adalah untuk menghapuskan kuasa politik Melayu serta mengubah struktur Malaysia seratus  peratus agar memberi kelebihan kepada kumpulan yang menguasai ekonomi negara,iaitu 'kaum Cina'.  
Tuduhan Kit Siang bahawa terdapat Melayu ekstremis hanyalah untuk menutup sikap ekstremis  dirinya sendiri.  Jika benar Melayu itu ekstremis, tidak mungkin orang-orang Cina akan menjadi  kaya kerana kuasa beli terbesar adalah di tangan Melayu.Jika benar Melayu itu ektremis  dan UMNO itu tidak adil terhadap minoriti, maka Kit Siang tidak mungkin hidup dan menjadi  pemimpin parti politik pada hari ini, apatah lagi bersikap celupar dan biadap menuduh itu dan  ini terhadap kerajaan.Melayu sentiasa mengajak kepada perpaduan,buktinya ialah kita sentiasa mengimpikan satu  sekolah untuk semua kaum.Hanya kaum Cina sahaja yang beria-ia ingin terus terpisah dari arus  pendidikan nasional.Oleh itu,fikirkanlah sendiri,siapa yang bongkak,siapa yang rasis,siapa yang ekstrimis dan  siapa sebenarnya yang sedang giat berusaha untuk mengulangi 13 Mei.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #LANGKAHKAJANG BAKAL MENJADI #KUBUR BUAT #ANWARIBRAHIM !!!

Posted: 19 Feb 2014 04:00 PM PST


Walaupun Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim mengatakan dia penuh yakin akan mampu mempertahankan Dun Kajang,namun ramai yang merasakan kenyataan tersebut hanyalah sekadar untuk menenteramkan kegusaran yang sedang melanda dirinya.Ini kerana,di dalam sejarah pilihan raya berbagai kemungkinan boleh terjadi.Tiada seorang pun boleh memberikan jawapan yang pasti,kerana semuanya terletak di tangan pengundi yang akan menentukan siapa yang ingin mereka pilih.   Sekiranya dilihat kepada gerakan kempen agresif yang dilakukan oleh Anwar di Kajang,sudah cukup membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu pada hakikatnya bimbang sekiranya dia di tolak oleh pengundi di Kajang.Walaupun secara rasminya tempoh berkempen masih belum bermula,namun kelibat Anwar yang hampir saban hari berada di Kajang turut menguatkan lagi andaian tersebut.   

Malah mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir ketika ditanya pemberita baru-baru ini mengatakan Barisan Nasional hanya mempunyai peluang 50-50 di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23 Mac ini.Tambahan pula Anwar pada ketika ini sedang berhadapan dengan protes dalaman oleh pengundi pakatan sendiri PR secara besar-besaran di Kajang yang berkemungkinan akan menjadi faktor utama dia tewas pada PRK itu nanti.Ramai yang melihat sabotaj dalaman parti terutamanya dari pengundi Pas yang berterusan dan masih belum menemui jalan penyelesaian,boleh menyebabkan Anwar tersungkur kerana mereka merasakan PRK ini adalah merupakan medan perjuangan untuk memenuhi agenda peribadinya.Pas sebelum ini dengan tegas mengatakan hanya memberikan sokongan untuk Anwar bertanding dan bukannya untuk membolehkan dia menduduki kerusi menteri besar. Malah faktor golongan profesional juga tidak boleh dinafikan mampu memainkan peranan penting bagi menewaskan Anwar.Ini kerana sebagai golongan profesional yang punyai pengalaman,sudah pasti mereka mampu melihat bagaimana rakusnya Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita politiknya.   

Dengan kemasukan calon bebas di kalangan mereka yang pernah menjadi sahabat Anwar,sudah pasti akan merancakkan PRK pada kali ini sekali gus menyebabkan pengundi pakatan yang marah, memilih untuk memberikan undi kepada calon Bebas.Itu belum lagi diambil kira para penyokong Azmin yang marah dengan tindakan Anwar dan Khalid yang jelas menjadikan gerakan #LangkahKajang ini untuk membunuh karier politiknya.Kesimpulannya sekiranya semua faktor-faktor yang dinyatakan tadi diambil kira dan berjaya di realisasikan,sudah pasti ia mampu membuka peluang untuk BN/Umno merampas kembali kerusi Dun Kajang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...