BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC !!! TOLONG AMBIL TINDAKAN FAN PAGE YANG MENGHINA ALLAH INI !!!

Posted: 18 Feb 2014 07:30 AM PST


lagi fan pages yang menghina Allah dan Umat Islam didedahkan.saya dapat gambar ini dari portal Rakyat News.kepada kerajaan tolong ambil tindakan kepada fan pages ini terutama SKMM.tolong tutup terus fan pages ini.nak tahu apa yang fan pages ini keluarkan ??? jom kita lihat di bawah



ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #LIMKITSIANG PENGECUT !!! PENIPUAN #LIMKITSIANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 18 Feb 2014 04:00 AM PST



Entah kenapa tekak saya rasa loya apabila membaca blog Kit Siang pada 16 Februari lalu yang menyeru rakyat Malaysia agar "Cintai Malaysia,Selamatkan Malaysia" (Love Malaysia,Save Malaysia).Kit Siang menyeru sedemikian kononnya untuk menentang sekumpulan kecil rakyat,tidak berjiwa Malaysia,yang giat menyemarakkan semangat perkauman.Biarpun seruan tersebut adalah seruan yang murni,namun,kita mempunyai masalah untuk mencernanya kerana Kit Siang itu sendiri langsung tidak berjiwa Malaysia.Kit Siang yang kita kenali adalah pencetus rusuhan kaum 13 Mei.Sehingga kini,Kit Siang tidak pernah merasa bersalah ataupun menyesali tragedi itu,malah menafikan pula penglibatannya serta berusaha mengubah sejarah.Parti Kit Siang menolak sejarah negara ini sehingga ke tahap enggan mengiktiraf kedudukan tulisan jawi dalam sejarah negara. 


Parti Kit Siang enggan menerima hakikat bahawa teras identiti negara adalah bangsa dan budaya Melayu,yang merupakan penduduk asal.Kit Siang lebih selesa berbahasa Inggeris dan lebih gemar memperjuangkan Bahasa Mandarin.Kit Siang inginkan perpecahan antara kaum kekal melalui sekolah-sekolah vernakular.Kit Siang juga terus mempertikai Hak Istimewa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang menjadi formula perpaduan terbaik,sekali gus,tonggak identitiMalaysia.Sifat perkauman Kit Siang semakin terserlah sejak Akta Hasutan dihapuskan di mana penyokong Kit Siang-DAP-PR begitu giat memprovokasi, mencabar dan menghina Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam di laman-laman sosial mereka.Pendek kata,tiada apa-apa yang 'Malaysia' di dalam diri Kit Siang melainkan Cina dan Cina semata-mata.Oleh itu,apabila Kit Siang berkata 'cintai Malaysia', tekak saya rasa loya.Satu perkara mengenai Kit Siang atau DAP ialah mereka gemar menggunakan ayat samar atau umum dalam memperkatakan sesuatu isu.Sekiranya mereka ingin mengutuk Melayu,mereka akan merujuk kepada UMNO dan jika mereka ingin memperjuangkan Cina, mereka merujuk diri mereka sebagai rakyat Malaysia (Malaysians).  

Dengan cara ini,mereka boleh menafikan bahawa tindakan mereka adalah rasis sekiranya diserang balas.Apa jua strategi mereka,matlamat DAP hanya satu,iaitu merampas kuasa politik Melayu.Dalam usaha itu,parti ini telah dengan sengaja menyemarakkan isu kalimah Allah.Tumpuan utama DAP adalah untuk merebut Sabah dan Sarawak yang majoriti penduduknya adalah Kristian.Maka,saban hari isu ini dimainkan di semua media pembangkang seolah-olah ia merupakan isu hidup dan mati penganut Kristian.Kononnya,kerajaan tidak memberi kebebasan beragama,UMNO parti rasis manakala pemimpin UMNO pula tidak menepati slogan kesederhanaan.Biarpun isu tersebut telah diputuskan oleh mahkamah,Kit Siang dan partinya mengambil sikap tidak peduli dengan undang-undang dan terus menyemarakkan keadaan dengan berbagai tuduhan terhadap kerajaan,UMNO,Melayu dan umat Islam.Setiap kali melancarkan serangan,Kit Siang bersembunyi di sebalik nama 'Malaysian', dan bukan Cina - sambil mengutuk 'UMNO' dan bukan Melayu.Justeru,apabila orang Melayu bertindak balas dengan mensasarkan kepada DAP dan orang-orang Cina,maka Kit Siang akan menuduh UMNO sebagai rasis, orang Melayu sebagai pengganas manakala orang Islam itu ekstrem.

Namun,apapun label yang Kit Siang berikan kepada orang-orang Melayu,ia tidak mengubah hakikat bahawa Alvivi adalah penyokong DAP,begitu juga dengan anak- anak muda Cina yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan bangga.Ia juga tidak mengubah hakikat bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi isu sehingga pihak Kristian menuntut penggunaannya dan mencabar undang-undang.Dalam kata lain, bukan orang-orang Islam atau Melayu yang menghina Injil,Jesus atau perayaan dan agama orang-orang Cina di laman-laman sosial.Bukan orang Islam yang menghalang orang Cina atau Kristian untuk mengamalkan agama mereka.Bukan pemimpin Melayu Islam yang merampas tanah dan perniagaan bangsa lain.Tetapi orang bukan Islam yang menyuruh guru dan penyanyi Islam membuka tudung sekiranya ingin bekerja dengan mereka.Orang bukan Islam yang melanggar undang- undang dan mencabar perlembagaan.pemimpin bukan Islam yang menindas orang Melayu Islam dengan merampas tanah dan perniagaan mereka. Justeru,pihak manakah yang ekstrem atau pengganas di sini ???  Islam atau bukan Islam ??? 

 Jelas sekali,pihak bukan Islamlah yang sengaja ingin mencetuskan ketegangan bagi mengumpan tindak balas dari orang Islam.Umpan tersebut akhirnya membawa hasil apabila Molotov koktail dilempar di gereja dan kepala khinzir diletakkan di masjid.Tidak dapat dipastikan angkara siapakah semua ini dan tidak mustahil ia adalah angkara pihak ketiga yang ingin melihat rusuhan kaum berlaku di negara ini.Namun,angkara siapapun ia,sedarkah kita bahawa semua ini tidak akan berlaku jika orang-orang bukan Islam yang sependapat dengan Kit Siang benar-benar menghayati identiti Malaysia serta akur kepada undang-undang dan perlembagaan.Malang sekali,Kit Siang adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan pengecut.beliau hanya berani membaling batu dari belakang komputernya sambil membuat provokasi dan mencabar kerajaan melalui rangkaian dan penyokongnya, tetapi di masa yang sama, beliau menyembunyikan tangannya.Kini,apabila keadaan semakin getir,beliau pula yang terhegeh-hegeh ingin berjabat tangan dengan BN,konon untuk 'bekerjasama demi perpaduan dan keamanan negara'.    

Untuk pengetahuan anda wahai Lim Kit Siang,rakyat tidak sebodoh penyokong-penyokong DAP.Majoriti rakyat boleh membaca strategi DAP melalui blog.Apa yang jelas,DAP adalah sebuah parti ektremis Cina yang zalim lagi hipokrit yang sanggup menggadaikan nyawa rakyat dan kemakmuran negara demi kuasa politik Cina.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SOLAT HAJAT #1M4U !!! PENIPUAN #PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 18 Feb 2014 02:06 AM PST


1 lagi pembohongan pembangkang didedahkan.apa cerita ni ??? isu solat hajat pun nak menipu kerrr ??? lihat gambar di atas.itu bukti puak pembangkang ni bohong.video di bawah juga membuktikan segala nya.lihat video di bawah dan anda lihat sendiri PM Datuk Seri Najib semasa mengambil wudhuk lipat atau tak lengan baju tu.nampak nya puak pembangkang ni dah terdesak ni !!!


di bawah pulak 1 lagi cerita terbaru.pulau pinang pulak pertimbang Khutbah Jumaat diharam kan.apa cerita ni ??? nampaknya kaum islam di pulau pinang harus bersatu kembalikan semula khutbah jumaat kalau ia nya diharamkan.


APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! FAKTA !!! #ZAIDIBRAHIM PERTAHAN #KHALIDIBRAHIM UNTUK JATUHKAN #ANWARIBRAHIM !!!

Posted: 17 Feb 2014 09:00 PM PST


ketika Barisan Nasional (BN) masih berteka-teki mengenai sama ada bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang,tiba-tiba muncul satu nama yang mahu bertanding atas tiket Bebas.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Zaid Ibrahim mahu mencabar Anwar Ibrahim bagi memastikan Khalid Ibrahim tidak disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar (MB) Selangor.Dalam erti kata lain,Zaid,bekas anggota PKR dari Kelantan,tidak mahu Anwar dari Pulau Pinang mengetuai kerajaan negeri.Benar kata Zaid,jika Khalid dari Selangor mahu disingkirkan biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi seperti undi tidak percaya di dalam sidang DUN.Tidak perlulah PKR mencipta PRK yang nyata mengajak pelbagai pihak membazirkan wang.Umpama pada musim kemarau,paip air sengaja dipecahkan.Zaid menyifatkan perbuatan Anwar sebagai 'satu tindakan politik liar yang perlu dihalang dan tidak wajar direstui pengundi- pengundi Kajang'. 

Adakah pengundi-pengundi Kajang yang sudah tentu majoritinya 'anak Selangor' juga sekata dengan Zaid ??? Kata bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA) itu lagi,beliau mampu menstabilkan keadaan politik di Selangor serta membawa pembangunan ke Kajang atas dasar hubungan baik dengan pemimpin dalam pakatan pembangkang dan BN.Apa pun alasan yang diberi bagi 'melayakkan' dirinya bertanding,Zaid memang berhak bertanding.Tidak ada sesiapa boleh menghalangnya kecuali 'halangan' undang-undang.Jika Anwar,Ahli Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang boleh bertanding kenapa tidak Zaid yang bukan wakil rakyat ??? Dalam peraturan pilihan raya,tidak ada sekatan mana-mana individu bertanding di luar kawasannya bermastautin atau dilahirkan.Jika ada sekatan yang menghadkan anak negeri bertanding di negeri berkenaan,sudah tentu ramai yang tidak layak menawarkan diri.Sekadar contoh,Lim Guang Eng dan bapanya Lim Kit Siang dari mana ??? Berapa tempat atau negeri yang sudah mereka jelajah ??? Lebih bertuah adalah Guan Eng yang suatu masa dulu menjadi wakil rakyat di Melaka tetapi nasib menyebelahinya di Pulau Pinang apabila dilantik sebagai ketua menteri (KM).Kini giliran Anwar,anak Cherok Tok Kun mencuba nasib di Selangor dengan harapan dapat menjadi MB seperti rekod yang dicipta Guang Eng. Dulu di Pulau Pinang,ramai anak negeri itu yang bertanding sama ada melalui DAP,Gerakan dan MCA tetapi mungkin semuanya tidak layak diangkat sebagai KM. 

Kenyataan Zaid nampak lebih jelas untuk tidak melihat Anwar sebagai MB berbanding Pas yang masih 'tarik tali' berhubung jawatan tersebut.Ada yang berkata, awatan MB perkara lain sedangkan hasrat sebenar Anwar sudah diketahui umum.Pas menegaskan bahawa jawatan MB Selangor bukan hak eksklusif PKR sebaliknya ditentukan menerusi kesepakatan.Apakah maksud kesepakatan ??? Langkah pertama ialah PKR,Pas,DAP (3P) sepakat untuk memastikan kemenangan di Kajang dan kemudian mencari kata sepakat melantik Anwar sebagai MB.Inilah 'pencak silat' yang berlaku.Seperti diselak sebelum ini, 'Pas tetap Pas' dan 'DAP tetap DAP' - Pas akan setuju,DAP akan patuh sebarang langkah Anwar.Penolakan terhadap Anwar sebagai MB hanya boleh direalisasikan sekiranya wujud ketegasan seperti yang dinyatakan oleh Zaid.Tidak perlu lagi parti politik menggunakan ayat 'berlapik' kononnya untuk memperlihatkan kesepakatan.

Persoalannya adakah Zaid secara bersendirian mampu melaksanakan hasratnya itu yang mungkin juga menjadi harapan anggota,penyokong dan pengundi setia Pas ??? Bersediakah mereka yang mengundi Pas memilih Zaid bagi membuktikan mereka menolak Anwar ??? Tanpa parti,adalah sukar bagi Zaid untuk mendapatkan sokongan tetapi sejarah Selangor membuktikan calon Bebas berpeluang menjadi ADUN dan popular dalam kalangan rakyat.Cuma itu situasi dulu.Hari ini lain.Mungkinkah Zaid cuba memenangi sokongan daripada pengundi/penyokong Pas,pengundi BN serta pengundi 'atas pagar' ??? Begitu juga dengan penyokong Khalid yang mahu menyelamatkan MB itu.Mungkin masih ada saki-baki anggota PKR yang menyokong Zaid.Diselak kembali kisah Zaid,beliau adalah calon PKR bagi PRK Hulu Selangor pada 25 April 2010.Ketika itu,Anwar serta Khalid bertungkus-lumus berkempen untuk Zaid bagi mempertahankan kerusi berkenaan yang kosong berikutan kematian Dr. Zainal Abidin Ahmad.Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana Anwar yang ditemani S.Nallakaruppan menari-nari di salah satu pentas kempen.Zaid akhirnya kecundang kepada calon BN.Kali ini,jika Zaid tidak berubah fikiran pada saat akhir,beliau akan berhadapan dengan jentera bekas dua orang panglima kempennya iaitu Anwar dan Khalid. 

Mampukah Zaid menghadapi jentera yang lebih besar ini ??? Memang tidak sukar untuk meramalkan nasib Zaid di Kajang kecuali keputusan luar biasa pengundi.Begitu juga jika BN bertanding.Jika BN tidak bertanding,perebutan akan melibatkan calon PKR bersama dua atau tiga calon Bebas.Mungkinkah calon Bebas lain terdiri daripada bekas anggota DAP dan Pas ??? Mungkin juga seorang dua yang pernah menjadi rakan Anwar sendiri.Tentunya pertandingan ini menarik apabila berlaku 'peperangan' melibatkan bekas anggota 3P serta rakan Anwar.Persoalannya,adakah BN tidak bersedia menawarkan diri seperti yang dilakukan di PRK DUN Penanti ??? Setakat ini jentera BN sudah mula kelihatan di Kajang.Kemungkinan tidak bertanding tetap ada.Biarkan PKR dengan sandiwara mereka.Selain pembaziran,banyak faktor yang akan mendorong BN,jika tidak meletakkan calon.MCA yang sudah membentuk Kabinet barunya belum pasti menunjukkan keupayaan untuk turun ke gelanggang.Bukan mudah menghadapi Pas dan DAP.Ketika Pas masih bermain 'tarik tali',DAP sudah tentu tidak ambil kisah siapa MB. Apa yang penting ialah pembangkang menguasai Selangor.Selepas Pulau Pinang,DAP mengharapkan Selangor sebagai pangkalan kedua untuk meneruskan langkah ke Putrajaya.Maka dua hari sebelum pengundian,DAP menyusun makan malam meraikan 'Dari Kajang ke Putrajaya' di Sungai Chua.Makan malam berbayar itu mungkin penutup kempen bagi menyokong Anwar sebagai ADUN Kajang seterusnya sebagai MB baru

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENIPUAN PUAK #PEMBANGKANG KATA PM @NAJIBRAZAK PERGI #GEREJA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 17 Feb 2014 05:50 PM PST


1 lagi penipuan pembangkang didedahkan di laman sosial.agak-agak lah kalau nak menipu pun.anwar ibrahim yang pergi gereja lepas tu tuduh PM Datuk Seri Najib yang pergi.saya dah agak semua ini berlaku.semalam saya dah beritahu awal-awal di posting saya.mereka kata gambar anwar ibrahim adalah photoshop.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

udah-udah lah nak menipu.semua portal dan berita dah keluar pun pasal anwar ibrahim pergi gereja 2 hari lepas.Apa dah nak jadi dengan puak-puak mentaliti BODOH ni yang selalu membuat fitnah dan penipuan.saya rasa,saya tahu kenapa.sebab puak ni tergamam bila Anwar terpaksa masuk gereja berkempen demi menyelamat talian hayat politiknya.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #PEMBANGKANG PERHEBAT STRATEGI BARU SERANG ISLAM DAN KAUM MELAYU

Posted: 17 Feb 2014 04:00 PM PST


Kes-kes penghinaan terhadap bangsa Melayu dan Islam di negara ini terus berterusan hasil gerak kerja pakatan pembangkang.Setiap hari ada sahaja kes tangkapan oleh polis terhadap mereka yang memaki hamun serta mencaci cerca samada raja-raja Melayu,Islam mahupun orang Melayu.Komen-komen yang penuh dengan rasa benci,marah dan penghinaan ini memenuhi ruang siber di jaringan sosial seperti facebook,tweeter,blog serta komen-komen di bawah sesuatu artikel di dalam internet.Terbaru seorang perempuan India berusia 27 tahun ditahan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor di dalam halaman facebooknya.Ini bukan perkara baru malah bermula sejak Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sg Buloh pada 2004.Dalam usaha untuk melawan UMNO dan Barisan Nasional,Anwar menyekutukan PKR dengan Pas dan Dap dalam satu pakatan pembangkang. 

Pada ketika blog menjadi kegilaan masyarakat untuk menulis apa sahaja yang mereka terfikir mengenai sesuatu isu samada politik,agama,sosial dan sebagainya.Pembangkang mengguna peluang ini untuk menyebarluaskan pengaruh dan pemikiran mereka secara agresif.Melalui pasukan siber,mereka mempengaruhi minda rakyat dengan penulisan yang penuh dengan unsur fitnah dan tohmah.Rakyat termakan dengan cerita rekaan Anwar dan pembangkang mengenai isu rasuah,penyelewengan dan pembaziran serta gaya hidup mewah pemimpin kerajaan.Hasilnya pada Pilihan Raya Umum 2008,BN kehilangan lima negeri termasuk Kelantan.Selepas menawan Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Perak (untuk seketika),pembangkang memperhebatkan lagi strategi dan propaganda mereka menyerang kerajaan.Kini jaringan sosial seperti facebook dan tweeter sudah muncul dan mereka mengeksploitasi landasan sosial baru ini dengan sepenuhnya.Kali ini mereka tidak berhenti memainkan isu rasuah dan penyelewengan tetapi memgembangkan serangan mereka meliputi sosok peribadi raja-raja Melayu,menghina orang Melayu dan Islam secara terang-terangan dan lebih berani atau 'daring'

Di samping organisasi-organisasi bukan kerajaan seperti Bersih yang didokong olen pertubuhan Yahudi antarabangsa menyalurkan dana yang besar untuk menyerang kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis DiRaja Malaysia (SPRM), Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya.Parti-parti pembangkang pula mengatur strategi untuk menimbulkan keradaan huru hara dan ketegangan dalam negara dengan menganjurkan pelbagai perhimpunan dan demonstrasi untuk menaikkan kemarahan rakyat.Mereka menggunakan isu-isu seperti kenaikan harga minyak dan kos sara hidup, pinjaman PTPTN dan lain-lain isu untuk sengaja menyerang kerajaan walhal dalam setiap isu kerajaan telah mengambil inisiatif dan langkah yang sewajarnya untuk mengatasi apa jua masalah.Pembangkang memilih jalan rusuhan jalanan daripada dialog dan kompromi untuk menjayakan agenda mereka menumbangkan sebuah kerajaan sah yang dipilih secara demokratik.Pembangkang juga menggunakan organisasi sebagai Comango untuk mempertikaikan negara ini sebagai sebuah negara orang Melayu dan Islam sebagai terasnya dengan membawa isu-isu sensitif yang menyentuh kesucian Islam kepada forum antarabangsa. 

Comango berkempen agar masyarakat dunia mengutuk Malaysia kerana mengamalkan syiar Islam dan nilai-nilai serta adat ketimuran.Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah negara seperti di Eropah dan Amerika Syarikat di mana perkahwinan sejenis dibenarkan,budaya gay dan lesbian boleh bergerak bebas,fahaman yang merosakkan pemikiran manusia seperti liberalisme juga diajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini.Ini adalah agenda yang dibawa olen Anwar selepas dibebaskan dari penjara.Tujuan beliau ialah untuk menukar sistem demokrasi dan raja berperlembagaan kepada sistem republik di mana tiada lagi hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak lagi menjadi agama persekutuan.Anwar tidak sayangkan bangsa Melayu atau negara ini.Asalkan beliau boleh menjadi perdana menteri,apa cara sekali pun adalah halal baginya. Menjahanamkan bangsa dan agama tidak mengapa bagi Anwar asalkan impian di hatinya tercapai untuk duduk di kerusi empuk di Putrajaya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...