UMNO Online - “Tutup Peluang Orang Melayu Timba Ilmu” plus 1 more

UMNO Online - “Tutup Peluang Orang Melayu Timba Ilmu” plus 1 more

Link to UMNO Online

Tutup Peluang Orang Melayu Timba Ilmu

Posted: 19 Jan 2014 04:03 AM PST

MUAR, 19 Jan -Tindakan kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang ingin menutup Pusat GiatMARA di Taman Selayang Barum disifatkan sebagai satu percubaan bagi menutup ilmu untuk orang Melayu, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebagai seorang pemimpin negeri, Abdul Khalid sepatutnya mengembangkan ilmu dan berkongsi pengetahuan tanpa mengira fahaman politik.

“Saya tak rasakan pusat giatMARA itu tidak memberi manfaat kepada masyarakat. Bahkan semua pihak sepatutnya mahukan pusat seumpama itu diperluas kerana ia adalah sebuah institusi ilmu untuk memberi latihan kemahiran kepada golongan muda,” katanya ketika mengulas isu itu selepas menziarahi tokoh sejarahwan, Ibrahim Joned, 91, di kediamannya di Taman Bunga Raya, JalanTemenggung Ahmad di sini hari ini.
Razali juga berkata alasan kononnya bangunan yang menempatkan Pusat GiatMARA tidak sesuai di tapak terbabit adalah tidak relevan kerana sentiasa menjadi tumpuan generasi muda setempat untuk menimba ilmu kemahiran.
Beliau mendakwa Abdul Khalid bertindak sedemikian kerana projek itu diasas dan dikendali oleh kerajaan pusat.

 

 

 

 

 

 

Adun DAP Melampau Dan Tidak Bertanggungjawab

Posted: 19 Jan 2014 03:53 AM PST

KOTA BAHARU, 19 Jan – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri adalah keterlaluan dan tidak bertanggungjawab

Beliau berkata Adun itu harus dikenakan tindakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Kita kesal banyak penghinaan digembar-gemburkan apabila berlaku peningkatan
harga barang, kita boleh dengar suara-suara, tetapi apabila menegakkan syiar Islam, tidak kedengaran suara pembangkang (PAS).
“Ini yang kita kesalkan, jadi keutamaan dalam perjuangan selaku umat Islam tidak dapat dilihat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Amal dan Aktiviti Masyarakat Parlimen Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan di Melor hari ini.
Adun DAP itu dikatakan membuat demonstrasi menyumbat kangkung ke dalam mulut patung yang menyerupai Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah pasar malam di Machang Bubuk baru-baru ini.
Sementara itu, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata kementeriannya meluluskan permohonan bagi memindahkan pusat latihan GiatMARA Parlimen Ketereh di Kok Lanas ke kawasan baharu yang mampu menampung pelbagai kursus mengikut kehendak pasaran industri. “Penambahbaikan itu perlu dilakukan memandangkan sekarang ini pusat berkenaan hanya menawarkan tiga kursus kemahiran.
“Jadi perlu kita pertingkatkan untuk anak-anak dan masyarakat luar bandar di Parlimen Ketereh supaya mereka diberi latihan serta kemahiran yang membolehkan mereka mendapat kerja kelak,” katanya.

 

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...