UMNO Online - “Kisah Guan Eng & Mercedesnya… Berapa Kali Mau Jilat Ludah Sendiri??” plus 9 more |
- Kisah Guan Eng & Mercedesnya… Berapa Kali Mau Jilat Ludah Sendiri??
- Perhimpunan Guling Kerajaan Hanya Suara Minoriti Yang Kecewa Kalah PRU 13
- Turunkan Harga Minyak Bukan Jawapan Untuk Semua Masalah
- Kalimah Allah: Tindakan UMNO Selangor Pertimbangan Sendiri – Muhyiddin
- No Directive From Education Ministry For Schools To Collect Fee – Kamalanathan
- Langkah Pengurangan Kos Perbelanjaan Kerajaan Dapat Sambutan Baik Rakyat – Najib
- Pemilihan Parti : DAP Patut Masuk Sekolah Belajar Dari MCA
- Usah Selindung Laungan Demokrasi Untuk Halalkan Matlamat Jayakan Agenda Sempit
- State Education Directors Can Now Approve RM5 Mln Projects – Muhyiddin
- Pemuda Pas Diminta Buat Demonstrasi Besar-besaran Di Pulau Pinang Dahulu
Kisah Guan Eng & Mercedesnya… Berapa Kali Mau Jilat Ludah Sendiri?? Posted: 02 Jan 2014 04:38 AM PST Hakim telah memutuskan bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo salah kerana membeli sebuah rumah pada harga di bawah paras harga pasaran ketika dia masih lagi bergelar Menteri Besar. Kata hakim juga, pembelian di bawah paras harga sebenar, mendorong wujudnya rundingan sulit yang menjurus kepada penyelewengan. Atas sebab itu, Khir Toyo telah dijatuhi hukuman penjara setahun dan rumah berkenaan dirampas. Di Pulau Pinang, lain pula ceritanya. Pegawai Kewangan Negeri dengan selambanya memberitahu, Lim Guan Eng telah membeli sebuah Mercedez S300L pada harga RM298,263.75 berbanding harga asalnya, RM657,218. Kereta Toyota Camry yang baru sahaja digunakan selama dua bulan, telah diberikan untuk kegunaan Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang. Rafizi Ramli memuji langkah Lim Guan Eng kerana berpendapat kereta baru Guan Eng sangat bagus tetapi bimbang ianya akan dijadikan isu oleh Barisan Nasional sekaligus merosakkan imej Pakatan Rakyat. Di sebalik kemarahan orang ramai sehingga termakan tohmahan sehingga melakukan demonstrasi, Lim Guan Eng membuat pembelian kereta baru secara besar-besaran untuk pentadbirannya. Antara alasan yang digunakan bagi mewajarkan pembelian tersebut adalah FAKTOR KESELAMATAN. Walaupun sebelum ini, Lim Guan Eng mengkritik Kerajaan Negeri Terengganu kerana membeli kereta Mercedez bagi menggantikan Proton Perdana, bahkan membanding-bandingkan pula dengan pembelian Toyota Camry yang menurutnya lebih murah dan jimat serta kurang kos penyelenggaraan, nampaknya Lim Guan Eng melupakan segala yang dia cakapkan kepada Ahmad Said. Agaknya, apa pula pandangan perundangan terhadap Lim Guan Eng? Adakah kerana dia pemimpin DAP, maka dia tidak perlu didakwa kerana mewujudkan keadaan bias untuk syarikat yang memberikan diskaun tinggi bagi kereta Mercedez tersebut? Atau adakah kerana dia seorang Cina DAP, maka undang-undang tidak akan berkesan terhadapnya memandangkan para hakim dan peguam cukup seronok dengan Lim Guan Eng serta DAP dan Pakatan Rakyat? theflyingkick.blogspot.com |
Perhimpunan Guling Kerajaan Hanya Suara Minoriti Yang Kecewa Kalah PRU 13 Posted: 02 Jan 2014 03:39 AM PST KUALA LUMPUR, 2 Jan – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, polis sepatutnya menangkap penganjur dan peserta perhimpunan haram pada malam 31 Disember baru-baru ini. Katanya, pembangkang menggunakan platform perhimpunan haram untuk menghasut rakyat supaya menolak kerajaan yang secara sah. Oleh sebab itu katanya, pembangkang memutarbelitkan fakta kononnya Perhimpunan TURUN pada malam sambutan tahun baru 2014 sebagai protes rakyat. "Fakta itu adalah satu pembohongan kerana jumlah yang hadir menyertai perhimpunan itu hanyalah kumpulan minoriti," ujarnya dalam entri terbaru blog umnobahagiancheras.blogspot.com Tegasnya, perhimpunan haram tersebut tidak mewakili suara orang Melayu dan majoriti rakyat di negara ini. "Ia hanya suara kecil mereka yang menyokong pembangkang yang terlalu kecewa terhadap kejayaan BN/UMNO memenangi PRU ke-13," tegasnya. "Isu kenaikan kos sara hidup hanyalah topeng dan sandiwara politik mereka (pembangkang). Beliau menjelaskan, penduduk negara ini melebihi 30 juta dan yang menyertai perhimpunan haram hanya sekitar lima hingga 10 ribu orang. "Ini bermakna hanya hadir adalah kumpulan minoriti, tidak mewakili majoriti rakyat negara ini," katanya sambil menyifatkannya sebagai provokasi pembangkang. Syed Ali turut melahirkan rasa kesal kerana pasukan keselamatan dilihat seperti lambat bertindak menghalang perhimpunan tersebut. "Pada malam itu, polis sewajar bertindak tegas, tidak berkompromi kerana peserta perhimpunan didalangi pembangkang cuba melakukan kekacauan," ujarnya. Beluau berkata, pihak berkuasa seperti takut untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan haram. "Bagaimana mereka berani rempuh halangan polis ?, menaiki pentas khas sehingga acara terpaksa dihentikan," ujarnya. "Perbuatan tersebut sungguh liar dan biadap dan mereka sekali gus mempersendakan undang-undang dan pasukan keselamatan. Tambah beliau, perhimpunan haram itu juga sebahagian daripada usaha pembangkang untuk menakut-nakutkan pelabur ke negara ini. "Mereka nak tunjuk kepada dunia luar betapa Malaysia sudah tidak aman dan ini akan mencetuskan rasa bimbang pelabur asing. Menurutnya lagi, pembangkang cuba menakut-nakutkan pelabur dan pelancong asing dengan gambaran tidak tepat mengenai iklim politik dan ekonomi negara. Oleh sebab itu tegas beliau, polis sepatutnya segera menangkap pengajur dan peserta perhimpunan tersebut daripada dibiarkan merebak ke beberapa kawasan berhampiran Dataran Merdeka. "Mengapa dibiarkan terjadi ?sepatut awal-awal lagi polis halang dan tangkap mereka. Syed Ali menegaskan, negara ini mempunyai undang-undang dan tidak sepatutnya undang-undang itu diperlekehkan oleh kumpulan minoriti. "Pihak berkuasa sepatutnya tidak memberi muka kepada mereka, selagi kita berlembut selagi itulah mereka akan lakukan sesuatu secara sesuka hat," tegasnya lagi. Mengulas ugutan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizam Kaiat untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan kenaikan kos sara hidup, Syed Ali menjelaskan ; "Dalam hal ini, polis sepatutnya bertindak kerana ugutan tersebut berbau hasutan" "Amaran dan ugutan itu sudah tersebar luas di media, jadi apa lagi yang polis tunggu? Katanya, ugutan Pemuda Pas itu bagaimanapun tidak berupaya mempengaruhi majoriti rakyat untuk bersekongkol dengan mereka. "Pada pemerhatian saya, rakyat tidak bodoh untuk mengikut telunjuk mereka," tegasnya. Lagipun jelas beliau, rakyat sudah dapat melihat apa motif sebenar mereka mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember lalu. "Motifnya bukan isu kos sara hidup, tetapi perhimpunan subversif untuk gulingkan kerajaan secara yang menyalahi undang-undang. Suhaizan Kaiat dalam kenyataan medianya semalam berkata kehadiran 10,000 golongan anak muda ke perhimpunan di Dataran Merdeka baru-baru ini menunjukkan bahawa masyarakat yang mengalami kesempitan hidup kini tidak boleh lagi berdiam diri. "Jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan," kata Suhaizan. Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh para peserta perhimpunan di Dataran Merdeka itu juga menunjukkan golongan itu menghormati prinsip demokrasi dan tidak bertindak ganas untuk menggulingkan kerajaan seperti didakwa. |
Turunkan Harga Minyak Bukan Jawapan Untuk Semua Masalah Posted: 02 Jan 2014 03:06 AM PST Pemberian subsidi minyak adalah sesuatu yang dianggap 'wajib' bagi negara-negara pengeluar minyak. Akhir-akhir ini, negara-negara ini mula 'mengeluh' akan kesan dari subsidi yang begitu tinggi sehingga menjejaskan pertumbuhan negara. Pada tahun 2012 sahaja, jumlah penggunaan yang melibatkan subsidi direkodkan jumlah USD544 bilion. Jumlah permintaan di negara-negara ini juga meningkat setiap tahun iaitu dijangka lebih dari 50 peratus dalam masa 17 tahun yang akan datang. Menurut Menteri Minyak dan Gas Oman, Mohammed b. Hamad al-Rumhy di dalam Adipec Energy Conference di Abu Dhabi baru-baru ini, subsidi petrol dan elektrik telah mengakibatkan pembaziran yang besar kepada negara-negara teluk sekali gus mengancam ekonomi dunia. Venezuela adalah antara negara yang memberi subsidi paling tinggi di mana minyak di jual di sekitar harga USD0.008 se-gelen sejak 1998 – iaitu yang termurah di dunia. Antara negara lain yang turut memberi subsidi ialah Amerika, Arab Saudi, Iran, Mesir, Burma, Kuwait, Bahrain, Trinidad, Brunei, Bolivia dan tentu sekali, Malaysia. Kebanyakan negara-negara ini kini telah mula mengurangkan subsidi secara perlahan-lahan berikutan perkembangan ekonomi dunia. Pada Februari 2010, Iran telah mengurangkan subsidi yang menyebabkan minyak di negara itu dijual pada harga 400 rial seliter berbanding 100 rial seliter sebelumnya. Disember 2010, kerajaan Bolivia bercadang mengambil langkah sama yang mengakibatkan kenaikan harga sehingga 83%. Bagaimanapun, ia mendapat tentangan meluas sehingga memaksa kerajaan membatalkan rancangan itu. Akibatnya, kerajaan Bolivia terpaksa berhadapan dengan pembaziran tenaga dan tidak mampu mengadakan sebarang program berkesan untuk pembangunan dan kemajuan negara. Pada tahun 2008, Malaysia turut mengambil langkah mengurangkan subsidi minyak yang pada ketika itu melibatkan jumlah USD14 billion dari bajet negara. Rungutan dan bantahan juga diterima dari kalangan rakyat sepertimana yang dijangka. Bagi menanganinya, rebat cukai jalan diperkenalkan bagi mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi pengurangan subsidi ini. Sejak itu, kerajaan telah berusaha untuk memberi berbagai bantuan lain bagi memastikan aktiviti ekonomi dalam negara tidak terjejas. Ia dilakukan selari dengan usaha memberi penjelasan berterusan mengenai perlunya subsidi dikurangkan atau dihapuskan terus secara perlahan-lahan. Rakyat kini mula memahami bahawa peningkatan penggunaan tenaga dalam bentuk petrol dan diesel telah meningkat dengan begitu drastik dan pemberian subsidi menjadi semakin tidak relevan memandangkan ia hanya menguntungkan pihak yang berkemampuan, contohnya, pemilik kenderaan terutama kereta mewah, dan juga para peniaga. Sedangkan matlamat sebenar subsidi adalah untuk membantu golongan miskin dan sederhana miskin. Venezuela, sebagai negara yang menjual minyak paling murah merupakan antara negara yang teruk terjejas dari pemberian subsidi ini. Justeru, President Nicolas Maduro baru-baru ini mengumumkan yang negara itu akan membincangkan perkara itu di kabinet bagi mencari jalan terbaik untuk menjadikan kedudukan negara itu sebagai negara pengeluar minyak terbesar di Amerika Latin satu 'kebaikan' dan bukannya 'keburukan' kepada rakyatnya sendiri. Subsidi minyak negara itu melibatkan jumlah USD12.5 billion setahun dan turut mengundang kerugian yang besar akibat aktiviti penyeludupan.
Jumlah subsidi yang begitu tinggi ternyata tidak mampu memperbaiki taraf hidup majoriti rakyat di negara itu. Sehingga ke hari ini, jurang miskin dan kaya begitu jauh dan ketara. Golongan kaya yang memiliki kereta dikatakan mampu menghulurkan 'tips' kepada pekerja stesen minyak dalam jumlah yang jauh lebih tinggi dari harga minyak yang diisi. Ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan situasi ini. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin kekal di takuk lama walaupun harga minyak tidak berganjak. Maka, kabinet Venezuela telah menerima hakikat bahawa pemberian subsidi selama ini tidak membawa kesan yang diharapkan. Sebaliknya, adalah lebih berkesan jika jumlah tersebut digunakan untuk kebajikan rakyat miskin dari segi memperbaiki sistem pendidikan dan juga kemudahan infrastruktur. Langkah ini diyakini sebagai yang terbaik dalam menangani inflasi dan juga defisit dalam bajet negara itu. Bagaimanapun, Venezuela bimbang dengan reaksi rakyat yang mungkin tidak mampu memahami keperluan ke arah perubahan ini. Sejarah telah merekodkan rusuhan terburuk dengan 300 kematian kerana membantah kenaikan harga minyak dalam tahun 1989. Sejarah itu dijadikan pengajaran berguna di mana Maduro mengambil langkah lebih berhati-hati dengan 'membeli masa' dengan mengumumkan dahulu perancangan agar rakyat bersedia dan faham. Apa yang dihadapi oleh Venezuela tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Lebih dahsyat lagi bagi Malaysia kerana jumlah pemberian subsidi kepada rakyat hampir menyamai Venezuela sedangkan negara itu berada di tangga ke 9 berbanding Malaysia di tangga ke 29 dalam senarai negara pengeluar minyak dunia. Dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia berkembang lebih pesat dan kukuh berbanding Venezuela, maka tidak salah jika disimpulkan bahawa harga minyak yang rendah bukanlah penyelesaian bagi semua masalah ekonomi. Apa yang lebih penting ialah kebijaksanaan kerajaan memerintah untuk menjana ekonomi dari berbagai sumber di samping memastikan kesejahteraan rakyatnya. Mr Beruang Biru |
Kalimah Allah: Tindakan UMNO Selangor Pertimbangan Sendiri – Muhyiddin Posted: 02 Jan 2014 02:46 AM PST KUALA LUMPUR, 2 Jan - Tindakan UMNO Selangor yang mahu membuat bantahan secara aman di semua gereja di negeri itu jika Paderi Lawrence Andrew enggan menarik balik kenyataannya mengenai pengunaan kalimah Allah, adalah berdasarkan pertimbangan mereka sendiri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan perdana menteri berkata ini berdasarkan perundangan negeri itu serta “titah yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor.” “Saya tidak fikir langkah yang dibuat oleh UMNO Selangor itu bercanggah dengan perundangan negeri dan itu adalah keputusan mereka,” katanya selepas membuat tinjauan hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, di sini, Khamis. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan UMNO Selangor bahawa mereka akan mengadakan bantahan secara besar-besaran menentang penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja di Selangor jika Andrew tidak menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam sehingga Sabtu ini. Editor akhbar mingguan Katolik ‘The Herald’ itu dilaporkan oleh sebuah portal berita pada Jumaat lepas sebagai berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya. Ini bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah dalam satu kenyataan pada 14 Disember yang antara lain menegaskan, semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang, perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Muhyiddin berkata sebagai rakyat Selangor yang mendukung titah Sultan Selangor, “tidak boleh orang kata dia (UMNO Selangor) bercanggah atau bertentangan.” “Apa yang mereka lakukan itu tidak bertentangan tetapi selari dengan apa yang dituntut oleh Ketua Negeri kerana soal agama ini, walaupun ada dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi hak dan kuasanya terletak di bawah kuasa Sultan. “Bagi saya itu adalah urusan di peringkat sana (Selangor),” katanya. |
No Directive From Education Ministry For Schools To Collect Fee – Kamalanathan Posted: 02 Jan 2014 02:27 AM PST BUKIT MERTAJAM, Jan 2 - Since the government abolished school fees, no directive has been issued by the Education Ministry for schools to impose other forms of fees on parents, said Deputy Education Minister P. Kamalanathan. He said payments imposed by schools on parents were decided by the school and the Parent-Teachers Association (PTA) with the consent of the State Education Department (JPN). “Normally, when schools want to impose a certain fee, they have to get approval from JPN. That is compulsory, and prior to that, the school administration will discuss with the school’s PTA, following which the request is sent to the District Education Office (PPD) to be forwarded to JPN. “JPN will also look on what basis the request is made. If it is reasonable, it will approve it. “In principle, there is no more school fees,” he told reporters after making a visit to Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Penglihatan) Alma here today. He said the payments imposed on parents by schools were normally for stationery, exercise books and sports uniform. However, he said, parents who were not happy with the amount imposed by the school could complain to the PPD or JPN. On the RM100 school aid for primary and secondary school children, he said the money would be disbursed to the students or their parents after Jan 15. He said the cash aid was aimed at reducing the burden of parents or guardians with schoolgoing children. On a request for a national-type Tamil secondary school in Penang, Kamalanathan said the ministry had not received any proposal on the matter. |
Langkah Pengurangan Kos Perbelanjaan Kerajaan Dapat Sambutan Baik Rakyat – Najib Posted: 02 Jan 2014 02:10 AM PST KUALA LUMPUR, 2 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang diumum Isnin lepas mendapat maklum balas baik daripada rakyat. Najib dalam catatan terbaru beliau di Facebook berkata langkah-langkah yang diumumkan itu adalah permulaan kepada kaedah lain yang bakal dilaksanakan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa. “Kita juga akan turut mengurangkan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran majlis-majlis rasmi kerajaan, mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan kos sewa premis. “Pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) juga akan diguna dengan mengoptimum penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan institusi latihan milik kerajaan,” katanya. Isnin lalu Najib mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan. Selain itu, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas. |
Pemilihan Parti : DAP Patut Masuk Sekolah Belajar Dari MCA Posted: 02 Jan 2014 01:53 AM PST KUALA LUMPUR, 2 Jan – Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan, Muzaffar Ali Khan menyarankan kepimpinan DAP agar belajar cara-cara mentadbir parti mengikut amalan demokrasi daripada MCA berdasarkan perhimpunan Agung parti tersebut yang dijalankan dengan begitu teratur dan tersusun tanpa sebarang kontroversi. Menurutnya, pimpinan DAP yang sebelum ini lantang menyatakan bahawa parti mereka adalah juara demokrasi perlu menyuluh muka mereka di cermin, kerana jika dibandingkan amalan demokrasi DAP dan MCA seumpamanya seperti langit dengan bumi. "MCA terbukti sebagai sebuah parti yang matang dalam pengamalan sistem demokrasi apabila perhimpunan Agung mereka berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan, penyelewengan ataupun penipuan. Tidak ada sebarang aduan daripada ahli-ahli MCA sehingga ke hari ini. "DAP patut belajar dari MCA bagaimana untuk mentadbir parti dengan lebih tersusun. Jika dibandingkan pemilihan MCA dan juga pemilihan yang dilakukan oleh DAP, ia ibarat langit dan bumi. Pemilihan CEC DAP penuh dengan unsur-unsur penyelewengan dan penipuan. Beratus ahli telah dinafikan hak mereka untuk mengundi. "Ia sangat-sangat berbeza dengan pemilihan yang dilakukan di dalam parti MCA. Ia begitu tersusun, lebih demokrasi dan jauh daripada sebarang unsur penipuan dan percaturan sehingga menidakkan hak ahli seperti yang berlaku di dalam DAP," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Belia dan Beliawanis Bukit Bintang (PBB) menyifatkan bahawa DAP merupakan parti yang separuh masak dan belum cukup matang untuk melaksanakan amalan demokrasi sepertimana yang diperlihatkan oleh MCA. "Pemilihan CEC DAP sudah cukup untuk memperlihatkan pentabiran kuku besi berdasarkan dinasti kekeluargaan. Menafikan hak lebih daripada 700 ahli parti tersebut sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana amalan demokrasi sebenarnya sudah mati di dalam parti itu dan digantikan dengan amalan kuku besi demi untuk mempertahankan kroni," jelasnya. Justeru itu, beliau berpendapat bahawa masyarakat Cina tidak seharusnya memilih DAP sebagai pengganti MCA sebagai suara kaum Cina kerana begitu banyak kelemahan serta penipuan yang dilakukan oleh DAP untuk menghasut dan mempengaruhi kaum Cina menolak MCA dan kerajaan. "Orang Cina perlu sedar bahawa pendekatan politik yang digunakan oleh DAP bukanlah berdasarkan demokrasi, tetapi lebih kepada pendekatan yang menggunakan emosi. Sebab itu, kepimpinan DAP sedaya upaya cuba menghasut kaum Cina dengan memburukkan kerajaan dan MCA serta memainkan emosi serta sentimen perkauman melampau. "Berbanding pendekatan MCA yang lebih kepada kesederhanaan, pendekatan DAP sebenarnya amat merbahaya dan tidak sihat untuk masyarakat berbilang bangsa seperti di negara ini. Ini kerana DAP lebih gemar memainkan sentimen perkauman dan cuba mewujudkan perasaan benci membenci antara kaum khususnya antara kaum Cina dan Melayu dan sebaliknya. "Jika orang Cina terus memberikan sokongan kepada DAP, ini bermakna mereka seolah-olah menyokong pendekatan politik berdasarkan sentimen perkauman yang melampau dan sudah tentu, ianya tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan dan manfaat dari segala sudut yang sedang kita kecapi hari ini di masa akan datang," akhirinya. -MediaUMNO |
Usah Selindung Laungan Demokrasi Untuk Halalkan Matlamat Jayakan Agenda Sempit Posted: 02 Jan 2014 01:34 AM PST KUALA LUMPUR, 2 Jan – Tindakan segelintir pihak yang menjadikan demokrasi sebagai alasan untuk mengadakan demonstrasi sebagaimana perhimpunan haram pada sambutan ambang tahun baharu adalah sesuatu yang salah, kata Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO, Haryaty Hamzah. Ujarnya, pihak terbabit telah menyalahgunakan demokrasi itu sendiri dengan hanya mengambil kira kepentingan peribadi tanpa menghiraukan hak demokrasi majoriti yang rakyat yang telah lebih awal ada di kawasan terbabit untuk meraikan sambutan tahun 2014. "Pihak terbabit telah mengambil kesempatan dengan menggunakan perkataan demokrasi sedangkan demokrasi yang menjadi paksi dalam kerajaan kita adalah demokrasi terpimpin, ada hal-hal yang boleh dan tidak boleh dan perlu difahami dengan mendalam tanpa membenarkan apa-apa sahaja yang mahu dilakukan," katanya kepada UMNO-Online. Selasa lalu, hampir 5,000 penunjuk perasaan mengganggu sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka sehingga memaksa majlis itu dibatalkan dengan orang ramai terpaksa pulang tanpa dapat menyaksikan pertunjukan bunga api sebagaimana yang telah menjadi acara tahunan di sini. "Adakah demokrasi itu benar-benar wujud jika golongan yang berhimpun bertindak keterlaluan, iaitu penuh dengan rasa kemarahan dan kebencian sehinggakan bertindak liar dan mengganggu orang lain? "Himpunan yang dilaksanakan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini secara jelas tidak memberi manfaat kepada rakyat apatah lagi kepada negara," katanya. Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka menyeru masyarakat khususnya golongan muda agar melakukan pertimbangan yang wajar apabila ingin melaksakan sesuatu tindakan. "Demonstrasi terbabit banyak melibatkan golongan muda maka di sini saya menyeru pada mereka dan masyarakat keseluruhannya agar mengaplikasikan penggunaan media sosial pada semua pihak dan bukan hanya bergantung kepada satu-satu sumber sahaja kerana tindakan sedemikan akan menyempitkan pemikiran. "Apabila kita menyediakan diri kita dengan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber maka kita akan mudah membuat penilaian antara mana yang baik, mana yang buruk dan seterusnya kita tidak akan sesekali membenarkan diri kita terpengaruh atau dipergunakan untuk gejala negatif," tegasnya. – MediaUMNO |
State Education Directors Can Now Approve RM5 Mln Projects – Muhyiddin Posted: 02 Jan 2014 12:07 AM PST KUALA LUMPUR, Jan 2 - Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said state education directors can now approve projects costing up to RM5 million annually. This is another step in the transformation of education aimed at empowering the state education departments and district education offices under the first phase of the Malaysian Education Development Plan (PPPM) 2013-2025. “The ministry secretary-general has approved the delegation of power to state education offices which previously could only spend RM500,000 annually,” he said after visiting SJKC Chung Hwa, here today. Earlier, he visited SK Presint 14(1) Putrajaya, SMK St. Gabriel in Kampung Pandan and SJKT Kampung Pandan in Jalan Thaver. Muhyiddin, who is also Education Minister, said with the approval, state education directors could address problems when implementing the projects. “They can call for tender to resolve matters related to infrastructure and acquisition that has to be made by the states,” he added. He said it was meant to decentralise decisions and speed up the approval process by bypassing the Eduction Ministry and ensure smooth learning in schools. The government recognises criticisms of educational achievements by certain parties and plans several initiatives under PPPM that would be implemented in phases. “Implementing all these over a short period is just not possible. It has to be implemented in phases, hence the 13 years given. “This process will proceed continuously and so that we can correct whatever weaknesses or improve the quality of learning.” On teachers, Muhyiddin said this year, about 9,000 teachers would undergo upskill training in preparation for the ‘must pass English by 2016′ condition n. About the visit to four schools today, he expressed satisfaction with the smooth start to the new schooling year. This includes the ability of schools to meet the ministry’s Key Performance Indicators (KPI) of one student, one table, one chair and one set of textbooks. “The schools did not face any problem and everything proceeded smoothly,” he said adding the role of parents and the community were vital in ensuring that the education system achieve the goals set. However, the four schools visited required certain improvements that would be implemented using the 2014 Budget passed by parliament recently. |
Pemuda Pas Diminta Buat Demonstrasi Besar-besaran Di Pulau Pinang Dahulu Posted: 02 Jan 2014 12:04 AM PST PULAU PINANG, 2 Jan – Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin secara sinis meminta Pemuda Pas mengadakan demonstrasi di negeri itu terlebih dulu sebelum merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur bagi mengatasi kegagalan himpunan pada malam tahun baru semalam. Ini memandangkan, kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh regim DAP hari ini sudah mula menaikkan cukai perkhidmatan yang jelas membebankan rakyat, khususnya bagi golongan yang berpendapat sederhana dan miskin di negeri tersebut. "Sebagai contoh, surcaj yang dikenakan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang kini naik seratus peratus. Begitu juga dengan beberapa perkara lain yang saya dimaklumkan akan turut naik bersempena tahun baru ini, yang ternyata memberikan bebanan kepada majoriti rakyat di negeri ini. "Pemuda Pas juga perlu membuat demostrasi besar-besaran bagi membantah tindakan kerajaan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng, yang bersetuju membeli kereta mercedes yang ratusan ribu harganya, bagi menggantikan kereta Camry yang baru saja dibeli kerajaan negeri tidak sampai empat bulan. "Bukankah ini juga satu tindakan yang zalim dan juga pembaziran, di kala pembangkang mencanangkan kononnya rakyat di negara ini sengsara akibat tindakan kerajaan menaikkan harga barang, tetapi dalam masa yang sama kerajaan DAP Pulau Pinang juga menaikkan kadar cukai perkhidmatan serta masih lagi boleh membazir membeli kereta rasmi yang ratusan ribu harganya,?" tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang mengancam mahu mengadakan satu lagi demonstrasi besar-besaran mendesak kerajaan menurunkan kos sara hidup. Tambah Hafiz, ahli dan penyokong pembangkang yang turun berdemo pada malam tahun baru yang lalu merupakan golongan yang tidak faham tentang situasi kenaikan barang dan hanya menjadi kuda tunggangan pemimpin-pemimpin pembangkang yang begitu dahagakan kuasa untuk memerintah negara. "Kita kena sedar, bukan semua barangan jualan yang ada dalam negara, baik dari sudut keperluan asas atau yang lain-lain. Ada banyak barangan yang bukan di bawah kawalan kerajaan juga naik, bermakna ini bukanlah salah kerajaansemata-mata tetapi ia juga salah peniaga yang begitu tamak dan bersikap menangguk di air yang keruh dalam hal ini. "Sepatutnya, mereka berdemo kepada taikun-taikun perniagaan yang kebanyakkan terdiri daripada orang-orang di belakang pembangkang itu sendiri dan bukannya kepada kerajaan. Hari ini, mereka menaikkan harga barangan dan cuba meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan. Hanya mereka yang jahil dan tidak tahu tentang strategi berpolitik saja yang terpengaruh dengan propaganda pembangkang seperti ini," ujarnya. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment