UMNO Online - “Isu Pengguguran Azmin : Sandiwara Yang Cuba Mengumpan UMNO” plus 9 more |
- Isu Pengguguran Azmin : Sandiwara Yang Cuba Mengumpan UMNO
- Najib Extends Thaipusam Greetings
- Presma Agrees To Deffer Increasing F&B Prices
- Acapkali Silap Kira….. Alasan Kerajaan DAP Pulau Pinang Sudah Macam Kartun
- Bila Orang Kita Masih Gagal Pilih Keutamaan… Kangkung Jadi Pilihan
- Tarik Balik Saman : Isunya Mudah, Kenapa Buat Susah?
- Sumbat Kangkung Ke Mulut Replika PM Satu Tindakan Mentaliti Kelas Rendah
- UMNO Youth Can’t Defend Aggressive Acts – Khairy
- Halang Hak Kebebasan Individu, Tindakan Tegas Perlu Diambil
- Skuad Pengguna Pemuda Ditubuh Bagi Pantau Kenaikan Harga Barangan
Isu Pengguguran Azmin : Sandiwara Yang Cuba Mengumpan UMNO Posted: 16 Jan 2014 05:23 AM PST Tolak sana, tolak sini… Menteri Besar tolak ke Pengurus Besar PKNS, Pengurus Besar PKNS tolak ke Exco, Exco kemudian tolak balik ke Pengurus Besar PKNS, kemudian Anwar masuk campur, Zuraidah Kamaruddin desak Khalid Ibrahim jawab isu. Akhir sekali jawapan yang diberikan tidak ubah seperti jawapan PROFESOR SERBA TAU yang cukup terkenal dalam Majalah GILA-GILA keluaran Creative Enterprise Sdn. Bhd, Bangsar Utama. Yang pasti, ia merupakan satu lagi taktik dan sandiwara PKR untuk mengalihkan pelbagai isu besar yang sedang melanda Selangor sekarang, terutama sekali yang membabitkan kenaikan harga kesan daripada keputusan Kerajaan Negeri untuk menaikkan segala jenis cukai dan yuran pembayaran beratus kali ganda tingginya berbanding tahun lepas. Pada masa yang sama, PKR turut cuba untuk mengalihkan isu Bible berbahasa Melayu dan KALIMAH ALLAH yang telah mengantoikan mereka, walaupun pada mulanya UMNO kelihatan terikut-ikut dengan polemik berkenaan. Isu terbaru yang timbul di Selangor ialah membabitkan Pusat Giat MARA yang diarah tutup oleh DAP menggunakan Kerajaan Negeri Selangor kononnya untuk mewujudkan pusat latihan aeroangkasa di kawasan sekangkang kera itu. Isu berkenaan terlalu dekat di hati orang Melayu memandangkan MARA sememangnya ditubuhkan sebagai pencetus ekonomi Melayu-Bumiputera. Dan yang menariknya Pusat Giat MARA tidak sahaja memberikan tempat kepada anak-anak Melayu lepasan sekolah untuk menimba kemahiran vokasional tetapi turut menyediakan tempat untuk anak-anak India dan Cina bagi tujuan yang sama. Malangnya, dengan berselindung di sebalik undang-undang, DAP telah menggesa Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh PKR untuk mengambil tindakan ke atas Pusat Giat MARA tersebut. Dan seperti yang diketahui, status tanah yang diduduki oleh semua Pusat Giat MARA adalah TOL dan status tersebut telah dimansuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebaik-baik sahaja Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk kerajaan negeri pada 2008. Sekaligus menjadikan kesemua Pusat Giat MARA itu sebagai berstatus HARAM. Tertekan dengan kemarahan orang Melayu dan turut dipercayai menggugat sokongan PAS kepada Pakatan Rakyat Selangor, akhirnya Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa tempoh 12 bulan diberikan kepada Pusat Giat MARA Selayang untuk melengkapkan dan mempertingkatkan prasarana premis tersebut sekiranya enggan ditutup. Hanya golongan yang memeluk agama Pakatan Rakyat sahaja yang akan percaya dan menari-nari dengan kenyataan Khalid Ibrahim kerana Menteri Besar Selangor itu sebenarnya hanya bermain dengan masa, memandangkan tempoh TOL tamat bagi tanah tersebut adalah pada Disember 2014, bukannya Januari 2014. Dengan kata lain, menjelang Januari 2015, premis berkenaan sudah sepatutnya ditutup kerana telah melebihi kebenaran TOL yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor terdahulu. Disebabkan itulah, Khalid Ibrahim dan PKR sedang bertungkus lumus menyediakan isu-isu baru yang dibesar-besarkan agar dapat menenggelamkan isu ini selain melindungi pembohongan serta penipuan yang terang-terang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Selangor. Ia samalah seperti mereka membiayai tunjuk perasaan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur terhadap Kerajaan Persekutuan dengan alasan untuk menurunkan harga barangan, sedangkan di Selangor, Kerajaan Negerinya terus meningkatkan kadar cukai dan yuran perniagaan sekaligus menggalakkan kenaikan harga tidak terkawal di negeri ini. Anehnya, kaum yang menyokong Pakatan Rakyat, tidak dapat melihat langsung kaitan ini. Sebaliknya mereka lebih seronok bercakap, bersembang, bergurau dan berjenaka tentang sesuatu yang tidak ada kaitan dengan apa yang mereka perkatakan sebelum ini iaitu KANGKUNG!
Pertelingkahan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim bukannya baru. Azmin Ali gagal menjadi Menteri Besar Selangor bukan kerana Pakatan Rakyat enggan memilihnya tetapi kerana kuasa eksekutif menerima perlantikan seseorang Menteri Besar adalah pada DYMM Sultan Selangor. Pusinglah kut mana sekalipun, Azmin Ali tetap tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor selagi tidak diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor. Burukkanlah Khalid Ibrahim bagaimana sekalipun, selagi DYMM Sultan Selangor tidak memperkenankan usul menukar Menteri Besar, Azmin Ali hanya boleh berangan-angan dan merengek di ketiak Anwar Ibrahim. Gelagat tolak sana tolak sini seperti yang ditunjukkan dalam isu PKNS ini sebenarnya hanyalah sebahagian daripada jalan cerita kartun yang dipersembahkan oleh PKR. Walau apa pun alasan yang diberikan, malah walau sebesar mana pun polemik yang dilakonkan oleh pemimpin-pemimpin PKR Selangor termasuklah oleh Ketua Umumnya, ia tidak lain selain daripada cubaan untuk melarikan isu dan terus melekakan para pengikut dan pengundi Melayu di Selangor! Yang untung tetap pada DAP! Hero Tua |
Najib Extends Thaipusam Greetings Posted: 16 Jan 2014 05:15 AM PST KUALA LUMPUR, Jan 16 – Extending his greetings to all Hindus in Malaysia on the occasion of Thaipusam, Datuk Seri Najib Tun Razak said it is today not just a religious festival, but a national festival that takes an important place in Malaysia’s tourism calendar. “As we celebrate 2014 as Visit Malaysia Year, I hope Thaipusam celebrations in various parts of the country will attract more visitors and tourists to experience the richness of Malaysian cultures and diversity,” he said. The prime minister said this in his latest blog entry at www.1malaysia.com.my. Najib said he would join a walkabout in Batu Caves tomorrow to personally meet and greet those who would be gathered there. “Once again, I take this opportunity to wish you all a blessed Thaipusam,” he added. |
Presma Agrees To Deffer Increasing F&B Prices Posted: 16 Jan 2014 05:07 AM PST KUALA LUMPUR, Jan 16 - The Malaysia Indian Muslim Restaurant Operators Association (Presma) has agreed to defer the proposed increase of food and beverages sold at any of its members’ outlets. The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry in a statement today said the agreement was reached at a discussion yesterday between its minister Datuk Hasan Malek with Presma, which was represented by its president Noorul Hassan Saul Hameed and other top committee members. According to the statement, Presma would study from time to time the situation and get feedback from its members on the rising costs of goods and services. Hasan had also urged Presma and other associations, restaurant operators or owners, and those in the food catering business to have engagements with all concerned parties. “This is to ensure that the government, consumers and food industry benefit from reasonable prices of food and beverages,” he said in the statement. Nooral Hassan had recently said that Presma would be going round the country to brief its 6,000-odd members on the proposed food and beverage price increase of five to 15 per cent. |
Acapkali Silap Kira….. Alasan Kerajaan DAP Pulau Pinang Sudah Macam Kartun Posted: 16 Jan 2014 04:17 AM PST KUALA LUMPUR, 16 Jan – Jika sekali buat silap barangkali boleh dianggap tidak sengaja namun jika berkali-kali kesilapan berlaku maka tentunya ada sesuatu yang tidak kena, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pulai Pinang, Siti Azmeera Azmi. Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan pengakuan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang mengaku ralat dan membuat kesilapan dalam mengumumkan projek usahasama membabitkan Ikano sdn.bhd (ikano), Aspen Vision Land Sdn. bhd (Aspen) dan kerajaan negeri bagi membina gedung beli – belah IKEA di batu Kawan seluas 245 ekar tanah pada harga RM284 juta sebaliknya jumlah yang betul adalah RM483,951,600. "Ini bukan kali pertama kesilapan berlaku, apatah lagi membabitkan satu jumlah yang sangat besar dan memberi kepentingan kepada negeri ini yang menunjukkan bahawa tidak ada keseriusan dalam perancangan pentadbiran kerajaan negeri," katanya kepada UMNO-Online. Menurut laporan, Guan Eng memberikan alasan kesilapan tersebut berlaku ekoran terlepas pandang atas kesibukan yang dilakukan pada minggu sebelumnya. Dalam kes lain, Guan Eng turut mengakui berlaku masalah 'silap taip' mengenai kos pembinaan projek terowong dasar laut beserta tiga rangkaian lebuh raya yang dirancang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang tahun lalu. "Sebagai pemimpin tertinggi negeri sewajarnya kenyataan tersebut tidak boleh diberikan malah ia seakan-akan siri kartun yang cuba memperbodohkan rakyat untuk menerima apa-apa sahaja alasan. Lepas satu salah, satu pula silap…. "Kepimpinan negeri anggap rakyat seolah-olah tidak tahu membaca, tidak tahu melihat apa yang berlaku, tidak mampu berfikir dengan waras dan gagal untuk menilai apa yang dilaksanakan oleh kerajaan sehinggakan alasan-alasan sedemikian diberikan," katanya. Tegas beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Jelutong, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, menjawat Ketua Menteri dan mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan maka tentunya memiliki keupayaan dalam menganalisa nombor dan angka tetapi dengan apa yang berlaku maka alasan yang diberikan sukar diterima. "Soal pentadbiran bukan permainan atau ibarat kartun malah kesilapan dalam pengiraan undi selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tahun lalu pun masih berlarutan yang menjadikan perjawatan dalam parti terbabit turut tergantung. "Jika dalam pengiraan undi boleh berlaku kesilapan berkali-kali, dalam pentadbiran kerajaan pun sama jadi bagaimana mahu diletakkan kebolehpercayaan sebagai pemimpin yang memiliki ketrampilan cekap, akauntibiliti dan telus (CAT)? "Perkara yang penting tidak boleh dipersenda. Jawatan dalam parti patut jadi keutamaan tapi sampai sekarang tak berkesudahan sehingga babitkan ROS pula, kemudian pentadbiran negeri yang seharusnya mempunyai perancangan diambil ringan sehinggakan berlaku kesilapan demi kesilapan." Sehubungan itu, beliau meminta agar kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah-sudahlah bersandiwara kepada rakyat kerana rakyat tidak bodoh. - MediaUMNO |
Bila Orang Kita Masih Gagal Pilih Keutamaan… Kangkung Jadi Pilihan Posted: 16 Jan 2014 03:40 AM PST Beberapa hari ini isu “kangkung” menjadi topik hangat. Amat malang dan menyedihkan dalam suasana kita menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw nampaknya isu kangkung menjadi keutamaan yang paling penting berbanding untuk kita menghayati sejarah perjuangan Rasulullah saw. Apa yang ada pada isu kangkung… ia hanyalah kenyataan Perdana Menteri yang diputar belitkan… Mengapa tidak dipandang bantuan yang diberikan oleh kerajaan ketika 'kalimah' kangkung itu dijadikan contoh. Isu kangkung yang diungkapkan oleh Perdana Menteri hanyalah sebagai contoh untuk membuktikan pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang. Ianya hanya satu analogi bagi menerangkan kepada rakyat bahawa tidak semua harga barang dikawal oleh kerajaan kerana kerajaan hanya mengawal barang yang termasuk dalam senarai harga kawalan. Namun sayangnya putar belit pembangkang telah berjaya 'menjajah' minda masyarakat masa kini. Tidakkah kita sedar sebenarnya ini hanyalah satu helah mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menutup segala kesilapan dan kesalahan mereka termasuklah isu penutupan pusat latihan GiatMARA, isu kalimah Allah, isu bantuan banjir dan juga perebutan kuasa di Selangor antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Kepincangan yang semakin meruncing di dalam pakatan pembangkang berjaya ditutup hanya dengan isu kangkung. Adakah isu kangkung jauh lebih penting berbanding masa hadapan anak bangsa yang bakal hilang tempat menimba ilmu… Adakah isu kangkung lebih besar berbanding maruah agama yang dipijak-pijak… Fikirlah wahai masyarakat sekalian. Jangan mudah kita dimanipulasi oleh mereka yang mahu menghancurkan kita secara halus. Mereka kini seakan telah berjaya menjajah minda kita… Semoga masih belum terlambat untuk kita semua bangkit dan tahu membezakan apa yang lebih penting demi masa hadapan negara… Fikir-fikirkanlah…. Nur Arysha Ukasyah |
Tarik Balik Saman : Isunya Mudah, Kenapa Buat Susah? Posted: 16 Jan 2014 01:44 AM PST Penulis sedikit tak faham apa masalahnya dengan UMNO menarik balik saman terhadap Tian Chua dan Mustafa Ali yang digembar gemburkan sesetengah pihak untuk mengatakan UMNO lemah. Apa yang tak faham kat situ? Ceritanya mudah saja, 2 pihak itu tak mengaku ada tuduh UMNO, satu kata tak maksudkan, satu lagi kata bukan UMNO tapi blogger UMNO. Malah bukan setakat itu, ada juga yang mengaku kesal kerana keluar kenyataan tersebut dan yang paling penting, kedua-dua artikel fitnah berkenaan ditarik balik dari Harakah dan Suara Keadilan (web). Kalau depa betul, kenapa nak tarik balik artikel tu? Siap ada yang menyatakan kekesalan (Tian Chua) dan mengalihkan 'maksud' kepada blogger UMNO tanpa menyatakan siapa yang dimaksudkan (Mustafa Ali). Secara tak langsung mengaku salahlah dan minta maaf, cuma dalam hal ini dia guna perkataan menyesal. Soal dia nak mengaku atau tidak itu bukan isu. Lagipun, sejak bila yang pemimpin pembangkang ni pernah mengaku bila buat salah? Inipun kira untung UMNO akhirnya saman kepada pihak gunakan nama parti itu untuk buat fitnah, ada jugalah perubahan dari zaman dulu-dulu. Zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri,apa saman pun tak pernah ada walaupun cakapnya tu macam-macam. Jadi penulis tak faham kenapa isu ini nak dihebohkan sepanjang masa serta dijadikan petunjuk bahawa UMNO lemah, lemahkah kita kalau pihak berkenaan dah mengaku salah dan mengambil tindakan yang sewajarnya? Penulis sebetulnya tahu proses yang perlu dilalui sebelum hal saman menyaman ini masuk peringkat perbicaraan penuh, tapi terlalu panjang nak ditulis di dalam ruang yang singkat ini. Senang kata, ibarat polis kejar penjenayahlah. Dah kejar, disuruh berhenti, dan dia berhenti, polis nak tembak orang tu lagi ke? Dah tentulah tidak, jadi apa lagi isunya? Atau mungkinkah yang mempersoalkan keputusan ini sebenarnya tak faham prosedur mahkamah dalam kes-kes seperti ini? Takpe kalau tak faham, tapi tanyalah dengan orang yang faham, bukan menukar ketidakfahaman itu kepada kebodohan. Patutnya dalam isu ini, Tian Chua yang perlu jelaskan kenapa dia bersetuju supaya artikel itu ditarik balik, dan sebab musabab menyatakan rasa kesal - kalau betullah dia berada di pihak yang betul seperti yang balaci dia faham sebelum ini. Dalam praktis biasa, sememangnya bala ini dia yang perlu jawab, bukan UMNO. Bila dia bersetuju tarik balik artikel itu dan menyatakan rasa kesal, jelas disitu memang dia salahlah kerana memfitnah UMNO, dan menunjukkan UMNO dah menang dalam soal itu, lagi nak pertikaikan apa? Justeru penulis tak rasa salah kerana mempersoalkan mereka yang mempertikaikan keputusan UMNO menarik balik semula saman ni. Dah jelas disitu UMNO menang pun, masih lagi dipertikaikan keputusan tersebut. mykmu.net |
Sumbat Kangkung Ke Mulut Replika PM Satu Tindakan Mentaliti Kelas Rendah Posted: 16 Jan 2014 01:39 AM PST KUALA LUMPUR, 16 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan biadap dan 'kurang ajar' sekumpulan kecil penyokong PKR yang dikelolakan oleh ADUN PKR Machang Bubuk yang telah menyumbat masuk sayur kangkung ke mulut replika YAB Perdana Menteri. Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, sikap biadap kumpulan ini merupakan tindakan mentaliti kelas rendah dan tidak akan membantu pun ke arah menurunkan kos saraan hidup. Tindakan ini jelas beliau hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih populariti murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat didalam negara kita. "Jika mereka ini bertanggungjawab, seharusnya mereka ini berganding bahu dengan Kerajaan untuk mencari punca kenaikan ini dengan melihat 'supply chain' khususnya kegiatan 'orang tengah' yang memonopolikan barang keperluan seharian. “Pergerakan Pemuda UMNO Negeri meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung ini dalam semua saluran media. Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak katikkan," ujarnya. -MediaUMNO |
UMNO Youth Can’t Defend Aggressive Acts – Khairy Posted: 16 Jan 2014 01:13 AM PST KUALA LUMPUR, Jan 16 – Umno Youth cannot defend the act by one of its members who had punched Deputy Education Minister P.Kamalanathan recently, said its head, Khairy Jamaluddin. Whatever reason or pressure faced by the member concerned, such aggressive act should not be taken against Kamalanathan or any other person. “He (the member concerned) had met me and explained the factors leading to the incident. I accepted the explanation, but for whatever reason, we cannot act in a physical manner,” he said when commenting on the incident to reporters after conducting a price check at the Kuala Lumpur Wholesale Market. Khairy said the show-cause letter demanded by the Umno Management was for the member concerned to state his version in the incident and subsequently allow the party disciplinary committee to consider the case. In the incident on Jan 12, Kamalanathan was reported to have been punched by a man in the elected representative’s office after a programme organised in the area. |
Halang Hak Kebebasan Individu, Tindakan Tegas Perlu Diambil Posted: 16 Jan 2014 01:08 AM PST KUALA LUMPUR 16 Jan – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia memandang serius ke atas kejadian yang menimpa Cikgu Choi Yem Chan baru-baru ini berikutan larangan memakai tudung setelah memeluk Islam. Ketua penerangannya, Datuk Rosni Zahari berharap agar tindakan tegas diambil apabila Cikgu YC Choi yang sebelum ini mengajar di SJK (C) Nan Ya, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor yang telah memeluk agama Islam telah dihalang dari memakai tudung ke sekolah oleh Pengerusi Jemaah Sekolah iaitu Pang Ah Ngan. "Kami harap satu tindakan tegas dapat diambil ke atas Pengerusi Jemaah Sekolah tersebut kerana beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang Cikgu YC Choi dari memakai tudung atau berhijab." Katanya, apabila seseorang wanita Islam memilih untuk memakai tudung, itu merupakan hak kebebasan individu tersebut dan hak kebebasan berpakaian ini termasuklah di tempat kerja selagi ia tidak melanggar tatasusila dan adab seorang Islam dan hak ini juga telah diperuntukkan di bawah perlembagaan Malaysia. |
Skuad Pengguna Pemuda Ditubuh Bagi Pantau Kenaikan Harga Barangan Posted: 16 Jan 2014 12:59 AM PST SELAYANG, 16 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menubuhkan Skuad Pengguna Pemuda bagi memantau kenaikan harga barangan oleh segelintir peniaga tidak bertanggungjawab sebagai salah satu usaha untuk menangani beban kos hidup rakyat. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Skuad Pengguna ini akan membuat pemantauan untuk membantu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna dan sebagai permulaan skuad berkenaan akan ditubuhkan di bandar utama seluruh negara terlebih dulu sebelum ia diperluaskan ke pekan kecil. "Skuad ini akan memantau harga barangan jika ada kenaikan tidak munasabah mereka akan melaporkan kepada KPDNKK bagi membolehkan tindakan diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang disediakan. "Jika kita hanya mengharapkan KPDNKK bersendirian berdepan masalah ini mana mungkin mereka mampu mengawalnya seluruh negara, sebaliknya tanggungjawab ini harus diambil secara bersama," katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan 'Denyut Nadi Rakyat' di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan meluangkan masa kira-kira sejam bagi bertemu peniaga dan pemborong untuk mendengar serta mengetahui situasi semasa kenaikan harga barang. Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Wilayah, Razlan Rafiee, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainurin Zakaria dan beberapa orang EXCO Pergerakan UMNO Malaysia. Semalam, Jawatankuasa Khas Kabinet yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menangani beban kos hidup rakyat. Sehubungan dengan itu, kerajaan juga turut mengarahkan Menteri Kabinet supaya turut turun padang bagi meninjau kenaikan harga barangan dan bertemu peniaga untuk mengenal pasti punca kenaikan harga. “Arahan supaya Menteri turun padang bukan bermakna KPDNKK gagal melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, sebaliknya masalah ini harus dihadapi secara bersama jika mahu menanganinya,” ulasnya terhadap arahan kerajaan tersebut. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment