tun faisal dot com

tun faisal dot com


#SyokSendiri Siapa Pegawai Perdana Menteri @NajibRazak yang dimaksudkan oleh @PapaGomo ?

Posted: 12 Jan 2014 08:28 PM PST



Tiada pembelaan untuk blogger dan cybertrooper akibatkan serangan ini dihalakan 
kepada Perdana Menteri ? Sehingga hari ini tidak ada pemimpin yang mengambil tahu tentang nasib dan masa depan bekas blogger dan cybertrooper UMB. 

Pegawai media Pejabat Perdana Menteri & Pemandu terus menerus menipu Najib Razak


Selepas pilihanraya ke 13 kita dapat lihat UMNO parti Melayu yang mentadbir negara bagaikan layu tak berkesudahan walaupun mereka telah menang pilihanraya umum ke 13. Pihak Pakatan Rakyat yang di dominasi DAP yang tewas semakin garang mengucar kacirkan UMNO terutamanya menjatuhkan kreabiliti Presiden UMNO Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.

Semakin hari imej YAB Perdana Menteri semakin di perlekehkan oleh pihak Pakatan Rakyat yang mana beroperasi dengan pelbagai modus operandi antaranya isu kenaikkan harga barang dan juga perbelanjaan tinggi YAB PM. Pekara ini di lihat semakin menjadi jadi apabila YAB PM sendiri tidak mendengar dan mengetahui apa yang berlaku di bawah terutama keluh kesah rakyat dalam peningkatan kos sara hidup.

Imej YAB PM semakin tercalar akibat dari pihak Media Pejabat Perdana Menteri yang di lihat culas ataupun tidak melaporkan pekara yang sebenar tentang laporan yang di perolehi dari rakyat di lapangan dan dalam media sosial. Bertambah parah apabila pegawai PMO yang menjaga Facebook YAB PM telah melakukan satu persatu kesilapan dalam tugas mereka sehinggalah menyebabkan imej YAB PM terus di kecam oleh rakyat terutamanya pelayar Facebook.

Saya di fahamkan pegawai PEMANDU yang telah mengeluarkan kenyataan di Twitter "Former Prime Minister Najib Razak" telah pun di pecat akibat kesilapan yang di lakukan. Satu tindakan yang tepat di buat kerana ianya menjadi bahan tertawa oleh rakyat dan juga menjatuhkan reputasi YAB PM.

Namun demikian pegawai yang menjaga Facebook YAB PM yang telah gagal dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan YAB PM di serang dan di cerca akibat status Facebook pada 2 Januari 2014:


"Alhamdulillah, langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang saya umumkan Isnin lepas mendapat maklumbalas yang baik dari rakyat." - FB Najib Razak

Kenyataan di atas bukanlah satu kenyataan dari YAB PM sebaliknya pegawai Facebook PMO yang telah mengeluarkan kenyataan tersebut. Status tersebut telah menyebabkan ramai yang masuk meluahkan komen komen yang negaif kepada YAB PM kerana apa yang di nyatakan PM sepertimana di dalam FB tersebut adalah tidak benar dan tepat.  Tidak ada maklumbalas positif yang melebihi maklumbalas negatif berhubung status FB tersebut.

Saya ada menyuarakan pekara ini yang mana saya ingin tahu apa tindakan yang di ambil ke atas pegawai yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan saya mendapat satu maklumbalas yang pada anggapan saya tidak masuk akal dan tidak profesional dari seorang pegawai di Media pejabat Perdana Menteri.

Jadi kita tahulah bahawa media PMO menyatakan ada yang memberikan feedback kepada YAB PM bahawa 11 langkah penjimatan tersebut positif walaupun realitinya yang sebenar ianya adalah negatif dan YAB PM sendiri tidak menerima maklumbalas tersebut. Jika ianya ada Pro dan Kontra maka tidak wajar jika pegawai Facebook YAB PM mengeluarkan kenyataan "Rakyat berpuas hati dengan pengumuman 11 langkah yang di umumkan". Ini tidak ubah seperti sabotaj dari dalam untuk terus menjatuhkan kepimpinan YAB PM kerana PM Najib Razak tidak sebut perkataan tersebut.

Sahabat saya ada mengulas mengenai isu ini :

Jika Edelman yang kendalikan ETP Twitter dah ditamatkan, staf RTM digantung sebab kesilapan dll, kenapa pula mereka yang buat kesalahan di atas masih nak dikekalkan?

Difahamkan Dato Najib tak sebut perkataan di atas. Pihak yang memandai ini difahamkan datang dari satu outfit bawah pejabat yang terletak dalam bangunan warna coklat atas bukit di putrajaya. - klik disini


Benar dan setelah saya membuat semakan mendapati pegawai Facebook yang melakukan kesilapan tersebut belum lagi di ambil sebarang tindakan. Sebaliknya seorang kerani yang tidak terlibat telah di tukarkan ke tempat lain. Mengapa yang bersalah tidak di kenakan sebarang tindakan sebaliknya kerani yang tidak tahu apa apa di tukarkan?

Kita bukan mahu untuk pegawai tersebut di pecat tetapi jika beliau telah gagal dalam melakukan tugas adalah lebih baik menukarkan pegawai tersebut bagi memastikan kesilapan sebegini tidak lagi berlaku di kemudiaan hari. Imej YAB PM menjadi tanggungjawap media di pejabat Perdana Menteri dan Dato Tengku selaku ketua media pejabat PM perlu lebih peka dalam pekara ini kerana rakyat hari ini bukan lagi bodoh berpolitik. Rakyat semakin matang menilai dan membuat hukuman atas apa yang mereka rasakan tidak betul.

Pegawai pejabat Perdana Menteri (PMO) seharusnya memberikan laporan yang betul apa yang di suarakan dari rakyat. Usah lah pegawai PMO menipu YAB PM kita dengan cerita dan angka yang tidak benar kerana akhirnya yang menjadi mangsa adalah YAB PM kita.

- Malay Rights

Siapa blogger dan menteri tin kosong yang Unspinner maksudkan?

Posted: 10 Jan 2014 08:09 PM PST


Nampaknya rugi saja belanja mahal untuk Ikrar Brotherhood. 
Lagi mahal daripada belanja majlis harijadi. Itupun belum termasuk duit raya. Kalau masuk duit raya dan gajet tentu banyak lagi. Akhirnya tetap membalun sesama sendiri dan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin BN juga tidak ketinggalan dibalun. Siapa la yang malang yang akan dilantik menjadi Pengarah Jabatan Media Sosial UMNO/Barisan Nasional yang disebut-sebut oleh Datuk Rocky Bru dan Lim Kit Siang? 


Berhati-hati blogger pro UMNO

Contoh kebodohan mereka yang syok main gambar hingga disiar oleh pembangkang


Sumber The Unspinners mendapat tahu bahawa MB Selangor telah arahkan ditubuh Biro Strategi dan Komunikasi Kerajaan Selangor.

Difahankan ianya terdiri dari lima orang bloger dan pakar IT. Taklah macam kita yang bawak orang tak tahu apa pasal media atau blog atau sosial media.

Mereka beroperasi di satu pejabat di Shah Alam. Fokus tugas mereka adalah untuk lancar propaganda bagi PKR dan pertahan kerajaan Selangor.

Ia dianggotai oleh blogger, grafik artis, strategis komunikasi dan lain-lain. 

Tujuannya adalah supaya ada data sebaik saja ada apa-apa yang boleh disaman. Jika perlu, mereka tidak keberatan untuk hantar gangster untuk ugut dan cederakan blogger kita

Buat masa ini, pengkhususan peringkat awal mereka mencari maklumat berkaitan tentera maya UMNO. Lain dari pihak kita yang ada tukang sauk tengah jalan untuk ambil bajet, mereka akan diberi bajet yang cukup untuk beroperasi.

Baik-baik dan berhati-hati wahai blogger pro kerajaan terutama mereka yang identiti diketahui.

Jabatan penerangan kerajaan dan UMNO serta satu menteri Tin Kosong sudah bela satu double agent yang pasti telah dapat identiti kebanyakkan dari anda dan kini dah kaya raya hingga mampu ada kedai di sebuah bangunan pejabat mahal.

Dia kaya tapi blogger sendiri tak berapa dijaga kebajikan. Kadang-kadang banyak bangang orang orang atas ni.

Dahlah sesama blogger pro UMNO banyak cemburu, hasad dengki dan sampai tak tahu guna otak untuk letak sempadan bila kelahi. Ada sanggup dedah dan kerjasama dengan pemimpin pembangkang untuk bantu kenalpasti blogger sendiri.

Bukan ke bangsat tu...

GST - Pemimpin PR @RafiziRamli @Imokman @DrDzul @KhalidSamad disekolahkan @GSTMalaysiaInfo lagi

Posted: 09 Jan 2014 07:48 PM PST



GST meningkatkan KOS SARA HIDUP? 

NOTA - Masih Ingat Rafizi Ramli? Khabarnya dia nak buat penerangan pasal GST. Tak payah lah pergi. Sebelum ni kita dah tunjukkan yang Rafizi salah buat unjuran / projection pendidikan percuma. Sebab apa salah? sebab dia tak tahu di mana nak cari info yang tepat dan kegagalan dia untuk memahami pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Malaysia.

Baca di sini untuk lihat unjuran-unjuran Rafizi yang salah

[Video] Bicara Kampus #PTPTN: Unjuran @RafiziRamli salah!

Unjuran Rafizi untuk pendidikan percuma salah, unjuran #HargaKereta pun hancus #ManifestoBukanJanji


Selepas itu, saya sendiri menjadi saksi hidup apa bila dia mengatakan cukai Finland lebih rendah daripada Malaysia sewaktu debat pendidikan percuma dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin.

Penipuan Rafizi ini jelas kerana cukai Finland adalah seperti berikut:-

Cukai Individu - 51.13%
VAT / GST - 24 % umum, 14 % makanan , 10 % penginapan, pengangkutan, farmaseutikal, buku, kebudayaan
Cukai Korporat - 24.5 % sebelum ini 26%

sedangkan di Malaysia 
Cukai Indidvidu - 26%
VAT/GST - Belum dilaksanakan, jika dilaksanakan hanya 6%
Cukai Korporat - 25 %


Di bawah ni pula penipuan Rafizi dikantoikan oleh GST Malaysia Info pula. Jelas dari penerangan di bawah, Rafizi sebenarnya tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat yang mendalam tentang GST dan gemar mereka-reka cerita. Tak payah lah tanya orang yang dah kantoi menipu banyak kali pasal GST ni. Tanya terus kepada GST Malaysia Info. Tweethandle nya @GSTmalaysiainfo atau di sini.




Politik + GST = Emosi
Posted by gst MYinfo (gstmalaysiainfo) On December 09, 2013 1 Comment

Cukai memang hal yang sensitif. Naik cukai, naik darah. Lepas tu lagi, gerenti ahli politik terkam isu tu dan diperbesarkan dengan penuh emosi. Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang dikatakan saudara Rafizi Ramli, ahli politik PKR, tentang GST dalam video ini.



Penuh emosi. Menurutnya, terdapat banyak isu negatif berkaitan GST dan rakyat jelata akan terbeban. Marilah kita ketepikan emosi yang berlebihan tu dan fokus atas fakta-fakta yang kita tau tentang GST.

Kita bahagikan dari segi isu-isu yang saudara Rafizi bangkitkan.


Isu 1: Barang-barang yang diwartakan sekarang sikit

Dari tahun 1970-an dah ada cukai jualan dan cukai perkhidmatan cuma sekarang je baru orang ambik perhatian. Sebelum ni kebanyakan barang memang dikenakan cukai jualan cuma kita tak nampak pasal tak tertera dalam bil.

Kata saudara Rafizi, sekarang ni hanya barangan yang diwartakan dikenakan cukai tapi yang lain tidak. Lepas tu, ada pulak contoh dimana beliau berkata yang dengan GST yang akan datang, walaupun barang seperti beras yang tidak dicukai, akan ada pulak bahan lain seperti plastik dan sebagainya yang akan di cukai maka pengguna akan dicukai jugak.

Sebenarnya, senario ni pun boleh berlaku sekarang dengan barangan yang tak di wartakan bawah sistem SST sedia ada cuma kerana jumlah cukai ni tak tertera dalam bil atau resit, kita tak tau.

Contohnya, pengilang dikenakan cukai jualan 10% apabila membeli bahan mentah. Cukai ini kemudiannya ditambah pada harga barangan. Peruncit pulak membeli barang ni, ditambah peratus untungnya and kemudian dijual kepada orang ramai. Kita yang membeli, kalau dikira balik, telah pun membayar cukai (anggaran berjumlah 8%, iaitu lebih dari 6% GST) tetapi ini tidak tertera dalam bil. Oleh tu, kebanyakan orang tak sedar yang selama ni, kita memang dah lama membayar cukai penggunaan (consumption tax).

Bayangkan pulak, bagaimana agaknya kalau umpamanya, peruncit jugak kenakan cukai jualan? Berapa banyak lagi jumlah cukai yang harus kita bayar?

Dengan GST, kita tau jumlahnya – 6% daripada harga jualan. Takde cukai lain yang tersembunyi. Itu la orang katakan sistem yang telus (transparent).



Isu 2: Harga beras naik dengan GST

Dalam contoh saudara Rafizi, dia kata beras tak dicukai tapi beg plastik, mesin dan perkhidmatan penyelenggaraan mesin yang diguna untuk membungkus beras tadi dikenakan cukai GST. Cukai tu pulak ditambah keatas harga beg beras sebelum dijual kepada pengguna. Maka, dengan itu harga beras dijangka naik.

Sebenarnya, dalam sistem GST, cukai yang dikenakan atas beg beras, mesin dan perkhidmatan penyelenggaraan tadi tu boleh dituntut balik sebagai kredit (input tax). Jadi, pengilang yang membungkus beras tadi tak akan dibebankan dengan cukai GST dan dengan itu, harga beras tadi tak sepatutnya naik.

Dalam contoh ini, kedua-dua, pengilang dan pembekal beg plastik dianggap telah mendaftar untuk GST dengan pihak kastam. Misalnya pulak, kilang tadi tu beli daripada pembekal yang tak berdaftar untuk GST (i.e. jumlah jualan setahun pembekal tu kurang dari RM500,000), kilang tu memang tak dikenakan GST jadi sepatutnya tak naik jugak harga beras.



Isu 3: Kos pelaksanaan GST tahunan sebanyak RM15,000 membebankan peniaga kecil

Peniaga kecil-kecilan, kata saudara Rafizi, akan merasa beban GST sebanyak RM15,000 setahun, atau RM1,250 sebulan untuk failkan cukai GST. Ini memang beban untuk peniaga kecil serta kakak-kakak dan ibu tunggal yang mengusahakan kedai jahit yang untungnya sikit.

Jadi, nasib baiklah GST ni hanya mandatori dikenakan keatas perniagaan yang mempunyai jumlah jualan setahun melebihi RM500,000.

Dengan tu, peniaga-peniaga kecil serta kakak-kakak dan ibu tunggal yang mengusahakan kedai jahit tadi bolehlah menghembus nafas lega.

Kalau, misalnya, peniaga-peniaga kecil ni menghasilkan jualan sebanyak RM500,000 setahun atau RM41,666 sebulan, tak wajarkah mereka membayar RM1,250 sebulan sebagai kos pelaksanaan GST? Itu pun, kalaulah jumlah RM1,250 yang saudara Rafizi katakan tu dianggar dengan tepat.

Inilah dia – ahli politik yang dikatakan (dan mengatakan sendiri) yang mereka terlatih dalam hal percukaian pun masih belum faham bagaimana sistem GST berfungsi.

Yang membimbangkan lagi ialah saudara Rafizi nak memulakan roadshow PKR diserata Malaysia dimana beliau akan bercakap tentang GST. Tambah lagi, dia menjemput orang ramai turun ke jalan raya untuk buat protes GST.  Harap-harap dia boleh membetulkan fakta-faktanya sebelum berceramah.

Wajarkah orang ramai protes GST kalau meraka belum lagi faham apa tu GST? Bukan kita nak katakan jangan turun ke jalan raya dan protes GST – cuma, kalau nak protes, biarlah faham dengan lebih teliti apa tu sebenarnya GST terlebih dulu.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...