Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Mukhriz Mahathir Beli Kereta Mewah? #HanyaDiKedah

Posted: 04 Jan 2014 05:12 AM PST




Demi menghalalkan tindakkan pemimpin kesayangan macai macai pembangkang yang dilabel sebagai khalifah Umar Abdul Aziz membeli kereta mewah jenama Mercedes Benz untuk kegunaan rasmi, macai macai ini mula menyebarkan fitnah menuduh pula Menteri Besar Kedah ( UMNO ) iaitu Mukhriz Mahathir mengunakan kereta yang sama.


Ya memang betul pun kereta Merc Benz bernombor pendaftaran KCX 8 ini kereta untuk Menteri Besar Kedah tapi kereta ini sebenarnya dibeli ketika Kedah ditadbir oleh Pas..

Pembelian kereta mewah ini diakui sendiri oleh Allahyarham Tan Sri Ust Azizan dan Allahyarham selalu guna kereta ini untuk kegunaan rasmi..


Tetapi bila Kedah ditadbir semula oleh BN, YAB Menteri Besar sekarang Datuk Paduka Mukhriz memilih untuk mengunakan kereta lama Toyota Land Cruiser Cygnus model tahun 1998 no pendaftaran KBJ 8 sebagai kenderaan kegunaan rasmi beliau.

Seperti gambar dibawah.



Jadi kita boleh nilai sendiri pemimpin mana suka bermewah dan pemimpin mana yang merendah diri tidak bermegah..


Sumber Medan Tempur

PANASS!! Laungan Azan Mengegarkan Malam Tahun Baru di Kedah! #HanyaDiKedah

Posted: 03 Jan 2014 11:12 PM PST



Kedah sambut tahun baru dengan program maksiat? Heboh diperkatakan kerajaan negeri Kedah menyambut tahun baru dengan program lagha dan ketepikan nilai-nilai Islam.. betul ka?

Jom tengok video kat bawah ni..




Video di atas dirakam sewaktu malam sambut tahun baru. Jika kebanyakan tempat menyambut dengan bunga api, tetapi di Sungai Petani mereka menyambut malam tahun baru dengan laungan azan!

Memang ada di Kedah yang menyambut dengan bunga api, tetapi di Kedah juga diberi pilihan untuk menyambut cara Islam ataupun biasa. Sebab negara kita ni berbilang kaum, jika semuanya disambut cara Islam, dimana pulak india, cina dan bangsa lain nak sambut tahun baru? Timbang rasalah..

Gambar dibawah ni adalah satu fitnah terhadap kerajaan negeri Kedah.

Gambar tarian tu, bukan diambil bukan pada malam tahun baru. Tapi pada program Langkawi Magikal.. program pelancongan antarabangsa yang berlangsung selama 18 hari.

Sudah tentu ada tarian kebudayaan untuk dipersembahkan kepada pelancong.. betui dak?



Fitnah ini makanan pada puak pembangkang! Malah ada pulak macai Pakatan yang percaya tanpa usul periksa. Malah puak ni juga yang maki hamun kerajaan negeri Kedah sekarang kononnya tak islamik. Habis tu yang dok maki hamun orang tu, dah cukup Islam sangat la ya?

Macai Pakatan cuma tunjuk sambutan kerajaan Pulau Pinang di ceramah Ustaz Azhar Idrus.. cuba tunjuk sambutan tahun baru di Batu Feringgi. Tarian separuh bogel bersulam arak.. malah lebih dahsyat dan mungkin setaraf dengan Thailand kot.

Pada puak Pas ni, apa saja yang UMNO buat, semuanya tak elok dan tak cukup Islamik. Sedangkan mereka sendiri tak sedar, selama 56 tahun ni, apa yang Pas buat untuk pertahan dan sebarkan syiar Islam di Malaysia. Setakat ceramah politik maki kerajaan, tak mungkin Islam boleh kuat.

Sebab tu Mc nak pesan pada puak-puak Pas ni.. tolong cermin diri dulu, sebelum tegur orang lain. Kalau baju sendiri pun dok koyak rabak, jangan ada hati nak kutuk baju orang lain tak elok. Faham?


McTheory:
Tapi MACAI Pakatan ni.. mana pernah faham.. bebal tak sudah..

HOT!! Kami Simpati Teramat Pada Mahfuz Omar! #Turun

Posted: 03 Jan 2014 07:24 PM PST


Mc jatuh kesian dan simpati, bila baca kesemua tweet Mahfuz pada malam tahun baru yang lepas. Mahfuz Omar ni seorang Pesuruhjaya Pas Kedah juga merangkap Ketua Penerangan Pas Pusat yang baru.

Tapi bila baca tweetnya, rasa macam tweet dari seorang budak sekolah yang meroyan!

Kalau tak percaya cuba baca kat bawah ni,


Sebagai seorang Ketua Pas di Kedah dan Ketua Penerangan Pas Pusat, sudah tentu kita menjangkakan maklumat yang lebih dari seorang yang mampu mengalas jawatan tersebut.

Tapi kalau setakat tweet kosong dan bodoh macam tu.. pencacai bawahan Pas yang bongok pun boleh buat lebih dari Mahfuz!

Mc teringin nak tanya ahli Pas Kedah ni.. apakah hangpa anggap orang macam ni layak jadi Ketua hangpa? biaq betui? jatuh martabat bijak pandai agama dan Ulamak Pas Kedah woo.. kalau macam ni!

Kalau macam ni la Ketua Pas Kedah, Mc berani guling-guling tengah Aloq Setaq, kalau Pas berjaya tawan Kedah balik nanti. he he he..




McTheory:
Ohh Mahfuz.. ku sangka hang dah berubah.. rupanya bodoh mu tetap sama..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...