Kedah Ke KL - MctHeory |
HOT! Ayahanda Tun Mahathir Bakal Kembali Ke Putrajaya? Posted: 12 Jan 2014 05:12 AM PST Benarkah dengan apa yang Mc baca dalam TMI ni? Rasanya pembaca boleh menilai sendiri mengenai berita yang dikeluarkan oleh TMI. Sebab mereka ni pro PR, soo nak percaya 100% pun agak susah la. Baca kat bawah, Di antara laporan yang TMI tulis, Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mahu Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Putrajaya untuk membantu kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) menangani isu perkauman, agama dan ekonomi yang meruncing. Beliau berkata, cadangan itu bukan untuk bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu untuk mengambil teraju kepimpinan negara daripada Datuk Seri Najib Razak, tetapi untuk membantu beliau berdepan dengan isu semasa yang sedang memarak dalam negara. "Kabinet perlu membuat keputusan segera untuk memberi tempat kepada Dr Mahathir untuk memastikan beliau dapat memainkan peranan memberi sokongan moral kepada perdana menteri untuk mengukuhkan undang-undang negara dan mengembalikan keyakinan rakyat sebelum membawa semula ISA," katanya merujuk kepada cadangan undang-undang drakonian, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan Seterusnya Baca SINI McTheory: Perlu atau tidak Tun Mahathir kembali ke Putrajaya? |
PANASS!! Pas Kedah Bakal Lancar FITNAH Terhadap Isteri MB Kedah? #HanyaDiKedah Posted: 12 Jan 2014 12:41 AM PST Awas! Pesanan Mc kepada kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan Dato Mukhriz, kerana bermulanya 2014 ni. Kilang fitnah Pas Kedah yang ditutup akibat kurang imbuhan dan peruntukan sudah mula dibuka dengan rasminya oleh Mahfuz Bean Omar pada malam tahun baru 2014. Bermula dari itu, bloggers dan troopers Pas galak menyebarkan pelbagai fitnah dengan pelbagai isu. Betul atau tidak betul kesahihan berita tersebut, mereka tak kira. Janji berita tersebut boleh memberikan persepsi buruk kepada kerajaan negeri Kedah. Bila Mc perhatikan memang sejak masuk tahun baru ni, pelbagai isu telah dibangkitkan oleh Pas yang diketuai oleh Mahfuz Bean Omar, Nasir Zakaria (YB Demam) dan Leman raja lemau. Malah Leman yang diarahkan oleh Pas Kedah turun berflashmob dimerata-rata tempat kononnya nak menunjukan rakyat Kedah membantah kerajaan BN disebabkan harga barang naik. Sedangkan walau dimana pun Leman berflashmob, dia tetap bawak orang yang sama. Sebab dah berapa tempat Leman buat, flashmobnya hanya capai 15 atau 20 orang sahaja. Cuma dalam sinar haruan atau harakahkahkah saja yang tulis 300 orang. he he he.. mungkin 300 termasuk jin dan syaitan kot. Walaupun sekarang ni isu yang Pas bawak hanya isu lapuk dan kelas ketiga. Namun kerajaan negeri perlu berhati-hati, kerana puak Pas ni, boleh 'membuat' isu kelas pertama untuk menjahanamkan reputasi kerajaan negeri Kedah. Apa yang Mc dengar, mereka sudah mula mengumpul bukti sahih dan 'hearsay' mengenai MB Kedah, Setpol MB, Pegawai-pegawai MB dan para-para Exco yang masih lagi mencari tapak dalam mentadbir di Kedah. Malah, jika semua isu tidak berkesan, mereka akan cuba mencari isu berkaitan dengan Datin Norzita, Isteri kepada MB Kedah dan mengaibkan beliau. Mungkin modus operandi mereka sama seperti mana mereka mengaibkan Datin Seri Rosmah. Hinggakan 30% rakyat Malaysia percaya akan segala perilaku buruk DS Rosmah itu memang benar, walaupun sebenarnya cerita itu tidak mempunyai bukti-bukti sahih dan boleh dikategorikan sebagai FITNAH! Sebab tu Mc minta kerajaan negeri, lebih-lebih lagi penerangan kerajaan negeri yang bagi Mc masih lagi dibuai mimpi indah, dan penerangan UMNO Kedah, lebih bersedia untuk mempertahankan serangan yang akan Pas buat terhadap pentadbiran dan pimpinan negeri. Jangan fikir soal nak pertahankan jawatan saja. Sebab kalau BN kalah di Kedah nanti, jawatan pun hilang!! Mc dan TMK hanya memberi pesanan dan nasihat pada kerajaan negeri, kalau nak dengar, dengarlah, kalau taknak dengar pun takpa. Lagi pun siapalah kami ni pada kerajaan negeri kan? McTheory: Perang persepsi tu penting.. harap MB Kedah pandang serius! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment