BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! #HIMPUNANTURUN !!! #ANAKMELAYU TERUS DIPERALAT !!! BUKTI #CHEGUBARD MUNAFIK DIDEDAHKAN !!!

Posted: 04 Jan 2014 07:30 AM PST


"Ini bukan soal kaum.Tapi hakikat majoriti demo adalah anak-anak Melayu.Yang lain semua bukan tak berjuang untuk negara.tapi tak rela diperalat.Kalau tak percaya,lihat saja berapa ramai adik-adik kaum Cina/India yang datang malam ini untuk demo? Mereka semua kat cinema,supermarket dan lain-lain.Cerdiklah.

"Saya bukan rasis.Saya sedih lihat anak- anak Melayu diperalat untuk buat demo jalan pembangkang.Pernah nampak kaum lain? Fikirkanlah masa depan anda.Selalu dalam demo jalan,yang kena tangkap majoriti kaum Melayu.Kenapa adik-adik perlu diperguna? Pernah nampak adik-adik kaum Cina?"' 


Itulah yang dicoretkan Ketua Pemuda Gerakan,Tan Keng Liang dalam Twitter pada malam sambutan tahun baru bagi mengulas Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka.Mungkin ada orang Melayu yang akan terasa dengan kenyataan ini tetapi apa yang beliau katakan adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja.Renung,lihat dan kajilah siapakah yang paling ramai turun ke jalanan pada malam tersebut kononnya atas alasan bagi membantah kenaikan kos sara hidup.Sudah pasti jawapan yang kita dapati ialah anak Melayu.Apa yang mengecewakan sebahagian besar mereka dikenal pasti sebagai penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).Ada yang berjubah,bertudung labuh dan berpurdah tetapi sanggup berembun pukul 1-2 pagi bersama-sama kaum lelaki kononnya atas nama perjuangan.Kehadiran ribuan anak Melayu pada malam tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin pembangkang sudah membuktikan kata-kata Keng Liang bahawa anak Melayu sememangnya mudah diperalatkan atau dalam bahasa kasar diperbodohkan.

Salah satu kumpulan yang menganjurkan perhimpunan dengan bangga menulis dalam Facebook mereka bahawa perhimpunan haram itu mencapai kejayaan.Ya,betul memang ia mencapai kejayaan,tetapi bagaimanakah kejayaan tersebut diukur ??? Apakah ia dianggap satu kejayaan apabila mereka yang berarak menyusahkan pengguna jalan raya lain ??? Apakah ia diiktiraf satu kejayaan apabila penunjuk perasaan merempuh hadangan polis ??? Apakah ia satu kejayaan apabila peserta demonstrasi bertindak biadab mengganggu konsert tahun baharu yang dihadiri oleh ribuan orang awam yang tidak mahu terlibat dalam demonstrasi tersebut ??? Apakah ia satu kejayaan apabila anak- anak Melayu diperbodohkan untuk berkumpul beramai-ramai terpekik terlolong memaki kerajaan di jalanan serta menunjukkan isyarat lucah ??? Kalau tindakan-tindakan itulah dianggap satu kejayaan,ternyatalah puak-puak tersebut sememangnya satu kelompok yang tidak bertanggungjawab,tidak bertamadun, berfikiran jumud dan bangga tidak kena tempat.



Saksikan betapa licik Chegu Bard memperdayakan rakyat Malaysia dengan laungan himpunan aman beliau. Laungan ini sengaja dilakukan didepan kamera para wartawan untuk rekod sahaja.Peserta protes yang hadir bersama kumpulan utama beliau sudah pun tahu tujuan sebenar mereka turun berdemo pada malam sambutan tahun baru.Laungan perhimpunan aman hanya lah untuk mengaburi mata masyarakat awam bagi menambah jumlah kehadiran peserta.Acara malam tersebut memang sepatut nya berlaku dalam keadaan aman. Pihak berkuasa tidak melakukan sebarang provokasi atau gangguan keatas peserta.Jumlah Polis yang hadir juga amat minima.Polis sekadar membuat dua lapisan untuk menjad benteng pemisah antara demonstran dan penonton konsert di Dataran Merdeka.Bila diasak para demonstran.Mengapa rempuh barisan benteng Polis jika tujuan mereka berhimpun secara aman ??? Kawasan mereka berkumpul tidak langsung diganggu pihak berkuasa dan mereka bebas melakukan ucapan dan melalak sepuas puasnya dikalangan penyokong demonstrasi tersebut.

Jawapan sebenar terbukti apabila Chegu Bard dengan kelompok anarkis yang beliau kepalai melakukan rempuhan barisan Polis dan cuba pula menakluki pentas utama ketika konsert sedang berjalan. Itu lah tujuan dan objektif sebenar mereka... untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereça ada kuasa untuk menggulingkan pihak berkuasa dan pentadbir kerajaan. Gerakan Gulingkan Kerajaan secara simboliknya memang ternyata menjadi malam tersebut. Puak anarkis telah benar benar menunjukkan belang mereka.Chegu Bard 'memang celaka,memang sial dan memang tidak boleh dipercayai' oleh pihak berkuasa dalam sebarang perundingan.Apakah tindakan selanjut nya oleh Polis dan KDN ??? Musuh yang nyata telah terpancul didepan mata dan hampir hampir menyanyi diatas pentas. Rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian sudah tentunya teramat kecewa dan bosan dengan tiada tindakan tegas untuk menahan onar dari berlaku.Banyak Foreplay tapi tak boleh Play.dah mati pucuk ke ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

Sejak awal lagi,sudah banyak pihak melahirkan kebimbangan bahawa perhimpunan haram itu tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat sebaliknya hanya akan membawa kemudaratan,apatah lagi ia dilakukan ketika ambang tahun baru 2014.Kebimbangan itu menjadi kenyataan berikutan apa yang berlaku.Oleh itu,pihak yang menganjurkan perhimpunan haram tersebut harus bertanggungjawab dan bersedia menghadapi tindakan tegas hasil siasatan yang akan dijalankan oleh pihak berkuasa.Ia memandangkan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat sudah cukup bertolak ansur apabila membenarkan peserta demonstrasi memasuki kawasan Dataran Merdeka,tetapi ternyata kebaikan itu dibalas dengan kebiadaban.Justeru sekarang bukanlah lagi masa untuk berkompromi. 

Mereka yang bertanggungjawab mencetuskan kekacauan pada malam tersebut sehingga memungkinkan konsert di Dataran Merdeka dibatalkan harus dibawa ke muka pengadilan.Pedulikan apa juga yang hendak dikatakan oleh puak pembangkang dan sekutunya termasuklah Majlis Peguam.Kalau mahu bercakap soal hak asasi,penganjur dan peserta demonstrasi pada malam itu sudah pun melakukan pencabulan terhadap hak tersebut apabila mengganggu ketenteraman orang lain.Dalam soal penyertaan anak-anak Melayu ini,ia hakikatnya bukanlah satu yang luar biasa atau menghairankan sememangnya pakatan pembangkang amat memahami kumpulan itu paling mudah dipengaruhi untuk turun ke jalanan.Bantahan terhadap kos sara hidup melalui fakta yang diputar belitkan adalah helah pembangkang untuk memastikan budaya demonstrasi yang dipelopori oleh mereka berterusan. Pembangkang memahami jika bantahan itu mahu dilakukan melalui pentas-pentas ceramah ia tidak akan berjaya kerana jumlah hadirin ke ceramah mereka sudah tidak sehebat dulu lagi. 



Justeru demonstrasi jalanan adalah cara terbaik kerana mengetahui sebahagian anak Melayu memang suka seumpama itu untuk berseronok.Sudah pastilah dalam memperkatakan hal ini, 'sekalung tahniah untuk Pas' kerana sekali lagi menjadi parti yang paling setia mengerahkan ahli dan penyokongnya untuk turun ke jalanan.Begitu mudah sekali ahli dan penyokong Pas diperbodohkan untuk menyertai perhimpunan haram itu dengan diiringi oleh pula oleh beberapa pemimpin parti tersebut. Kita tidak menafikan ada juga ahli PKR yang menyertainya tetapi berapa ramai ??? Bagaimana dengan DAP,apakah mereka juga begitu gigih membuat seruan supaya ahli dan berapa ramai penyokong mereka menghadiri perhimpunan itu ??? Sudah pasti tidak.Ini kerana mereka tahu Pas akan mampu mengerahkan ahli dan penyokong parti itu memandangkan mereka adalah kelompok yang kononnya setia kepada arahan parti.Sekali lagi,Pas diperalatkan untuk memuaskan nafsu politik PKR dan DAP. 

Di negeri-negeri yang diperintah oleh PKR dan DAP, tiada demonstrasi sebaliknya ia diserikan dengan konsert dan pertunjukan bunga api,tetapi di Kuala Lumpur, ahli dan penyokong 'diperkudakan' untuk menyertai perhimpunan haram.Demikianlah 'kejahilan' Pas dalam berpolitik dan setia membuta tuli dalam pakatan pembangkang.Bagaimanapun sama ada teguran mengenai penglibatan anak Melayu ini dibuat oleh Keng Liang atau sesiapa sahaja,ia sudah pasti tidak akan diterima oleh puak-puak yang turun ke jalanan pada malam tersebut.Sebaliknya,mereka berbangga kerana dapat memaki hamun kerajaan,dapat merempuh hadangan polis dan mengganggu konsert tahun baru.Malah mereka juga ketawa riang apabila melihat kebiadaban seorang lelaki India memukul poster wajah Perdana Menteri dengan selipar.


'Tahniah lah' kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berjaya memiliki penyokong-penyokong taksub seumpama itu yang sudah tidak mampu lagi menilai kesan sesuatu perbuatan akibat dipengaruhi oleh politik kebencian yang dicetuskan oleh pembangkang.Namun dalam masa sama,saya yakin majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian mengutuk perbuatan penunjuk perasaan pada malam tersebut manakala majoriti orang Melayu berasa kecewa kerana sekali lagi melihat anak-anak Melayu begitu mudah diperalatkan untuk melakukan kerja bodoh,diperbodohkan dan memperbodohkan diri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! @KHALID_ISMATH #KHALIDISMATH ANGGAP CERAMAH USTAZ #AZHARIDRUS #UAI IBARAT CERITA LUCAH,SIA-SIA DAN MENJUAL AGAMA !!!

Posted: 04 Jan 2014 04:00 AM PST


Tindakan salah seorang aktivis pembangkang,Khalid Mohd Ismath yang mengkritik penceramah politik,Azhar Idrus telah mengundang kemarahan pengikut fanatik ustaz tersebut.Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini,Khalid telah diserang dengan pelbagai kata-kata makian dan cacian dan disifatkan telah menghina Islam.Bukan niat untuk membela tindakan anak didik pembangkang ini,namun sekadar ingin memperlihatkan betapa fanatik dan jumudnya para pengikut pembangkang yang jelas tidak boleh menerima sebarang teguran dan kritikan.Sedangkan sebelum ini,mereka begitu hebat melaungkan hak asasi dan kebebasan bersuara bagi membolehkan mereka memaki dan mencerca para pemimpin negara. 

Bagi mereka yang sering menghadiri ceramah,program dan demonstrasi anjuran pembangkang ini,pasti dapat melihat bagaimana biadapnya mereka menghina para pemimpin.Apabila disoal,mereka berkata ia adalah sebahagian dari hak dan kebebasan yang ingin mereka perjuangkan.Namun apabila perkara yang sama terkena atas tokoh dan para pemimpin mereka,ia dianggap bodoh dan menghina Islam.Tambah menyakitkan hati apabila mereka,apabila menerima kritikan dari orang yang lahir dari acuan yang diajarkan oleh 'sekolah politik' pembangkang.Khalid melalui laman sosial twitter dan facebooknya sebelum ini menyifatkan ceramah agama yang dianjurkan itu sebagai satu perkara yang paling hina.  

"Sambutan tahun baru (yang) disambut dengan ceramah agama adalah paling hina.Lebih baik ke Dataran Merdeka,ubah kerajaan daripada jual agama.

"Ketika kawan-kawan kita sedang bermati-matian di dataran (merdeka),apa hukumnya kita yang tidak berjuang bersama (tetapi hanya) bergelak-tawa mendengar ceramah agama yang penuh unsur-unsur gelak tawa?"

"Ketika kawan-kawan kita sedang 'berperang' dengan musuh-musuh Allah (kerajaan BN)."

Dia turut berkata,penyertaan ahli Pas dalam perhimpunan haram di Dataran Merdeka tengah malam tadi merupakan langkah awal kepada kejayaan mengubah corak pemikiran pemimpin Pas yang selama ini disempitkan oleh anasir jumud kepada anasir pemikiran liberal.   

"Pilih,sama ada nak Azhar Idrus yang buat lawak sia-sia atau berjuang bersama pemuda Pas dan kawan-kawan NGO serta punk dan skinhead?" katanya.   

Tidak cukup dengan itu,melalui postingnya di dalam Facebook,dia menyifatkan ceramah yang dilakukan oleh Azhar Idrus itu sebagai ceramah lucah.  

"Buat mereka yang fikir ini 'bermanfaat'. Lebih kurang filem porn" jelasnya yang turut memberikan link terhadap ceramah tersebut.

kelmarin,Ustaz Azhar Idrus menyampaikan ceramah dalam majlis Sembang Ambang 2014 di Padang Majlis Bandaran Butterworth,Pulau Pinang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! GUNA KERETA BARU #MERCEDESBENZ !!! NAMPAK SANGAT #LGE #DAP HIPOKRIT !!!

Posted: 04 Jan 2014 12:30 AM PST


Pembelian kereta mewah bagi kegunaan rasmi ketua menteri Pulau Pinang pastinya akan menjadi isu panas yang akan membongkarkan topeng kepalsuan dan kepura-puraan pakatan pembangkang.Ketika penyokong pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru 2014 membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan,media pula memaparkan kereta baru jenama Mercedes Benz S300L yang digunakan oleh Lim Guan Eng.Jelas sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang di bawah Dap,PKR dan Pas dan apa yang disorakkan oleh penyokong pada perhimpunan tersebut adalah amat besar jurangnya.Pembangkang menyerang kerajaan kononya ia bersikap zalim dan menindas rakyat kerana mengurangkan subsidi minyak,menghapuskan subsidi gula dan sebagainya.Pembangkang juga menuduh boros dan berbelanja berlebih-lebihan pada perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat.

Realitinya pembangkang sedikit pun tidak mampu membawa sebarang bukti bahawa kerajaan telah bersikap demikian kerana penjelasan yang diberikan membuktikan setiap sen ang dibelanjakan adalah bagi kepentingan rakyat dan negara jua.Pada masa yang sama pembangkang terkedu apabila pemimpin mereka sendiri bersikap boros dan tidak memperdulikan nasib rakyat bawahan apabila bermewah-mewah dengan kereta yang jauh daripada kemampuan rakyat biasa.Ketika pembangkang di Perak satu masa dahulu menggantikan Proton Perdana kepada Toyota Camry ramai yang mengutuk tindakan mereka yang tidak patriotik dan menghina kereta nasional.Tetapi apabila kerajaan negeri Terengganu pula membeli 14 kereta Mercedes Benz E300 Kompressor dengan harga RM3.42 juta bagi kegunaan rasmi menteri besar dan exco,bukan main kepalang pembangkang buat bising.Mereka menuduh pula kerajaan Barisan Nasional boros dan membazir duit rakyat.Kini segala tuduhan yang mereka lemparkan terhadap kerajaan BN tertempek pada muka mereka sendiri.Apakah justifikasi Guan Eng untuk membeli kereta mewah itu walaupun pada harga diskaun bilamana beliaulah yang paling banyak buat bising menuduh kerajaan BN membazir,boros dan sebagainya. 

Pembangkang sering melaung-laung slogan politik yang berlandaskan perjuangan demi rakyat tetapi di dalam isu ini,di manakah letaknya kepentingan rakyat ??? Adakah setelah mendapat kuasa di beberapa negeri, pakatan pembangkang sudah tenggelam dalam nikmat kemewahan hidup yang tidak pernah mereka berpeluang sebelum ini ??? Apa jadi dengan slogan 'Merakyatkan Ekonomi','Harapan Baru Untuk Rakyat' dan segala tema-tema yang muluk-muluk belaka untuk memikat hati rakyat ??? Mungkin penyokong pembangkang terlupa bagaimana ketua pembangkang mengguna jet eksekutif peribadi untuk terbang ke sana dan ke sini berceramah di serata pelusok negara.Adakah ini kelebihan atau 'perkhidmatan' dinikmatinya selaku penasihat ekonomi negeri Selangor yang bergaji RM1 ??? 
Adakah perbelanjaan perjalanan menggunakan jet mewah ini juga dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri ??? Tidak mustahil inilah yang berlaku kerana penasihat ekonomi membuat klaim perjalanan dan kos lain mencecah RM15 juta setahun khabarnya.Agak ganjil dan pelik mengapa penyokong pembangkang diam membisu tidak menjawab sepatah pun apabila pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang mengkhianati akujanji kepada rakyat. 

Rakyat sudah semakin sedar sebenarnya mereka sudah tertipu dengan janji manis pembangkang. Kelentong pembangkang juga semakin lama mereka memerintah di Pulau Pinang,Selangor dan Kelantan semakin terserlah sikap hipokrit yang bertopengkan keadilan sosial, ketelusan dan rakyat.Rakyat dijadikan landasan untuk naik kuasa dan kemudian rakyat juga yang dihumban ke dalam lembah kehinaan apabila kuasa sudah diperolehi.Nampaknya cakap tidak serupa bikin sudah sinonim dengan pemimpin-pemimpin pembangkang,apa yang dijanji depan rakyat tidak serupa apa yang dilakukan setelah kuasa yang diidamkan menjadi milik mereka.Pembelian kereta mewah oleh Guan Eng adalah tamparan hebat kepada Dap yang kononnya menuduh MCA sebagai parti taukeh dan orang-orang kaya Cina.Jadi sekrang ini Dap juga tidak banyak bezanya dengan kaum kapitalis yang ditentangnya selama ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR #HIMPUNANTURUN PERHIMPUNAN HARAM DIDEDAHKAN !!!

Posted: 03 Jan 2014 09:00 PM PST


Himpunan Turun yang gagal dengan jayanya pada 31 Disember lalu kekal dalam lipatan sejarah sebagai satu lagi demonstrasi yang sia-sia.Selain seorang anggota keselamatan dilaporkan cedera,para peserta himpunan pulang dalam keletihan dan keterujaan yang tidak membawa apa-apa makna.Nasib baik kali ini tidak banyak harga awam yang musnah.Hasil dari himpunan tersebut hanyalah sampah sarap yang terpaksa dibersihkan oleh pekerja DBKL.SSM melaporkan konon nya kehadiran sehingga 50,000.Meloyakini pula melaporkan hanya 10,000 manakala KiniTV menyebut 7,000.Pelik sekali apabila Meloyakini tidak cuba memutarbelit angka menjadi ratusan atau jutaan ribu sepertimana yang sering dilakukan oleh portal itu sebelum ini.Bagaimanapun,angka rasmi pihak polis merekodkan 10,000 dengan jumlah sebenar peserta lebih kurang hanya 7,000.Angka 3,000 lagi adalah termasuk pihak keselamatan,pihak risikan,pemerhati dan pengunjung yang terperangkap dalam himpunan selain para wartawan.   

Seperti biasa,bangsa Melayu mewakili 98% peserta himpunan.Rata-rata mereka adalah dari golongan muda termasuk mahasiswa.Topeng Guy Fawkes iaitu seorang pemberontak Kristian ekstrem serta sepanduk-sepanduk 'bodoh' seperti 'turunkan cukai import,kami nak pakai superbike' membuktikan betapa kroniknya kebodohan anak-anak muda ini.Di celah-celah itu,kelihatan para peniaga berbangsa Cina sibuk meraih untung menjual T-Shirt dan topeng kepada para perusuh.Dari apa yang berlaku,mungkin tidak salah dikatakan bahawa bangsa inilah juga yang sedang mencatur negara ini dengan menggunakan kuasa ekonomi yang ada pada mereka.Oleh itu,saya tidak hairan apabila blog Lim Kit Siang langsung tidak berminat untuk menyentuh isu himpunan ini secara mendalam.Mereka tahu bahawa sekiranya himpunan ini tidak berjaya menggoyahkan kerajaan, mereka tetap dapat meraih untung melalui perniagaan sampingan. 


Sekiranya berjaya menggulingkan kerajaan pula,mereka akan dapat lebih untung apabila DAP menguasai negara melalui boneka mereka dalam PKR dan PAS.Apa yang pasti,mereka langsung tidak peduli tentang harga barang yang naik kerana kenaikan harga barang adalah keuntungan bagi peniaga yang majoritinya kaum Cina.Justeru,sekiranya kerajaan digulingkan sekali pun,harga barang tidak mungkin turun malah kemungkinan besar akan semakin meningkat apabila monopoli Cina diperkukuhkan melalui dasar kesamarataan total DAP.Namun,itupun jika orang Melayu tidak bangkit menentang DAP.Tidak ada dalam sejarah moden mana-mana negara yang berjaya menggulingkan pemerintah mampu membina negara yang lebih baik dari sebelumnya.Semua negara- negara yang telah berjaya menggulingkan pemerintah terus huru-hara atau musnah sama sekali.Malaysia juga pastinya akan mengalami nasib yang sama jika mengikut jejak langkah negara-negara itu.Hakikatnya,penggulingan kerajaan hanya akan menyebabkan pelabur dan pelancong menarik balik pelaburan dan membatalkan lawatan.Ramai peniaga akan kerugian, pekerja akan kehilangan kerja dan pengangguran akan meningkat dalam sekelip mata.

Berdasarkan hakikat ini,saya ingin bertanya kepada puak yang merusuh itu,apakah mereka benar-benar percaya yang harga barang akan dapat diturunkan jika mereka berjaya menggulingkan kerajaan ???  Kerajaan boleh terus memberi penjelasan tentang kenaikan harga barang dan perkembangan ekonomi dunia tetapi apakah budak-budak yang 'ingin membeli superbike' tadi mampu memahaminya ?? Mereka nampaknya langsung tidak tahu akan tujuan hidup sendiri dan pastinya tidak punya apa-apa perancangan untuk hari esok, apatah lagi masa depan.Maka,bolehkah kita mengharapkan mereka ini memahami apa-apa ??? Anak-anak muda ini memusuhi kerajaan atas alasan menentang dasar kapitalis.tetapi di masa yang sama,tidak menyedari bahawa merekalah balaci, alat, kuda tunggangan dan anjing kurap pihak kapitalis yang sebenar-benarnya.Oleh itu,sekali lagi saya bertanya,selain sedikit upah,apa yang para perusuh itu dapat selepas berhimpun dan berasak-asak membodohkan diri di mata dunia ???  Bangga ???  Megah ???  Gembira ???  Puas hati ??? Apa yang mereka banggakan ???  Apakah mereka berjaya mencapai apa-apa untuk merasa puas hati ???  

Jika masih punya sedikit akal untuk memahami apa yang berlaku,sekurang-kurangnya cubalah memahami angka 7,000 – 10,000 peserta berbanding sasaran 50,000 oleh pihak SSM.Bandingkan pula angka itu dengan sasaran 1 juta dalam himpunan- himpunan tajaan pembangkang sebelum ini yang terus merosot secara konsisten,dengan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia 28 juta.Apakah maknanya angka-angka ini ???  Untuk pengetahuan para balaci perusuh jalanan sekalian,angka-angka ini membuktikan bahawa Himpunan Turun hanyalah satu lagi demonstrasi yang gagal oleh manusia yang gagal juga (losers) !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! GAJI MINIMUM RM900 PUNCA HARGA BARANG NAIK !!!

Posted: 03 Jan 2014 06:00 PM PST


Apabila Amerika memperkenalkan gaji minimum lebih kurang 50 tahun dahulu,negara itu telah menyaksikan pengangguran yang meningkat secara drastik.Bagaimanapun,pada hari ini,apabila jurang tahap pendidikan rakyat telah diatasi dan kualiti lepasan sekolah tingginya mencapai tahap kelayakan yang sesuai bagi gaji minima yang ditetapkan,penetapan gaji minimum bukanlah satu masalah lagi bagi Amerika.Teruja untuk menjadi negara berpendapatan tinggi,pada tahun 2012,MTUC telah mendesak kerajaan agar melaksanakan gaji minimum RM900.Tanpa mengambil kira pengarajan dari Amerika,pada tahun yang sama,PR turut mendesak perkara sama tetapi meletakkan tangga minima gaji lebih tinggi iaitu RM1,100.Desakan ini mendapat kritikan ramai termasuklah Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyatakan bahawa cadangan itu bakal membawa lebih banyak masalah lain.Ini berdasarkan jurang tahap pendidikan yang begitu besar di kalangan masyarakat,kualiti lepasan sekolah dan universiti yang kurang memuaskan, masalah pendatang asing dan juga masalah perkauman yang berkait rapat dengan jurang tahap pendidikan dan juga kualiti graduan atau lepasan sekolah.    Bagaimanapun, kerajaan nampaknya akur dengan desakan MTUC dan seolah-olah terdesak untuk menyaingi PR lalu bersetuju dengan gaji minimum RM900.  

Sehubungan dengan itu,pada November lalu,kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan gaji minima bermula Januari 2014.Sekali lagi kritikan lantang terdengar di kalangan blogger,pemerhati politik dan juga negarawan ulung Tun Mahathir yang tidak bersetuju dengan keputusan itu.Kerajaan diingatkan bahawa tindakan itu bakal membawa kesan berantai yang tidak baik bagi ekonomi negara.Peringatan itu nampaknya menjadi nyata apabila para peniaga mula menaikkan harga barangan sebagai persediaan untuk menanggung kos gaji pekerja yang meningkat.Dengan perlaksanaan gaji minima,gaji pekerja bawahan (tanpa kelulusan) yang mungkin sebelumnya RM600 perlu ditingkatkan kepada RM900.Ini menjadikan pekerja lepasan SPM yang mungkin menerima RM850 perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada RM1150 bagi menyaingi peningkatan pekerja bawahan tadi.  Justeru, gaji pemegang diploma dan ijazah tentulah perlu ditingkatkan juga.Peningkatan gaji pekerja-pekerja ini membawa kepada peningkatan yang drastik dalam kos pengurusan.Itu belum lagi diambil kira kos pembelian stok dari pembekal yang pastinya turut meningkat kerana pembekal itu juga perlu menangani peningkatan kos pengurusan perniagaannya.     Perlu diingatkan juga bahawa semua peningkatan ini belum lagi termasuk kos utiliti di mana tariff elektrik juga telah meningkat.    

Oleh kerana matlamat perniagaan adalah keuntungan,maka peniaga perlu memindahkan kos utiliti,operasi dan pengurusan yang meningkat itu ke atas bahu pelanggan bagi memastikan matlamat tercapai.Justeru,akhirnya, kesemua kos ini akan ditanggung oleh pengguna,iaitu rakyat marhaen.Mereka yang paling terjejas pastinya golongan menengah di bandar yang tidak dapat mengelak atau mencari alternatif lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.Kalaupun mereka mempunyai majikan yang prihatin dan menaikkan gaji mereka selaras dengan perlaksanaan gaji minima,ia amat sukar untuk  mengimbangi kos Taska,Tadika, bas sekolah,makanan dan keperluan lain yang meningkat berkali ganda.Peniaga pula akan berada dalam keadaan dilema untuk mengimbangi antara skop kerja dengan jumlah gaji yang wajar diberikan kepada pekerjanya.Semakin ramai peniaga lebih selesa untuk mengambil pekerja asing dengan gaji RM900 daripada warga Malaysia lepasan SPM yang tentunya inginkan gaji lebih tinggi dari itu.  Lebih teruk lagi sekiranya pemegang diploma atau ijazah pula tidak menunjukkan kebolehan setara untuk diberikan gaji mengikut kelayakan mereka.apa yang berlaku akan menyebabkan masalah pendatang asing dan juga pengangguran di kalangan rakyat Malaysia turut meningkat.   

Ini adalah kesan rantaian yang seharusnya dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dibuat dan sebelum tunduk kepada desakan mana-mana pihak.Kesan rantaian ekonomi adalah pengetahuan asas yang seharusnya difahami oleh pihak pencadang dan perancang dasar kerajaan.Oleh itu,inilah disarankan agar makmal  atau bengkel atau apa saja badan untuk mengkaji sebarang keputusan, perlu diwujudkan sebelum pengumuman dibuat dan bukannya selepas diseranah oleh rakyat.Bertitik-tolak dari itu, inilah disarankan agar perkara utama yang perlu diatasi terlebih dahulu oleh kepimpinan ialah masalah 'tidak mengkaji dan tidak faham ekonomi asas' di kalangan para penasihat atau perunding yang membentangkan cadangan dan membuat keputusan untuk kerajaan.Walaupun pahit untuk ditelan,namun hakikatnya,rakyat tertanya-tanya, apakah mereka ini langsung tidak punya pengalaman dan pengetahuan tentang apa yang mereka lakukan ???  Sedangkan,pengurusan ekonomi negara tidak boleh menggunapakai strategi 'trial and error' atau 'guess and check'.   

Kita tidak mahu melihat sebarang tindakan atau kenyataan 'flip-flop'  lagi dari kerajaan yang mampu membuka ruang kecaman sekali gus menimbulkan ketidakyakinan rakyat.Malaysia tidak mampu membiarkan kerajaan sedia ada terus lemah dan semakin lemah.  Sedarlah bahawa kekukuhan ekonomi negara bukan lagi jaminan kekuatan parti memerintah.Kadangkala,kedudukan ekonomi negara yang baik belum tentu menjamin rakyat hidup sejahtera.Sejarah Britain di bawah pemerintahan Margaret Thatcher wajar dijadikan pengajaran di mana ketika ekonomi negara itu dikatakan pulih dan semakin kukuh,rakyat terus mengecam dan menentang dasarnya.Kerajaan Thatcher dikatakan mengutamakan 'majikan' dari 'pekerja' atau 'peniaga' dari 'pengguna'.Akhirnya,Thatcher menjadi sasaran kutukan rakyat dan liabiliti kepada partinya.Sudah tentu kita tidak mahu perkara yang sama berlaku pada Malaysia.saya yakin semua perunding,penasihat dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam merangka dasar kerajaan cukup arif tentang sejarah kepimpinan Thatcher.Justeru itu,inilah diseru agar semua yang terlibat mengambil pengajaran dari sejarah dan jika perlu, rujuklah kepada yang berpengalmaan.Kesimpulannya,dalam isu gaji minima ini,wajarlah kerajaan memikirkan semula dengan lebih mendalam sebelum meneruskannya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #MUJAHIDYUSSOFRAWA !!! NAMA YANG INDAH TAPI AKAL KAT KEPALA LUTUT !!!

Posted: 03 Jan 2014 04:00 PM PST


Nama Mujahid diberi oleh bekas Presiden Parti Islam se-Malaysia (PAS),Allahyarham Yussof Rawa,kepada anak lelakinya dengan harapan anaknya itu akan menjadi pejuang Islam yang sejati.Malangnya,cita-cita dan hasrat bekas Presiden Pas paling sederhana ini tidak tercapai.Alhamdulillah beliau tidak berada di muka bumi ini lagi untuk melihat kerosakan yang sedang dilakukan oleh anaknya.Penulis tidak berniat untuk membicarakan lagi isu wajar atau tidak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas Bible yang menggantikan perkataan Tuhan dengan Allah.

Sudah banyak ditulis dan dibicarakan,lalu kita pun tahu,majoriti dalam Pas kata boleh,UMNO kata tidak boleh,PKR kata aku peduli apa,Melayu elit kata ini hak asasi manusia.Memang sudah ditakdirkan mungkin umat Islam di negara ini menuju perpecahan,kehancuran dan kemusnahan sebagaimana umat-umat Islam terdahulu selepas beberapa lama menikmati kegemilangan.Apa yang hendak penulis katakan hari ini ialah tindakan Mujahid,yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar,menyeru "Putrajaya segera mengambil langkah menghalang badan agama Islam seperti Jais dari melakukan serbuan atau percubaan menguatkuasakan undang-undang negeri ke atas pertubuhan bukan Muslim,sambil memberi amaran tindakan tersebut boleh mengeruhkan lagi hubungan antara agama di negara ini ;" sangat bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia,Pembahagian Kuasa Antara Negeri dan Persekutuan.


Ini masalah kita apabila rakyat memilih wakil mereka dari kalangan yang tidak mempunyai ilmu pengetahun,malas membaca dan pagi,petang,siang,malam asyik berceramah sahaja.Jika Mujahid tidak berpuas hati dengan tindakan Jais,beliau harus meminta kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan kerana bidang kuasa agama Islam adalah di bawah pentadbiran negeri.Tindakan Mujahid menghalakan serangan ke Putrajaya atas tindakan Jais bukan sahaja nampak bodoh,malah jelas menunjukkan Mujahid ingin menyelamatkan hubungan Pas,DAP dan PKR dengan gereja-gereja Kristian Khatolik di Semenanjung.Menteri Besar yang berkuasa ke atas Jais bernama Khalid bin Ibrahim,seorang Islam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).Exco Hal-Ehwal Islam Selangor pula ialah Ustaz Sallehen Mukhyi dari Pas. Justeru gila apakah Mujahid menggesa Putrajaya mengambil mengawal tindakan Jais ??? 

Inilah yang diagung-agungkan sebagai pejuang Islam ??? Inikah yang dianggap oleh sebahagian elit Melayu sebagai "intelektual Islam" ??? Sebenarnya,nasib Mujahid baik kerana allahyarham bapanya menamakan beliau dengan nama yang indah baik maknanya. Kalaulah nama beliau Khimar atau Albab,nescaya tiada apa lagi yang berguna kehidupan beliau sebagai manusia.Hakikatnya,Mujahid membuktikan beliau hanya pada nama,tapi akal di kepala lutut

ANDA NAK LIHAT BUKTI JELAS PERLEMBAGAAN MALAYSIA ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...