BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! GANTUNG #THEHEAT !!! APA MASALAH AKHBAR INI ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! LELAKI DI TAHAN SEBELUM PERHIMPUNAN HARAM BERMULA !!!
- EKSKLUSIF !!! BUKTI #ANWARIBRAHIM GILA KUASA DAN NEGARA SANGGUP DIHANCURKAN DIDEDAHKAN !!!
- HOT NEWS !!! GAJI DAN ELAUN #ADUN NAIK 300 PERATUS !!! #RAKYAT DAPAT RM30 !!! KESIANNN !!!
- EKSKLUSIF !!! HARGA #MINYAKTURUN BUKAN JAWAPAN UNTUK SEMUA MASALAH !!!
EKSKLUSIF !!! GANTUNG #THEHEAT !!! APA MASALAH AKHBAR INI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 31 Dec 2013 04:00 AM PST Tindakan kerajaan menggantung 'The Heat' iaitu media berbahasa Inggeris yang khabarnya berdaftar sebagai majalah tetapi telah melanggar undang-undang dengan menerbitkan akhbar, mendapat reaksi 'luarbiasa' di kalangan segolongan masyarakat Malaysia,umumnya penyokong pembangkang,khasnya masyarakat Cina.The Heat bukanlah sebuah akhbar popular malah ramai yang tidak pernah mendengar mengenainya sebelum ini.Namun, penggantungannya dijadikan isu besar oleh golongan ini hanya kerana antara percetakan terakhir akhbar tersebut merupakan kritikan terhadap isteri Perdana Menteri.Jelas,yang ingin dijadikan isu di sini bukan soal penggantungan The Heat tetapi soal apa yang dicetak oleh akhbar itu.Tujuan mereka dengan terus memperkatakan mengenai penggantungan The Heat ialah agar dapat memburukkan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia secara lebih 'meluas'.Sebenarnya,kebebasan media di Malaysia bukanlah satu perkara yang perlu diperdebatkan.Kewujudan akhbar-akhbar fitnah dan sampah atas nama 'pembangkang' yang bersepah dijual sudah cukup untuk membuktikan bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan media sewajarnya.Malah,tidak salah jika dikatakan bahawa media Malaysia telah dibiarkan 'terlalu bebas' sehingga berani menyebarkan hasutan dengan sewenang- wenangnya terutamanya melalui akhbar berbahasa Cina.Lebih dari itu,Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memberi kebebasan kepada akhbar Cina untuk duduk sama taraf dengan akhbar perdana.walaupun saya di luar negara,saya tahu semua ni. Selama ini juga,akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga akhbar milik pembangkang adalah bebas untuk menyindir,mengkritik,mengecam atau mengutuk Perdana Menteri Malaysia dan juga kerajaan sama ada secara halus,lantang,tersurat mahupun tersirat tanpa diambil apa-apa tindakan.Tidak cukup dengan tulisan,pihak yang sama juga menjadikan kutukan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai makanan harian,perisian rohani dan jasmani di mana-mana saja sama ada di dalam atau di luar negeri.Jika kerajaan tidak pernah peduli dengan mereka ini,maka kenapa pula kerajaan perlu merasa 'panas' dengan The Heat seperti yang dicanangkan pembangkang ??? Logiknya,jika mereka yang menyebarkan fitnah Altantuya atau cincin berjuta milik Datin Seri Rosmah masih terus hidup,bebas dan merdeka,maka kenapa pula The Heat harus digantung hanya kerana mengkritik personaliti yang sama ??? Hakikatnya,The Heat bukan digantung kerana apa yang dicetaknya tetapi kerana melanggar undang-undang.Walaupun begitu,saya bersetuju jika kerajaan bertegas menghukum media yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan hasutan sesuka hati.Mungkin dalam soal ini,kerajaan perlu mencontohi pembangkang yang sering membelakangkan hak kebebasan media sekiranya media itu melaporkan sebarang keburukan parti mereka.Bukan rakyat Malaysia tidak biasa dengan seruan boikot Utusan Malaysia atau TV3 oleh pembangkang.Kita juga biasa melihat pembangkang membuat 'demo' membakar akhbar yang 'dimusuhi' mereka.Pembangkang sering mengugut untuk menyaman mana-mana media yang melaporkan keburukan mereka.Jangankan melaporkan keburukan pembangkang,bertanyakan soalan juga tidak dibenarkan. Itulah yang berlaku apabila Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim,berhadapan dengan wartawan di mana beliau mengugut untuk menyaman wartawan sekiranya mereka mengulangi soalan yang tidak mampu dijawabnya.Pembangkang telah biasa menyeru penyokong mereka agar jangan membaca akhbar yang bukan merupakan pro kepada perjuangan mereka sedangkan kerajaan tidak pernah menghalang rakyat untuk membaca apa saja.Justeru,melihat dari cara pembangkang menangani isu The Heat membuat kita semakin muak dengan parti itu.Hipokrasi pembangkang nampaknya tiada batasan.kepada pembaca Badut Rakyat dari pembangkang,saya nak pesan sikit.sekiranya ingin berpolitik pun,janganlah melanggar undang- undang.cuba anda bayangkan pembangkang sebagai pemerintah,menyokong dan melakukan perkara yang melanggar undang-undang. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! LELAKI DI TAHAN SEBELUM PERHIMPUNAN HARAM BERMULA !!! Posted: 31 Dec 2013 12:41 AM PST sebelum ini cerita pasal bom telah heboh.semalam semua nya terjd.lelaki di tahan di ampang kerana menghasilkan bom.Dari soal siasat suspek mengaku bom itu dihasilkan untuk tujuan membeli dadah.Jadi kita faham lah ada orang yang mengupah lelaki ini untuk hasilkan bom itu.Cantik pula 'timing',dah dekat 31 Disember ada pula perkara-perkara macam ni.saya tak nak menuduh sesiapa,tetapi sendiri fikir lah kemungkinan-kemungkinan yang ada.walau bagaimanapun,syabas kepada pihak polis kerana berjaya memberkas lelaki berkenaan.jom lihat artikel di bawah : Polis menahan seorang lelaki bersama objek yang disyaki sebutir bom paip buatan sendiri jenis Jerangkap Letupan Rekaan (IED) di Taman Halaman,Ampang semalam.Objek berupa paip PVC yang diikat bersama sejumlah mercun botol dirampas daripada suspek semasa sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi.Menurut sumber,polis masih menyiasat motif bom itu dihasilkan suspek berusia 51 tahun itu,termasuk kemungkinan digunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka esok. "Kita masih siasat (tujuan) bom itu dibuat.Berdasarkan maklumat awal,suspek membuat bom itu di sebuah tokong yang menjadi tempat tinggalnya,sejak sebulan lalu," katanya. Sumber berkata,hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dan satu rekod dikehendaki berkaitan dadah serta bekerja dalam satu sindiket ah long. "Suspek mengaku membawa bom itu bertujuan untuk membeli dadah. Justeru, kami juga sedang siasat kemungkinan dia menggunakannya sebagai senjata ketika urus niaga dadah atau untuk tujuan menuntut hutang," kata beliau. - 30/12/2013 CAPTION : Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar menunjukkan bom buatan sendiri selepas polis menahan seorang suspek di Ampang, dipercayai bom ini akan diletupkan pada malam sambutan Tahun Baru dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pagi tadi. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! BUKTI #ANWARIBRAHIM GILA KUASA DAN NEGARA SANGGUP DIHANCURKAN DIDEDAHKAN !!! Posted: 30 Dec 2013 09:00 PM PST Atas kegilaan orang yang bernama Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri,sanggup negara di bakar hangus.Atas kemaruk seorang yang bernama Anwar Ibrahim,habis masa depan dan nasib bangsa sendiri digadai.Anwar ketamakan kuasa seorang yang bernama Anwar Ibrahim,peduli apa berlaku kepada rakyat asalkan cita dan impian kesampaian.Begitulah mungkin luahan rakyat Malaysia dan persepsi masyarakat dunia yang tidak percaya Anwar rela menghimpunkan penyokong-penyokongnya untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara proses yang penuh demokratik.Beliau dan rakan-rakan pembangkang dipilih sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri melalui proses yang sama.Malangnya sistem yang sama beliau mengangkatnya sebagai menteri dan timbalan perdana menteri dan kini sebagai ketua pemnbangkang kini menjadi musuhnya pula.Semua ini berpunca daripada satu faktor dan faktor ini sahaja dan tidak lain iaitu sebab gagal menjadi perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu. Pilihan raya sudah pun tamat lebih tujuh bulan yang lalu tetapi Bersih 4 akan dianjurkan pula hari ini.Bukankah anggota parlimen pembangkang juga menganggotai jawatankuasa parlimen untuk menambahbaik proses pilihan raya yang dituduh pincang oleh mereka ??? Tidakkah juga Suruhanjaya Pilihan Raya telah melaksanakan beberapa cadangan penambahbaikan pada PRU lalu khususnya penggunaan dakwat kekal ??? Tidakkah juga selepas PRU SPR sedang mengkaji secara serius untuk melakasanakan cadangan jawatankuasa yang sama berhubung pendaftaran pengundi secara otomatik bagi rakyat yang mencapai umur 21 tahun ??? Mengapa pula perlu di adakah Bersih 4 tatkala SPR bersungguh-sungguh mengalas amanah yang diberi untuk menjalankan proses pilihan raya di negara sebersih, seprofessional dan setelus mungkin ??? Bersih 4 menjadi pencetus kepada himpunan untuk menumbangkan kerajaan yang telah disebarluaskan oleh pasukan siber pembangkang sejak beberapa minggu lalu.Adakah hanya kerana harga minyak petrol 20 sen,gula 34 sen kerajaan sudah dilihat di mata pembangkang sudah hilang jasa besar membangun negara secara gigih sejak 60 tahun lalu ??? Adakah kadar baru lebuhraya baru setakat diwar-warkan sahaja dan belum ada keputusan muktamad sudah mahu mengangkat senjata menentang kerajaan yang sah dipilih rakyat ??? Apa yang dilakukan oleh Anwar kali ini adalah kesilapan paling besarnya sepanjang beliau menerajui pakatan pembangkang.Menteri Besar Kelantan dari Pas,Ahmad Yaakub secara jelas menolak untuk menyokong himpunan gila yang dianjur oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.Malah Ahmad meminta penyokong-penyokong Pas dari negeri itu tidak menyertai perhimpunan yang tidak masuk akal itu.oleh kerana desakan dari PR juga ahmad tiba-tiba uturn kenyataan.apa pun,Sepatutnya penyokong pembangkang bertanya apa yang berlaku di Selangor yang ditadbir oleh mereka sendiri.Isu kenaikan gaji menteri besar,exco dan Adun antara 200 hingga 337 persen langsung senyap tidak dipersoalkan.Isu kenaikan lesen perniagaan yang melambung sampai 400 peratus juga tidak berani ditegur.air percuma 20 meter padu yang selayaknya dinikmati oleh rakyat miskin dan berpendapatan rendah di negeri itu juga tidak dibela.Ratusan ribu yang tinggal di flet dan pangsapuri kos rendah dan sederhana masih menagih air percuma yang dijanjikan kerajaan negeri. Jadi kalau mana-mana kerajaan perlu dibubarkan,Selangorlah yang pertama mendahului langkah kerana gagal menggotai janji kepada rakyat.Mengapa pula kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib menjadi sasaran pula bilamana beliau telah dan sedang melakukan yang terbaik untuk rakyat.Selama di bawah kerajaan UMNO-Barisan Nasional adakah pernah rakyat mati atau hidup merana disebabkan kebuluran ??? Malah yang sebaliknya berlaku pula,rakyat semakin sihat dan kadangkala terlebih makan.Begitu senario Malaysia selama ini aman,makmur,stabil,kaya,sejahtera,adil,hidup bermuafakat,saling hormat menghormati,tolong menolong dan gembira hidup dalam sebuah negara yang amat dicemburui oleh dunia luar.Inilah yang hendak dihancurkan oleh Anwar supaya Malaysia musnah dimakan api kebencian kaum dan agama,rakyat berpecah belah,ekonomi dan sektor kewangan negara merundum,sistem jaringan keselamatan sosial ranap dan keamanan serta kedaulatan wilayah negara terancam dari dalam dan luar.Inilah yang diingini oleh Anwar kerana hanya jika Malaysia hancur lebur mungkin barulah ada peluang beliau menjadi perdana menteri akhirnya. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! GAJI DAN ELAUN #ADUN NAIK 300 PERATUS !!! #RAKYAT DAPAT RM30 !!! KESIANNN !!! Posted: 30 Dec 2013 06:00 PM PST pembaca Badut Rakyat dan rakyat pasti akan tergelak apabila mendengar laporan yang mengatakan kerajaan Selangor akan memberikan baucar bernilai RM30.00 kepada keluarga yang berpendapatan rendah di Selangor.Seperti kata wak Mustar di dalam filem 'Pendekar Bujang Lapok',ini betul-betul,bukan cobaan !!! Paling menarik,ia diakui sendiri oleh Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor,Dr Halimah Ali yang mengatakan kerajaan negeri akan memberikan baucar bernilai RM30.00 itu bagi membolehkan keluarga itu membeli kasut sekolah untuk anak-anak mereka di gedung pakaian jenama Bata.Bukanlah niat untuk memperlekehkan jumlah pemberian tersebut,namun sebagai sebuah kerajaan yang sering melaungkan slogan 'Hidup Rakyat' dan sebagainya apakah berbaloi nilai yang diberikan itu.Tambah mengecewakan jumlah tersebut diberikan kepada keluarga dan bukannya mengikut jumlah anak yang bersekolah di dalam keluarga tersebut.Dalam erti kata lain,walaupun keluarga tersebut mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah mereka tetap akan diberikan baucar bernilai RM30.00 yang bersamaan RM5.00 untuk seorang anak. Persoalannya apakah yang dapat dibeli dengan jumlah tersebut ??? Tambah menghairankan ialah,media pembangkang sebelum ini melaporkan mengenai sumbangan yang diberikan oleh kerajaan Selangor bernilai RM 1,330,000.00 kepada Sekolah jenis Kebangsaan Cina.Bukanlah bermaksud untuk menimbulkan isu perkauman,namun angka sumbangan tersebut jelas memperlihatkan seolah-olah ada perbezaan dan dasar 'pilih kasih' yang diamalkan oleh kerajaan negeri.Malah rakyat Selangor pasti masih ingat mengenai usul yang dibawa oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar untuk menaikkan gaji dan elaun semua Adun di Selangor.Sekiranya diteliti, mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).Antara hujah yang digunakan untuk mewajarkan kenaikan tersebut ialah,kononnya kerajaan Selangor mempunyai lebihan pendapatan hampir RM600 juta.Malah ekoran isu lebihan pendapatan itu juga,pentadbiran Khalid dikritik oleh Anwar Ibrahim kerana gagal menggunakannya seperti yang sepatutnya. Namun apa yang mengecewakan ialah, lebihan dana tersebut adalah merupakan sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang gagal dimanfaatkan oleh Khalid untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak teruk di Selangor.Mengikut data yang diperolehi,daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.75 bilion kepada kerajaan negeri Selangor, namun hanya RM1.1 biliion sahaja yang dibelanjakan.Ia bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri itu bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk perbaiki jalan,tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab.Hasil rizab simpanan tersebut pula,akhirnya bakal digunakan untuk membayar jumlah kenaikan yang bakal dinikmati oleh semua Adun Selangor. Ini bermaksud rakyat terpaksa menanggung kerugian,kesusahan dan kesengsaraan akibat masalah jalan rosak dan berlubang di Selangor bagi menampung kenaikan elaun tersebut dan sekelumit daripada lebihan itu,sebanyak RM30.00 diperuntukkan kepada setiap KELUARGA yang kurang berkemampuan untuk membeli kasut sekolah anak-anak mereka. Inilah realiti yang harus dihadapi oleh rakyat khususnya pengundi di Selangor hasil kepercayaan yang diberikan kepada kerajaan PKR,DAP dan Pas. Hidup RAKYAT !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! HARGA #MINYAKTURUN BUKAN JAWAPAN UNTUK SEMUA MASALAH !!! Posted: 30 Dec 2013 04:00 PM PST Pemberian subsidi minyak adalah sesuatu yang dianggap 'wajib' bagi negara-negara pengeluar minyak.Akhir-akhir ini,negara-negara ini mula 'mengeluh' akan kesan dari subsidi yang begitu tinggi sehingga menjejaskan pertumbuhan negara.Pada tahun 2012 sahaja,jumlah penggunaan yang melibatkan subsidi direkodkan jumlah USD544 bilion.Jumlah permintaan di negara-negara ini juga meningkat setiap tahun iaitu dijangka lebih dari 50 peratus dalam masa 17 tahun yang akan datang.Menurut Menteri Minyak dan Gas Oman,Mohammed b. Hamad al-Rumhy di dalam Adipec Energy Conference di Abu Dhabi baru-baru ini,subsidi petrol dan elektrik telah mengakibatkan pembaziran yang besar kepada negara-negara teluk sekali gus mengancam ekonomi dunia.Venezuela adalah antara negara yang memberi subsidi paling tinggi di mana minyak di jual di sekitar harga USD0.008 se-gelen sejak 1998 - iaitu yang termurah di dunia.Antara negara lain yang turut memberi subsidi ialah Amerika,Arab Saudi,Iran,Mesir,Burma,Kuwait,Bahrain,Trinidad,Brunei,Bolivia dan tentu sekali,Malaysia.Kebanyakan negara-negara ini kini telah mula mengurangkan subsidi secara perlahan-lahan berikutan perkembangan ekonomi dunia.Pada Februari 2010,Iran telah mengurangkan subsidi yang menyebabkan minyak di negara itu dijual pada harga 400 rial seliter berbanding 100 rial seliter sebelumnya. Disember 2010,kerajaan Bolivia bercadang mengambil langkah sama yang mengakibatkan kenaikan harga sehingga 83%.Bagaimanapun,ia mendapat tentangan meluas sehingga memaksa kerajaan membatalkan rancangan itu.Akibatnya,kerajaan Bolivia terpaksa berhadapan dengan pembaziran tenaga dan tidak mampu mengadakan sebarang program berkesan untuk pembangunan dan kemajuan engara.Pada tahun 2008,Malaysia turut mengambil langkah mengurangkan subsidi minyak yang pada ketika itu melibatkan jumlah USD14 billion dari bajet negara.Rungutan dan bantahan juga diterima dari kalangan rakyat sepertimana yang dijangka.Bagi menanganinya,rebat cukai jalan diperkenalkan bagi mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi pengurangan subsidi ini.Sejak itu,kerajaan telah berusaha untuk memberi berbagai bantuan lain bagi memastikan aktiviti ekonomi dalam negara tidak terjejas.Ia dilakukan selari dengan usaha memberi penjelasan berterusan mengenai perlunya subsidi dikurangkan atau dihapuskan terus secara perlahan-lahan.Rakyat kini mula memahami bahawa peningkatan penggunaan tenaga dalam bentuk petrol dan diesel telah meningkat dengan begitu drastik dan pemberian subsidi menjadi semakin tidak relevan memandangkan ia hanya menguntungkan pihak yang berkemampuan,contohnya,pemilik kenderaan terutama kereta mewah dan juga para peniaga.Sedangkan matlamat sebenar subsidi adalah untuk membantu golongan miskin dan sederhana miskin. Venezuela,sebagai negara yang menjual minyak paling murah merupakan antara negara yang teruk terjejas dari pemberian subsidi ini.Justeru,President Nicolas Maduro baru-baru ini mengumumkan yang negara itu akan membincangkan perkara itu di kabinet bagi mencari jalan terbaik untuk menjadikan kedudukan negara itu sebagai negara pengeluar minyak terbesar di Amerika Latin satu 'kebaikan' dan bukannya 'keburukan' kepada rakyatnya sendiri.Subsidi minyak negara itu melibatkan jumlah USD12.5 billion setahun dan turut mengundang kerugian yang besar akibat aktiviti penyeludupan. Jumlah subsidi yang begitu tinggi ternyata tidak mampu memperbaiki taraf hidup majoriti rakyat di negara itu.Sehingga ke hari ini,jurang miskin dan kaya begitu jauh dan ketara. Golongan kaya yang memiliki kereta dikatakan mampu menghulurkan 'tips' kepada pekerja stesen minyak dalam jumlah yang jauh lebih tinggi dari harga minyak yang diisi.Ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan situasi ini.Yang kaya semakin kaya dan yang miskin kekal di takuk lama walaupun harga minyak tidak berganjak.Maka,kabinet Venezuela telah menerima hakikat bahawa pemberian subsidi selama ini tidak membawa kesan yang diharapkan.Sebaliknya,adalah lebih berkesan jika jumlah tersebut digunakan untuk kebajikan rakyat miskin dari segi memperbaiki sistem pendidikan dan juga kemudahan infrastruktur. Langkah ini diyakini sebagai yang terbaik dalam menangani inflasi dan juga defisit dalam bajet negara itu.Bagaimanapun,Venezuela bimbang dengan reaksi rakyat yang mungkin tidak mampu memahami keperluan ke arah perubahan ini.Sejarah telah merekodkan rusuhan terburuk dengan 300 kematian kerana membantah kenaikan harga minyak dalam tahun 1989.Sejarah itu dijadikan pengajaran berguna di mana Maduro mengambil langkah lebih berhati-hati dengan 'membeli masa' dengan mengumumkan dahulu perancangan agar rakyat bersedia dan faham.Apa yang dihadapi oleh Venezuela tidak jauh berbeza dengan Malaysia.Lebih dahsyat lagi bagi Malaysia kerana jumlah pemberian subsidi kepada rakyat hampir menyamai Venezuela sedangkan negara itu berada di tangga ke 9 berbanding Malaysia di tangga ke 29 dalam senarai negara pengeluar minyak dunia.Dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia berkembang lebih pesat dan kukuh berbanding Venezuela,maka tidak salah jika disimpulkan bahawa harga minyak yang rendah bukanlah penyelesaian bagi semua masalah ekonomi.Apa yang lebih penting ialah kebijaksanaan kerajaan memerintah untuk menjana ekonomi dari berbagai sumber di samping memastikan kesejahteraan rakyatnya. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment