BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! SATU LAGI EMAIL C FOR CHAOS TERSEBAR ??? ADA LAGI KERR ???

Posted: 30 Dec 2013 09:00 AM PST


Hari ni 30 Dec 2013 satu artikel Malaysiakini bertajuk Emel palsu : Rafizi minta polis siasat blog UMNO dikeluarkan.4 blog 'UMNO' tersenarai,termasuklah blog aku.Cerita mula naik pada 27hb,kemudian kecoh dekat FB,ramai dah pick-up termasuk blog-blog pro PR,aku pun pick-up la lepas buat carian kat internet pasal email antara Rahim Ghouse dan Rafizi .Kalau yang dah biasa baca blog aku,memang artikel aku berdasarkan carian fakta2 terlebih dahulu supaya senang dianalisa supaya artikel tak berbaur fitnah dan serkap jarang.OK lah Rafizi dah nafi,Rahim Ghouse pun dah nafi pasal email bom tu.Tapi memang terbukti sebelum2 ni pun ada juga cerita pasal email antara Rahim Ghouse dan Rafizi.tajuk email tu pun C for Chaos ,penulis tak pasti kalau email berkenaan pun dah dinafikan,dah check kat Google tak dapat cari pulak penafian tu sebab sebelum ni blog-blog pro-BN dah lambung cerita email antara Rahim Ghouse dan Rafizi sebelum PRU-13 .

NAK TAHU BLOG MANA YANG DEDAHKAN EMAIL DI ATAS ???


UNTUK SELANJUTNYA

itu cerita di atas,saya pun kena juga nasib yang sama.apa pun saya harap rafizi jawab kisah di atas kerana sampai sekarang tiada penafian dilakukan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! @PDRMSIA !!! DEMO #PEMBANGKANG #PAS #DAP #PKR BAKAL CETUS HURU HARA !!!

Posted: 30 Dec 2013 07:30 AM PST


Episod demonstrasi pembangkang ini tiada kesudahan.Penyokong kerajaan boleh bising 24 jam sehari pun,ada lebih 1000 laporan polis,ada peniaga yang merayu agar perhimpunan yang dirancang malam esko di Dataran Merdeka tidak diadakan,namun tengok pada gaya,semua sudah set,langgar tetap langgar.Hakikatnya,walaupun pedih untuk diakui,penyokong kerajaan yang mewakili majoriti rakyat Malaysia tak boleh buat apa-apa untuk halang pembangkang nak tunjuk kuat.Mereka adalah minoriti yang bersuara dan bertindak.Seperti kata Pemimpin Besar Perancis Napoleon Bonaparte,10 tentera yang bercakap (buat bising),akan lebih didengari dari 10,000 tentera yang diam.Kita (penyokong kerajaan) menjadi kumpulan yang banyak,tapi diam,terikat dengan undang-undang, displin,tata etika memimpin dan segala macam lagi melawan kumpulan pembangkang yang bebas bertindak melakukan apa saja. 

Inilah hakikatnya,yang perlu diakui mengapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini,seiring dengan pembangkang kononnya mereka mengatakan mereka kuat,demonstrasi pun semakin subur,ada yang besar yang disertai ribuan orang,ada yang kecik,yang disertai puluhan orang kononnya.Ia menjadi trend,di bandar-bandar,bukan di Kuala Lumpur saja.Manakala instrumen kerajaan yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang pula,juga terikat itu ini,ini zaman hak asasi jadi agama baru,sehinggakan,semua tindakan penguatkuasaan hanyalah acuh tidak acuh atau sekadar melepas batuk ditangga.Sebab itu,saya menjangkakan,malam esok,di Dataran Merdeka,hanyalah pengulangan,kepada yang sudah-sudah,dalam situasi paling baik,aktivis pembangkang akan bersurai selepas penat berdemo atau paling buruk,mereka akan berkampung,pacak khemah dan duduk di situ berhari-hari.Mereka memang sudah lama teringin untuk sit-in macam aktivis-aktivis anti kerajaan di seluruh dunia buat.Cuma sebelum ini mereka tidak mempunyai kekuatan.Apakah malam esok,dengan segala isu yang menyelubungi kerajaan,seperti kenaikan kos hidup dan segala macam lagi.pembangkang akan mendapat momentum baru ??? 

Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan,sejak perhimpunan Bersih 2 dan yang seterusnya,tidak ada seorangpun,penyokong pembangkang yang dipenjara kerana melanggar undang-undang.Ada yang dibicarakan,kes tertangguh-tangguh,tapi tak pernah sesiapa di Malaysia dipenjarakan kerana menyertai demonstrasi 'mengugat keselamatan dalam negeri' yang melanggar undang-undang.Persoalannya bagi orang kebanyakkan,adalah apakah demonstrasi mereka itu benar-benar melanggar undang-undang atau itu hanyalah propaganda bagi menghalang orang ramai menyertainya.Kerana jika benar melanggar undang-undang.mana hukumannya,siapa pesalahnya ??? Media asing khabarnya sudah buat kira-kira,perhimpunan malam 31 Disember,akan jadi kayu ukur,apakah tahun 2014,akan jadi tahun demonstrasi macam kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. 

Sebab itu,pada saya yang pesimis,kita hanya boleh bising kat media baru mahupun tradisional,tapi kita tak ada kuasa mencegah,yang ada kuasa mencegah,adalah polis,jika demo tersebut benar-benar mengancam keselamatan negara,mereka lah yang patut bertindaklah menghalangnya.Macam mana hendak bertindak,itu mereka tahulah,bukan kah mereka dibayar gaji untuk menjaga keselamatan negara ??? Yang pasti,jika mereka bertindak,dengan lebih 1000 laporan polis seluruh negara dan rayuan peniaga kecik,pakcik bawa teksi,keluarga yang nak bawa anak-anak berhibur malam tahun baru,pasti akan sokong.Saya sokong,keluarga saya sokong,kawan-kawan saya sokong.yang penting,polis kena buat apa yang sepatutnya mereka buat dan kami (majoriti yang diam) akan menghargainya.syaa tak mahu,tiap kali perhimpunan pembangkang,kita bising,benda sama juga.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! AMARAN DARI @PDRMSIA !!! JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN HARAM ESOK !!!

Posted: 30 Dec 2013 04:00 AM PST


Kalau mengikut risikan polis himpunan haram yang dirancang oleh kumpulan yang dipercayai pro pembangkang di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru boleh mencetuskan insiden buruk yang gugat keamanan negara.Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.Empat kumpulan yang dikenalpasti akan terlibat dalam himpunan itu ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun),Jingga 13,Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). 

Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Sabtu lepas,beliau memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka esok.Katanya pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012.Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara. Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PEMBANGKANG #PAS #PKR #DAP KENCING RAKYAT BERKENAAN AKTA PERHIMPUNAN AMAN !!!

Posted: 30 Dec 2013 12:30 AM PST


PERKARA 10. KEBEBASAN BERCAKAP,BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN. 

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) ; 

(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran; 
(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata; 
(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan; 

(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan: 

(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1),apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan; 
(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1),apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam; 
(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1),apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak. 

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a),Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara,hak,taraf, kedudukan,keistimewaan,kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3,Perkara 152,153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu yang terkandung dalam Artikel 10 Perlembagaan Malaysia yang sedang digunapakai oleh para penyokong dan peguam PR untuk membenarkan demonstrasi di Dataran Merdeka pada tengah malam esok.Bagaimanapun,mereka sekadar mengambil bahagian yang mereka sukai sahaja.Bahagian yang menyatakan Perkara ini tertakluk kepada fasal-fasal lain di dalamnya,tidak langsung disebut.Peguam PAS,Haneepa Maidin yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang secara jelas cuba membodoh-bodohkan para pengikut PAS apabila menyatakan bahawa kanun ini seharusnya dimansuhkan kerana kerajaan terlalu takut dengan demonstrasi.

Kenyataannya itu jelas melindungi niat jahatnya.Ini adalah kerana perkataan tertakluk yang terdapat dalam Perkara 10 menyebut tentang sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan,ketenteraman awam,perbuatan yang mempersoalkan hak,taraf,kedudukan,keistimewaan,kedaulatan dan hak kedaulatan dan sebagainya yang berkaitan.


Dalam Akta Perhimpunan Aman juga,sangat jelas menggariskan bahawa Ketua Polis Daerah mempunyai kuasa untuk menegah atau menyekat atau membubarkan sebarang perhimpunan aman bagi menjaga keselamatan,hak-hak awam dan perlindungan hak serta kebebasan orang awam.Ancaman yang dibuat oleh Haneepa Maidin dan PR ke atas pihak polis sebenarnya satu perlanggaran undang-undang yang amat jelas.Walaupun sekadar ancaman dan belum dilakukan secara fizikal tetapi niat untuk menakut-nakutkan penjawat awam terutama sekali anggota-anggota polis wujud dalam kenyataan Haneepa Maidin dan beberapa orang pemimpin PR yang lain.Sekaligus,mereka sebenarnya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun dan didenda. 

Kebelakangan ini,kita sering melihat bagaimana perbuatan menakut-nakutkan PDRM dengan tindakan saman dan ugutan menerusi tindakan undang-undang dilakukan oleh para pemimpin serta peguam-peguam PR.Agak aneh juga kerana Kerajaan tidak mempunyai peguam yang diupah oleh kerajaan untuk 'memperbetulkan' keadaan ini.Atau boleh jadi juga peguam yang makan upah dengan kerajaan itu terlalu takut memandangkan jumlah peguam yang menyokong PR terutama sekali DAP dan PKR,Jauh lebih ramai dan lebih agresif ??? 

Secara jelas,pembohongan yang dilakukan oleh peguam-peguam PR membabitkan Perlembagaan,begitu ketara.Penerimaan secara menyeluruh oleh para penyokong pula menunjukkan satu lagi kepincangan dalam sistem pendidikan negara selama ini yang telah melahirkan lebih ramai golongan yang buta ilmu berbanding yang celik dan faham. - SC

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PROFMUHAYA DI SERANG #CYBERTROOPER #REDBEANARMY !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 29 Dec 2013 09:57 PM PST


Hanya kerana memberikan pandangan yang berbeza,berhubung isu kenaikan kos sara hidup penceramah terkenal Prof Dr Muhaya Mohamad telah diserang dari pelbagai sudut khususnya dari tentera siber pembangkang yang dikenali sebagai 'Red Bean Army'.Prof Muhaya sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu kenaikan harga barang meminta agar masyarakat berfikiran positif sebagai pendekatan untuk mencetus inspirasi.Menurutnya,umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

"Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia.Tidak ada situasi di mana harga akan turun.Memang harga akan naik.Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.Kalau kita guna formula kita ini,peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita.Kalau peristiwa itu negatif,respons kita negatif, hasilnya mesti negatif.Jadi,kita guna formula,peristiwa negatif iaitu barang naik,respons kita mesti sangat positif,maka hasilnya positif," katanya.

Mereka bukan sekadar tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan,malah turut melemparkan kata-kata kesat,memaki hamun dan memberikan pelbagai gelaran yang tidak baik kepadanya.Berikut adalah antara kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap beliau : 

"Jenis Prof bateri cap ayam",Mohd Haslin.

"Prof ini penting diri sendiri.Mana perasaan ikhwanul Muslimin.(Hanya) pentingkan darjat,duit,mengejar kebendaan sahaja.Tidak fikir perasaan orang miskin, mereka semua tidak minta dimiskinkan.Fikirlah,(sebelum) buat kenyataan, jangan jadi barua",Halimi Puteh.

"Prof kangkung tak boleh,solusi teori nak buat halwa telinga boleh la",Puteri Natasya binti AlBakri.

"Campak Prof ni dekat Syria dan suruh dia bertenang, bersyukur, dan think positive",Cahaya Mataku.

"Ini profesor cari makan,alias profesor kangkung.Kalau dah kangkung,hanya pandai berteori sahaja.Gaji ribu-ribu bolehlah cakap.Puiiihhhh!!!",Nazriaziz AlSheikh. 

"Ya lah,nama pun profesor,tentulah banyak teorinya. bercakap dari bilik berhawa dingin berbeza dengan terjun ke medan.tanyalah rakyat yang berpanas,barulah tahu hakikat sebenar sama ada teori itu relevan atau tidak",Insan Sepi. 

"Kepala hotak dia la",Selamat Mad. 

"Bangang!!" Pak Berahim Mizan. 

"Jadi prof ini,(cakap) ikut sedap mulut je",Rosniariffin Che'Ros. 

"Di saat ini,rasa nak sepak-sepak muka prof.Saya yakin,bila prof rela kami sepak muka prof,dengan mudah prof lap darah di muka prof, than reset dalam sekelip mata jadi positif",Inspektor Shahab.

"Gugurkan gelaran prof.Dia ni tiada kemahiran mendengar",Khaoril Amri. 

"Doc ini ibarat menjolok sarang tebuan,silap hari bulan Macai",Sheikh Zun Nurain. 

"Jangan jadi macam macai la prof,open your mind",Ahmad Hafiz. 

"Sampah sahaja (pandangan yang diberikan),tunggu kau (Prof Muhaya) merempat nanti,baru kau tahu erti bersyukur",Pendamping Kehijauan 

"Prof paling bongok dalam dunia",Rashid Wahari 

Yang menjadi persoalannya ialah,apabila diteliti semula kebanyakan komentar yang diberikan datangnya dari akaun yang tidak mempunyai sebarang identiti atau dalam bahasa mudah,akaun palsu yang direka secara khusus untuk menyerang personaliti yang cenderung menyokong kerajaan.Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa rata-rata di kalangan mereka hanyalah tentera upahan @ macai yang diberi habuan tertentu untuk menyerang mana- mana tokoh atau selebriti yang memberikan pandangan berbeza dengan pakatan pembangkang.Dengan cara itu,mana-mana tokoh atau selebriti akan menjadi takut untuk memberikan sebarang cadangan atau pandangan yang berbeza.Malah modus operandi yang digunakan dilihat sama dengan gerakan yang dilakukan sebelum pilihan raya umum yang lalu. Bilamana sebarang kenyataan yang mengkritik pembangkang dan dilihat cenderung menyokong kerajaan akan diserang dengan pelbagai kata-kata kesat. 

Malah ada beberapa kes,mereka tidak akan teragak-agak untuk mengugut dan memberikan ancaman bunuh.Ekoran serangan yang dilakukan itu,Prof Mahaya tampil sekali lagi bagi menjelaskan maksud sebenar yang ingin beliau sampaikan kepada masyarakat.Di dalam rakaman video yang dikeluarkan semalam, beliau mengatakan ia bertujuan untuk mendidik masyarakat agar sentiasa bersikap positif. 


"Saya bukan ustazah,bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi.Saya hanya pencetus inspirasi yang semua orang tahu,gaya saya bercakap adalah untuk kita lakukan pada perubahan.Kita kena faham,ada benda yang boleh dikawal,ada benda yang tidak boleh dikawal,sebab itu ada doa "Ya Allah,ya Tuhanku berikan aku kekuatan untuk mengubah apa perkara yang aku boleh ubah, atau kekuatan untuk menerima apa-apa perkara yang tidak boleh diubah dan kebijaksanaan untuk mengetahui perbezaan antara keduanya.Memang banyak pihak, mahu saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya.Pada saya ia sudah banyak diperkatakan, peranan saya (agar masyarakat berfikiran positif) dalam mencari jalan penyelesaian" katanya 

Paling menarik,beliau turut mengatakan telah memaafkan mereka yang menghina beliau. "Saya bukan  ahli politik, memang prinsip saya untuk tidak membuat kenyataan yang berbaur politik.Tujuan saya buat (rakaman) video ini,bukan untuk memberikan justifikasi atau mengelakkan orang tidak menyukai saya.Kerana sebenarnya saya telah maafkan semua orang yang mengata saya. "Saya Cuma bercakap dari perspektif saya,cara untuk kita melihat sesuatu (masalah) dan mencari solusi dan bukannya membesar-besarkan masalah" jelas beliau lagi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PUNCA KEMATIAN KILANG #LYNAS DIDEDAHKAN !!! PUAK #PEMBANGKANG TOLONG JANGAN KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 29 Dec 2013 06:00 PM PST


Sebab sebenar kematian lain tetapi cerita yang disebarkan pihak tertertentu lain bunyinya dan boleh memberi gambaran seolah ada kaitan isu kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) yang digembar gembur kebelakangan ini.Ini mendorong Pengarah Urusan Lynas,Datuk Mashal Ahmad menjelaskan Sabtu punca dua kematian di kilang itu dalam tempoh enam bulan lalu adalah daripada faktor kesihatan manakala satu lagi akibat kemalangan jalan raya.Tidak benar berlaku tiga kematian.Beliau yang ditemui wartawan selepas satu majlis di perkarangan kilang itu dekat Kuantan menafikan tiga kematian yang berlaku di kilang berkenaan dalam tempoh enam bulan lepas mempunyai kaitan dengan operasi yang dijalankan oleh kilang nadir bumi itu Katanya insiden pertama pada Julai lepas melibatkan seorang bakal pekerja yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika proses temuduga.Pada November,seorang kakitangan kilang itu maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. 

"Seorang jurutera kita yang meninggal dunia awal bulan ini pula disahkan mengalami serangan jantung secara tiba-tiba sebelum terjatuh ke dalam kolam takungan.Ketika kejadian,mangsa sedang melakukan rutin harian mengambil sampel air untuk ujian sebelum tidak sedarkan diri akibat serangan jantung," katanya. 

Mashal dalam pada itu berkata Lynas tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,termasuk tindakan mahkamah,terhadap mana-mana pihak yang terus menabur fitnah ke atas kilang berkenaan. 

"Sikap mereka ini menyukarkan kami dan tindakan kumpulan ini menyebarkan pelbagai fitnah secara berterusan jelas membuktikan mereka berniat jahat.Berilah peluang kepada Lynas menumpukan perhatian kepada operasi daripada melayan tohmahan tidak berasas ini," katanya. 

Mashal juga berkata dakwaan pihak tertentu berhubung kejadian banjir di loji kilang berkenaan awal bulan lalu tidak benar dan tidak masuk akal.Katanya tapak kilang itu dibina selepas mengambil kira pelbagai faktor,termasuk ancaman banjir dan bencana alam lain.

"Kilang ini dibina selepas kita melakukan kajian berdasarkan paras air (banjir) paling buruk sejak 100 tahun lalu.Selepas mendapat data itu,barulah kita bina tapak kilang dan loji memproses nadir bumi. "Selain itu, kilang ini juga terletak kira-kira 9 meter dari punca mata air,sekali gus kami boleh memberi jaminan bahawa ancaman banjir tidak akan memberi kesan kepada operasi kilang ini," katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...