UMNO Online - “Pemimpin UMNO Bahagian Berperanan Penting Perkukuh BN” plus 9 more

UMNO Online - “Pemimpin UMNO Bahagian Berperanan Penting Perkukuh BN” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemimpin UMNO Bahagian Berperanan Penting Perkukuh BN

Posted: 08 Nov 2013 08:47 AM PST

IPOH, 8 Nov – Pemimpin UMNO peringkat bahagian berperanan penting dalam usaha memperkukuh Barisan Nasional (BN) di peringkat akar umbi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

zahid-hamidi-umno-bn-kemeja-baju

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata untuk mengukuhkan BN, pemimpin UMNO peringkat bahagian termasuk kepimpinan tiga sayap parti, perlu berganding bahu membantu parti komponen yang berdepan masalah dalaman untuk memperkuat organisasi mereka.

“Jika ada masalah dalaman dalam parti (komponen) berkenaan, kita jangan curah api untuk bakar parti itu, sebaliknya kita patut siram air supaya api permasalahan itu padam.

“Kedudukan dalam parti perlu diguna untuk memperkukuhkan BN secara keseluruhannya kerana UMNO menjadi tulang belakang kepada BN,” katanya selepas jamuan malam anjuran Badan Perhubungan UMNO negeri malam ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pemimpin yang terpilih dalam pemilihan parti baru-baru ini perlu terus mendekati rakyat di peringkat akar umbi bagi menarik mereka untuk bersama-sama BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Pesanan saya supaya ketua bahagian, ketua Wanita, ketua Pemuda dan ketua Puteri terus memperkukuh parti di peringkat akar umbi kerana tidak ada makna jika kita pegang jawatan dalam parti tapi kita kalah dalam pilihan raya,” katanya.

UMNO Teliti Kelemahan Dalam Pemilihan Untuk Ditambah Baik – Ahmad Maslan

Posted: 08 Nov 2013 08:40 AM PST

PONTIAN, 8 Nov – UMNO akan meneliti beberapa kelemahan yang disuarakan akar umbi dalam pemilihan parti baru-baru ini untuk ditambah baik bagi memastikan kelancarannya pada masa akan datang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata segala permasalahan berkaitan perkara itu akan dikumpul untuk dikemuka kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO, antaranya syarat pertandingan dan isu pentadbiran semasa pemilihan.

“Ada cadangan supaya syarat pertandingan itu diperketat, kita akan buat kajian tentang cadangan itu supaya tidak terlalu mudah sehinggakan sesiapa sahaja boleh bertanding jawatan.

“Tindakan ini bukan mahu menyusahkan calon tetapi kita tidak mahu sesuatu jawatan tertinggi itu ditandingi secara terlalu mudah sehingga mereka yang baharu menjadi Ketua Bahagian UMNO pun menawarkan diri untuk jawatan tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Projek Perumahan Taman Benut Utama di sini hari ini.

Ahmad berkata kelemahan dalam pentadbiran semasa pemilihan juga akan diteliti, antaranya pengiraan undi yang didakwa kurang cekap kerana mengambil masa sehingga awal pagi.

“Kaedah untuk mengatasi masalah jika calon mendapat undian seri juga perlu diperhalusi supaya tidak timbul masalah seperti pemilihan untuk jawatan Naib Ketua Pemuda baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata selain itu, tempoh penarikan diri juga perlu dikaji semula untuk mengelak kemunculan ‘calon yang berniaga’ setiap kali pemilihan parti sama ada di peringkat bahagian atau peringkat tertinggi.

“Walaupun tidak ada kes dilaporkan membabitkan calon yang ‘berniaga’ pada pemilihan yang lalu, kaedah menghalang calon menarik diri seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum dan pilihan raya kecil wajar dikaji,” katanya.

Ahmad juga berkata semua kekurangan dan kelemahan itu akan dikaji sebelum Perhimpunan Agung UMNO Dis ini dengan pindaan yang mungkin dilakukan selepas mesyuarat berkenaan.

Keputusan PRK DUN Sungai Limau Bukti Pembangkang Iktiraf Dasar BN, Sistem SPR

Posted: 08 Nov 2013 02:27 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Nov. – Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang berpihak kepada Pas diterima dengan terbuka oleh pembangkang dan Barisan Nasional (BN) yang secara tidak langsung menjadi bukti pengiktirafan pembangkang terhadap keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid melihat sikap 'berlapang dada' Pas dan pakatan pembangkang selepas keputusan PKR DUN Sungai Limau adalah ibarat satu penerimaan daripada mereka terhadap pelaksanaan pilihan raya yang diselenggara oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sebelum ini pakatan pembangkang banyak membuat tuduhan kononnya SPR berlaku tidak adil, tidak telus dan macam-macam lagi tuduhan sebagaimana dalam PRU lalu apabila mereka gagal dalam mendapat sokongan dari rakyat untuk menguasai kerajaan pusat," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam PRK DUN Sungai Limau yang berlangsung Isnin lalu, Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti berkurang kepada 1,084 undi apabila calonnya Mohd. Azam Abd. Samat memperoleh 12,069 undi berbanding calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang mendapat 10,985 undi.

"Sehingga ke hari ini tidak ada sebarang rungutan dari pakatan pembangkang berkaitan kemenangan Pas di Sungai Limau yang barangkali ia diterima kerana Pas menang sedangkan jika BN yang menang maka tentunya pelbagai manipulasi akan ditaburkan,"

"Jika dalam PRU lalu, pakatan pembangkang banyak membuat tuduhan kepada BN selepas BN berjaya mendapat kepercayaan dari rakyat untuk kembali membentuk kerajaan sedangkan pakatan pembangkang mengalami kemerosotan sokongan di beberapa negeri terutamanya di Kedah yang kembali ditadbir BN, namun dengan sikap pembangkang yang amat positif di DUN Sungai Limau maka bermakna SPR benar-benar telus melaksanakan tugasnya," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sik menganggap penerimaan yang baik pakatan pembangkang terhadap keputusan PRK DUN Sungai Limau secara langsung menterjemah pengesahan mereka terhadap proses pilihan raya di negara ini.

"Antara PRU dan PRK tidak banyak bezanya dari segi proses dan pelaksanaan pilihan raya yang sepenuhnya di bawah seliaan SPR dengan tatacara dan pengendalian yang sama termasuklah dalam penggunaan dakwat kekal.

"Selepas kemenangan mereka di Sungai Limau maka jelaslah bahawa tidak berlaku penyelewengan, tiada penipuan dan macam-macam lagi tuduhan sebagaimana dakwaan mereka sebelum ini terhadap BN dan SPR sendiri."

Ekoran daripada rasa tidak puas hati terhadap keputuasan PRU ke-13 Mei lalu, pakatan pembangkang telah mengadakan himpunan sebagaimana 'Black 505' yang bermula pada 8 Mei lalu dengan alasan membantah keputusan PRU ke-13 dan serangan dibuat kepada BN, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan SPR.

"Pakatan pembangkang menyalahkan SPR kononnya berlaku penyelewengan dalam PRU namun jika ia benar-benar berlaku maka tentunya pembangkang tidak akan ada wakil dalam Parlimen.

"Sekiranya benar wujud penyelewengan maka tentulah Pas tidak akan menang di DUN Sungai Limau kerana sudah pasti akan didominasi oleh BN, begitu juga dengan PRU lalu yang tentunya pembangkang tidak akan menang tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

"Malangnya di negeri-negeri terbabit mereka tidak menyalahkan kerajaan sebaliknya di negeri yang mereka kalah mereka menuduh berlaku penyelewengan, maka penerimaan keputusan di DUN Sungai Limau adalah bukti pengiktirafan dari mereka terhadap ketelusan SPR dan kejujuran BN sendiri."

Tambahnya, jika benar ada pengundi hantu atau BN mengeksport pengundi Bangla maka tentulah ia akan diaplikasi di DUN Sungai Limau untuk BN mendapat kemenangan namun ia sememangnya tidak wujud sebagaimana persepsi pembangkang.

"Pas dan pakatan pembangkang sengaja ingin merosakkan sistem yang telah dibangunkan oleh BN, lantaran politik mereka yang berasaskan kepada kemenangan dan kepentingan peribadi semata-mata tanpa melihat kepada kewajaran dan kebenaran sedangkan dalam masa yang sama mereka sendiri mendapat kemenangan PRK DUN Sungai Limau berdasarkan sistem yang dibuat oleh BN."

Ujar beliau lagi, mesej yang jelas telah diberi oleh rakyat, yang kalah, kalahlah dan yang menang akan memerintah sebagaimana BN yang dapat menafikan DUN Sungai Limau bukanlah kubu kuat Pas sehinggakan majoriti mereka boleh berkurang hingga 50 peratus dari sebelumnya.

"Sesungguhnya keputusan di DUN Sungai Limau menjadi ukuran bahawa mesej kerajaan sampai ke akar umbi, transformasi yang dibawa kepada rakyat mulai difahami dan keyakinan masyarakat terhadap BN semakin bertambah." - MediaUMNO

Perjuangan Pas Makin Tempang, Terikat Dalam Perjanjian Pakatan Pembangkang

Posted: 08 Nov 2013 02:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Barisan NGO Negeri Perak, hari ini membidas sikap kepimpinan Pas yang dilihat begitu defensif, lemah serta lebih mengutamakan agenda politik kepartian mereka berbanding dengan agenda Islam, bangsa dan tanahair.

Pengerusinya, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, meminta agar pemimpin Pas mengurangkan politiking mereka, bermain kaedah politik selamat, dan diminta berani menyuarakan pendirian khususnya berhubung  Islam dan hak-hak Melayu yang hebat dipertikaikan oleh sekutu mereka sendiri, iaitu DAP hari ini.

"Kita pelik tengok sikap orang-orang Pas. Mereka tuduh UMNO tidak utamakan Islam, sedangkan terbukti UMNO parti yang melaksanakan syiar Islam di dalam negara dan membela Islam daripada serangan DAP , juga NGO-NGO hak asasi hari ini.

pas-liberal-islam-sekular-dap-tolak-usul-saranan-ulama-syura-fatwa

"Tetapi mereka, yang kononnya mengaku sebagai pejuang Islam, mengaku ingin menegakkan Islam di negara ini, sanggup pula bersekongkol dan berdakapan dengan DAP. Sanggup mati untuk DAP. Sedangkan sudah beberapa kali DAP membuat kenyataan yang menghiriskan hati umat Islam di negara ini?

"Tetapi apabila UMNO menghulur salam perpaduan, mereka tolak dengan pelbagai alasan. Sedangkan kita satu satu agama, satu darah dan satu bangsa. Apakah ini sikap dan akhlak yang diajar oleh Islam? Apakah Islam yang Pas anuti hari ini berbeza dengan Islam ahli UMNO?," tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, Pas yang mendakwa diri mereka membawa kepimpinan ulama hari ini tidak lagi dilihat begitu menghormati suara ulama, bahkan apa saja cadangan ulama Pas terus dicantas tanpa diberi ruang dan peluang untuk perbincangan atau perbahasan.

"Kita lihat bagaimana cadangan Dewan Ulama Pas melalui pengerusinya, Datuk Harun Taib berhubung mengkaji semula tahaluf siayasi bersama DAP dan PKR, ditolak mentah-mentah oleh Presidennya sendiri tanpa sebarang perbincangan. Bahkan penolakan itu dibuat secara terbuka melalui media, dan bukannya secara tertutup.

"Begitu juga dengan isu kalimah Allah di mana kepimpinan tertinggi Pas ternyata tidak sependapat dengan Dewan Ulama. Ini memperlihatkan hari ini kepimpinan Pas bukan lagi diterajui oleh golongan yang pro ulama, tetapi diterajui oleh mereka yang pro liberal, selari dengan pemikiran mentor mereka Anwar Ibrahim," jelasnya.

Beliau seterusnya menyeru ahli-ahli Pas diperingkat akar umbi supaya jangan terlalu taksub dengan perjuangan yang dijaja oleh kepimpinan Pas yang sebenarnya hanya satu retorik politik demi kepentingan puak-puak tertentu semata-mata.

"Jika Pas menang bersama DAP dan PKR dalam pilihanraya sekalipun, mereka takkan mampu untuk laksanakan agenda Islam kerana sudah ada perjanjian antara mereka dan kepimpinan DAP serta PKR, bahawa tidak ada agenda negara Islam akan dilaksanakan, termasuklah hudud.

"Tetapi di peringkat akar umbi kepimpinan Pas masih lagi bercerita tentang bagaimana UMNO menolak hudud, dan bagaimana Pas benar-benar bersungguh untuk melaksanakan hudud.

"Persoalannya, bagaimana mereka mahu melaksanakan hudud sedangkan perjanjian sudah mereka tandatangani, bahawa tidak akan ada agenda negara Islam apabila pakatan menang dan berjaya memerintah negara? Ini bukan dakwaan  kosong tetapi perjanjian itu sudah pun termeterai, dan mereka (pemimpin Pas) tahu tentang perkara itu," akhirinya. -MediaUMNO

Pengurusan Pengangkutan Awam Darat Akan Diseragam – SPAD

Posted: 08 Nov 2013 01:23 AM PST

KUALA TERENGGANU, 8 Nov - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan menyeragamkan semua pengurusan pengangkutan awam darat di seluruh negara.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata langkah itu akan dibuat dalammasa terdekat dan hanya membabitkan sistem pengurusan seperti lesen, permit, lesen kenderaan perkhidmatan awam atau PSV serta bidang kuasa penguatkuasaan bagi perkhidmatan teksi, kereta sewa, teksi di lapangan terbang, bas dan bas ekspres.

“Penyelarasan yang kita lakukan ini melibatkan bidang kuasa, sistem lesen… jadi semua kita perlu untuk tranformasikan pengangkutan awam dan untuk melaksanakan… kita dengar maklum balas di peringkat bawah,” katanya selepas melawat perhentian bas dan teksi Kuala Terengganu pada Jumaat.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan pengusaha tidak terbeban dengan pelbagai karenah birokrasi yang menyukarkan mereka untuk terus beroperasi.

Syed Hamid berkata setakat ini, SPAD masih mengkaji penetapan kadar baharu tambang bas ekspres dan bas sekolah yang bakal diumum tidak lama lagi.

Beliau berkata pihaknya memerlukan sedikit masa lagi kerana tidak mahu keputusan yang dibuat kelak mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak.

Dalam pada itu, SPAD akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu lori balak yang dikesan melanggar peraturan jalan raya bagi menjaga kepentingan pengguna lain. “Saya nak beritahu kepada (pemandu) lori-lori balak ini… jangan langgar undang-undang, kadang-kadang kayu yang dibawanya terkeluar, ini mendatangkan bahaya untuk pengguna lain,” katanya.

Sementara itu, Syed Hamid berkata pihaknya mengesan sebanyak 57 kereta sapu yang beroperasi di Terengganu sejak awal bulan lepas dan 15 pengusahanya ditahan manakala tujuh kes dibawa ke mahkamah.

“Selain itu, empat kes telah dilucutkan hak, satu dalam proses rayuan manakala selebihnya masih dalam proses perbicaraan,” katanya sambil menambah SPAD akan mengadakan rondaan bagi membanteras kegiatan itu.

Perjuangan Agenda Sempit Buat Pembangkang Makin Tunggang Terbalik Di Sabah

Posted: 08 Nov 2013 01:21 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Nov – Bagaimana pakatan pembangkang mampu untuk menyeru rakyat mempercayai mereka sedangkan wakil rakyat mereka sendiri tidak yakin dengan arah perjuangan parti tersebut.

Kemelut pakatan pembangkang di Sabah adalah bukti yang menunjukkan pembangkang tidak lebih sekadar pakatan yang bukan saja memperjuangkan agenda sempit malah tunggang terbalik.

lajim_bumburing_jualan_murah_anwar_beli_sabah

Mengulas mengenainya bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata tindakan ADUN Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu sebelum ini dan terbaru ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremmy Malajad yang mengambil jalan sama menunjukkan pembangkang di negeri berkenaan makin cacamarba.

"Pada saya faktor luaran dan dalaman memainkan peranan penting berhubung perkara berkenaan. Saya juga menjangkakan akan ada lagi yang akan mengambil langkah yang sama gara-gara faktor tersebut.

"Bukanlah menjadi satu rahsia kepada umum bagaimana pendekatan parti pembangkang itu sendiri serta hilangnya pedoman pimpinan pembangkang dalam meletakkan perjuangan yang sebenarnya menyebabkan perkara itu berlaku.

"Jadi tidak menghairankanlah senario tersebut…dan pada saya ianya bukanlah berita yang mengejutakan dan apa yang pasti pembangkang di negeri berkenaan makin cacamarba," ujar beliau kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini, ADUN kawasan Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu, mengumumkan keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas, manakala ADUN Kadamaian Jeremmy Malajad bertindak  keluar PKR berkuat kuasa pada Isnin lalu.

Mengulas lebih lanjut Fairus seterusnya menambah hakikat berkenaan tidak boleh dinafikan lagi dan hasrat pembangkang untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah terus tinggal mimpi.

"Ini semua menunjukkan kesinambungan dalam pakatan pembangkang makin longgar dan goyah. Makin lama ianya menyerlahkan apa yang berlaku di dalam pakatan pembangkang. Kita tunggu dan lihat apa pula selepas ini," katanya. -MediaUMNO

Ringgit Fall Against SGD Will Not Retard Nation’s Economic Growth – Ahmad

Posted: 08 Nov 2013 01:13 AM PST

PONTIAN, Nov 8 – The ringgit’s depreciation against the Singapore dollar (SGD) will not retard economic growth, rather it will further encourage exports to the island nation, said Deputy Finance Minister, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad said the rakyat need not worry about this development because the ringgit’s value versus the US dollar was still strong and the nation’s economic growth was still positive till the third quarter of this year.

“This (depreciation) is not a huge burden because the low exchange rate will boost exports and encourage more Singaporeans to spend in our country.

“International transactions are based on the value of US dollar and not the Singapore dollar. Also, the ringgit is still strong against the US dollar,” he said after officiating the groundbreaking ceremony at Taman Benut Utama 3 here today.

Ahmad said this when commenting on Singapore media reports on the fall in the ringgit to RM2.50 against the Singapore dollar, which was the lowest in 15 years.

Earlier, Ahmad urged private sector to take the initiative to build more affordable houses to help the government achieve its plan to provide 223,000 more affordable homes by next year under Budget 2014.

“We hope the private sector does not only focus on building apartments and luxurious condominiums but help the government achieve the plan,” he said.

Yang Cetuskan 13 Mei Bukan Parti Yang Berasas Kaum dan Agama

Posted: 08 Nov 2013 12:49 AM PST

DAP telah lama menuduh UMNO sebagai rasis kerana tidak membuka keahlian kepada semua kaum. Tuduhan ini dimainkan bersungguh-sungguh bagi membentuk persepsi bahawa UMNO itu jahat dan tidak adil.

Walhal, UMNO, bekerjasama dengan MCA dan MIC iaitu parti Cina dan India dan bergerak sebagai satu parti di bawah Barisan Nasional. Dengan cara ini semua kaum mempunyai ketua atau Presiden yang mempunyai kuasa untuk menyampaikan suara kaum masing-masing tanpa ada yang terpinggir.

Berbeza dengan DAP yang mempunyai ahli dari berbagai kaum tetapi semua pemimpin tertinggi merupakan dari kaum yang sama dan kaum-kaum lain tidak punya platform langsung untuk bersuara.

perarakan-demo-perhimpunan-dap-punca-tragedi-13-mei-malai-si-baling-kampung-mati-melayu

Bukan itu saja, kaum bukan Cina di dalam DAP juga ditindas dan tidak punya ruang untuk mencabar kepimpinan melalui apa jua cara sepertimana MCA dan MIC dan parti-parti komponen BN yang mewakili kaum bumiputera di Sabah Sarawak diberi ruang di dalam kerajaan untuk turut sama membuat keputusan dalam negara.

Hari ini, DAP juga turut menimbulkan soal parti keagamaan, yang mana ditujukan khas kepada PAS, sekutunya sendiri. Menurut Karpal Singh, parti perkauman dan keagamaan adalah merbahaya untuk negara.

Kita tahu bahawa DAP ingin mengubah sejarah, tetapi kita tidak percaya yang Karpal telah lupa sejarah. PAS telah wujud sejak tahun 1951, MCA pula sejak 1949, MIC pada 1946 sama dengan UMNO. Ini bermakna parti berasaskan kaum dan agama ini telah wujud sejak sekian lama di negara ini.

Namun, selama itu juga terbukti, selain PAS, peranan UMNO, MCA dan MIC adalah membawa perpaduan dan keharmonian di negara ini bukannya ketegangan.

Malangnya, semangat perpaduan UMNO, MCA dan MIC telah tidak dikongsi oleh parti berbagai kaum seperti DAP.

limkitsiang_aktivis_cina_dap_rasis_13mei

Justeru, DAP telah mencetuskan keganasan kaum pada 13 Mei 1969 atas dasar semangat keCinaan yang melampau. DAP dan juga Gerakan pada waktu itu, iaitu dua parti yang kononnya tidak ditubuhkan dengan berasaskan kaum, telah dengan sengaja mencabar orang-orang Melayu dengan memperlekehkan dan menghalau mereka ke hutan. Kononnya, laung DAP, negara ini adalah milik Cina dan bakal diperintah oleh DAP iaitu parti yang mendabik dada sebagai 'parti berbagai kaum' itu.

Dalam ketegangan itu, pemimpin UMNOlah yang bangkit bertindak untuk memulihkan keadaan. Pemimpin UMNOlah yang mengembalikan keamanan dan perpaduan dengan kerjasama dan bantuan MCA serta MIC. Ketiga-tiga parti perkauman ini menjadi agen keharmonian yang berjaya diteruskan sehingga ke hari ini.

Manakala parti berbagai kaum iaitu DAP pula terus berusaha untuk mencetuskan ketegangan kaum melalui berbagai cara. Di era teknologi maklumat ini, laman-laman sosial digunakan sepenuhnya oleh penyokong-penyokong DAP untuk memprovokasi umat Islam dan Melayu. Mujurlah kerajaan pimpinan UMNO itu cukup matang dan bijaksana untuk mengendalikan keadaan dan berjaya mengekang sebarang ketegangan.

Jelas, yang penting di sini bukan nama atau atas dasar apa parti ditubuhkan tetapi, siapa yang menerajui parti itu. Jika penerajunya seorang rasis, maka ia akan tetap bersikap rasis biarpun partinya terbuka kepada semua kaum. Jika penerajunya bukan seorang rasis, maka ia akan tetap berlaku adil kepada semua walaupun partinya adalah parti satu kaum.

Karpal Singh tentunya seorang yang lembab kerana tidak dapat menganalisis perkara ini. Itulah jadinya jika enggan belajar dari sejarah dan menafikan sejarah.

Sejarah tidak pernah menipu, manusia sahaja yang boleh menipu, apatah lagi seorang peguam yang juga seorang ahli politik seperti Karpal Singh.

isuhot.com

Lim_Kit_Siang_Muda_Dap_13Mei_Front

Astro : Kenaikan Caj Bulanan Tidak Dapat Dielakkan Lagi

Posted: 08 Nov 2013 12:18 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Nov -  Peneraju perkhidmatan televisyen berbayar, Astro mempertahankan keputusan mereka untuk menaikkan kadar caj bulanan kerana ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi.

Salah satu punca utamanya adalah kerana sebahagian besar program siaran langsung sukan yang dibawa oleh Astro melibatkan kos yang sangat tinggi.

Ia kata Astro adalah satu fenomena global yang terpaksa ditanggung oleh para pembayar dan Malaysia tidak terlepas daripada dikenakan caj yang sama.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, kos untuk membawa siaran langsung Liga Perdana Inggeris telah meningkat sehingga 2000 peratus sejak ia mula ditayangkan pada tahun 1997.

Malah katanya, apabila kos tersebut telah capai ke satu tahap yang tidak boleh lagi ditanggung oleh penyedia perkhidmatan, ia terpaksa dikongsi bersama oleh para pelanggan.

Misalnya, Astro terpaksa mengenakan caj tambahan sebanyak RM6 lagi ke atas pakej saluran sukannya dan RM2 lagi ke atas pakej familinya. Ia kata Tan tidak dapat dielakkan lagi.

Ini bermakna bermula 24 November ini, Pakej Famili Astro akan dicaj pada kadar RM39.95 daripada harga sekarang sebanyak RM37.95 manakala Pakej Sukan Astro akan dinaikkan menjadi RM82.95 berbanding RM74.95 sekarang.

Tambah beliau, persaingan untuk memperolehi hak eksklusif penyiaran turut menambah kepada tambahan kos tersebut kerana permintaan ke atas siaran langsung Liga Perdana Inggeris misalnya sangat tinggi di negara Asia khususnya di Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Singapura.

Rantau ini sahaja merangkumi 43 peratus daripada kos hak penyiaran di luar Britain.

Bagaimanapun Tan menegaskan yang Astro adalah rangkaian penyiaran yang memberikan pakej liputan terbaik untuk saluran sukan berbanding dengan negara-negara Asia yang lain.

Astro perlu melabur berbilion ringgit untuk membawa pelbagai siaran langsung acara sukan khususnya bolasepak ke kaca televisyen dan kepada para pelanggannya.

More Than Five Security Firms Investigated For Violating Conditions

Posted: 07 Nov 2013 10:59 PM PST

KUALA LUMPUR, Nov 8  - At least five security firms are being investigated by the police for allegedly breaching the conditions of their licence, including on use of firearms.

Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said investigation papers would be opened against the companies concerned and action would be taken if there were proof that they had violated regulations.

He said the police viewed seriously security firms which breached conditions of their licence and would not hesitate to take the necessary action against them.

Speaking at a media conference after presenting certificates to 55 graduates in policing studies and forensic science at the PDRM College here today, he advised security firms with problems on their security guards and firearm licence to verify the matter with the police.

On members of the Royal Malaysia Police (PDRM) holding posts, including as directors, in security firms in the country, Khalid said it was not an offence if they had obtained permission to do so.

So far, all PDRM members holding post in security firms had obtained permission before accepting the post, he added.

In another development, Khalid said police were investigating the report on a man who was alleged to have insulated Islam in a posting on his Facebook recently.

The man, aged 17, was detained in Bandar Hilir Melaka yesterday and was brought to the Dang Wangi police station here to record his statement.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...