BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! KENYATAAN KARPAL SINGH IBARAT SERANGAN HENDAP UNTUK PAS !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Nov 2013 07:30 AM PST


Ibarat retak yang menanti belah,Pas jelas terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP,Karpal Singh yang menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dan agama di negara ini termasuk Pas perlu dibatalkan pendaftarannya.Sebelum ini,Karpal dilihat telah berulang kali mempersendakan dan memperkecil Pas termasuk mencabar parti itu melangkah mayatnya terlebih dahulu jika berhasrat mahu mewujudkan negara Islam atau melaksanakan hukum hudud.Menurut Karpal,parti politik dan pertubuhan seumpama itu tidak sesuai diamalkan di negara ini selain berbahaya dan ia perlu diubah atau dibatalkan supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa mengira kaum dan agama.Katanya,sepatutnya parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dan agama tidak dibenarkan kerana ia sesuatu yang serius.Namun,apabila diminta menyentuh mengenai sekolah berasaskan kaum dan pertubuhan-pertubuhan Cina,Karpal enggan mengulas lanjut sambil menegaskan dia hanya bercakap mengenai parti politik. 

Marah dengan kenyataan tersebut,beberapa orang pemimpin tertinggi Pas tampil memberikan kenyataan,bagi membalas kembali serangan hendap ahli parlimen Bukit Gelugor itu.Sebagai contoh Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib semalam membidas Karpal menyifatkannya tidak berhak sama sekali menyarankan Pas dibubarkan pendaftarannya.Sebaliknya,Harun membalas balik teguran Karpal itu dengan mencadangkan agar parti DAP dibubarkan sekiranya merasakan parti perlu berbuat demikian kerana berasaskan kaum dan agama seperti mana didakwa.Selain Harun,Ketua Penerangan parti itu,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Ketua pula menganggap kenyataan Karpal sebagai meludah ke langit kerana menurutnya DAP sendiri dilihat merupakan parti cauvinis Cina,sebagai serius serta berbahaya.Selain kumpulan ulama Pas,Mahfuz yang dilihat mewakili kumpulan Liberal parti itu turut menyatakan bantahan terhadap kenyataan Karpal.Menurutnya semua jenis parti selagi tidak melanggari perlembagaan negara perlu diberikan ruang. Sambil menyifatkan ia adalah merupakan satu dari proses demokrasi. 

"Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan Karpal" katanya di lobi parlimen.Tidak cukup dengan itu,Penolong Setiausaha Agung Pas,Datuk Takiyuddin Hassan turut menyelar Karpal,kerana sebagai peguam dan ahli politik senior dia dilihat tidak memahami Perlembagaan dan undang-undang negara yang membenarkan kebebasan berpersatuan."Saya lihat agama Sikh juga ada persatuannya seperti Sikh Naujawan Sabha Malaysia begitu juga dengan Buddha dengan Dong Zong,semua ini tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini,jadi tindakan beliau amat tidak wajar,"katanya.Menurut pemerhati politik,serangan hendap Karpal itu sebenarnya boleh dilihat dari dua sudut.Pertama ia adalah merupakan sikap sebenar Karpal yang jelas ingin menunjukkan bahawa hubungan DAP dengan Pas hanyalah sekadar untuk memenuhi kepentingan politik semata-mata.Mereka sebenarnya langsung tiada persamaan dalam asas perjuangan malah tidak pernah sekata dalam banyak perkara dasar.Kedua,amat jelas parti ulra DAP semakin terdesak dengan kemelut dalamannya berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang masih berpanjangan walaupun ia telah diadakan semula.Ini kerana terdapat ahli-ahli parti itu yang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana masih tidak berpuas hati dengan pemilihan semula itu.Jadi,Karpal seolah-olah mahu mengalih perhatian ramai terhadap masalah dalaman partinya yang nampaknya tiada kesudahan.Kesimpulannya,walaupun DAP tidak mengaitkan dirinya dengan mana-mana kaum,namun umum mengetahui bahawa ia adalah sebuah parti yang cenderung memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja atau dalam bahasa mudah ia adalah sebuah parti ultra kiasu yang begitu chuvinis.

ADAKAH INI SEMUA LAKONAN TERBARU PR ATAU SEBALIKNYA ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

ANALISIS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PAS BAKAL HILANG DI MALAYSIA DAN JUGA DI DUNIA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Nov 2013 04:00 AM PST


PRK Sungai Limau sudah pun berlalu,apa pun saya menerima kemenangan PAS di Sungai Limau dengan hati yang terbuka dan tenang.Tiada rungutan dan bantahan di pihak UMNO walaupun berlaku beberapa insiden yang tidak memuaskan hati.Tiada juga kedengaran rungutan dan bantahan di pihak PAS seperti dakwaan pengundi hantu,dakwat tidak kekal atau SPR tidak telus,yang sering anda dengar setiap kali pilihanraya.Mungkin PRK Sungai Limau merupakan PRK paling bersih bagi PR dan juga bagi Ambiga,kerana PAS telah menang.Pun begitu,jika PAS punya sedikit kecerdikan mereka akan tahu bahawa parti itu sebenarnya tidak menang.Malah,tiada siapa yang menang di Sungai Limau melainkan kalah semuanya.Yang kalah paling teruk adalah penduduk di kawasan itu kerana tidak dapat berhijrah ke arah yang lebih baik.saya menyatakan yang PAS telah kalah kerana majoriti yang diperolehi oleh parti itu semakin hari semakin merosot,iaitu satu trend yang dilihat berterusan sejak PRU ke-12 lagi.Di ambil contoh Manek Urai,dengan jumlah 99.3% pengundi Melayu,PAS menang dalam PRU-12 dengan majoriti 1,352 tetapi dalam PRK pada 2009 kemudiannya,PAS hanya mampu menang dengan majoriti 65.Begitu juga di Permatang Pasir dengan lebih 73% pengundi Melayu,PAS menang dalam PRU-12 dengan majoriti 5,433 tetapi dalam PRK 2009,majoriti PAS merosot sehingga 4,551. 

Trend ini menepati keputusan PRU-13 di mana PAS kehilangan 2 kerusi menjadikan parti itu memiliki 21 kerusi sahaja daripada 23 kerusi yang diperolehi dalam PRU-12.Seterusnya,dalam tempoh ini iaitu 2009 – 2013,dalam PRK Bagan Pinang,Galas,Tenang,Merlimau,Kerdau dan Kuala Besut,masing-masing menyaksikan PAS kalah kepada UMNO dengan majoriti yang meningkat sebelum menang dengan majoriti yang merosot dalam PRK Sg. Limau.Apa yang berlaku memperlihatkan parti PAS semakin hari semakin mengecil.Dengan 'pengecutan' PAS,DAP pula semakin berkembang dan semakin kuat di dalam PR.Kerusi DAP bertambah dan suara mereka juga semakin lantang mencabar agama Islam.Semakin hebat DAP mencabar Islam,semakin merosotlah sokongan terhadap PAS.Jika trend ini berterusan,tidak mustahil PAS hanya akan tinggal nama sahaja pada PRU-14 nanti dan kerusi yang dimenangi pula hanyalah di kawasan majoriti bukan Melayu.Pengundi Cina dilihat pasti akan memberi undi kepada PAS di kawasan di mana DAP tidak bertanding kerana mereka tahu bahawa hanya melalui PAS maka Ketuanan Cina dapat direalisasikan. 

Justeru,pada satu ketika nanti dan tidak lama lagi,PAS akan menjadi sebuah parti yang berdiri atas kepura-puraan seratus peratus.Ia tidak lagi layak bergelar parti Islam,tetapi lebih tepat dirujuk sebagai parti Kristian Evangelist yang berselindung di sebalik pendirian pluralis namun berpenampilan Islam. PAS yang asal akan pasti hilang.Dengan saranan Karpal agar nama agama dan bangsa pada parti dihapuskan,maka tidak mustahil,akhirnya PAS juga akan membuang nama 'Islam' bagi menepati perubahan ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SATU LAGI KISAH SEBENAR 13 MEI DAN DAP DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Nov 2013 01:00 AM PST


DAP telah lama menuduh UMNO sebagai rasis kerana tidak membuka keahlian kepada semua kaum.Tuduhan ini dimainkan bersungguh-sungguh bagi membentuk persepsi bahawa UMNO itu jahat dan tidak adil.Walhal,UMNO,bekerjasama dengan MCA dan MIC iaitu parti Cina dan India dan bergerak sebagai satu parti di bawah Barisan Nasional.Dengan cara ini semua kaum mempunyai ketua atau Presiden yang mempunyai kuasa untuk menyampaikan suara kaum masing-masing tanpa ada yang terpinggir.Berbeza dengan DAP yang mempunyai ahli dari berbagai kaum tetapi semua pemimpin tertinggi merupakan dari kaum yang sama dan kaum-kaum lain tidak punya platform langsung untuk bersuara.Bukan itu saja,kaum bukan Cina di dalam DAP juga ditindas dan tidak punya ruang untuk mencabar kepimpinan melalui apa jua cara sepertimana MCA dan MIC dan parti-parti komponen BN yang mewakili kaum bumiputera di Sabah Sarawak diberi ruang di dalam kerajaan untuk turut sama membuat keputusan dalam negara. 

kali ini,DAP telah menimbulkan soal parti keagamaan,yang mana ditujukan khas kepada PAS,sekutunya sendiri.Menurut Karpal Singh,parti perkauman dan keagamaan adalah merbahaya untuk negara.Kita tahu bahawa DAP ingin mengubah sejarah,tetapi saya tidak percaya yang Karpal telah lupa sejarah.PAS telah wujud sejak tahun 1951,MCA pula sejak 1949,MIC pada 1946 sama dengan UMNO.Ini bermakna parti berasaskan kaum dan agama ini telah wujud sejak sekian lama di negara ini.Namun,selama itu juga terbukti,selain PAS,peranan UMNO,MCA dan MIC adalah membawa perpaduan dan keharmonian di negara ini bukannya ketegangan.Malangnya,semangat perpaduan UMNO,MCA dan MIC telah tidak dikongsi oleh parti berbagai kaum seperti DAP.Justeru,DAP telah mencetuskan keganasan kaum pada 13 Mei 1969 atas dasar semangat keCinaan yang melampau.DAP dan juga Gerakan pada waktu itu,iaitu dua parti yang kononnya tidak ditubuhkan dengan berasaskan kaum,telah dengan sengaja mencabar orang-orang Melayu dengan memperlekehkan dan menghalau mereka ke hutan.Kononnya,laung DAP,negara ini adalah milik Cina dan bakal diperintah oleh DAP iaitu parti yang mendabik dada sebagai 'parti berbagai kaum' itu. 

Dalam ketegangan itu,pemimpin UMNO lah yang bangkit bertindak untuk memulihkan keadaan.Pemimpin UMNO lah yang mengembalikan keamanan dan perpaduan dengan kerjasama dan bantuan MCA serta MIC.Ketiga-tiga parti perkauman ini menjadi agen keharmonian yang berjaya diteruskan sehingga ke hari ini.Manakala parti berbagai kaum iaitu DAP pula terus berusaha untuk mencetuskan ketegangan kaum melalui berbagai cara.Di era teknologi maklumat ini,laman-laman sosial digunakan sepenuhnya oleh penyokong-penyokong DAP untuk memprovokasi umat Islam dan Melayu.Mujurlah kerajaan pimpinan UMNO itu cukup matang dan bijaksana untuk mengendalikan keadaan dan berjaya mengekang sebarang ketegangan.jelas,yang penting di sini bukan nama atau atas dasar apa parti ditubuhkan tetapi, siapa yang menerajui parti itu.Jika penerajunya seorang rasis,maka ia akan tetap bersikap rasis biarpun partinya terbuka kepada semua kaum.Jika penerajunya bukan seorang rasis,maka ia akan tetap berlaku adil kepada semua walaupun partinya adalah parti satu kaum.Karpal Singh tentunya seorang yang lembab kerana tidak dapat menganalisis perkara ini.Itulah jadinya jika enggan belajar dari sejarah dan menafikan sejarah.Sejarah tidak pernah menipu,manusia sahaja yang boleh menipu,apatah lagi seorang peguam yang juga seorang ahli politik seperti Karpal Singh.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! AHLI PARLIMEN PKR MENGKAFIRKAN GOLONGAN ANSAR ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 07 Nov 2013 10:00 PM PST


Dalam sidang Parlimen,seorang ahli Parlimen yang menggunakan kisah penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah dalam perbahasannya dalam sidang Dewan Rakyat telah memberi fakta palsu berhubung dengan sejarah Islam dengan menyatakan golongan Ansar Madinah sebagai orang kafir.apa cerit ni ??? Ahli parlimen PKR (Indera Mahkota) Datuk Fauzi Abdul Rahman,pada akhir perbahasannya,mungkin mahu menghalalkan hubungan luar biasa Pas dan DAP,menyatakan bahawa usaha Rasulullah SAW menyatukan antara golongan Ansar dan Muhajirin dalam peristiwa peristiwa Hijrah merupakan usaha menyatukan orang Islam dengan bukan Islam. Fakta ini merupakan kesalahan yang serius kerana dalam sejarah Islam, golongan Ansar merujuk kepada penduduk Madinah yang telah memeluk Islam dan menerima kehadiran orang Islam dari Mekah yang dikenali sebagai golongan muhajirin.Ini jelas dinyataka di dalam Sirah Rasululullah dan juga al -Quran.

Dan orang-orang (Ansaar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka,mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat.Dan (ingatlah),sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,maka merekalah orang-orang yang berjaya. - Surah : AL-HASYR,ayat : 9

LIHAT VIDEO DI BAWAH



Tindakan Fauzi yang merupakan seorang Ahli Parlimen Islam memutarbelitkan fakta sejarah Islam dalam Dewan yang mulia demi kepentingan politik DAP sangat memalukan.Fauzi harus bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh orang Islam atas pembohongan ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN ZAMAN JURASSIC DAN TIDAK LAGI RELEVAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 07 Nov 2013 05:51 PM PST


Agenda Anwar Ibrahim yang hanya memperkudakan Pas demi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri membuktikan sikap tidak ikhlas beliau terhadap parti Islam itu.Pendedahan tersebut yang dibuat oleh bekas menteri besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Razak kepada mantan menteri penerangan,Tan Sri Zainuddin Maidin mengguatkan lagi persepsi bahawa Pas kepada Anwar hanyalah sekadar karpet untuk mengesatkan kakinya.Di dalam tulisan di dalam blognya Zamkata,Zainuddin berkata lidas rasmi Pas,Harakah,pernah menghina presiden parti itu sendiri,Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau hanya layak menjadi seorang nelayan.Anwar menanam agen-agennya di dalam Pas yang dikenali sebagai Anwarinas atau kumpulan Erdogan seperti Husam Musa,Mahfuz Omar,Mohamad Sabu,Dr Dzulkefly Ahmad,Khalid Samad,Dr Hatta Ramli,Dr Syed Azman,Dr Mujahid Yusuf dan Salahuddin Ayub. 

Mereka ini membawa agenda sulit serta bertindak menjadi corong mulut Anwar di dalam Pas bagi mengimbangi pengaruh dan kuasa golongan agamawan dan ulama di dalam parti itu.Anwar tahu bahawa golongan ulama amat tidak setuju dan menolak keburukan peribadi beliau yang terlibat dalam perbuatan liwat.Malah peribadi jijik Anwar ini sudahpun menjadi pengetahuan umum sebilangan pimpinan besar Pas termasuk Abdul Hadi yang sama-sama membesar di dalam perjuangan Abim lebih tiga dekad dahulu.Bekas pemimpin Abim seperti Tan Sri Sanusi Junid sudahpun memperkatakan mengenai kecenderungan Anwar menyukai budak-budak lelaki jambu sejak awal tahun 1980an.Tetapi ketika itu siapapun tidak pedulikan apa yang disebut oleh Sanusi kerana di kalangan pelopor Abim mereka tahu Anwar dan bekas menteri pertanian itu memang tidak sebulu dari zaman muda mereka lagi.Lagi pun Anwar baru sahaja diterima masuk UMNO dan terus mendapat layanan istimewa daripada perdana menteri ketika itu,Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Anwar ditatang sebagai anak emas oleh Dr Mahathir dan kelajuan beloiau menaiki tangga politik di dalam UMNO adalah juga disebabkan faktor bosnya.Anwar menjadi 'untouchable' di dalam UMNO kerana beliau dilihat sebagai pengganti Dr Mahathir sebagai presiden parti dan juga bakal perdana menteri.Namun takdir mengatasi segalanya dan beliau terhumban dalam keadaan hina dan mengaibkan daripada persada kuasa yang dipuja dan disanjung selama 16 tahun.Walaupun Anwar pernah menghamburkan kata-kata keji,kesat dan menghina kepada pemimpin-pemimpin pas ketika beliau menjadi pemimpin kerajaan Barisan Nasional,namun demi masa depan politiknya pasca kerajaan,beliau terpaksa menelan semuanya kembali walaupun pahit. Setelah dipecat Anwar mula melunakkan hati pemimpin Pas dan kata-kata manisnya terutamanya terhadap golongan ulama.Hinggakan sampai ke hari ini,mursyidul am Pas,Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi satu-satunya penyokong kuat Anwar di dalam parti itu.Katalah apa sahaja keburukan Anwar kepada Nik Aziz dan bawalah sebeban bukti untuk menguatkan hujah mengenai perbuatan liwatnya,Semuanya akan ditolak bulat-bulat.Bagi Nik Aziz,Anwar adalah pemimpin hebat yang telah dianiayakan oleh Dr Mahathir tetapi malang bagi beliau kerana ketaksuban beliau telah menutup pinti kebenaran mengenai karektor dan identiti sebenar ketua umum PKR itu. 

Melalui jarum pengaruh halus yang digunakan terhadap Nik Aziz,Anwar berjaya meyakinkan parti itu untuk membuat kerjasama politik atau tahalus siyyasah bersama Dap dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat.Pada mulanya pas menerima hasil yang lumayan kerana berjaya meningkatkan jumlah kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi menjadi jelas pada PRU13,pemenang terbesar adalah Dap.Dap berjaya menggunakan Pas sebagai keldai tunggangan dan mengautkan keuntungan politik yang amat besar mendapat undi Melayu daripada parti itu.Di beberapa kawasan yang ditandingi oleh Pas,parti itu tidak mendapat sebanyak undi daripada kaum Cina termasuk daripada anggota Dap sendiri.Kekalahan pembangkang pada pilihan raya lalu untuk merampas Putrajaya telah membuka mata pemimpin Pas bahawa mereka selama ini telah menjadi balaci Anwar tanpa disedari.Kini sudah ada gerakan yang lebih serius di dalam parti itu untuk menolak kepimpinan Anwar yang sudah dilihat sebagai pemimpin era jurassik oleh pemimpin generasi muda Pas.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...