Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Habis Kuyup Perwakilan PKR Kena Kencing Anwar!!
- HOT! Ustaz Kazim Dilantik Sebagai MT UMNO?
- HOT! Anwar Kantoi Lagi, Berapa Kali Mau Kantoi Bohong haa?
- INFO! Perkara yang Patut #MahasiswaNasional Tahu! @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal
| HOT! Habis Kuyup Perwakilan PKR Kena Kencing Anwar!! Posted: 29 Nov 2013 05:12 AM PST 'Kaki Temberang No. 1 Negara' jelas memperbodohkan para perwakilan Kongres Khas PKR yang berlansung Ahad lepas di Shah Alam. Menurut laporan yang dipetik dari Malaysia Today, Anwar dengan sinis menyindir UMNO "Dasar Ekonomi Baru (New Economic Policy), Hidup Melayu. Which Malays? I choose 170,000 paddy planters, you choose Syed Mokhtar."Khabarnya, ucapan Anwar itu mendapat tepukan bergemuruh dari para perwakilan. Malang bagi para perwakilan berkenaan kerana alpa untuk membaca Laporan Ketua Audit Negara (m.s 31), seperti berikut; Bolehkan Anwar bantu pesawah padi di Selangor kalau 'Tabung Amanah Program Pengurusan Berpusat Padi Negeri Selangor' berbaki RM000,000.00? Temberang Anwar ni memang dasat laa.. tu pun ada orang percaya.. cerita ni Mc ambil dari blog Akar Umbi. | ||||
| HOT! Ustaz Kazim Dilantik Sebagai MT UMNO? Posted: 29 Nov 2013 03:10 AM PST | ||||
| HOT! Anwar Kantoi Lagi, Berapa Kali Mau Kantoi Bohong haa? Posted: 28 Nov 2013 07:12 PM PST Mungkin ada berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selalu dikecam kerana dikatakan kerap berbohong tidak mungkin berani berbuat demikian di Dewan Rakyat yang dianggap dewan mulia kepada ahli-ahli Yang Berhormat. Bagaimanapun, jika sesiapa yang berada di Dewan Rakyat pada 19 November lalu atau meneliti hansard, jangan terperanjat dengar Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong menafikan kenyataan hanya selepas beberapa minit perkara itu keluar mulutnya. Insiden berlaku ketika Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin sedang menjawab perbahasan bajet kementeriannya apabila ahli parlimen Permatang Pauh mencelah mengenai cadangan kerajaan membawa 500 ribu pekerja Bangladesh. Tidak sampai lima minat Anwar sudah pusing cakap isu bangla di Dewan Rakyat Anwar yang bangun mencelah antara lain berkata, "…saya faham hubungan baik Malaysia-Bangladesh yang harus dipertahankan sehingga hendak bawa 500,000 pekerja Bangladesh dan mengenepikan kepentingan penganggur di Malaysia. Itu satu soal lain, mungkin akan didaftar oleh SPR kemudian… Hamzah ketika meneruskan penggulungan menjelaskan " Yang Berhormat Permatang Pauh kata hendak bawa 500,000 orang Bangladesh untuk ke Malaysia dan akhirnya akan diregisterkan sebagai pengundi. Itu seperti pembohongan yang dibuat dan yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi…" Beliau bermaksud Anwar berbohong dengan menuduh 500,000 rakyat Bangladesh akan didaftar sebagai pengudi. Anwar kemudiannya bangun menafikan secara berterusan sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara beliau dengan Hamzah. "Saya tidak check hansard, ada atau tidak saya akan akan daftar..saya kata jangan didaftarkan. Boleh bohong macam inikah?," "…Saya kata jangan, bukan saya kata didaftarkan. Semua ada dengar. Saya minta orang UMNO kalau berani, cakap yang benar…," "..Saya tidak kata 500,000 didaftarkan sebagai SPR, oleh SPR. Saya kata jangan ulang daftar," tegas Anwar. Hamzah bertikam lidah dengan Anwar apabila Ketua Pembangkang itu menafikan kenyataannya sendiri ketika mencelah Malah, beliau berkata, " saya bantah sebab ada tuduhan pembohongan. I challenge, esok check Hansard exactly apa saya kata dan you must withdraw kalau saya tidak tuduh kata 500,000 ini akan daftar. Kalau you sanggup begitu,then we take it. Kalau you cannot…". Memang patut Hamzah berkata, Anwar berbohong kerana kenyataan Ketua Pembangkang itu pada permulaan pencelahan mengatakan ' mungkin akan daftar tetapi selepas itu menafikan dengan mengatakan 'saya kata jangan daftar'. Sahlah, memang Anwar suka 'u turn' cakap sama seperti isu 40,000 ribu Bangladesh yang didakwanya mengundi Barisan Nasional pada PRU 13. Akhirnya beliau menafikan ada membuat dakwaan tersebut dan menyalahkan media pro UMNO yang kononnya. Itulah kehebatan Anwar malah bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip dalam ceramah selepas keluar parti itu pernah beri petua bagaimana hendak tahu waktu bila Anwar berbohong. Kesimpulannya kata Zahid antara pemimpin yang paling rapat dengan Ketua Umum PKR itu, kalau hendak tahu waktu bila Anwar berbohong adalah ketika Ketua Pembangkang itu 'buka saja mulut'. – bnbbc.my
McTheory: Senang cakap Anwar ni memang kaki kencing laa.. | ||||
| INFO! Perkara yang Patut #MahasiswaNasional Tahu! @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal Posted: 28 Nov 2013 05:21 PM PST KENYATAAN AKHBAR BERSAMA YANG BERHORMAT DATO' SRI AHMAD SHABERY CHEEK Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara DAN YANG BERHORMAT DATO' RAZALI IBRAHIM Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Malaysia akan secara bersama menganjurkan Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2013 pada 1 Disember 2013 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Persidangan ini bertemakan "Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa" dan akan melibatkan 150 orang peserta, iaitu seramai 75 orang pemimpin mahasiswa dari luar negara dan 75 orang pemimpin mahasiswa dari IPTA dalam negara. Tahun ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee). Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum. Perubahan pendekatan ini dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat: a. memberi pendedahan kepada Mahasiswa Nasional kepada asas perdebatan dalam Parlimen; b. mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda di kalangan Mahasiswa Nasional; dan c. melatih Mahasiswa Nasional agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara. Dalam persidangan kali ini, peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :- i. Politik "Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14." ii. Ekonomi "Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara." iii. Agama "Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah." iv. Pendidikan "Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan." Seramai LAPAN (8) orang Pakar Bidang turut dijemput untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman di dalam bidang masing-masing. Mereka adalah:- i. Politik YBhg Datuk Fuad Hassan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas – JASA) YBhg Datuk Zulkifli Nordin (Mantan Pemimpin Kanan PKR / Peguam) ii. Ekonomi YBhg Prof Dr Noor Azlan Ghazali (Timbalan Naib Canselor UKM – Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) YBhg Dr Zubir Harun (Pengerusi Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia – AIM) iii. Agama YBhg Dato' Dr Hassan Mohamed Ali (Presiden JATI) YBhg Dr Fathul Bari Mat Jahaya (Exco Pemuda UMNO Malaysia) iv. Pendidikan YBhg Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor Universiti Teknologi MARA) YBhg Prof. Madya Dr Asyraf Wajdi Dato' Haji Dasuki (Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah – YADIM) Pada penghujung persidangan ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk:- i. mendapatkan sebanyak mungkin usul yang akan disampaikan dalam bentuk RESOLUSI kepada kepimpinan tertinggi UMNO. ii. mengenal pasti jurucakap-jurucakap yang berpotensi untuk diketengah di dalam Persidangan Sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agong UMNO Malaysia 2013 . Sumber |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment