Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Syiah Kedah Anggap Azam Samat Sebagai Wira? #KedahAmanMakmur

Posted: 28 Nov 2013 05:47 AM PST


Awat pulak geng syiah Kedah anggap si Azam Samat ni sebagai wira depa? Apa kena mengena geng syiah ni dengan Azam? Apakah semua ini ada kaitan dengan banner yang dinaikan semasa di PRK Sungai Limau tempohari? hmm.. pelik tapi benar..


McTheory:
Azam Samat ada kena mengena dengan syiah? hmmm..

HOT! Ustaz Kazim Teruskan Perjuangan.. Alhamdullilah Tak jadi Bersara!

Posted: 27 Nov 2013 08:38 PM PST


Alhamdulillah Ustaz Kazim tak jadi nak bersara dar bagi ceramah.


Lepas ni kita boleh tengok la ada malaun-malaun yang meroyan dok maki Ustaz Kazim pulak. Sebab semalam ada pencacai politik tegar yang dok berkira-kira nak buat kenduri sebab Ustaz Kazim nak bersara dari bagi ceramah. Jangan disebabkan Ustaz Kazim tak jadi bersara bagi ceramah, pencacai tu mati terkejut sakit jantung, buat kenduri arwah la jawabnya. he he he..

Jangan risau Ustaz, seorang maki, seribu orang lagi sokong Ustaz..

McTheory:
Terbaiklah dari Ustaz Kazim

INFO! Kutip Cukai Nik Aziz Pun Salah Seorang Ahli Neraka?

Posted: 27 Nov 2013 05:24 PM PST




Mc ada terbaca satu poster yang dibuat oleh puak sebelah sana. Kononnya saranan PM Najib yang menyamakan orang tak bayar cukai tu sama dengan pengkhianat negara.

Kemudian mereka mengunakan hadis Rasulullah yang mengatakan pemungut cukai akan dimasukkan dalam neraka, dan beberapa sabda lagi. Kononnya nak tunjuk PM Najib dan kerajaan Malaysia ni kejam dan jahat sebab suruh bayar cukai.

Tapi apakah mereka sedar Kerajaan Kelantan, Selangor dan Penang juga, saban tahun mengutip cukai pintu, tanah, perniagaan dan lain-lain lagi. Apakah Kerajaan sana juga bakal menjadi penghuni neraka?

Guna akal la.. Islam ni fleksibel..

Saidina Umar al-Khattab semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10 peratus yang dipanggil 'Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari negara musuh), 5 peratus kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam) dan 2.5 peratus kepada peniaga Muslim (Muwatta' Malik & Sunan al- Bayhaqi).

Pengurangan cukai diberikan kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu. Mekanisme cukai yang dibuat oleh Umar adalah untuk menampung perbelanjaan negara Islam yang semakin mendesak.

Berpegang kepada zahir hadis yang menyatakan "pengutip cukai tidak akan masuk syurga " tanpa analisis mendalam, seolah-olah menyifatkan Saidina Umar masih lagi jahil sunnah Nabi dan tidak akan ke syurga. Kenyataan itu ternyata bercanggah dengan sebuah hadis yang menyatakan beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang sudah dijamin syurga (Sunan Abu dawud, al-Tirmidhi, Musnad Ahmad).

Menurut majoriti ulama pula, pengenaan cukai oleh pemerintah berjalan atas asas Islam yang dikenali sebagai Masalih al-Mursalah iaitu sesuatu peraturan baru yang terbukti mempunyai kepentingan dan faedah kepada umum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Dengan perkataan lain, pengenaan cukai oleh pemerintah menjadi peringatan kepada rakyat bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga setiap inci bumi yang mereka diami sama ada dengan harta atau jiwa raga mereka.

Hanya Allah yang maha mengetahui..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...