Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Gila Seks Punca Gadis Menganut Syiah?

Posted: 27 Nov 2013 07:12 AM PST


Kebenaran untuk berkahwin secara mutaah yang kononnya menghalalkan zina dikenali pasti sebagai faktor utama menyebabkan segelintir umat Islam di negara ini terutama lelaki, terjebak dengan fahaman Syiah.

Penolong Pengarah, Seksyen Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od, berkata kesimpulan itu berdasarkan pengakuan 141 pengikut fahaman terbabit yang direkodkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) setakat ini.


Syiah buat hadis palsu

Katanya, kebanyakan pengikut Syiah daripada kalangan orang Melayu tidak mahu menceritakan secara terperinci mengenai kahwin mutaah, namun Syiah buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar.

Mereka tahu zina perkara jijik dan berdosa besar, tetapi dalam Syiah benda jijik dimuliakan... Nikah mutaah mulia, bahkan mendapat pahala lagi, siapa yang bermutaah sekali sama martabatnya dengan Saidina Hassan, dua kali sama dengan Saidina Hussin dan tiga kali sama dengan Saidina Ali.


Pengikut Syiah percaya, kahwin mutaah yang sebenarnya menghalalkan zina dalam Islam, akan diberikan pahala yang besar seperti yang diterima Rasulullah SAW dan sahabat Baginda, katanya ketika berucap pada majlis 'Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana BAKTI: Kesesatan dan Fahaman Syiah', di sini semalam.

Ciri penganut Syiah

Majlis anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di Kompleks Seri Perdana itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Aizam juga mendedahkan ciri penganut fahaman Syiah yang turut menggelarkan fahaman itu sebagai Mazhab Ahli Bait bagi mengelirukan umat Islam, terutama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, antara ciri berkenaan termasuk menambah bacaan dua kalimah syahadah dan azan, solat tiga waktu sehari iaitu dengan menjamakkan Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isyak.

Amalan lain termasuk sujud di atas batu Karbala ketika solat, tidak menunjukkan penghormatan kepada sahabat Rasulullah dan tidak terus berbuka puasa selepas mendengar azan Maghrib pada Ramadan.

Penyebaran ajaran sesat itu yang kerap berselindung di sebalik agensi pelancongan, buku agama dan risalah serta media sosial, katanya sambil menambah pengikut Syiah di Malaysia dianggarkan sekitar 1,500 hingga 2,000 orang.

Ceramah itu dihadiri 70 tetamu termasuk ahli BAKTI, Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) serta Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Sumber

HOT! Rasuah Untuk Menang Pilihanraya? #PRKampus #UM @TunFaisal @RazaliIbrahim

Posted: 27 Nov 2013 05:12 AM PST



Esok dah nak mengundi, petang tadi Mc diberitahu Pro-M di UM sudah mula mengerakkan jentera untuk memberi hadiah khas sempena PR Kampus yang akan diadakan esok hari. Hadiah dalam bahasa sopan, tapi hakikat sebenarnya ia rasuah. he he he..

Cuma apa yang menyedihkan, mahasiswa UM di rasuah dengan sebatang coklat.

Apa budak pro-M ni ingat, mahasiswa UM nak gadaikan maruah dan harga diri dengan hanya sebatang coklat ke?

Andaikata Pro-M menang esok,  mereka menang disebabkan rasuah. Bukan disebabkan mereka mampu menjadi wakil mahasiswa di UM.

Kalau dah menang pun dengan cara yang tak baik, sudah tentu perjalanan mereka nanti pun tidak akan diredhai oleh Allah.

Pemimpin pelajar macam ni yang mahasiswa UM nak pilih?





Boleh ke bagi hadiah atau rasuah ni? Tak salah ke? Meh kita rujuk sikit..

Tindakan Serius harus diambil kerana PRO M ternyata melanggar peraturan PRK


McTheory:
Pihak Universiti perlu ambil tindakan.. ini dah langgar undang-undang..

HOT! Pro-M Universiti Malaya Kena Simbah Cat? #UM #PRKampus

Posted: 27 Nov 2013 01:12 AM PST




Baru semalam 'siang' Mc kata puak ni nak buat black ops memperbodohkan mahasiswa di UM. Tiba-tiba semalam juga tapi waktu malam, betui-betui terjadi black ops puak Pro-Menipu ni kononnya kena simbah cat dan banner kena buang.

Rasanya memang tradisi puak Pro-Menipu di UM kena buat satu black ops untuk capai KPI kot? Kalau tak buat black ops bodoh macam selalu tu, kiranya KPI puak Pro-Menipu di UM ni tak tercapai la.


Mana mungkin lawan mereka yang buat semua benda tu? Fikir logik la, takdak kepentingan apa pun untuk lawan mereka baling cat depan rumah. Mana ada manusia yang bodoh nak buat benda tu. Puak ni pun, kalau nak buat kerja jahat ni, buat la bagi nampak real sikit.

Kerja nak menang berdasarkan simpati dan benci ni memang kerja tangan puak Pakatan ni la. Tak kisahla pilihanraya sebenar atau pilihanraya kampus, meraih sokongan dengan cara benci pihak lawan memang salah satu modus operandi untuk mendapatkan sokongan.

Mc harap, mahasiswa yang akan membuat pilihan nanti, jangan terpedaya dengan tipu muslihat jahat puak Pro-Menipu.

Pilihlah yang mampu buat kerja dan membela mahasiswa. Bukan pilih mereka yang hanya tahu menanamkan kebencian kepada orang lain.


McTheory:
Rasanya student UM ni bijak untuk tahu buat pilihan..

INFO! Keluarga Bermasalah Punca Anwar Meliwat?

Posted: 26 Nov 2013 10:12 PM PST


Ketika bujang, Anwar tidak menetap bersama arwah Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya tapi duduk sebilik dengan Sukma di rumah bapanya di Kampung Tunku bersama Mak Tiri.

Kami memetik dari blog Talk with Hand, berikut:

"Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya, Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh.

"Mokhtar, adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan".

Blogger x-pkr menjelaskan lagi tentang Mokhtar.

"Banyak masa Mokhtar dihabiskan di Indonesia kerana masalah perbadi yang dihadapinya. Masalah tersebut boleh menjejaskan reputasi Anwar sebagai 'politician' Malaysia serta imej 'Pak Sheikh'nya.

"Kerana itu Anwar seboleh mungkin cuba 'menyembunyikan' kekanda sulungnya itu. Untuk rekod, kekanda sulungnya ini tidak berkahwin semasa hayatnya.

Menurut x-pkr, seorang lagi adik perempuan Anwar (yang kurang dikenali) telah berkahwin dengan seorang bekas polis pengawal peribadi Anwar yang bersara pada era reformasi 1998, juga bernama Mokhtar.

Mokhtar, adik ipar Anwar ini, bertindak sebagai kakitangan pengiring Anwar, tugas sama ketika dia dalam perkhidmatan polis.

"Anwar ni nakal sikit, sebab itu keluarga memutuskan Mokhtar menjadi pegawal peribadinya untuk tengok-tengok tingkah lakunya", jelas satu sumber yang dekat dengan keluarga Anwar.

Difahamkan, Mokhtar bersama isterinya (adik Anwar) menetap di rumah peninggalan Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya.

Barangkali kerana latar belakang keluarganya yang sebegini, maka Anwar mengambil keputusan untuk menyembunyikan salasilah keluarganya dan memperbesarkan mengenai 'kehebatan'nya sebagai pemimpin.

Tetapi dalam konteks Melayu-Islam, walau sehebat mana pun seseorang itu, tetap kembali kepada persoalan asas. Siapa dia itu ? Siapa ibu bapanya ? Bagaimana susur galur keturunannya ?


Kerana terlalu sembunyikan susur galurnya, maka muncul pula secara tiba-tiba adik angkat Anwar yang berasal dari Indonesia, lelaki bernama, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Apakah Pak Ibrahim (bapa Anwar) berasal dari Indonesia atau sering berulang alik ke Indonesia ? Apakah Pak Ibrahim kekurangan anak sehingga memerlukan anak angkat ?

Masanya tiba saya dedahkan fakta sebaliknya, Sukma Darmawan bukan ditemui oleh Pak Ibrahim, sebaliknya ditemui oleh Anwar ketika dia sering berulang alik ke Indonesia, ketika zaman mudanya.

Kemudian, Anwar pujuk Sukma Darmawan berhijrah ke Malaysia, tinggal bersamanya di rumah Pak Ibrahim, di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya dan belajar di Sekolah Yayasan Anda, milik Anwar.

"Di rumah itu hanya didiami oleh 4 orang iaitu Datuk Ibrahim, isteri mudanya (ibu tiri Anwar), Anwar dan Farizon (adik tiri Anwar).

"Apabila Sukma datang sebagai anggota keluarga baru, Datuk Ibrahim telah menempatkan Sukma sebilik bersama Anwar yang ketika itu masih bujang.

"Sebelum ini, mungkin ramai yang salah faham, mengatakan Sukma Darmawan menetap bersama arwah Mak Yan, hakikat sebenarnya, Sukma Darmawan menetap bersama madu Mak Yan di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

"Persoalannya kenapa Anwar tidak menetap bersama arwah Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya ? Kenapa Anwar dan Sukma lebih selesa menetap di rumah bapanya di Kampung Tunku ?

Anwar Lebih Cenderung Mak Tiri ?

Baca sepenuh kisah keluarga Anwar yang rosak di blog Talk with Hand SINI

Sumber : Unspinners


McTheory:
Mungkin disebabkan kurang kasih sayang, punca Anwar suka meliwat jantan.. hehe

INFO! Punca 11 Cabang PKR Keluar Parti di Sabah!

Posted: 26 Nov 2013 07:30 PM PST



Mc sebenarnya menunggu respon dari Anwar atau mana-mana pemimpin tertinggi PKR untuk menjawab punca 11 cabang PKR Sabah keluar parti. Bukan seorang dua, tapi 11. Tentu ada sebab musabah yang menyebabkan semua ini berlaku.

Takkan PKR Sabah secara tiba-tiba saja syok nak keluar parti. Tentu ada alasannya tersendiri.

 

Sinarharian melaporkan:

Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti hari ini dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini berkata mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri. - Sinar.

Nak kata story ni untuk Pilihanraya, rasanya pilihanraya pun lambat lagi. Nak kata tipu, semua keluar tu ketua cabang. Apa kes ni agaknya?

Berita Sinarharian tu juga melaporkan:
Beliau berkata gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

"Dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katannya.

Mereka yang hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud). - Ibid. Dalam satu lagi berita Sinarharian melaporkan:

Terlalu banyak campur tangan kepimpinan di peringkat pusat dalam urusan parti di Sabah merupakan antara faktor pemimpin dari 11 cabang PKR keluar parti.

Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan berkata soal autonomi yang dicanangkan pemimpin PKR di peringkat Pusat sebenarnya tidak langsung dipraktikkan, termasuk dalam urusan melantik ketua pembangkang negeri dan Majlis Pimpinan Negeri parti itu.

"Bukan soal pembangunan semata-mata. Tapi kita hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR khususnya di peringkat pusat dan negeri. Soal autonomi... beri kuasa kepada Sabah pilih pemimpin tapi authority datang dari seorang individu," katanya. - Sinar.



PKR ada hati nak jaga negara, kononnya nak jaga rakyat, tapi dalaman parti sendiri pun berserabut dan tak terurus. Kalau bagi PKR jaga negara, entah, apa pulak jadi lepas ni.

Cuma yang Mc mushkilnya pasai apa sampai posting ni keluar pun, langsung takdak satu berita pun pasai ni keluar dalam Keadilandaily. Takkan ralit sangat berkonvensyen sampai tara tu punya masalah pun langsung takdak komen dalam media rasmi depa?

McTheory:
Ataupun Anwar dah blank taktau nak mohung apa lagi dah? he he..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...