Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Konspirasi Dalaman Pas Punca Kekalahan Mahfuz Omar? #MuktamarPas

Posted: 25 Nov 2013 05:12 AM PST


Sedih juga bila Mc tengok video pengumuman Naib Presiden Pas yang menyaksikan penyandangnya Mahfuz Omar mantan Naib Presiden Pas tersungkur. Betul ke orang Pas tak mahu Mahfuz lagi? Atau ini hanya konspirasi atasan Pas?

Betui ka ahli Pas memilih Husam Musa, Tuan Ibrahim dan Salahudin untuk mewakili golongan masing-masing dalam Pas. Husam mewakili golongan profesional (Anwarinas), Tuan Ibrahim pro Ulamak dan Salahudin pro Aktivis (kaki demo).

Kalau atas kertas nampak semuanya teratur, bahkan ramai yang nampak ianya seolah-olah dirancang oleh Pas, kerana tidak mahu golongan masing-masing berpecah belah, dan tak puas hati dengan keputusan perwakilan.

Malah penyingkiran Mahfuz sebagai Naib Presiden pun memang sudah dijangka dan jawatan untuk Mahfuz dalam parti Pas lepas ini ialah Ketua Penerangan parti.

Mana mungkin undian untuk Naib Presiden yang hanya diundi oleh 1000 lebih perwakilan perlu dikira hingga ke pagi. Kalau difikirkan logik akal, dalam masa satu jam pun dah boleh dapat keputusan Naib Presiden kerana 1000 lebih keping kertas undi bukannya susah untuk mengira.

Ternyata betullah cakap-cakap belakang yang Mc dengar, Naib Presiden bukan ditentukan dengan kertas undian, tetapi ditetapkan oleh pucuk pimpinan parti Pas, supaya 3 golongan dalam Pas berpuashati dan tidak bercakaran sesama sendiri.

Cuma, kesian pada Mahfuz yang dijadikan mangsa konspirasi atasan Pas. Mentang-mentanglah Mahfuz ni kurang cerdik dan tergolong dalam golongan 'syok sendiri' Pas akhirnya menjadikan beliau kambing hitam alasannya untuk kestabilan parti.

Kesianlah Mahfuz, Takziah Mc dah TMK ucapkan..


McTheory:
Dah la jawatan Ketua Pesuruhjaya Pas Kedah pun ada orang nak rampas.. bertambah kesiann..

HOT! Sokong Pecat Imam yang Langgar Titah Sultan! #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah

Posted: 24 Nov 2013 10:12 PM PST



Sebenarnya masalah mengunakan masjid untuk kepentingan politik ini adalah masalah yang serius berlaku dikalangan masyarakat kita. Cuma masyarakat memandang perkara ini sebagai perkara 'enteng' perkara kecik. Sedangkan pada hakikatnya, mengunakan masjid untuk berpolitik, boleh memecah-belahkan masyarakat Islam dan mendatangkan mudarat.

Mc bersetuju dengan rakan blog Kedah Times, yang mahu Iman masjid di pecat jika melanggar titah Sultan.

Baca petikan dari Kedah Times,

KedahTimes ingin highlightkan isu berkaitan imam yang dilantik oleh Duli Yang Mulia Sultan Kedah bagi mengetuai khariah masing-masing di Kedah.

Mereka dilantik berdasarkan atas kelayakkan mereka dari segi ilmu agama dan perwatakan mereka yang boleh memimpin serta mendidik anak khariah masing-masing. Mereka dianggap sebagai wakil Sultan dan MB untuk menyatupadukan anak khariah serta membimbing mereka menjadi anak khariah yang patuh kepada hukum syariah.

Mungkin semasa nak menjadi imam khariah tu, mereka menunjukkan sifat dan sikap yang baik. Tetapi

Setelah mendapat jawatan, maka terserlalah sifat dan sikap sebenar. Mereka tanpa segan dan silu merosakkan keharmonian khariah dengan menjadikan masjid mereka pusat membawa penceramah politik kebencian yang amat buruk.

Masjid dijadikan medan untuk mereka berpolitik kebencian dan perpecahan. Masjid dijadikan pusat menyebarkan ideologi politik sempit parti mereka. 

Jika semua ini dibiarkan berleluasa, maka khariah sudah tentu berpecah akibat tindakan-tindakan imam yang membiarkan penceramah memberi ceramah atau tazkirah berbau politik kepartian. Hasilnya umat Islam di Malaysia akan berpecah belah. Bukan Islam dengan senang akan mengambilalih kuasa dan sebagainya.

Maka itu KedahTimes amat bersetuju jika Kerajaan negeri memecat imam-imam yang berkelakuan sebegini. Imam ini boleh dianggap INGKAR kepada arahan ketua dan tidak ikhlas dalam memperjuangkan kesatuan Ummah.


Imam-imam sebegini pertamanya mengingkari suruhan Allah SWT supaya memimpin khariah kepada kesatuan dan kebaikan.

Kedua, imam-imam sebegini ingkar kepada perintah Sultan Kedah yang menjadi ketua Agama Islam tertinggi.

Ketiganya, imam-imam ini mengingkari arahan Menteri Besar Kedah yang mewakili Sultan dalam mengurus dan mentadbir organisasi negeri yang mana imam-imam sebegini berada di Jabatan dibawah seliaan Menteri Besar.

Jika semua perintah sudah mereka ingkari, apa lagi sebab untuk tidak memecat mereka. Malah mereka tidak boleh mempertikaikan pemecatan tersebut kerana mereka yang melakukan kesalahan.

KedahTimes menyeru kerajaan mengambil tindakan segera kerana parasit-parasit yang bertopengkan imam ini bakal memusnahkan masyarakat dan negeri serta negara.

Kita jadikan Masjid-masjid kita sebagai pusat kesatuan, aktiviti agama dan masyarakat, perlonjakkan ekonomi ummah dan semua amalan yang tidak memecahbelahkan umat Islam.


Berikut adalah antara tanggungjawab dan senarai tugas Imam sesuatu masjid:


  • Menjadi pegawai syarie dalam kariah masjid itu dan mengimamkan solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain di masjid itu;
  • Mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang mati di kariah masjid itu sehingga sempurna dikebumikan;
  • Membaca khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya;
  • Memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam kepada anak kariah masjid itu sedaya upayanya
  • Mengetuai, mengawasi dan mengatur pengajaran agama Islam di kalangan anak-anak kariah masjid itu;
  • Membimbing bilal, siak dan anak kariah masjid itu dalam menjalanan tugas-tugas Imam;
  • Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu; dan
  • Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Jabatan Agama

McTheory:
Pecat saja.. mereka sudah dikira tidak amanah dan melanggar titah Baginda Sultan..sebagai ketua Agama Islam di Kedah. Jika Sultan pun mereka langgar, apatah lagi perintah Kerajaan Negeri.

HOT! Akar Umbi Pas Kecewa Mat Sabu Kekal, Dap pulak yang Gembira? #MuktamarPas

Posted: 24 Nov 2013 06:12 PM PST



Selepas Mat Sabu diumum mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas, ramai juga akar umbi Pas yang terkejut dan kecewa dengan perwakilan kerana sanggup lagi memilih pemimpin pro Syiah, menjadi Timbalan Presiden buat kali kedua. Walaupun sudah terbukti Mat Sabu bukanlah seorang yang layak menjadi pemimpin sebuah parti Islam.




Berbeza dengan Dap, memberi sambutan dan puji-pujian besar-besaran kepada Mat Sabu. Pemimpin Pas yang lain menang pun Dap tak bereaksi sebegini.



Gambar dari Blog Cucu Tok Selampit


McTheory:
Nampak sangat orang Dap lebih sayang Mat Sabu dari orang Pas sendiri.. hehe
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...