Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Video Penuh Pembentangan Bajet 2014 negeri Kedah oleh Dato Mukhriz Mahathir.. #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah

Posted: 18 Nov 2013 05:36 AM PST


Video Penuh pembentangan Bajet negeri Kedah tahun 2014 yang dibentangkan oleh Dato Paduka Mukhriz Mahathir.


Antara point penting yang patut orang Kedah tauu..

HOT! Keadaan Terkini Ayahanda Tun Dr Mahathir di IJN..

Posted: 18 Nov 2013 04:22 AM PST


Anak sulung mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad,Mirzan Mahathir dilihat telah berkunjung ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawat bapa beliau.Ketika ditemui media,beliau berkata bahawa kondisi ayahnya adalah stabil dan beliau hanya datang ke IJN untuk menjalani pemeriksaan kesihatan biasa.

Tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan menurut beliau.Perkara ini timbul berikutan laporan yang mengatakan bahawa Tun M telah dimasukkan ke IJN akibat jangkitan dada kesan daripada pembedahan pintasan jantung yang beliau jalani pada 2007. - Mynewshub

McTheory:
Doakan Ayahanda Tun cepat sembuh..

INFO! Bajet Kedah Realistik 2014 Mesra Rakyat! #KedahAmanMakmur

Posted: 18 Nov 2013 01:06 AM PST



List ringkas Bajet 2014 negeri Kedah.. terbaik dari YAB Dato Paduka Mukhriz Mahathir. Walaupun Kedah baru hendak bertapak semula.. beliau tetap memberikan bajet yang tetap mesra rakyat!
Video penuh dan ucapan penuh bajet Kedah 2014 akan sedang diupload.

TERKINI! LIVE Stream Bajet Kedah 2014 di bentang oleh Dato @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah

Posted: 17 Nov 2013 05:02 PM PST


Live Stream Pembentangan Bajet Kerajaan negeri Kedah Tahun 2014 KLIK dibawah..




Video streaming by Ustream

HOT! Dr Sohaimi Maksum dan Hebat, BN Kalah Sebab Sendiri?

Posted: 17 Nov 2013 10:32 AM PST


Wahh.. sikit punya teruk Mc kena taruk bila tegur pasal calon BN yang kalah di Sungai Limau tempohari. Tapi Mc open, orang nak kutuk Mc dan blog ni pun Mc tak kisah.. cuma jangan maki lebih-lebih, confirm komen kena delete.

 Depa komen kutuk Mc sebab tegur Dr Sohaimi dalam posting kat SINI pun ok. Sebab dah terbukti depa baca blog dan sudi bagi feedback untuk Mc balik tu dah kira hebat. Cuma Mc pelik la ada yang melenting bila Mc kritik sikit Dr Sohaimi tu.

Apa yang Mc kata adalah satu kenyataan yang benar maha benar dan benar belaka. Malah seminggu sebelum mengundi Mc dan rakan-rakan TMK lain bertemu dengan Dr Sohaimi dan 'taruk dia' cukup-cukup sebab tak mesra media dan pengundi.

Perlu di ingat kami TMK hanya jentera yang ingin membantu beliau menang dan jadi YB. Kami takdak kepentingan dan lepas dia menang dan jadi YB pun belum tentu dia akan pandang jentera yang tolong dia selama di PRK. Tapi dia kalah nak buat macam mana kann?

Jadi bila calon pun tak dapat nak tolong diri sendiri, dan kurang mesra macam mana jentera nak tolong?

Mc bukan kritik Dr Sohaimi sebab Mc sokong apa yang BN buat di PRK Sungai Limau seratus peratus. Sapa yang memang pengikut blog ni, akan tau macam mana Mc belasah UMNO dan pemimpin UMNO yang tak betul buat kerja. Sama juga macam Dr Sohaimi, kalau dia benar-benar bagus, Mc takkan komplen. Contoh macam PRK Kuala Besut, calon Abe Ku (Tengku Zaihan) benar-benar mesra dan mudah untuk kita bantu calon macam Abe Ku tu.

Malah Mc sewaktu berjumpa dengan Abe Ku di Sungai Limau, meminta Abe Ku menasihati si Dr Sohaimi supaya lebih ramah mesra. Muka mesti mau senyum.

Banyak cerita yang boleh Mc coret pasal Dr Sohaimi di PRK hari tu, tapi Mc simpan kot-kot la ada manusia penyokong tegar Dr Sohaimi nak cabar Mc suruh londeh kesemua cerita beliau kat blog ni.

Mc tegur untuk kebaikan bukan untuk nak aib. Manalah tau dia dicalonkan balik masa PRU ke 14 nanti. Ini satu teguran yang akan membina diri dia menjadi lebih bersedia dan lebih baik.

Tapi kalau tak boleh kena tegur pun takpa.. kami tak kisah pun..lantaklah apa dia nak buat lepas ni.


P/s: depa siap kutuk blog Mc kata takdak orang baca? hahaha.. takdak orang baca nak risau buat apa betui dak?


McTheory:
Blog Kedah Ke KL tak hebatlahh.. mana ada orang baca blog ni.. hahaha..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...