BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! #MUKTAMARPAS !!! KUMPULAN ULAMA VS LIBERAL !!! SIAPA AKAN JADI JUARA ???
- HOT NEWS !!! PARTI KEAGAMAAN !!! KARPAL SINGH SEKALI LAGI BUAT SANDIWARA BARU ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! LIM KIT SIANG TUDUH MEDIA SPIN KENYATAAN KARPAL SINGH ??? APA CERITA NI ???
- BONGKAR !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! LELAKI PEMIMPIN DAN PUAK PAS MEMANG DAYUS ??? WAJIB BACA !!!
HOT NEWS !!! #MUKTAMARPAS !!! KUMPULAN ULAMA VS LIBERAL !!! SIAPA AKAN JADI JUARA ??? Posted: 09 Nov 2013 07:30 AM PST Kumpulan Ulama Pas nampaknya cuba mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati bagi memastikan hanya seorang calon dari kumpulan tersebut bertanding untuk jawatan tertinggi parti.Ia bagi mengelakkan perpecahan undi berlaku seperti yang terjadi dalam pemilihan Muktamar parti itu sebelum ini.Pada pemilihan tersebut,bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah Mohamad Sabu berjaya menduduki jawatan Timbalan Presiden parti apabila undi golongan ulama dikatakan berpecah selepas persaingan turut menyaksikan 'pertembungan' dua ulama iaitu Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim.Oleh yang demikian,bagi mengelakkan 'pisang berbuah dua kali',Ketua Penerangan Pas,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui laman sosial Facebooknya,memutuskan untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden sebaliknya hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden sahaja pada pemilihan Muktamar Tahunan Pas ke-59 22-24 November. "Di dalam perlembagaan PAS,hak pencalonan diberikan sepenuhnya kepada PAS kawasan, manakala yang di calon pula diberikan hak untuk menerima atau tidak menerima.Keputusan seseorang calon untuk tidak menerima pencalonan bukan bermakna calon tidak menghargai pencalonan kawasan, manakala keputusan menerima pula tidak harus dilakukan sekadar untuk alasan merai kehendak kawasan.Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan,antara Ahli Jawatankuasa,Naib Presiden dan Timbalan Presiden,maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar PAS ke-59 kali ini" ujarnya. Lidah rasmi Pas,Harakah sebelum ini,melaporkan Jawatankuasa Pemilihan parti itu telah menerima seramai 5 nama untuk pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden iaitu Mohamad Sabu (penyandang),Datuk Husam Musa,Salahuddin Ayub,Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Tuan Ibrahim.Namun Salahuddin dilaporkan telah mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut kerana merasakan tidak ada keperluan untuknya bertanding jawatan tersebut buat masa ini.Husam pula dikatakan masih mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' apabila mengatakan hanya akan membuat keputusanuntuk bertanding mana-mana jawatan tertinggi parti selepas,Tuan Ibrahim membuat keputusan. Sekiranya Husam turut mengambil pendekatan menarik diri, bagi mengelakkan perpecahan undi kumpulan liberal Pas, pemilihan parti itu pada hujung bulan depan bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu. Ia sekali gus bakal menyaksikanpertembungan antara kumpulan pro ulama menentang kumpulan liberal yang sinonim dengan gelaran Endorgan atau Anwarista. Parti itu sebelum ini menetapkan Muktamar PAS ke-59 akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam mulai 22 hingga 24 November depan akan menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertingginya. Keputusan parti itu untuk mengadakan pemilihan pada tahun ini,berjaya menarik perhatian ramai apabila Mursyidul Am,Nik Abdul Aziz membuat kenyataan yang meminta agar para perwakilan memilih ulama sebagai Timbalan Presiden parti.Kenyataan Nik Aziz itu dilihat sebagai isyarat jelas ulama harus kembali menjadi Timbalan Presiden selepas jawatan itu 'terlepas' kepada golongan bukan ulama dalam pemilihan lalu.Malah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dikatakan turut menyokong penuh saranan yang dikemukan oleh Nik Aziz itu. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PARTI KEAGAMAAN !!! KARPAL SINGH SEKALI LAGI BUAT SANDIWARA BARU ??? WAJIB BACA !!! Posted: 09 Nov 2013 04:00 AM PST sekiranya betul Sandiwara atau tidak,saranan Karpal Singh agar parti berasaskan kaum dan agama dihapuskan perlu diambil serius.Walaupun PAS mungkin menyifatkan saranan Karpal sebagai satu lagi 'acahan' bagi meyakinkan masyarakat Cina terhadap perjuangan DAP menghapuskan Islam sebagai agama rasmi,tetapi kita cukup maklum bahawa Karpal bukan sekadar mengacah.Respon PAS sudah dijangka,iaitu mengecam kenyataan Karpal dengan harapan dapat meyakinkan umat Islam bahawa PAS serius mempertahankan Islam dari cabaran DAP.Namun,seperti biasa,kecaman hanya tinggal kecaman selama-lamanya.DAP terus mencabar,PAS terus mengecam sambil di masa yang sama, kedua-duanya terus bekerjasama untuk menang pilihanraya.Dari satu sudut,tuduhan Karpal bahawa parti yang menggunakan nama agama adalah merbahaya mungkin berasas kerana telah terbukti bahawa peristiwa berdarah Memali adalah bertitik tolak dari doktrin PAS yang ekstrem.Malah,sehingga kini PAS terus mempolitikkan peristiwa berdarah itu sebagai modal politik bagi menghentam UMNO. Jelas di sini bahawa menggunakan nama agama sebagai nama parti mampu mengelirukan malah menyesatkan,serta memecahbelahkan ummah sehingga membawa kepada pertumpahan darah.Namun,tuduhan Karpal terhadap UMNO atau MCA dan MIC sebagai merbahaya kerana bersifat perkauman tidak dapat dibuktikan.Sebaliknya,UMNO,MCA dan MIC di bawah satu 'ikatan' telah terbukti sebagai agen keamanan yang berkesan.Kerjasama ketiga-tiga parti berasaskan kaum inilah,yang telah berjaya mengekang rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 yang dicetuskan oleh DAP,iaitu parti Karpal Singh sendiri yang kononnya bersifat majmuk.Justeru,kita melihat tindakan Karpal membangkitkan soal parti kaum dan agama sebagai membayangkan semangat dan matlamat DAP yang sama dengan 13 Mei 1969.DAP nampaknya sengaja memainkan sensitiviti orang Melayu dan umat Islam secara tidak semena-mena dan tanpa sebab.Sedang pada ketika ini,kewujudan UMNO ataupun PAS langsung tidak mengancam sesiapa sehinggakan DAP sendiri sanggup bekerjasama dengan PAS untuk merebut kuasa. Jika PAS begitu merbahaya,tentu DAP tidak berani untuk bekerjasama dengan parti itu.Namun,sebaliknya,PAS merupakan rakan sekutu 'pasif' di dalam PR.DAP pula merupakan parti yang dominan dan mampu mengarahkan PAS untuk akur dengan apa saja kehendak mereka.Mana mungkin parti yang pasif menjadi merbahaya kepada parti yang dominan ??? Tidak lain tidak bukan,DAP sengaja menguji PAS sekadar untuk melihat sejauh mana setianya parti itu kepada PR.DAP juga ingin menguji sejauh mana bodohnya PAS untuk membiarkan diri dicucuk hidung dan ditunjal-tunjal kepala.DAP ingin memastikan bahawa PAS hanya mampu merungut dan mengecam,itu sahaja.Kini,DAP pasti yang PAS tidak akan sekali-kali keluar dari pakatan biar apa pun terjadi.Justeru,tidak mustahil,jika DAP mengarahkan PAS membuang nama 'Islam' pada parti mereka,maka lambat laun PAS akan akur jua.Secara ringkasnya,memandangkan PAS hanya mengecam kenyataan Karpal tanpa mengancam untuk keluar pakatan bermakna DAP telah menang lagi dalam pusingan ini.Dalam kata lain,PAS telah lulus ujian ketaatan kepada DAP. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! LIM KIT SIANG TUDUH MEDIA SPIN KENYATAAN KARPAL SINGH ??? APA CERITA NI ??? Posted: 09 Nov 2013 12:30 AM PST nampak tak permainan DAP ??? Menyedari akan keterlanjuran dan kesilapan yang dilakukan oleh Pengerusi DAP,Karpal Singh berhubung kenyataan kontroversinya,Penasihat parti,Lim Kit Siang dengan pantas menarik 'hand break' bagi membetulkan keadaan bagi menjaga hati rakan sekutunya Pas.Karpal sebelum ini dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftaraannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latarbelakang keturunan.Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.Bertindak untuk menjernihkan suasana,Kit Siang mendakwa bahawa kenyataan ahli parlimen Tasik Gelugor itu telah diputarbelitkan dan sengaja digembar-gemburkan oleh pihak media.itu diaa !!! media juga salah,padahal ada record kenyataan karpal singh Menurut Kit Siang lagi,kenyataan tersebut hanya merujuk kepada Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengkritik Majlis Peguam atas sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik,The Herald.Ekoran kenyataan yang dikeluarkan itu juga,Karpal dan DAP dilihat mula tertekan ekoran kecaman demi kecaman yang dilemparkan khususnya dari kalangan pimpinan Pas yang jelas tidak berpuas hati dengan pandangan itu.Mereka menyifatkan pandangan tersebut sebagai serius dan merbahayakan.Tambah membimbangkan mereka,apabila hampir kesemua kepimpinan tertinggi Pas menolak dan tidak bersetuju dengan pandangan Karpal yang turut dilabelkan sebagai politik sempit seorang peguam dan ahli politik.Tambah membimbangkan Kit Siang ialah,kumpulan pro-ulama dan liberal Pas dilihat saling bergabung untuk tidak bersetuju dengan kritikan pedas tersebut.Maka bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak menguntungkan,Kit Siang terpaksa 'mengalah' dengan meletakkan kesalahan kepada pihak media.Sedangkan selain media arus perdana,media-media pembangkang juga dilihat begitu berminat untuk menyiarkan kenyataan Karpal itu.Antaranya ialah portal Malaysia Insider,Meloyakini dan sebagainya. Sekiranya Kit Siang mendakwa kenyataan tersebut telah diputar-belitkan,apakah dia bermaksud,media-media pembangkang sebenarnya telah tersilap dalam laporan yang dikeluarkan ??? Atau dalam bahasa lain,media pembangkang telah tersalah 'spin' kenyataan Karpal sehingga menyebabkan rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang saling bergaduh antara satu sama lain.Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa media pembangkang adalah merupakan media yang suka 'spin' bagi menanamkan sentimen kebencian rakyat kepada pihak kerajaan. Kesimpulannya,sekiranya apa yang didakwa oleh Kit Siang mempunyai kebenarannya,dia sepatutnya menasihatkan Karpal agar mengemukakan saman fitnah terhadap Malaysiakini dan Malaysiainsider.Tambahan pula Karpal sebagai seorang peguam yang kononnya hebat sepatutnya tahu akan haknya memandangkan ini bukanlah kes yang pertama berhubung media.Malah menurut rekod dia juga pernah berulang kali mengemukakan saman sama ada bagi pihaknya atau anak guamnya. Jadi tidak timbul sebarang isu tersalah tafsir atau sebagainya APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! LELAKI PEMIMPIN DAN PUAK PAS MEMANG DAYUS ??? WAJIB BACA !!! Posted: 08 Nov 2013 09:00 PM PST Berita penyokong dan petugas PAS mengganggu,cuba mencabul,bertindak kasar atau menunjuk isyarat lucah kepada Wanita dan Puteri UMNO bukanlah sesuatu yang mengejutkan.Malah,ia sudah menjadi budaya dalam pilihanraya di Malaysia di mana PAS akan berkelakuan seperti masyarakat jahiliah,tiada adab,tiada akhlak dan tiada maruah dalam keghairahan berkempen.Yang berkelakuan tidak senonoh sebegitu pula kadangkala bukannya anak-anak muda tetapi tua bangka,berjanggut dan berkopiah juga.PRK Sungai Limau tidak terkecuali dari senario yang menjelikkan ini di mana puak-puak PAS termasuk yang tua bangka mempermainkan Puteri UMNO dengan menunjuk isyarat lucah sambil ketawa keseronokan.Tidak cukup dengan itu,sekumpulan lain pula membaling batu bata ke arah Wanita UMNO sehingga menyebabkan kecederaan.Bagaikan beruk yang dirasuk hantu orang-orang PAS langsung tidak merasa bersalah atau malu,malah gembira dan megah menunjukkan perangai buruk mereka kepada dunia.Apa yang menjadi tandatanya ialah kenapa lelaki-lelaki PAS ini memilih untuk menyerang wanita ??? Jika benar begitu gagah,kenapa tidak mencabar lelaki-lelaki UMNO ??? Kenapa hanya berani dengan wanita ??? Apakah dayusnya orang-orang PAS ini ??? Hakikatnya,lelaki-lelaki PAS ramai yang dayus walaupun bukan semua.Tidak percaya,cuba dapatkan statistik berapa ramai dari mereka yang ke hulu ke hilir mengikut ceramah PAS di seluruh pelusuk negara itu yang bekerja dan menanggung anak isteri ??? Berapa ramai yang bergantung kepada pendapatan isteri yang kebanyakannya pula,bekerja kerajaan ??? Berapa ramai yang berkahwin dua atau lebih walaupun tidak mampu ??? Berapa ramai yang tidak bertanggungjawab membantu dengan kerja rumah,membesarkan anak dan memberi perhatian pada keluarga ??? Kebanyakannya,diri sendiri juga tidak terurus jika tiada isteri yang menguruskannya.Kebanyakannya hanya tahu bergebang,bersembang,makan dan tidur menganga bila keletihan sedangkan segala-gala yang lain,diletakkan di atas bahu isteri,iaitu wanita.Pun begitu,orang-orang PAS tidak tahu menghormati wanita.Sebuah keluarga PAS totok,akan menyaksikan suami yang gemar menengking isteri di hadapan orang.Tidak ada istilah berbincang dengan isteri atau meminta pandangan isteri,sepertimana Rasulullah SAW dengan Saiyidatina Khatijah yang saling menghormati.Bagi orang-orang PAS totok,wanita adalah alat semata-mata,sama ada untuk keseronokan sendiri,untuk menjadi abdi menjaga makan minum dan pakai mereka atau pun untuk meraih undi politik. Bagi orang-orang PAS,Wanita dan Puteri UMNO tentulah lebih rendah darjatnya dari wanita mereka yang sedia dipandang rendah itu.Justeru itu,orang-orang PAS menganggap gangguan mereka terhadap wanita dan puteri UMNO adalah wajar dan tidak salah. Dari satu segi, benarlah Puteri dan Wanita UMNO tidak setanding wanita PAS.Ini kerana,bukan sekali kita mendengar isteri orang PAS berzina dengan pemimpin PAS,antaranya,di dalam keretapi dan juga di bilik hotel.Mungkin 'kehebatan' inilah yang membuatkan orang-orang PAS melihat wanita mereka sebagai lebih 'mulia' dari wanita di dalam UMNO.Benarlah kata orang,lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya.Kedayusan lelaki PAS mungkin berkait rapat dengan sikap wanita mereka juga dan mungkin juga tidak.saya tidak tahu.Apa yang saya tahu,ibu lelaki PAS yang menunjuk isyarat lucah dan membaling batu kepada wanita UMNO itu juga adalah wanita.Justeru,sekiranya orang-orang PAS tidak menghormati wanita,memandang rendah dan menganggap wanita sebagai objek,maka mereka sebenarnya berbuat demikian terhadap ibu sendiri kerana ibu mereka juga wanita.Jika orang-orang PAS menganggap 'semua wanita' itu sebagai manusia kelas dua,bodoh dan perlu ditolak ketepi,maka mereka sebenarnya meletakkan anggapan itu terhadap ibu masing-masing juga kerana ibu mereka juga termasuk dalam kumpulan 'semua wanita'.Apapun,saya percaya bukan ibu orang-orang PAS yang mengajar mereka untuk berkelakuan kurang ajar terhadap wanita.Artikel ini mungkin dianggap oleh orang-orang PAS sebagai terlalu kejam,tetapi kebenaran itu sememangnya menyakitkan,lebih sakit dari bata yang dibaling terkena kepala.Semoga mereka yang terlibat dapat bermusahabah diri dan belajar menghormati wanita. Ingatlah wanita juga manusia yang ada di antaranya jauh lebih bijak dari lelaki. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment