BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! KERAJAAN DIMINTA BERTINDAK !!! REMAJA MELAYU JADIKAN KK MART LUBUK UTAMA DAPAT MINUMAN KERAS !!!

Posted: 28 Nov 2013 07:30 AM PST


Sudah lama sebenarnya saya mahu mengulas mengenai penjualan minuman keras secara terbuka yang semakin menjadi jadi di Malaysia ini.Penjualan minuman keras yang pada pendapat saya amat merugikan negara kerana dengan penjualan minuman keras yang meluas telah merosakkan minda anak muda yang ada hari ini. Setakat ini belum ada lagi desakan dari mana mana pihak akan pekara ini melainkan hanya berlagu didalam media sosial sama ada di facebook dan juga Twiiter dan itupun datangnya dari luahan perseorangan.Saya nak merujuk kenyataan dibawah ini : 

Kerajaan disaran supaya mengkaji semula kewujudan kedai dan restoran 24 jam dalam usaha menangani masalah obesiti dan membendung peningkatan kes jenayah di negara ini.Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Sulaiman Abdul Manan berkata,kajian itu perlu meliputi aspek sosial masyarakat,keselamatan dan kesihatan. "Perkara ini kita kena adakan satu kajian.Kenapa harus kita mengadakan kedai 24 jam ini? Kalau kita lihat di luar negara tak ada pun kedai makan 24 jam,yang ada pun mungkin 7Eleven.Jadi kerajaan kena teliti semula," 

Bagaimana Obesti mendapat tempat oleh pegawai kerajaan berbanding penjualan minuman keras yang secara terbuka dan semakin menjadi jadi waktu ini? Adakah kedai makan yang beroperasi 24 jam lebih mendatangkan kerosakkan pada tubuh badan berbanding kedai yang menjual minuman keras 24 jam sehari? Dulu kita dapat lihat penjualan minuman keras melalui kedai serbaneka 7 Eleven yang wujud diseluruh kawasan.Kini KK Super Mart lebih hebat dalam penjualan minuman keras apabila bukan sahaja menjadi pesaing kepada 7 Eleven dalam penjualan minuman keras malah turut menjual pelbagai jenis minuman keras yang bermula dari harga RM 5 ringgit kepada yang bernilai RM 100 Ringgit ke atas.Pemerhatian saya di 7 Eleven mendapati peremis berkenaan hanya menjual minuman keras jenis Beer dan tidak menjual arak jenis lain.Namun di KK Super Mart minuman keras yang dijual bukan sahaja Beer malah segala jenis macam Whiskey,Vodka dan lain lain turut dijual kepada pelanggan nya.24 Jam kita dapat lihat premis KK Super Mart dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat sama ada Warganegara mahupun warga asing yang membeli minuman keras berkenaan.

ANDA NAK LAGI APA YANG TERJADI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! SAKMONGKOL KATA UMNO NAK 'BELI' ULAMA PAS ??? BIAR BETUL ???

Posted: 28 Nov 2013 04:00 AM PST


Sudah menjadi satu fakta yang diketahui umum bahawa parti PAS dipandang hina oleh sekutunya di dalam PR.Selama ini,PKR dan DAP tidak memandang PAS dengan sebelah mata pun.Suara PAS sering diabaikan dalam memperkatakan hala tuju dan prinsip pemerintahan PR.Majlis Syura,Dewan Ulama,semuanya hanyalah pada sekadar nama kerana kewujudan mereka tidak membawa apa-apa makna kepada PR mahupun PAS sendiri.PAS tidak boleh menyalahkan sekutunya jika memandang hina pada parti itu.Ini kerana PAS memang layak dihina apabila sanggup menggadaikan prinsip perjuangan sendiri agar diterima oleh DAP.PAS sanggup menggadaikan Negara Islam dan menerima Buku Jingga.PAS berdolak-dalih dalam isu hudud dan Kalimah Allah dan kemudian membela pula DAP apabila dikecam oleh UMNO.PAS memarahi Karpal Singh kerana menyentuh soal parti berasaskan agama tetapi PAS juga yang meminta maaf dari Karpal Singh kemudiannya.Sedarkah PAS bahawa hanya parti itu yang perlu menggadai maruah dan agama dan segala-galanya,sedangkan PKR dan DAP langsung tidak perlu berkorban apa-apa untuk PR ??? 

Justeru,apakah tidak benar jika saya menyatakan bahawa PAS memang layak dihina ??? Jika ini belum cukup untuk memperlihatkan penghinaan PKR dan DAP terhadap PAS,maka sebuah artikel oleh Mohd Ariff Sabri Aziz (Sakmongkol) yang dipetik oleh Free Malaysia Today (FMT) seharusnya mampu membuktikannya.Mohd Ariff menulis bahawa PRU-14 adalah berkisar mengenai PAS dan memperkatakan tentang PAS yang lebih progresif bagi menggantikan UMNO.Menurut Mohd Ariff,sokongan UMNO kepada golongan Ulama di dalam PAS adalah kerana UMNO tahu bahawa golongan ini mudah diperdaya.Katanya lagi,Perdana Menteri hanya perlu memberikan PAS dua jawatan kabinet untuk menghapuskan PAS sekali gus.Jika diterjemahkan secara mudah,Mohd Ariff sebenarnya berkata bahawa Ulama PAS begitu bodoh dan mudah dimanipulasi serta dijualbeli dengan jawatan.Andainya PAS diterajui oleh golongan Ulama maka sudah tentu PAS sudah tiada lagi kerana dibeli oleh UMNO.Begitu sekali penghinaan Mohd Ariff terhadap golongan Ulama PAS.Sekiranya Ulama PAS sendiri tidak memahami akan penghinaan ini, maka sekali lagi jelaslah bahawa Ulama PAS sememangnya layak dihina.Malah,saya tidak terkejut jika Ulama PAS bangun membela Mohd Ariff dan memaafkan beliau pula dengan memberi berbagai-bagai alasan sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka yang hina di mata PKR dan DAP.

Sememangnya inilah yang berlaku selama ini iaitu Ulama PAS menghina diri sendiri.saya melihat tulisan Mohd Ariff sebagai suara DAP yang ingin memastikan PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO.Ini terbukti apabila Lim Kit Siang memaparkan semula artikel Mohd Ariff di blog peribadinya.saya percaya, tulisan ini,petikan oleh FMT dan juga tindakan Kit Siang menyiarkannya semula,adalah satu tindakan bersepadu iaitu sebahagian strategi terancang untuk mengasak dan mencatur PAS agar mengikut telunjuk DAP.Hari ini,DAP telah menguasai PAS sepenuhnya melalui kemenangan Kumpulan Erdogan.Hanya tinggal satu ancaman saja lagi bagi DAP untuk mengukuhkan kedudukannya di Malaysia iaitu ancaman penyatuan Umat Islam di dalam UMNO dan PAS.Justeru,DAP perlu memastikan dengan apa jua cara yang penyatuann ini tidak akan berlaku dan tidak mungkin berlaku sampai bila-bila.ini kerana,pada ketika umat Islam di Malaysia bersatu,pada ketika itu jugalah DAP sebenarnya telah kalah.Sementara itu,DAP akan terus menggunakan sepenuhnya kuasa ekonomi yang dimiliki oleh kaum Cina untuk bertapak dengan lebih selesa.Apa yang Mohd Ariff tidak tahu ialah, beliau dan juga Ulama PAS berada di tahap kebodohan yang sama. 

Kedua-duanya sama saja hinanya kerana kedua-duanya sanggup menjadi balaci, kuda tunggangan,anjing suruhan mahupun kucing kurap kepada DAP.Kedua-duanya tidak sedar yang mereka sedang dipermainkan dan dipergunakan.Bezanya,Mohd Ariff mampu menulis dalam bahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dengan bukan Islam dengan lebih baik yang mana Ulama PAS tidak mampu melakukannya.Biarpun semakin ramai orang-orang Melayu yang meninggalkan DAP,nampaknya masih ada Melayu seperti Mohd Ariff yang bangga menjadi bodoh dan tidak sedar di mana letaknya maruah dan nilai dirinya sebagai manusia. Mohd Ariff megah menjadi pengkhianat bangsa dan agama,demi ilusi menjadi 'setaraf' dengan bangsa-bangsa lain.Sedang bangsa lain itu berusaha mengukuhkan kedudukan agama dan kaumnya,beliau pula giat melemahkan jati diri dan menghancurkan kaum sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENIPUAN PRESIDEN PMIUM DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 28 Nov 2013 12:30 AM PST


Amat-amatlah memalukan bilamana seorang Presiden Persatuan yang berjenamakan 'ISLAM' bermain dengan amalan FITNAH sebagai 'kaedah' untuk mendapatkan pengaruh dalam Pilihanraya Kampus yang lalu.Adakah ini IMEJ PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA yang kononnya berpaksikan kepada perjuangan ISLAM ??? Ternyata,Persatuan yang menggunakan jenama agama ini sudah melacurkan nama ISLAM demi kepentingan politik murahan mereka. - RPM 



Kepada Saudara Bukhari,insaflah.Sudah-sudahlah mereka-reka cerita palsu dan menyebarkan Fitnah.Ingatlah firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud ; (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan Dan firman ALLAH dalam Surah Al-Qalam ayat 29 "Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina,yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah." Kepada Saudara BUKHAIRI... BERHUKUMLAH DENGAN HUKUM ALLAH !!!

NAK LAGI KEBENARAN ???

LIHAT GAMBAR DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM KECEWA KAW-KAW !!! PKR SABAH BAKAL TERKUBUR !!!

Posted: 27 Nov 2013 09:00 PM PST


Inilah yang dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga.Setelah GAGAL dalam percubaannya untuk merebut kuasa di Putrajaya,Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim dikejutkan dengan berita 'penghijrahan' beramai-ramai ahli partinya di Sabah yang jelas tidak lagi mahu terus diperbodohkan dengan sandiwara dan lakonan murahnya selama ini.Media arus perdana telah melaporkan mengenai pengumuman yang dilakukan oleh Presiden Umno,Datuk Seri Najib mengenai penghijrahaan beramai-ramai 11 pemimpin cabang PKR Sabah yang keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).Jumlah itu tidak termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri itu yang sebelum ini telah pun berbuat demikian iaitu ADUN Kadamaian,Jeremmy Malajad@Malazad dan ADUN Matunggong,Datuk Jelani Hamdan.Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat,Kota Marudu,Kota Belud,Sepanggar,Pensiangan,Beluran,Kinabatangan,Batu Sapi,Silam,Kalabakan dan Semporna.Seperti tidak dapat menerima hakikat,Pengerusi PKR Sabah,Lajim Ukim sebelum ini mendakwa tindakan bekas anak-anak buahnya itu disebabkan BN terdesak dan menjadi 'dalang'

Paling kelakar melalui SMS yang dihantar kepada Jelani,dikatakan kecewa sambil mendakwa mereka telah mendapat tawaran lebih baik daripada pihak lain.Sedangkan mengikut percaturan politik,BN Sabah telah pun mendapat mandat besar dengan memperoleh 2/3 Kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.Maka secara logiknya parti BN/Umno,tidak perlu lagi melakukan perbuatan jahat dengan 'membeli' mereka.Ini kerana,tanpa mereka sekalipun,BN telah mantap sebagai sebuah kerajaan yang kukuh hasil sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi rakyat Sabah atau dalam bahasa mudah,pakatan pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata yang penuh dengan racun sehingga menyebabkan mereka ditolak rakyat sekalgus mengalami kekalahan besar dalam PRU yang lalu. 

 Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, pembangkang memenangi tiga kerusi Parlimen iaitu Sandakan dan Kota Kinabalu (DAP) serta Penampang oleh PKR,sementara DUN pula 12 kerusi iaitu Likas,Luyang,Sri Tanjong, Kepayan (DAP); Klias, Matunggong, Kadamaian,Moyog, Api-Api,Inanam,Tamparuli (PKR) dan Star di Bingkor.Walau bagaimanapun pada 27 September lalu,ADUN Luyang daripada DAP,Hiew King Cheu mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum diikuti oleh ADUN Kadamaian,Jeremmy Malajad pada 4 November lalu sebelum diikuti empat hari selepas itu oleh ADUN Matunggong,Datuk Jelani Hamdan yang meletak jawatan Naib Pengerusi 1 Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR. Hasil analisa yang dijalankan,rupanya bumiputera Sabah terutama etnik Kadazandusun Murut (KDM) yang menyokong PKR akhirnya mula sedar bahawa mereka telah dipergunakan oleh parti itu bagi memenuhi agenda peribadi pimpinan,bukannya untuk dibela nasib mereka seperti yang dicanangkan sebelum ini. Malah ada yang mendakwa masalah sebenar berpunca daripada gaya kepemimpinan Anwar yang sangat autokratik dan memilih Pengerusi PKR Sabah tanpa berbincang terlebih dahulu dengan ketua-ketua cabang dan akar umbi parti negeri. 

Tambahan pula,sekiranya diteliti krisis kepimpinan PKR Sabah telah lama dikesan bergolak dan bermasalah.Ini kerana sejak PKR mula bertapak di negeri itu,seramai 15 Pengerusi MPN negeri sudah bertukar ganti dan ada di kalangan mereka yang hanya sempat memegang jawatan tersebut selama dua bulan sahaja.Kesimpulannya ialah,baik Anwar mahupun Lajim, mereka sebenarnya telah dirasuki dengan 'sindrom penafian' kerana enggan melihat kesilapan dan kekurangan diri sendiri sebaliknya hanya tahu menyalahkan orang lain.Inilah masalah paling susah untuk diubati oleh sesiapa sahaja sama ada individu atau organisasi kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan,bukan itu sahaja mereka juga pada masa yang sama enggan menerima teguran dan nasihat, jauh sekali untuk bermuhasabah terhadap musibah yang melanda.Semuanya dituduh pihak ketiga yang jahat melakukannya,diri sendiri dianggap seperti maksum,langsung tidak bersalah dan enggan mengakui kelemahan diri sendiri.Malah menurut Perdana Menteri,akan berlaku gelombang kedua tindakan keluar parti itu dalam masa terdekat selepas hilangnya keyakinan mereka terhahadap kepimpinan PKR negeri dan kenyataan itu sudah pasti bakal merunsingkan Anwar, ini kerana ia sekali gus akan menyebabkan PKR terus berkubur tanpa nisan di negeri Di Bawah Bayu itu.Buat ahli dan penyokong pembangkang Sabah yang masih belum sedar,sampai bilakah mahu terus hidup dengan pembohongan yang dipentaskan oleh Anwar Ibrahim ??? Apa yang jelas slogan #inikalilah yang digunakan oleh pembangkang ketika PRU lalu,mula memakan diri.Kepada rakyat Sabah,terima kasih kerana masih terus bersama BN/Umno,manakala untuk Anwar Ibrahim #lainkalilah.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #MUKTAMARPAS59 !!! AKHIRNYA HADI AWANG SETUJU MUZAKARAH DENGAN UMNO !!!

Posted: 27 Nov 2013 06:00 PM PST


Ramai yang seakan tidak percaya dengan kenyataan,Presiden Pas,Abdul Hadi Awang yang bersetuju untuk bermuzakarah dengan Umno.Ini kerana,umum mengetahui bagaimana sikap bekas Menteri Besar Terengganu itu yang begitu sinikal dengan Umno tiap kali timbulnya idea untuk bermuzakarah.Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar parti sebelum ini berkata,Pas sedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.Menurut Hadi kesediaan Pas itu dizahirkan daripada kepakaran pemimpin parti tersebut yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang,ekonomi dan penguatkuasaan. "Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan Islam.Media,siarkanlah perkara ini.InsyaAllah ulama-ulama kita akan turun.Kita ramai ahli-ahli (pelbagai bidang), dia (UMNO) hendak yang tua pun ada, muda pun ada." (Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk," katanya. 

Manakala Presiden Umno,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,UMNO bersikap terbuka berhubung hasrat Pas bermuzakarah dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan umat Islam.Walau bagaimanapun,beliau menegaskan,UMNO perlu meminta penjelasan lanjut daripada Pas berhubung skop muzakarah yang mahu dilaksanakan. "Saya akan berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) tidak lama lagi sebab beliau sudah minta untuk berjumpa saya mengenai perkara ini (muzakarah)," katanya.Ramai pemerhati politik,melihat idea ini ditimbulkan kembali ekoran dari keputusan pemilihan Muktamar Pas yang diadakan sebelum ini.Keputusan pemilihan itu menyaksikan kumpulan ulama hanya mampu mengisi 9 tempat daripada 18 Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. Malah kemenangan besar kumpulan Liberal yang mengalahkan calon-calon kumpulan Ulama Pas itu dilihat bakal menyukarkan parti itu untuk terus relevan di hati masyarakat Melayu dan Islam di masa akan datang.Di tambah pula dengan desakan dan tekanan parti 'Ultra Kiasu' DAP dan PKR yang dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini terutama yang melibatkan isu-isu yang berkaitan agama Islam. 

Tambah membimbangkan mereka,apabila ada di kalangan pemimpin Pas yang dilihat bersetuju dengan desakan dan tekanan yang diberikan itu.Sehinggakan ada yang merasakan,Pas tidak lebih hanya merupakan kuda tunggangan DAP untuk terus melebarkan kuasa politik perkauman mereka di samping merealisasikan impian Anwar untuk bergelar Perdana Menteri.Semua ini dilihat akan menjadi punca undi masyarakat Islam dan Melayu semakin mengecil kepada parti yang menggunakan nama Islam itu.Sebagai contoh,analisa PRU13 yang dijalankan jelas membuktikan,undi orang Islam dan Melayu terhadap Pas semakin merosot.Selain gagal mempertahankan Kedah,Pas hanya mampu peroleh 21 kerusi Parlimen serta hilang lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN.Malah beberapa pemimpin tertinggi parti itu juga tewas kepada BN termasuk Timbalan Presidennya Mohamed Sabu di Kedah,Naib Presiden Salahuddin Ayub di Johor dan seorang lagi Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya. PRU13 juga menyaksikan Pas kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya dengan memperoleh 21 kerusi Parlimen. Ia sekali gus memperlihatkan kemerosotan parti itu berbanding pada 2008 apabila Pas hanya kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan memperoleh 23 kerusi. 

Terbaru,ketika PRK Sungai Limau walaupun berjaya mengekalkan penguasaan, namun kemerosotan majoriti jelas ketara apabila calon Pas,hanya mampu memperoleh majoriti sebanyak 1,084.Calon parti itu Mohd. Azam Abd. Samat mendapat 12,069 undi manakala calon BN,Dr. Ahmad Sohaimi Lazim memperoleh undi 10,985.Jumlah undi majoriti yang diperolehi Pas dilihat merosot jika dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau,Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi.Pada pilihan raya itu,Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.Kesimpulannya idea muzakarah ini kembali dilaungkan,hanya apabila Pas merasakan ia bakal menyebabkan parti itu semakin tidak relevan. Ini kerana pada tahun lalu, Hadi dengan sombong dan bongkak telah menolak perlawanan untuk bermuzakarah dengan Umno sebaliknya memilih untuk berbincang dengan NGO.Apa pun diharapkan agar Pas benar-benar ikhlas ingin mencari titik tengah bagi memartabatkan Islam di negara ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...