BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! KALAH JAWATAN NAIB PRESIDEN PAS,MAHFUZ OMAR LEPAS GERAM DI PARLIMEN !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 25 Nov 2013 07:30 AM PST


Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar 'naik angin' di Dewan Rakyat petang Isnin apabila kisah kegagalannya bertanding jawatan Naib Presiden PAS serta tindakan parti itu melakukan undian semula jawatan bagi itu dibangkitkan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.Sebelum itu,ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mencelah Mahfuz yang sedang berbahas isu kebajikan tentera dengan menyindir mengatakan,Mahfuz patut menang jawatan Naib Presiden berdasarkan kehebatannya berbahas di Dewan Rakyat. Shamsul Anuar berkata PAS silap kerana tidak memilih Mahfuz sebagai Naib Presiden menyebabkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu naik angin dan semakin 'garang' berbahas.

 Noh yang bangun mencelah kemudian bertanya kenapa Mahfuz 'dok marah sangat pasal apa?". "Saya dengar cakap Pokok Sena ada benarnya..tetapi pelik orang PAS tak terima (pilihnya)..ni dok cakap pengurusan negara, pengurusan kewangan, pengurusan tanah yang PAS dok urus pilihan parti pun tak betul pasal apa?…sebab pilih urusan parti tak betul Yang Berhormat kalah…(saya) ingat kalau kira kali ke empat, Yang Berhormat boleh menang," kata Noh.Sindiran Noh menyebabkan Mahfuz semakin berang dan menuduh SPR bodoh dan pekak badak kerana tidak dengar macam-macam komplen pasal pilihan raya.Ikuti gelagat Mahfuz dalam rakaman di bawah yang antara lain kata sanggup lompat naik atas meja jika menang jawatan Naib Presiden.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR CUKAI PINTU DBKL DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 25 Nov 2013 04:00 AM PST


Meroyan sakan puak pembangkang memainkan isu kenaikan cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Sebelum kita pergi lebih jauh, perlu dijelaskan bahawa kadar caj peratusan (%) cukai pintu tidak dinaikkan.Caj peratusan kekal mengikut kategori hartanah masing-masing seperti perdagangan 12%, pangsapuri 10%, kediaman 6% DAN 2% bagi kampung baru.Ingat!! Kadar ni tak naik! Apa yang akan dilihat sebagai satu kenaikan adalah semakan semula "Nilai Hartanah" oleh DBKL di Kuala Lumpur ini.Bagi yang memiliki rumah sendiri,pasti sedia maklum dengan kadar cukai pintu di tetapkan dan pemilik juga sudah tentu faham dengan nilai hartanah yang sentiasa meningkat saban tahun terutamanya di kawasan bandaraya KL ni.Kalau kita lihat 10-20 tahun dahulu nilai hartanah di KL paling rendah antara RM100,000 hingga RM350,000.Kadar sewaan sebulan pula antara RM500 hingga RM1,500.Ini anggaran purata paling rendah bagi kediaman dan pangsapuri sekitar tahun 90an.Kini setelah berpuluh tahun nilai yang disebutkan tadi melonjak lebih tinggi kepada RM350,000 hingga lebih RM2 juta! Manakala kadar sewa juga melambung kepada RM1,000 hingga lebih RM10,000 sebulan!

Berikut adalah formula kiraan kadar cukai pintu:

Nilai Tahunan = Anggaran kasar sewaan sebulan x 12 bulan 
Kadar cukai = Nilai Tahunan x Kadar (%) mengikut jenis hartanah 

Untuk lebih pencerahan,kita ambil contoh kiraan bagi kediaman (6%), berdasarkan nilai hartanah serta kadar sewaan purata terendah pada 90an tadi. 

Nilai Tahunan = RM500 x 12 => RM6,000 
Kadar cukai = RM6,000 x 6% => RM360 setahun

Difahamkan DBKL telah menangguh semakan nilai hartanah selama 21 tahun.Ini bermakna pemilik hanya membayar cukai pintu RM360 setahun sepanjang tempoh itu.Ikut logik adakah nilai hartanah tak naik-naik berpuluh tahun ni? Jawapannya sudah tentu NAIK! Jadi kalau diikutkan jumlah sebenar yang harus dibayar mengikut purata nilai sewaan terendah sekarang,adalah: 

Nilai Tahunan = RM1,000 x 12 => RM12,000 
Kadar cukai = RM12,000 x 6% => RM720 setahun

Itu belum lagi kita menyentuh nilai hartanah perdagangan seperti kilang-kilang dan kedai kormersial.Kerana kadar sewaannya boleh mencecah puluhan ribu hingga ratusan ribu sebulan! Pembaca bolehlah membuat kiraan sendiri mengenainya.Ramai pula mempertikaikan mengapa baru sekarang ingin lakukan semakan.Kenaikannya pula dilihat terlalu drastik dan tinggi dari kadar sebelumnya.Ini kerana terdapat beberapa sebab yang membantutkan usaha DBKL bagi melakukan semakan nilai hartanah sejak 21 tahun ini.Antaranya,cuba kita ingat kembali keadaan ekonomi di era 90an.Di mana krisis ekonomi melanda secara global dan mengakibatkan beribu-ribu hilang pekerjaan sehingga ramai diisytiharkan muflis di Malaysia.Dalam tempoh 21 tahun ini sahaja, kita telah lalui empat (4) fasa kemelesetan global iaitu: 

Tahun 1990 - 1993 
Tahun 1997 - 1998 
Tahun 2001 - 2002 
Tahun 2008 - 2009 

Perlu diingat bahawa tiap kali melepasi satu-satu fasa ini,ekonomi dunia masih belum menunjukkan tanda pulih sepenuhnya.Malah Malaysia sendiri terpaksa melakukan beberapa kali pembaikan serta menstruktur semula dasar kewangan bagi meminimumkan kesan buruknya.Melihat kepada sejarah ini,kita sepatutnya sudah dapat mengagak mengapa kerajaan BN menangguhkan hasrat DBKL untuk melakukan semakan semula nilai hartanah secara berkala 5 tahun selama ini.

ADA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ISU #COMANGO !!! KEBEBASAN AGAMA VS UNDANG-UNDANG !!! MANA LAGI HEBAT ???

Posted: 25 Nov 2013 12:30 AM PST


Tidak cukup dengan provokasi dengan cara mencabar ajaran Islam.Tidak cukup dengan mengejek dan menghina nama Rasulullah SAW,nama Allah SWT dan juga umat Islam dan Melayu.Hari ini,masyarakat bukan Islam di negara ini turut mencabar peraturan dan undang-undang negara.Mereka menganggap klausa 'kebebasan beragama' di dalam perlembagaan Malaysia sebagai tiket untuk mereka melakukan apa saja atas nama agama.Umat Islam di negara ini pada dasarnya bersikap terlalu toleran Selagi apa yang dilakukan oleh bukan Islam itu tidak mengganggu rutin hidupnya, selagi itu kita mengambil sikap menutup sebelah mata.Malangnya,sikap toleran kita tidak pernah dihargai malah diambil kesempatan untuk memijak kepala,menghina, mengejek dan mencabar kita.saya tidak faham kenapa mereka perlu menyakitkan hati kita.Mungkin sikap mereka ini berpunca dari ajaran agama mereka yang tidak mengajar mereka menghargai sikap toleransi orang lain.kelmarin,satu lagi hasutan halus dibuat oleh seorang Professor bagi mencetuskan prasangka buruk terhadap kerajaan Islam dan juga umat Islam.Professor Dr. Ramasamy,Timbalan Ketua Menteri II,Pulau Pinang telah menuduh perobohon kuil Sri Muniswerar Kaliamman di Jalan P.Ramlee sebagai berpunca dari kebangkitan ekstremis Islam.Beliau menuduh bahawa DBKL telah bertindak menyebelahi pemaju dengan meroboh kuil tersebut tanpa belas kasihan terhadap masyarakat India di negara ini. 

Sikap beliau yang tidak menyentuh pemaju dan sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada DBKL adalah tindakan lazim bagi mana-mana pemimpin DAP.Seperti yang kita tahu,DAP pasti tidak ingin menyinggung hati pemaju yang rata-ratanya adalah 'orang mereka'.Kata Dr. Ramasamy,masyarakat Hindu yang paling teruk menerima akibat di bawah kerajaan BN, manakala di Pulau Pinang semua kuil Hindu adalah selamat di bawah PR.Kenyataan Ramasamy jelas berat sebelah dan tidak berasaskan fakta yang sahih.Bukan beliau tidak tahu sebaik mengambilalih kuasa di beberapa negeri, kerajaan PR telah merobohkan Kuil Om Sree Kaliamman di Batu Pekaka Kedah,Kuil Om Sree Kaliamman dan satu lagi kuil tidak bernama di Kapar,Kuil Sri Muneswarer di Kuala Lumpur hanya dalam masa satu minggu.Sejak 2008,kerajaan PR Selangor telah merobohkan 7 buah kuil termasuk yang berada di dalam perkarangan rumah S.Gobi Kumar di Sepang.Oleh kerana saya seorang yang adil dan bukan berat sebelah seperti Ramasamy,saya tidak menafikan yang kerajaan BN telah merobohkan kuil Sri Muneswerar yang menjadi kontroversi di sini. 

Malah,saya percaya,mana-mana kerajaan juga akan menghadapi situasi 'terpaksa meroboh' dalam menangani isu kuil.Ini tidak dapat dielakkan apabila kuil-kuil tersebut dibina secara haram atau tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.Secara dasarnya,masyarakat Malaysia sudah cukup bertolak ansur dan enggan membuat bising mengenai kewujudan kuil-kuil haram hampir di serata ceruk hutan,kampung dan bandar.Justeru,sepatutnya menjadi tanggungjawab masyarakat India untuk turut bertolak ansur dengan memahami bahawa negara ini ada undang-undang dan sesetengah kawasan yang dibina kuil tersebut mempunyai pemilik ataupun berada di dalam perancangan pembangunan.Professor Dr. Ramasamy sebagai seorang terpelajar dan juga pemimpin politik seharusnya menjadi watak utama untuk mengajak masyarakat India agar memahami perkara ini iaitu kebebasan beragama tidak bermakna boleh melakukan apa saja atas nama agama.Jika benar wujud kumpulan ekstremis Islam negara ini seperti kata Dr. Ramasamy,maka mana mungkin kita boleh menemui kuil-kuil haram di seluruh pelusuk negara ??? Mana mungkin kerajaan mengisytihar Deepavali sebagai hari cuti umum ??? Jika benar kita ekstremis,apakah kita akan membenarkan wujudnya sekolah Tamil ??? Atau perarakan Thaipusam ??? Apakah ada negara lain yang mana penganut Hindu sebagai kumpulan minoriti dapat menikmati semua ini ??? Malah,bagi umat Islam sekalipun,untuk mendirikan surau atau masjid juga ada syaratnya.Kita tidak boleh mendirikan surau atau masjid sesuka hati di mana-mana saja hanya kerana negara ini negara Islam. 

Hakikatnya,tiada kebangkitan ekstremis Islam di sini,yang ada hanyalah ektremis agama lain yang ingin berbuat sesuka hati dengan menggunakan alasan agama mereka.Itulah ekstremis sebenar-benarnya, iaitu mereka yang enggan akur kepada undang-undang serta berpotensi untuk menjadi pengganas.Sudah sampai masanya para ahli politik mengajak rakyat berpolitik secara matang.Politik adalah untuk memastikan urusan negara dan rakyat dapat berjalan dengan lancar.Politik bukan membawa maksud bergaduh untuk mencari pemenang.Tiada siapa yang menang dalam pertarungan politik yang tidak matang.Oleh itu,sebelum Professor Ramasamy bertindak menghasut orang India agar membenci BN,adalah lebih baik beliau membela kaum India di dalam DAP yang dinafikan hak mengundi dalam CEC yang lalu.Atau berjuang agar kaum India diberi ruang yang lebih luas di peringkat tertinggi parti.Lebih dari itu,adalah lebih baik beliau berjuang membela nasib kaum India yang menjadi rakyat Pulau Pinang yang kini turut terhimpit dengan kerakusan pemerintahan kapitalis DAP.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #MUKTAMARPAS59 !!! ZUL HAZMI BANTAI PAS KAW-KAW !!! AMIK UBAT !!!

Posted: 24 Nov 2013 10:27 PM PST



tu dia... amik ubat.lain kali jangan pertikai kerja SPR.kan dah kena batang hidung sendiri.takkan tak boleh handle 1000 lebih kot.sampai naib presiden pun nak baru diumumkan smalam.ada macam yang tak kena jerr ??? malas nak ulas panjang-panjang.lain kali lihat dulu parti sendiri sebelum kritik parti lain atau SPR

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! KES ROGOL !!! PEMANDU NURUL IZZAH DIBURU POLIS !!!

Posted: 24 Nov 2013 10:26 PM PST


KUALA LUMPUR – Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.Menurut sumber,mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap. 

Mangsa yang mendakwa pening selepas diarahkan menghisap rokok itu kemudiannya mengadu dirogol oleh suspek dan seorang lagi rakannya.Selain dirogol,mangsa juga mendakwa turut dipukul dan telefon bimbit,pasport serta sejumlah wang telah dilarikan suspek.Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.Kes kini sedang disiasat untuk tindakan lanjut. 

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...