Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! BN Serah DUN Sungai Limau Pada Keluarga Ustaz Azizan? #PrkSgLimau

Posted: 05 Oct 2013 10:30 AM PDT



.... syaratnya keluarga Azizan

Allahyarham Tan Sri Azizan dipuji Tun Dr Mahathir sebagai orang yang baik. Difahami dia tak pernah kisah sangat pasal perbezaan UMNO dan PAS. Hanya politik saja katanya.

Orang PAS marah pada dia ketika dia MB sebab dia beri projek tak tengok parti. Pasal mereka tak tahu apa pasal berniaga dan hanya tahu berceramah, berdemo, dan mengeluarkan kata kesat, maka tak dapatlah menang tender. Lalu dikata Azizan kasi pada UMNO.

Apabila dia sakit dan meninggal dunia, orang PAS tak boleh asingkan politik dan kesopanan Melayu yang sentiasa hormat menghormati. Lalu mereka tak datang ziarah pun.

Mukhriz adalah antara orang yang pertama ziarah ketika dia masuk hospital. Dia juga banyak kali datang berziarah dan sehari sebelum dia meninggal dunia dan sudah nazak, dia ziarah juga.

Bila dia meninggal dunia, Mukhriz buat tahlil dan jempput semua rakyat tak kira parti datang.

Fikir-fikirlah ... apa salah kita tak payah tanding dan serah saja Sg Limau keapda keluarga Tan Sri Azizan ganti. Syaratnya keluarga dan bukan magreb macam Mat Sabu syiah dan Mahfuz bodoh tu.

Apa hal pun bukan kita boleh dapat dua pertiga pun.

Mudah-mudahan ada pihak PAS akan tersentuh dengan huluran ranting zaiton dan dapat kita bersama berjuang dengan satu tujuan untuk imarahkan bangsa dan ummah. Taklah bersaing politik hingga kalimah Allah nak dijaja untuk undi Cina dan Kristian!

Tak jadi takpa ... janji usaha.

Syaratnya pada keluarga Azizan. Bukannya Mussodak atau Firdaus yang turut sama hendak kerusi yang diluangkan Azizan.


PAS perlu lawan usaha Phahrolrazi yang dendamnya terhadap Azizan tak habis-habis walaupun dia sudah meninggal dunia. Dia tengah lancar kempen tolak anak atau keluarga azizan.  Puan Seri Faekah, isteri pertama Azizan memang sedang sakit hati dengan grup Phahrlrazi.
 
Mereka hanya tahu salahkan Azizan tapi tak salahkan perpecahan dalam PAS yang didalang olehnya, Mahfuz dan Mat Sabu.

Kalau keluarga Azizan tentukan kasi pada Fadillah sepupu Azizan yang lawan Azizan ketika PRU baru-baru ini tapi bantu Azizan jaga kawasan, terimalah hakikat. Harap Ketua Bahagian, Dato SUhaimi sedia beri jalan.

Kalau pilihan keluarga adalah ahli keluarga lain yang dalam PAS, kita terima. Idea gila dan tak dibuat orang tapi bukan kita tak pernah tak tanding PRK kan?

Biar mengalah asal kita menang perang yang lebih besar yang itu bukan perang sesama bangsa dan ummah. 
Mc ada dengar cerita yang dibawa oleh The Unspinners ni. Tapi tak berani nak keluarkan, sebab takut menganggu momentum PRK.
Apa pun terpulang pada pucuk pimpinan, sama ada betul atau tidak. Kami terima saja..

HOT! Mat Sabu Kata Melayu Tak Kisah Kena Tipu?

Posted: 04 Oct 2013 11:49 PM PDT


Kata Mat Sabu,

'Saya pelik dengan sebilangan bangsa Melayu, kerana mereka tidak kisah ditipu.'

Kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramah Pas dekat Pusat Tarbiyah Pas Rantau Panjang, baru-baru ini.

Menurutnya, tidak ada bangsa lain di dunia ini, kecuali Melayu, walaupun acap kali ditipu, namun penduduk tetap memberi sokongan padu kepada pemimpin mereka.

Beliau berkata, walaupun sebelum PRU13 lalu, Pas mengingatkan penduduk agar mengubah pemerintahan, namun kedegilan sebilangan Melayu ini menyebababkan rakyat lain teraniaya.


Kita pun pelik dengan Mat Sabu..

Dahulu dialah yang beriya iya menuduh Anwar Ibrahim melakukan kegiatan songsang sampai dia beri gelaran Pak Sheikh Anwar Al Juburi..

Hari ini Mat Sabu itulah yang mengikut dan menyokong Al Juburi menjadi PM Malaysia..

McTheory:
Siapa tipu siapa ni Sabu?!

HOT! Rating Terbaru Kedudukan Naib Presiden UMNO!! #PemilihanUMNO #MM4VP

Posted: 04 Oct 2013 08:09 PM PDT


Rasanya baru 2 hari lepas Mc keluarkan rating terbaru Naib Presiden UMNO. Katanya Dato Mukhriz di tangga ke empat. Tiba-tiba hari ni Astro Awani keluarkan pulak rating terbaru Naib Presiden UMNO.

Nak baca cerita Mc, bolek klik SINI

Bukan Mc tak suka Dato Mukhriz duduk atas, tetapi kalau confident menang sangat pun bahaya. Takut ada pulak makhluk yang simpati bagi pada orang lain, tak ka naya tu.

McTheory:
Pulun tetap kena pulun.. jangan rasa selesa..

HOT! Benarkah K-Pop KBS di Taja Oleh Swasta?

Posted: 04 Oct 2013 06:13 PM PDT




Memang kecoh dah riuh juga bila laporan audit keluar menunjukan KBS mengeluarkan wang 1.6 Juta untuk membayar penyanyi K-Pop di hari belia yang lalu. Dalam laporan audit tidak dinyatakan ada sponsor dari swasta. Tetapi bekas menteri KBS yang dulu, kata ada.

Betul ke?

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan menerima tajaan lebih RM20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 27 Mei depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, berdasarkan jumlah itu, sumbangan­ syarikat swasta pada sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini lebih besar berbanding yang dibelanjakan kerajaan.

"Perbelanjaan kerajaan untuk sambutan Hari Belia Negara kali ini lebih kecil berbanding apa yang dibelanjakan oleh syarikat swasta. Ini adalah reaksi positif yang menunjukkan usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan belia negara mendapat sambutan dan sokongan ramai.

"Tahun lalu kita terima tajaan daripada pihak swasta sebanyak RM15 juta manakala tahun ini jumlah itu bertambah RM5 juta dan saya yakin, ia akan semakin meningkat," katanya pada Majlis Penyerahan Penajaan daripada Penaja-Penaja Sambutan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia kepada KBS.

- Sinar Harian 22 Mei 2012

Inilah wang tajaan yang diperolehi oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012. Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar KPOP pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM 1 juta 600 ribu adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.

Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS.

RM 20 Juta Wang Tajaan bagi menjayakan Hari Belia Negara dan ianya terbukti bahawa tidak ada Wang Rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pihak Pakatan Pembangkang yang hanya mengikut rumusan pendek laporan Pihak Audit Negara.

Moga Rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan Audit negara tentang pembelian mesin Scanner beharga RM14 Ribu seunit. Tetapi dalam isu Kementerian Belia dan Sukan ianya tidak pembaziran Wang Rakyat sebaiknya adalah Wang Tajaan dari syarikat Koporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara.

Kita Mintak pihak audit negara melihat impak keseluruhan HBN. Berapa banyak pekerjaan dan peluang perniagaan diwujudkan. Kesan kepada branding putrajaya dan keyakinan belia dari progran ini. - sumber FB
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...