Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Kiblat Umat Islam Bakal Berubah?
- HOT! Sepupu Allahyarham Ustaz Azizan BAKAL Jadi Calon BN? #PrkSgLimau
- INFO! Kenapa Pembangkang Takut Akta PCA?
- HOT! Laporan Audit Kerajaan Negeri Bonus Bertimbun-timbun?
- PANASS!! Nampaknya Jabatan Audit Pulak Akan Di Audit Kelak!!
INFO! Kiblat Umat Islam Bakal Berubah? Posted: 04 Oct 2013 08:37 AM PDT Kumpulan saintis berpangkalan di Kanada mendapati ribut geomagnetik yang melanda bumi akan mengganggu aplikasi pandu arah kiblat yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia. Dalam laporan yang dikeluarkan TIMEZ5 hari ini, alat elektro-magnetik yang digunakan akan menerima kesan daripada ribut yang melanda bumi semalam dan akan berakhir pada 29 Oktober nanti. "Para saintis mendapati penganut Islam berkemungkinan menghadapi masalah untuk menunaikan tanggungjawab sembahyang lima waktu sehari," katanya. Menurut saintis berkenaan, hasil kajian itu diperolehi selepas satu ujikaji dijalankan di dalam sebuah makmal yang dirahsiakan tersebut. "Peralatan elektro-magnetik yang digunakan dalam kajian menghasilkan keputusan yang tidak konsisten," katanya. Susulan dengan perkembangan tersebut, TIMEZ5 menasihati penganut Muslim supaya mengingati arah kiblat yang mereka gunakan bagi memudahkan mereka untuk mengerjakan ibadat. Fenomena ribut itu berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal iaitu 15 juta darjah celcius. Peningkatan ini akan menyebabkan sebahagian besar gas matahari terbebas dan berlegar di ruang angkasa sehingga boleh memasuki lapisan atmosfera bumi. TIMEZ5 adalah syarikat kesihatan pertama di dunia yang memberi tumpuan kepada gaya hidup umat Islam menerusi inovasi. Antara produknya ialah sembahyang psikologikal dan tikar meditasi. Kira-kira 60.4% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia adalah umat Islam dan Islam adalah agama rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. |
HOT! Sepupu Allahyarham Ustaz Azizan BAKAL Jadi Calon BN? #PrkSgLimau Posted: 04 Oct 2013 06:12 AM PDT Siapa sebenarnya yang layak menjadi calon PRK Sungai Limau, sudah tentu ciri-cirinya ialah anak tempatan, dikenali orang tempatan, bijak pandai agama, ceburi bidang politik dan bonus kalau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Allahyarham Ustaz Azizan. Kalau mengikut ciri-ciri calon yang Mc sebutkan diatas, hanya ada dua calon yang paling layak pada ketika ini. Datuk Suhaimi, Ketua Bahagian UMNO Jerai dan bekas calon PRU yang lepas Fadzilah. Kedua-duanya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Allahyarham dan baik dengan penduduk kampung. Ada orang kata beri peluang semula pada Fadzilah untuk jadi calon pada PRK kali ini. Bagi Mc, beliau ok.. tapi apa kata kita cuba calon lain yang lebih berpengalaman. Semasa kunjungan Menteri Besar, Dato Mukhriz turun ke warung Pak Su, Bukit Besar, Sungai Limau. Beliau telah berjumpa dengan Imam Masjid Bukit Besar, Ustaz Sayuti. Ustaz Sayuti ni sememangnya individu yang sangat dihormati di Sungai Limau. Pengaruh Ustaz Sayuti ni pun tak boleh dipandang ringan. Walaupun ramai orang kata Ustaz Sayuti ni memang kuat Pas, tetapi hubungan ukhwah sesama muslim mengatasi segalanya. Petang tu, beliau ada bisikan sesuatu di telinga MB Kedah. Katanya "penduduk Sungai Limau mahukan Datuk Suhaimi menjadi calon". Kenapa Ustaz Sayuti memilih Datuk Suhaimi, atau lebih mesra dipanggil Tok Mie oleh penduduk tempatan. Disebabkan Tok Mie memang asal orang Sungai Limau, malah beliau juga ada hubungan keluarga dengan Allahyarham. Tak ramai orang tahu tentang hal ini, tetapi itulah hakikatnya. Malah Tok Mie juga hampir dijadikan calon Sungai Limau pada PRU 2008, sebelum beliau di 'kerat' oleh seseorang kerana kepentingan politik dan permainan politik kotor yang menghantui UMNO di Kedah. Sebagai orang lama di Jerai dan berpengalaman, Mc pun bersependapat dengan Ustaz Sayuti tu, beri peluang kepada Tok Mie untuk buktikan beliau dalam PRK pada kali ini. Sudah la pada PRU yang lepas beliau tidak menjadi calon. Pada kali ini, apa kata pimpinan UMNO berikan beliau peluang untuk menangkan BN di Sungai Limau. Ini cuma pendapat peribadi Mc saja, terpulang pada kebijaksanaan dato Paduka Mukhriz untuk membuat penilaian. Semua orang tahu, dah 5 kali BN kalah di Sungai Limau.. hanya orang yang berpengalaman saja mampu untuk tempuhi PRK itu pada kali ini. Laporan dari blog PRK Sungai Limau |
INFO! Kenapa Pembangkang Takut Akta PCA? Posted: 04 Oct 2013 02:12 AM PDT Pembangkang mula gentar apabila kerajaan bercadang untuk membentangkan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) pada persidangan semasa Parlimen. Hujah pembangkang PCA yang bakal dibahaskan dalam Dewan Rakyat tidak ubah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada tahun 2011. ISA digantikan pula oleh Akta Perhimpunan Awam yang membolehkan perhimpunan diadakan tanpa banyak kekangan tapi masih perlu mematuhi beberapa syarat. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan PCA bukan bertujuan mengawal musuh politik Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan. PCA perlu diperkenalkan bukan bagi mengganti ISA tetapi sebagai menyesuaikan perundangan melindungi negara dan rakyat selari dengan suasana dan keadaan masyarakat. Apabila berlakunya banyak jenayah seperti kes bunuh, ragut, rompakan, samun dan sebagainya, pembangkang sibuk mensasarkan kerajaan khususnya pihak polis atas kononnya kegagalan mengatasi masalah peningkatan jenayah. Namun pada masa yang sama mereka turut mendesak agar kebebasan pasukan polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka diperketatkan. Keadaan ini dilihat menekan pihak polis sehingga timbul persepsi bahawa kedua-kedua belah tangan anggota polis diikat atas desakan pembangkang yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Pembangkang mahu supaya polis duduk diam memerhati sementara jenayah pula berleluasa. Mereka lebih mementingkan isu hak asasi penjenayah daripada tugasan pihak penguatkuasa undang-undang dan keselamatan awam. Ini adalah antara faktor penting yang menyebabkan kadar jenayah meningkat bukan kerana pihak polis tidak menjalankan tugas mereka tetapi disebabkan fungsi utama mereka telah dikekang. PCA adalah usaha pro-aktif kerajaan untuk memperbetulkan kembali keadaan supaya pihak pasukan mampu menjalankan tugas hakiki mereka mencegah jenayah dengan lebih keyakinan. PCA akan lebih terbuka dan telus kerana tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Di samping itu di dalam PCA tidak ada peruntukan bagi kuasa menteri. Ini akan membuktikan bahawa perlaksanaan PCA kelak tidak akan mempunyai sebarang elemen tekanan politik dan pihak menteri berkenaan juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi mana-mana keputusan pihak polis dalam menguatkuasakan akta tersebut. Aspek penting ini menunjukkan kerajaan komited membawa perubahan kepada pentadbiran undang-undang bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat. Jadi bantahan pembangkang dengan melemparkan berbagai tuduhan kepada kerajaan mengenai PCA adalah mengejutkan. Mereka mahu Malaysia menjadi aman dan makumur dengan keselamatan awam terjamin dengan baik tetapi pada masa yang sama mereka menentang apa sahaja usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat dan negara yang selamat. Ini adalah percanggahan jelas di dalam minda pemimpin pembangkang yang membuktikan mereka lebih mahu bermain politik daripada mengutamakan kebajikan rakyat. Pembangkang lebih rela supaya keselamatan negara tergugat asalkan mereka boleh meraih populariti politik dengan mengeskspolitasi isu-isu keselamatan. Tidak kedengaran pembangkang memuji tindakan pihak polis ang berjaya menyelesaikan banyak kes jenayah serta menahan ribuan suspek. Tetapi apabila pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah pembangkang akan terpekik terlolong mempertahankan hak penjenayah. Ini berlaku semasa operasi melawan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah di mana pemimpin pembangkang seperti Tian Chua menghina keluarga anggota keselamatan yang digugur di medan pertempuran dengan mnengatakan kematian mereka adalah seperti mati katak. Pembangkang akan menggunakan apa sahaja isu untuk menyerang kerajaan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dengan dakyah kotor mereka. Setelah melihat betapa jijiknya sikap pembangkang yang sanggup mengorbankan keselamatan negara demi meraih kuasa politik, kerajaan kini akan bertindak tegas tidak mengira sama ada pelaku kesalahan adalah penyokong mahu pun pembangkang. Masa untuk mengalah dan tunduk kepada tekanan pembangkang sudah berlalu. Masa untuk mengambil hati pembangkang sudah berakhir kerana rakyat sudah muak dan bosan dengan permainan politik murahan mereka. Kini adalah masa untuk bertindak dengan tegas dan tidak mempedulikan salakan pembangkangan semana kuat sekali pun. |
HOT! Laporan Audit Kerajaan Negeri Bonus Bertimbun-timbun? Posted: 03 Oct 2013 11:37 PM PDT 11.5 bulan? Yang ini hendak kategorikan sebagai perbelanjaan tidak berhemah atau penyelewengan wang rakyat secara terhormat? Berapa ramai yang dapat bonus ini berbanding jumlah rakyat miskin di Kelantan? Blogger Pakatan sibuk dok komen hal KBS. Itu negara, event tu antara event belia terbesar di dunia. Tarikan dunia tu.. tapi negeri Kelantan ni apa hal pulak? Dah la ekonomi hidup segan mati tak mau. Tiba-tiba belanja dok bagi bonus merata. Akai ada ka? Ni siapa nak jawab ni? McTheory: Kalau depa, halal sesaja.. kata Nik Aziz.. hehe |
PANASS!! Nampaknya Jabatan Audit Pulak Akan Di Audit Kelak!! Posted: 03 Oct 2013 07:12 PM PDT AGAK sukar penulis nak menerima penjelasan bahawa isu senjata serta peralatan lain yang hilang bernilai RM 1.3 juta dan bayaran artis K-Pop dalam Festival Belia tahun lepas, seperti dinyatakan dalam audit 2012 oleh Jabatan Audit Negara ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin dan Kementerian Belia & Sukan (KBS) semalam,menjadi sensasi kerana peranan media. Bukan kerana 'setup' pihak tertentu dalam Jabatan Audit supaya ia menjadi begitu. Maklum sajalah, kebelakangan ini pihak polis menjadi sasaran pembangkang akibat kejayaan pasukan tersebut menumpaskan banyak kumpulan kongsi gelap, termasuk menembak mati anggota kumpulan haram terbabit dlaam Ops Cantas Khas. Malah, polis dikecam lebih teruk apabila Ops Cantas dilancarkan berbanding ketika lebih 30 kematian akibat pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap berlaku sejak April lepas. Pendek kata disitu, takkanlah tengah-tengah polis menjadi kecaman pembangkang, tiba-tiba laporan audit mengenai kehilangan senjata ini menjadi antara yang pertama sekali di highlightkan oleh Ketua Audit Negara di parlimen? Sementara KBS pula tak pasal-pasal dituduh penipu kerana Menteri sebelumnya, Datuk Seri Shabery Chik pernah mengeluarkan kenyataan menafikan wang kerajaan digunakan untuk membayar kedatangan kumpulan tersebut. Walhal wang itu memang sumbangan pihak swasta yang dimasukkan dalam akaun KBS untuk tujuan tersebut. Itulah yang nak disebutkan hari ini tentang kebarangkalian 'peranan' dimainkan Jabatan Audit sehingga menyebabkan polis, Kementerian Belia & Sukan (KBS) menjadi mangsa persepsi buruk masyarakat kerana 'keculasan' Jabatan Audit membuat pendedahan 'mengikut buku'. Walhal tahu dah berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, orang tak begitu peduli tentang penjelasan yang dibuat kemudian oleh Kementerian berkaitan, yang penting apa tertulis dalam laporan Ketua Audit Negara saja. Menjadi tanda tanya, entah kenapa Jabatan Audit tidak mengendahkan jawapan balas yang dihantar Kementerian Dalam Negeri berhubung kehilangan senjata dan peralatan lain yang berlaku dalam PDRM. Mungkinlah jawapan balas itu tidak sempat dimasukkan dalam laporan audit Ketua Audit Negara, tapi sekurang-kurangnya untuk versi yang diedarkan kepada ahli parlimen ini, letaklah footnote atau yang seumpamanya untuk menyatakan jawapan telah dibuat. Apa susah sangat ke? Samalah kes dengan KBS, kenapa dicicirkan maklumat bahawa wang itu datang dari sumbangan swasta yang dimasukkan dalam akaun KBS untuk dibayar kepada syarikat yang menguruskan kedatangan kumpulan K-Pop tersebut? Adakah memang prosedurnya begitu atau ada niat lain yang tersembunyi? - Sumber |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment