Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Calon Pas Bagi PRK Sungai Limau Akhirnya terBONGKAR!! #PrkSgLimau

Posted: 03 Oct 2013 08:38 AM PDT



Pas dok penin nak letak siapa jadi calon PRK Sungai Limau. PKR pun pening juga tolong fikir masalah Pas tu. Cuma Dap saja dok penin sama sendiri pasal CEC yang hancur dan pemilihan menipu dari mula sampai habis.

Bila Mc fikir masalah depa ni, Mc sendiri pun penin. Akhirnya Mc dapat tahu siapa calon Pakatan bagi PRK Sungai Limau ni. Nak tengok sapa? Tengok la gambar bawah ni..

Yang ni ke?


 Ehh bukan lahh..

Atau yang bawah ni..



Alamakk silap, ini pun bukannn..

Sat naa.. yang mana ni, 

Yang ni kot??




Ishhh.. rasanya bukann..


Haaa.. dah jumpa dah gambar dia.. yang bawah ni laaa...


Tuu Tuu..


Nurul Izzah dah jumpa dia dah..


he he he..  yang ni ka?



Ha ha ha.. yang ni la calon PRK Sungai Limau bagi Pas nanti.. Nurul Izzah siap pi jumpa dia ni.. he he he..

Inilah si Pak Guard yang gaduh dengan bini Mat Yo tuu.. he he he..

McTheory:
Jangan marahh haa.. gurau tengah malam..

HOT! Seorang Lagi Timbalan Menteri Bakal Masuk Raja Lawak!!

Posted: 03 Oct 2013 06:18 AM PDT




Tak tahulah apa nak cakap kat Menteri Menteri dan Timbalan Menteri, kadang kadang rasa macam tak layak pemimpin macam ni diangkat sebagai Timbalan Menteri..

Takkan lah tak tahu golongan pertengahan tu macamana.. Takkan ada rumah banglo bernilai RM 2,3 juta dan ada kereta mercedes benz dikategorikan sebagai golongan pertengahan..??

Pelik benar.Kalau kerja di bandaraya metropolitan seperti Kuala Lumpur bergaji RM 3ribu pun belum boleh dikategorikan dalam golongan berpendapatan sederhana.. Kos sara hidup di Kuala Kumpur saja dah cecah 70% gaji.. Macamana nak beli Merc dan rumah berjuta juta??

Harap timbalan menteri berkenaan lebih peka dalam hal nie..bukan apa, rakyat baca pun boleh gelak sambil geleng kepala..

Makin ramai menteri dan timbalan menteri yang pandai buat lawak. Posting ni Mc ambil dari blog Medan Tempur. Kadang-kadang baca paper pun boleh terbahak-bahak dengan kelakuan depa ni.

Kalau tak reti nak jawab dengan media, baik tak payah jawab la. Buat orang gelak saja.. sapa la pegawai media menteri-menteri ni?

McTheory:
Cari pegawai media yang bijak sikit boleh?

INFO! Haiya Kicik, Sejak Bila Zairil Jadi Melayu? #MelayuDapBodoh

Posted: 03 Oct 2013 02:12 AM PDT


Rumah siap, kontraktor berbunyi, tuan rumah buat-buat buta tuli. Itulah yang berlaku selepas selesainya pemilihan semula CEC DAP. Dalam kata lain, pemilihan CEC yang kontroversi telah ditangani dengan mengadakan pemilihan semula yang kontroversi juga.

Mana tidaknya, jika jumlah ketidakhadiran dalam pemilihan semula ini adalah jauh lebih ramai dari pemilihan awal. Selain itu, ia juga menyaksikan begitu ramai calon yang menarik diri di saat akhir.

Namun, apa yang lebih kontroversi ialah bagaimana anak Cina, Christopher Howard Lim yang lebih gemar menggunakan nama Melayu, Zairil Khir Johari, masih ke hulu ke hilir mengaku Melayu setelah menang dalam pemilihan semula ini.

Anak Cina ini sebelum ini telah menang dalam pemilihan awal dengan cara yang cukup kontroversi dan kini mencipta kontroversi lagi melalui kekeliruan 'bangsa' sendiri.

Nampaknya Zairil telah menjangkiti kebodoh-sombongan Guan Eng kerana menyangka yang orang lain bodoh serta tidak sedar dia sedang menipu. Jika tidak, tentu beliau tidak akan membuat kenyataan ini apabila disoal oleh akhbar the New Straits Times mengenai 'Melayu' di dalam CEC DAP.

Kata Zairil:
"Sebagai permulaan, jumlah calon Melayu yang bertanding tidak ramai, iaitu hanya tujuh orang dari jumlah keseluruhan. Jadi saya rasa kemenangan saya seorang adalah sudah cukup bagus."

Soalan kita, sejak bila Zairil menjadi Melayu?

Jika kita mencari maklumat mengenai Zairil di internet, kita pasti akan terjumpa salah satu wawancaranya di mana beliau bangga memberitahu dunia bagaimana bapa tirinya, arwah Tan Sri Khir Johari juga merasa 'kurang sesuai' dengan cara Melayu dan lebih 'senang' dengan budaya dan cara hidup Cina.

Hakikat bahawa Zairil mendedahkan perkara ini menunjukkan bahawa Zairil juga tidak suka dengan cara Melayu. Ini tentulah tidak mengejutkan kerana beliau langsung tidak punya darah Melayu malah lahir juga di Hawaii. Hanya setelah berusia belasan tahun maka ibunya berkahwin dengan seorang Melayu yang turut 'tidak suka' menjadi Melayu.

HOT! Rating Mukhriz Bertanding Naib Presiden MEROSOT Teruk? #MM4VP #BeraniBerubah

Posted: 03 Oct 2013 12:08 AM PDT


Pada geng berani berubah, ada beberapa info yang kurang sedap di dengar. Rating terbaru Naib Presiden UMNO diantara Mukhriz, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Ali Rustam, Isa Samad dan Hishammuddin. Diantara 6 orang calon Naib Presiden ni Mukhriz Mahathir berada di tangga ke empat. Rating ini dilakukan sendiri oleh unit dalaman pemilihan Kedah.

Malah ianya disahkan sendiri oleh Pegawai Menteri Besar Kedah, Haris Che Mat.

Pada Mc ianya bukan sesuatu yang bagus bagi geng Berani Berubah, kerana ditangga keempat boleh menyebabkan Mukhriz tidak akan jadi Naib Presiden pun, sebab kerusi Naib Presiden hanya ada 3 saja.

Mc juga tak dimaklumkan siapa di tempat pertama atau tempat terakhir, cuma geng Berani Berubah perlu lebih bekerja keras untuk mengubah kedudukan ini.

Kepopulariti seseorang tidak mewakili perwakilan yang akan mengundi. Mungkin disebabkan seseorang terlalu popular hingga mewujudkan rasa simpati kepada orang lain, dan tidak mengundi beliau.

Perkara tersebut juga sebenarnya mempengaruhi undi perwakilan. Disebabkan itu, para perwakilan yang nak mengundi Mukhriz untuk jadi Naib Presiden, sila undi, tak payah fikir-fikir lagi.

Mari kita ubah dari nombor 4 ke nombor 1.

#BeraniBerubah..

McTheory:
Mulut jerit Mukhriz, tapi hati undi lain.. pun ada, jenis ni bahaya..

HOT! Bila Azeez Rahim Mula Speaking 'Tamil' Dalam Parlimen!

Posted: 02 Oct 2013 06:31 PM PDT

Bila Azeez Rahim sudah pening kepala... hehe

video

Jarang-jarang kita melihat satu perbahasan di parlimen yang melibatkan ahli-ahli Yang Berhormat berkomunikasi dalam Bahasa Tamil. "Dengan izin ... Thamby ... ane" yang dibahaskan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim dan Ahli Parlimen PKR Kapar boleh meredakan ketegangan di dalam dewan yang mulia. Bosan juga kalau saban hari kita dihidangkan dengan sidang Dewan yang penuh dengan amarah dan maki hamun. Kitakan masyarakat yang bertamadun.

UMNO sebuah parti yang hebat. Mempunyai pemimpin-pemimpin dan wakil Rakyat dalam pelbagai bentuk, rupa dan gaya. Kesemuanya saling melengkapi di antara satu dengan yang lain. Yang kurang ditambah, yang lebih berkongsi. Sayang Ketua Pembangkang tiada di dalam Dewan. Mungkin lebih gamat sekiranya beliau turut berkomunikasi dalam Bahasa Tamil.

Sumber asal dari Blog CTS, keras perut bila Mc tengok video ni.. Lawak gila.. tak pernah pula dengar ada bahasa Tamil dalam Parlimen. he he..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...