Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Lagi Mangsa Keracunan Makanan Meninggal Dunia! #KedahAmanMakmur
- HOT! Mukhriz Mahathir Rasis atau Cina yang Rasis? #KedahAmanMakmur
- HOT! Rektor Baru KUIN Kini Pro Pas? #KedahAmanMakmur
- INFO! Siapa Calon PRK Sungai Limau? #PrkSgLimau
INFO! Lagi Mangsa Keracunan Makanan Meninggal Dunia! #KedahAmanMakmur Posted: 01 Oct 2013 07:28 AM PDT
Petang tadi, seorang lagi mangsa keracunan disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menjadikan mangsa keempat meninggal dunia akibat kejadian itu. Mangsa, seorang nelayan, Wan Razali Wan Yaacob, 56, dari Kampung Banggol, Belau, Merbok dikatakan mula berasa sakit pada jam 4 pagi Ahad lalu selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah kawannya jam 6 petang hari sebelumnya. Adik mangsa, Roslinda Ibrahim, 35, berkata, pada mulanya keluarga menjangkakan ia hanya sakit perut biasa dan tidak menyangka akan membawa mudarat. "Abang dibawa ke hospital jam 4 petang Ahad setelah mendapati keadaannya yang agak serius, ketika itu kami belum tahu dia sakit akibat dari makanan itu kerana belum ramai yang dikesan," katanya kepada pemberita. Menurutnya, keadaan mangsa semakin teruk apabila dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama. "Ketika itu doktor mengesahkan organ dalaman termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru sudah mengalami kesan akibat jangkitan bakteria yang merebak dengan cepat," katanya. Menurutnya, selepas itu, keluarga dimaklumkan doktor bahawa keadaan jantung mangsa semakin lemah dan tekanan darah pula tidak stabil sehinggalah Wan Razali disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi. Roslinda berkata, abangnya turut mempunyai majlis kenduri di lokasi lain pada hari kejadian menyebabkan dia agak terlewat ke rumah kawannya itu di Kampung Huma pada lewat petang. Mengikut kajian doktor yang merawat semua pesakit yang keracunan makan. Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk. Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak. "Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik," katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam. Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan. "Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella," katanya. Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan. "Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan," katanya. Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang. Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam. Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang. Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital. Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka. | ||
HOT! Mukhriz Mahathir Rasis atau Cina yang Rasis? #KedahAmanMakmur Posted: 01 Oct 2013 05:34 AM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() Cehh.. bising pulak betina ni. Walaupun kes ni dah lama, dah tersebar pun, tapi Mc nak bagitau senang saja. MB Kedah bukan rasis tak pedulikan kaum cina. Tapi MB Kedah tak hipokrit macam kaum cina buat kat BN Kedah. Berapa peratus cina sokong BN? 6%? Jadi apa perlu BN Kedah beri perhatian pada mereka yang tak suka kepada kerajaan? Bayar cukai? Semua rakyat Malaysia bayar cukai.. soo apa masalahnya? Dah korang tak percaya dan hormati Kerajaan BN Kedah, soo korang pandai-pandailah jaga diri atau cari fund dari orang yang korang sokong. Ini bukan rasis, tapi hakikat sebenar yang kita hadapi sekarang. Cina banyak eksen dengan kerajaan, BN menang pun sebab undi melayu dan kaum lain, jadi what u give, u get back laa.. Kita bukan anti cina, tapi cina tak suka kita, nak buat lagu mana betui? McTheory: Depan sokong kerajaan, undi pi ke Dap.. pui!! | ||
HOT! Rektor Baru KUIN Kini Pro Pas? #KedahAmanMakmur Posted: 30 Sep 2013 09:09 PM PDT Sedang kita asyik dengan Pemilihan UMNO dan kini PRK Sungai Limau, kita lupa pada KUIN. Kolej Universiti Insaniah. Isu KUIN dulu merupakan antara kesilapan Pas hingga menyebabkan kemenangan BN di Kedah. Maksud Mc, isu KUIN diantara penyumbang kegagalan Pas dalam pentadbiran negeri yang terdahulu. Kini bila BN menang, sudah tentu kita fikir masalah KUIN akan diselesaikan seperti mana janji BN kepada kakitangan KUIN. Tetapi, hari demi hari, semakin tersasar janji dulu dari hari ini. Mc taknak masuk campur dalam isu KUIN sebab ia hal kerajaan negeri, tapi bukan semua yang kerajaan negeri buat itu betul. Baik kita tegur dari awal dari ianya ditegur oleh orang lain. Mula-mula sekali isu Rektor baru KUIN, beliau tidak dipilih dari kalangan orang yang bijak pandai agama, beliau di pilih dari kalangan orang ekonomi. Sama macam Jamil dulu! Itu satu! Kedua, pemilihan Rektor KUIN juga hasil nasihat dari orang Pas yang sangat dipercayai oleh Exco Pelajaran! Pembantu dan pemandu Rektor baru KUIN juga dikekalkan orang lama. Maknanya, ambil balik orang Jamil masuk balik KUIN. Ketiga, masih mengekalkan orang Jamil yang pro Pas membuat kacau dalam KUIN hingga menimbulkan kekacauan dalam pentadbiran. Transfer staff sesuka hati dan tukar department staff yang mereka tak suka. Keempat, Mc dimaklumkan, gaji bagi Rektor baru KUIN ialah RM40,000 sedangkan waktu Jamil dulu pun gaji Rektor hanya rm20,000. Sila betulkan jika Mc salah! Kelima, Rektor baru telah membuat keputusan untuk memindahkan semula staff dan pelajar KUIN ke Kuala Ketil atas alasan, kufur nikmat jika KUIN terus membiarkan Kuala Ketil begitu saja. Sedangkan janji BN Kedah pada staff KUIN dulu ialah, mahu mengekalkan KUIN di Alor Setar. Mc harap BN, jangan lupa janji mereka sebelum menang PRU. Jika mahu KUIN di Kuala Ketil, apa ertinya staff KUIN dulu minta tolong pada BN Kedah? Harapan Mc meminta Kerajaan negeri segera selesaikan masalah KUIN, supaya ianya tidak menjadi barah seperti mana dulu. Mereka ini bukan mahu WANG! Tetapi mahu segala masalah dalaman KUIN diselesaikan. Bak kata orang, sapu sampah biar masuk dalam TONG Sampah, jangan sembunyi bawah karpet, sebab lama-lama ia akan keluar balik, betul tak?
McTheory: Hanya jadi tukang dok penghigat! Jangan lupa orang bawah! | ||
INFO! Siapa Calon PRK Sungai Limau? #PrkSgLimau Posted: 30 Sep 2013 07:12 PM PDT Bila PRK sudah tentu orang tertanya-tanya siapa calon bagi parti BN ataupun pembangkang. Semalam BN Kedah kata akan senaraikan tiga nama untuk Sungai Limau. Mc taktau sapa calon untuk Sungai Limau, tetapi semestinya orang yang amat rapat dengan penduduk disana. Calon Sungai Limau, semestinya anak tempatan, kalau asal dari situ lagi bagus, berpendidikan agama dan mesra orang kampung. Maknanya, sebut nama saja orang kampung kenai dia tu. Cuma Mc nak tambah lagi, kalau boleh bagi la orang muda. Sebab kalau bagi orang tua takut ada PRK pulak lagi. he he.. gurau saja. Baca cerita calon Sungai Limau, BN Kedah akan mencadangkan tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment